RAKAN BLOG MASJID

28 July 2010

AJAIBNYA JIKA KITA DAPAT JUMPA RASULULLAH

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai
orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

Mengikut ceritanya,peristiwa ini berlaku kepada seorang gadis bertuah,pelajar tahun 4 jurusan undang-undang syari'ah di UIA.

- Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah sejak berada di negeri
kelahirannya lagi.

- Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk
menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat
Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya

Inilah kisahnya...

Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama...

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi
sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah
s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiarakesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau dibahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh.

Pernah satu ketika,selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadahsepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktusebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu
berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.

Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w.sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. WajahnyaSubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,
siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu
mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)
.. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.."Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi.
Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn
ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Selepas solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni,
rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan
salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.."Subhanallah..

Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.."

Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.."
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkauberikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah
saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,
"Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."
http://ijoks2009.blogspot.com/2010/07/pelajar-uia-bertemu-rasulullah-dalam.html
Sumber : http://www.gempak.org/forum/hal-ehwal-agama/14253-kisah-benar-pelajar-uia-bermimpi-bertemu-rasulullah-saw.html

RASULULLAH CONTOHKAN SEMALU JADI PANDUAN SEORANG PEREMPUAN


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Sayyidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah saw dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah saw menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul A'lamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.

Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Posted by Airina Nisrin

26 July 2010

MESYUARAT AGUNG PEMBENTANGAN AKTIVITI & KEWANGAN MASJID ASSALAM 2010








Sekitar Perasmian Mesyuarat Masjid AsSalam 2010




Mesyuarat Pembentangan Aktiviti dan kewangan Masjid 2010 ini dirasmikan wakil Ustaz Adib iaitu Ustaz Rose dari Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor (PAIDS)






25 July 2010

NISFU SYAABAN

Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.”
Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”


Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).
Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.
Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.
Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib kerana ia di dalam kategori bia’ah Hasanah yang dibolehkan.
“Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).

* Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
* Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
* Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
*


Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.

Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:

“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)

Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)


Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

Sangat digalakkan untuk memperbanyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)

Semoga kita mendapat Keredhaan daripada Allah SWT di dalam mengikhlaskan diri kita untuk dekat kepada-Nya. walaupun ada khilafnya.Walahualm. Allahu Haq.

my blog Husaini

23 July 2010

Hukum sumbangan orang bukan Islam untuk pembinaan masjid

Dr Amad Syarbadi berkata:

شْتَرَطَ الْفُقَهَاءُ فِي الْوَاهِبِ أَنْ يَكُونَ مِنْ أَهْل التَّبَرُّعِ, وَذَلِكَ بِأَنْ يَكُونَ عَاقِلاً بَالِغًا رَشِيدًا، وَأَنْ يَكُونَ مَالِكًا لِلشَّيْءِ الْمَوْهُوبِ, ولم يشترطوا الإسلام لصحة التبرع.وعليه يجوز للمسلم قبول التبرعات الوافدة من الكفار والمشركين واستعمالها في بناء المساجد أو ترميمها ونحو ذلك.بشرط ألا يترتب على ذلك تدخل ما في شئون المسلمين أو عبادتهم، أو يترتب على ذلك ضرر للمسلمين.

Ulama fekah mensyaratkan orang yang memberi hendaklah layak untuk memberi iaitu orang yang berakal, baligh, boleh menguruskan harta dan memiliki barang yang hendak diberi. Mereka tidak mensyaratkan Islam sebagai syarat sah pemberian. Oleh itu harus bagi orang Islam untuk menerima pemberian dari orang kafir dan orang musyrik serta menggunakannya untuk pembinaan dan membaikpulih masjid dengan syarat tidak menyebabkan orang kafir mencampuri urusan orang Islam atau ibadah mereka ataupun menyebabkan kemudaratan kepada orang Islam.

جاء في متن تنوير الأبصار المطبوع ضمن حاشيته الدر المختار مع الرد المحتار(24/9):"وَشَرَائِطُ صِحَّتِهَا فِي الْوَاهِبِ الْعَقْلُ وَالْبُلُوغُ وَالْمِلْكُ".

{انظر: الرد المحتار(24/9)}.

Dalam kitab fekah mazhab Hanafi Matnu Tanwiril Absar telah menyebut:

“ Dan syarat-syarat sah bagi orang yang memberi adalah berakal, baligh dan

memiliki.”

وجاء في مختصر خليل (ص214):"الهبة: تمليك بلا عوض, ولثواب الآخرة صدقة, وصحت في كل مملوك ينقل ممن له تبرع بها وإن مجهولا".

Dalam kitab fekah mazhab Maliki “Mukhtasar Khalil” menyebut:

“ Pemberian ada memberi pemilikan tanpa ada bayaran. Pemberian untuk mendapat pahala di akhirat adalah sedekah. Pemberian adalah sah (menurut syariat) pada setiap barang yang dimiliki yang dipindah milik dari orang yang berkelayakan untuk memberi sekalipun dari orang yang tidak diketahui.”

وجاء في كفاية الأخيار(2/225):"ويجوز للمسلم والذمي الوصية لعمارة المسجد الأقصى وغيره من المساجد وكذا لعمارة قبور".

Dalam kitab kifayatul Akhyar kitab mazhab Syafie:

“Dan Harus bagi orang Muslim dan orang kafir zimmi untuk mewasiatkan hartanya untuk mengimarahkan masjid Aqsa dan masjid-masjid yang lain. Demikian juga hukumnya mengimarahkan kubur-kubur orang Islam.


قال النووي في المجموع(15/410):"فأما الكافر فوصيته جائزة ذميا كان أو حربيا إذا أوصى بمثل ما يوصى به المسلم".

Imam Nawawi ulama mazhab Syafie berkata dalam kitabnya “Majmuk”:

“Adapun orang kafir diharuskan dia mewasiatkan hartanya samaada kafir zimmi atau kafir harbi (yang berperang dgn orang Islam) sekiranya dia mewasiatkan seperti apa yang diwasiatkan oleh orang Islam.”

Ulasan: Seperti mana orang Islam boleh mewasiatkan hartanya untuk membangunkan masjid begitu juga dengan orang kafir.

جاء في الفروع لابن مفلح الحنبلي(11/478):"وَتَجُوزُ عِمَارَةُ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكِسْوَتُهُ وَإِشْعَالُهُ بِمَالِ كُلِّ كَافِرٍ، وَأَنْ يَبْنِيَهُ بِيَدِهِ، ذَكَرَهُ فِي الرِّعَايَةِ وَغَيْرِهَا، وَهُوَ ظَاهِرُ كَلَامِهِمْ فِي وَقْفِهِ عَلَيْهِ وَوَصِيَّتِهِ لَهُ".

Dalam kitab al-Furu’ karangan Ibnu Muflih seorang ulama mazhab Hambali:

“ Dan harus mengimarahkan semua masjid, meletakkan tabir dan memasang api dengan harta mana-mana orang kafir. Begitu juga orang kafir boleh membina masjid dengan ushanya sendiri. Ini disebut dalam kitab ‘ar-Ri’ayah dan kitab-kitab lain. Ini juga sama dengan hukum orang kafir mewakafkan dan mewasiatkan harta untuk masjid.”

Dalil-dalil pendapat kebanyakan ulama adalah seperti berikut:

Pertama: Nabi saw menerima hadiah dari orang kafir seperti yang yang disebut dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim. Dalam kitab “Mughnil Muhtaj” karangan Syeikh Syarbini seorang Ulama mazhab Syafie:

وَقَبِلَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَدِيَّةَ الْمُقَوْقَسِ الْكَافِرِ وَتَسَرَّى مِنْ جُمْلَتِهَا بِمَارِيَةَ الْقِبْطِيَّةِ وَأَوْلَدَهَا".

"Nabi saw telah menerima hadiah dari Muqauqis seorang raja yang kafir. Termasuk dari hadiah tersebut adalah Mariah Qibtiyyah dan anak-anaknya.”

Sesungguhnya Imam Bukhari dalam kitab sahihnya telah meletakkan satu tajuk “bab menerima hadiah orang-orang musyrikin” dan telah membawa beberapa hadis, diantaranya:

1. ما رواه أنس بن مالك رضي الله عنه أن يهودية أتت النبي صلى الله عليه وسلم بشاة مسمومة فأكل منها، فجيء بها فقيل: ألا نقتلها؟ قال:"لا". فما زلت أعرفها في لهوات رسول الله صلى الله عليه وسلم.{رواه البخاري}.

. kafir zimmi atau kafir harb0a mewasiatkan hartanya samaada kafir zimmi atau kafir harb0dari orang yang berkelayakan untuk meHadis riwayat Anas bin Malil ra, sesungguhnya seorang Yahudi wanita berjumpa Nabi saw membawa kambing yang diletak racun. Nabi saw pun makan. Kemudian wanita tersebut dibawa kepada Nabi saw dan baginda ditanya “ Apakah perlu kita membunuhnya?” Nabi saw menjawab “Tidak perlu.” Anas berkata “ Aku sentiasa ingat daging kambing itu berada dalam mulut Nabi saw.”

Hadis sahih riwayat Bukhari.

2. قال أنس رضي الله عنه: أهدي للنبي صلى الله عليه وسلم جبة سندس وكان ينهى عن الحرير، فعجب الناس منها، فقال:"والذي نفس محمد بيده لمناديل سعد بن معاذ في الجنة أحسن من هذا"

Anas bin Malik ra berkata: Nabi saw dihadiahkan jubah diperbuat dari kain sundus dan sebelum itu Nabi saw telah melarang lelaki dari memakai kain sutera. Lalu orang ramai kagum dengan kain tersebut. Nabi saw pun bersabda “ Dan demi tuhan yang mana diriku dalam kekuasaannya , sesungguhnya kain sapu tangan Saad bin Muaz dalam syurga lebih baik dari kain ini.”

Hadis riwayat Bukhari.

Kedua: Menerima pemberian dari orang kafir adalah satu bentuk muamalat yang baik yang mana Allah telah disebut dalam ayat berikut:

لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ"[الممتحنة:8]

“ Allah swt tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tanah air kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

Ketiga: Menerima pemberian dari orang kafir adalah dapat mengurangkan kejahatan mereka di muka bumi.

KESIMPULAN: HARUS MENERIMA SUMBANGAN DARI ORANG KAFIR UNTUK PEMBINAAN MASJID

Rujukan: Fatawah.com

22 July 2010

SEBELUM LELAPKAN MATA

Sebelum mata terlelap di malam hari, masih adakah hutang kita yang belum terbayar?
Sebelum mata terlelap di malam hari, masih adakah budi manusia kepada kita yang belum dibalas?
Sebelum mata terlelap di malam hari, sudahkah kita memohon kemaafan daripada mereka yang kita sakiti hatinya?
Sebelum mata terlelap di malam hari, sudah bereskah tanggungjawab kita terhadap Tuhan?
Sebelum mata terlelap di malam hari, berapa kalikah kita berbuat kebaikkan hari ini?
Sebelum mata terlelap di malam hari, sudahkah kita memohon keampunan kepada Tuhan di atas segala keterlanjuran?

Adalah ganjil buat mereka yang dapat tidur lena, sedangkan masih banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang belum beres, kerana ingatlah dengan penuh keinsafan, mungkin itulah kali terakhir kita menutup mata di dunia ini...

21 July 2010

BAU SYURGA


Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;

Maksudnya: Siapa yang mempelajari suatu ilmu agama yang seharusnya ditujukan kepada Allah, tiba-tiba ia tidak mempelajari itu untuk Allah hanya untuk mendapat kedudukan atau kekayaan dunia, maka tidak akan mendapat baunya syurga pada Hari Kiamat.[1]

Sedangkan bau syurga ini dapat dihidu dari jarak- 40 tahun perjalanan; dengan bau tehnya, dengan bau sirapnya. Serupa kita pergi ke tempat kenduri atau masuk restoran, dari jauh sudah terbau masakan. Satu daripada kelebihan syurga ialah ahlinya sudah boleh mengecap kelazatan baunya dari jarak 40 tahun lagi. Jadi orang ini usahkan boleh masuk syurga, menghidu bau pun tidak boleh. Inilah orang yang sudah betul-betul sial di muka dunia iaitu orang yang berbohong dengan Allah taala.

[1] Dari Abu Hurairah, hadis riwayat Abu Dawud.

Munajat Bersama



اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ
Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka
selanjutnya : http://www.zaharuddin.net/

SIAPA YANG MUFLIS !

"Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang muflis?" Sebagaimana biasa, salah satu teknik didikan Rasulullah s.a.w adalah dengan cara komunikasi dua hala iaitu dengan mengemukakan persoalan, diikuti penjelasan Baginda kepada persoalan tersebut.

Para sahabat menjawab, "Muflis dalam kalangan kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta". Jawapan tersebut adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah muflis.

Bahkan pada zaman sekarang, apabila disebut kalimah muflis, maka yang terlintas di dalam fikiran kita ialah seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang) yang tidak mampu dibayar.

Lantas Rasulullah s.a.w menerangkan apakah pengertian muflis yang dimaksudkan. Baginda bersabda yang bermaksud: "Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa didunia.

Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan, diambil pahalnya (simuflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut.

Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada simuflis. Kemudian dia dihumbankan ke neraka!" (Riwayat ABu Hurairah). Penjelasan Baginda ini cukup menggerunkan hati-hati orang yang tersemai iman.

20 July 2010

MEMORI RAMADHAN



Di sini ingin ku kongsi memori hidupku.

Aku bukan seperti kalian dilahirkan sebagai seorang Islam,

Aku dilahirkan dari keluarga yang bukan Islam,

Ini takdir ku….aku tidak pernah menyalahkan Tuhan,

Aku mula mempelajari Islam kerana ada kepentingan,

Aku belajar Islam tanpa ada niat untuk memeluknya,

Apa yang aku inginkan telah aku perolehi,

Sungguh aku ini mementingkan diri sendiri,

Tatkala bergembira di dalam dimensi sendiri,

Pintu hatiku di ketuk oleh sinar kebenaran,

Sinar kebenaran itu adalah hidayah Allah, ISLAM,
Malam itu aku pergi bertemu seorang ustaz,

Takut-takut hidayah ditarik balik,

Memori 17 Ramadhan masih segar di ingatan,

Malam itu aku diajar mengucap kalimah tauhid,

Malam itu juga aku mengisytiharkan keIslaman diriku,

Dengan rela hati tanpa sebarang paksaan,

Berita gembira ini ingin ku kongsi bersama keluarga tersayang,

Pulang ke rumah ku khabarkan segalanya,

Kerana ku ingin mengajak mereka ikut bersama ku di jalan yang benar ini,

“dan berilah peringatan kepada keluargamu yang terdekat”.

(Surah asy Syu’ara’; ayat 214)

Tetapi apa yang ku dapat adalah,

Aku diikat, disebat, dan di campak ke dalam longkang,

Perit sahabatku, siksa sahabatku , sakit duhai sahabatku.

Suatu hari aku berjaya dibebaskan oleh seseorang,

Aku keluar pergi berjumpa dengan ustaz tadi,

Lantas ku tanyakan satu soalan,

Patukah aku tinggalkan keluargaku?

Lantas ustaz tersebut menyarankanku supaya terus bersama keluargaku,

Aku disuruh masak berasingan tetapi makan semeja dengan mereka,

Sekali lagi aku diuji, apabila aku tiba dimeja makan,

ku hadiahkan kuntuman senyuman,

Yang lahir dari hati yang merindukan kasih sayang keluarga,

Apa yang ku dapat hanyalah jelingan tajam,

Semua keluargaku makan di tempat yang berasingan dariku,

Pilu hatiku, jijikkah mereka melihatku?

Ku lalui kehidupan penuh penderitaan ini selama dua tahun,

Selama dua tahun jua aku menderita,

Tanpa kasih sayang keluarga,

Layanan keluarga amat menyedihkan, hati ini pedih bagai dirobek-robek,

Tatkala diri memandang wajah tua ayah bonda,

Kerinduan mencucuk bagai sembilu tajam,

Hanya sabar yang mampu ku lakukan,

Syukurlah mereka masih menerimaku tinggal disini,

Mujur Allah sentiasa disisi, dan ustaz selalu menasihati,

Lalu kugagahkan diri,

Dalam bulan ramadhan juga,

Barlaku suatu peristiwa, di mana bapaku,

yang berusia 80 tahun bakal dijemput Ilahi,

Adat keluargaku, bila seseorang sedang nazak,

dia bakal ditinggalkan,

Tetapi aku sebagai seorang Muslim, sebagai anak,

Mana mungkin tergamak hatiku melihat

Bapaku menghadapi sakaratul maut seorang diri,

Aku menunggu dan terus menunggu,

Setiap kali bapaku menggerakkan tubuhnya,

Kubisikkan kalimah “lailahaillallah”,

Tatkala nyawanya hampir tercabut dari jasadnya,

Dapat kulihat bapaku mengangguk,

dengan anggukan itu maka keluarlah rohnya,

Luluh hatiku melihat jenazah bapaku,

Tiada lagi insan bernama bapa,

Yang selalu bersamaku suatu masa dahulu,

Oleh kerana tiada bukti bapaku meninggal secara Islam,

Jadi jasadnya dikebumikan mengikut adat keluargaku.

Aku terpaksa mengikut adat keluargaku jika aku ingin melihat jenazah bapaku,

Iaitu dengan memakai pakaian serba hitam,

Banyak orang Islam mengutuk ku habis habisan,

Kerana ku berpakaian sedemikian,

Orang dari keturunan ku juga mengutuk ku habis habisan,

Kerana aku memeluk Islam,

Aku buntu kerana dikutuk oleh dua belah pihak,

Aku kuatkan semangat demi Islam,

Sampai dikuburan, bapa aku dikebumikan,

Malam itu kami pulang dalam keadaan kepenatan,

Hiba dihati masih terasa, malam itu ibu bermimpi,

Bapaku duduk di satu taman yang cukup cantik,

Taman yang tak pernah ada di dalam dunia ini,

Bila ibu tersedar, ibu terus mendapatkanku,

Sebab aku sahaja yang menjaga bapaku ketika beliau sakit.

Lalu ibuku bertanya, apa yang telah,

Aku lakukan kepada bapaku sehinggakan bapa begitu gembira,

Sambil itu ibu menceritakan mimpinya tersebut,

Lama kutenung wajah tua ibuku, sungguh aku rindukan ibu,

Kuhentikan lamunan tersebut,

Lantas ku khabarkan yang sebenarnya kepada bonda,

“Ibu sebelum bapa pergi, saya telah bisikkan kalimah lailahaillallah

Saya yakin bapa mati dalam Islam, ibu “

Dengan senyum yang penuh kegembiraan,

Ibuku luahkan hasrat ingin mengikuti ayahku,

Dengan hidayah Allah, ibuku juga Islam,

Beliau memelukku dengan penuh kasih sayang,

Allah, itulah pelukan yang kurindu,

Dua tahun ku nantikan pelukkan itu,

Seluruh keluargaku memeluk Islam,

Aku bahagia, aku sangat bersyukur,

Di situ juga aku sujud tanda kesyukuran pada Allah,

Mujurlah aku tersedar, jika tidak aku bakal mati sebagai “non-muslim”.

Tidak dapat menghidu bau syurga, nauzubillah,

Di sini aku ingin tinggalkan satu persoalan,

Sahabat-sahabat yang dilahirkan sebagai Muslim,

Bebas menganut agama Islam,

Tidak dihina, disiksa jika menganut Islam,

Pernahkah anda bersyukur? Cuba renungkan.

19 July 2010

SAAT MANIS KARIAH ASSALAM BERFORUM PADA 15 JULAI 2010








MESYUARAT AJK MASJID ASSALAM 11 JULAI 2010





KAYA BAGAIMANA YANG KITA AKAN PILIH ?

Orang- orang yang kaya yakni mempunyai harta yang banyak di dunia ini akan dibangkitkan di akhirat nanti dalam beberapa keadaan:

1* Golongan yang mendapat harta dari sumber yang haram dan dibelanjakan ke jalan haram maka mereka akan dihalau ke neraka.

2* Golongan yang mendapat harta dari sumber yang haram dan dibelanjakan ke jalan halal maka mereka akan dihalau ke neraka.

3* Golongan yang mendapat harta dari sumber yang halal dan dibelanjakan ke jalan haram maka mereka akan dihalau ke neraka.

4* Golongan yang mendapat harta dari sumber yang halal dan dibelanjakan ke jalan halal maka mereka akan disoal pula tentang zakat, solat, sifat takabur, hak jiran, hak fakir miskin dan lain-lain lagi. Sekiranya semua persoalan itu selesai barulah disuruh ke syurga.

KATA-KATA BAGAI MUTIARA YANG ADA HIKMAH


1. Perkataan yang cantik - ALLAH

2. Lagu yang merdu - AZAN

3. Novel yang menarik - AL QURAN

4. Senaman Yang Baik - SOLAT

5. Diet yang mujarab - PUASA

15 July 2010

FORUM PERDANA HULU SELANGOR

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM : HEBATNYA HIDUP BERLANDASKAN ISLAM :

TARIKH : 16 Julai 2010 / 4 Sya'ban 1431 Hijrah (Jumaat)
MASA : 8.00 malam
TEMPAT : Masjid as-Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor

AHLI PANEL :
1. Y.Bhg. Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus
2. Y.Bhg. Ustaz Haji Sallehen Mukhyi

MODERATOR : Y.Bhg. Ustaz Othman Hamzah al-Muqri

ANJURAN : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Masjid as-Salam Bukit Sentosa



SEMUA DIJEMPUT HADIR.

14 July 2010

PERLU ADA ILMU JUAL-BELI DALAM ISLAM


Jualbeli :-
1. Jualbeli dari istilah bahasa ialah menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain. Dari istilah syarak ialah menukar harta dengan harta mengikut cara-cara yang tertentu.
2. Dalil-dalil harus dan halal jualbeli:
1) Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
“Dan Allah s.w.t telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.” (Surah Al-Baqarah : ayat 275)
2) Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
” Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan batil melainkan dengan jalan jualbeli secara redha daripada engkau.” (Surah An-Nisaa’ : Ayat 29)
3) Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :-
“Sesungguhnya jualbeli itu adalah lahir dari redha-meredhai.”
(Riwayat Ibnu Hibban)
3. Hikmah diharuskan jualbeli :-
1. Allah s.w.t telah menjadikan sifat semulajadi manusia yang memerlukan pertukaran faedah harta di antara sesama manusia samada menerusi jualbeli, sewa-menyewa dan sebagainya.
2. Dengan adanya peraturan jualbeli ini maja akan terhindarlah kejadian rampas-merampas atau rompakan yang mana manusia ingin memiliki harta benda yang tiada padanya.
3. Berjualbeli adalah mengajar manusia supaya hidup bersatupadu dan hidup mengikut lunas undang-undang.
4. Rukun jualbeli terbahagi kepada enam :-
1. Penjual
2. Pembeli
3. Harga yang dibeli
4. Barang yang dijual
5. Sighah (lafaz penjual)
6. Qabul (lafaz pembeli)
5. Syarat-syarat penjual dan pembeli :-
1. Baliqh dan berakal
2. Tidak bankrap atau bodoh
3. Tidak dipaksa
4. Beragama Islam
5. Merdeka
6. Bukan berurusan dengan Musuh Islam.
6. Syarat-syarat harga dan barang yang dijual:-
1. Barang-barang itu mestilah suci dan bersih.
2. barang itu kepunyaan penjual itu sendiri ayau wakil penjual
3. Menyerahkan barang kepada pembeli ketika melakukan akad jualbeli.
Sebagaimana sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :-
“Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullah s.a.w telah melarang dari menjual jualan secara tipu daya.”
4. Penjual dan pembeli mesti tahu tentang jenis, kadar dan sifat barang yang dijual.
7. Syarat-syarat Ijab (lafaz Penjual) dan Qabul (lafaz Pembeli)
1. Tidak diselangi oleh perkataan yang lain ketika akad jualbeli.
2. Tidak diselangi oleh diam yang lama di antar ijab dan Qabul
3. Bersamaan Ijab dan Qabul dari segi maknanya walaupun berlainan dari segi lafaznya.
4. Tidak boleh dihadkan waktunya.
5. Tidak boleh bertakliq.
8. Apabila tidak cukup rukun dan syaratnya maka jualbeli tersebut adalah tidak sah.
9. Syarat membeli kitab suci Al-Quran dan kitab Al-Hadith itu hendaklah ia beragama Islam.

10. Beberapa persoalan yang melibatkan jualbeli :-
1. Tidak sah menjual binatang buas.
2. Tidak sah menjual sesuatu yang najis yang tidak dapat disucikan.
3. Tidak sah menjual harta benda yang telah digadaikan kepada orang lain melainkan dengan keizinan daripada orang yang memegang gadaian.

13 July 2010

SYA'ABAN DATANG LAGI



Kelebihan Bulan Syaaban

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: "Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu." (Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

6. Sabda Nabi s.a.w : "Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya." Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat." (Al-Hadis).

7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala anbia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

9. Bulan Syaaban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Syaaban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: "Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa."(Al-hadis)

10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)

11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Syaaban.

13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

14. Barangsiapa membaca,
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)
ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).

15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu syaaban enam orang;

1) Orang yang kekal minum arak


2) Orang yang durhaka kepada ibubapa


3) Orang yang kekal dalam zina


4) Orang yang banyak berkelahi


5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta


6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Syaaban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: “Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.” (Al-hadis)

17. Sabda Nabi s.a.w: “Ya Aisyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini?” Jawab Aisyah: “Ya, aku izinkan” lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:

“Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau.” Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalan sujud."
(Al-hadis)

18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Syaaban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".

19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Syaaban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.

09 July 2010

SURAU HAYATUL ISLAM

"MENJANA UKHWAH UMMAH"
Program Ceramah Israk Mikraj

Tarikh : 11 Julai 2010 (Ahad) / 28 Rejab 1431H
Masa : 8.00 malam (Solat Maghrib bersama Ustaz)
Tempat : Surau Hayatul Islam, Perumahan Seroja
Penceramah : Ustaz Mohd. Naim b. Hashim

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SERTA
ANAK-ANAK DIPERSILAKAN HADIR

# Sumbangan kuih-muih / derma ikhlas daripada jemaah adalah dialu-alukan.
# Aktiviti gotong-royong akan diadakan bermula jam 10.00 pagi (Ahad).
# Semoga usaha kita ini akan dapat direalisasikan dan diberkati, insyaAllah.

-TERIMA KASIH-

PENGALAMAN KENDALI MASJID DAN BUKAN ISLAM

Masjid dan Non-Muslim

Di suatu pagi yang hening sedangku bersarapan bersama seorang kawan di surau,
“Assalamualaikum” , sapaan abang zul(bukan nama sebenar) lengkap berjubah.
“Waalaikumussalam, hmm,,bang jemput makan “, kawanku membalas.
“Takpe-takpe, sila makan, Haji ada kat dalam?,” merujuk kepada pemimpin masyarakat kawasan tersebut.
“Ada-ada,,,,masuklah” berlalu masuk ke dalam masjid abang zul bersama seorang budak belasan tahun.
“ Eh, sapa yang bersama dia tu, macam ‘chinese look’ je”, tanyaku kehairanan.
“Ntahlah, gi lah ko tanye die”, jawab kawanku.
Bergegas aku masuk ke dalam surau untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi.
“Sape ni bang”, tanye ku pada abang zul.
“Haa, nilah saudara baru kita, Ahmad, baru pagi tadi masuk Islam” jawab abang zul dengan muka yang berseri.
“ Alhamdulillah, saya Abu Hanifah”, perkenalan pertama aku bersama saudara baru bernama Ahmad.

Langsung abang zul menceritakan bagaimana Ahmad yang hanya berumur belasan tahun menerima hidayah. Ahmad ni keturunan cina, dan 2 tahun lepas, kedua-dua ibu bapa dia meninggal dunia. Jadi, atuk dia bawa dia ke Terengganu tinggal bersama. Tapi, atas ketentuan tuhan, atuk nye baru je meninggal , jadi, ahmad boleh dikatakan sebatang kara. Namun, atas perasaan belas dan sayang, abang zul mengambilnya sebagai anak angkat. Malam sebelum tu, abang zul membawa ahmad yang belum Islam tidur di kawasan surau. Esoknya, di waktu subuh untuk bersiap bersolat subuh, ahmad telah menyatakan hasrat ingin memeluk Islam kepada Abang Zul. Subhanallah, berita gembira ini hanyalah dari ketentuan Allah, yang mungkin menjadikan rumahNYA asbab hidayah kepada manusia.

Lantas aku berfikir panjang, Allah boleh menjadikan bangunan batu sebagai asbab hidayah jika orang Islam tidak melakukan dakwah. Namun, kini, ada satu isu yang hangat dibincangkan tahun lepas tentang orang bukan Islam dan masjid. Mereka ni boleh masuk ke masjid @ surau? Persoalan yang banyak bermain di kalangan masyarakat sehingga tercetusnya pergaduhan terutama sekali antara ahli politik. Kisahnya bermula apabila salah seorang ADUN di selangor yang memasuki masjid dan memberi ucapan untuk sesuatu program.

Reaksi pertamaku apabila sahaja mendapat berita ini adalah ’apa salahnya?’. Mungkin ramai yang membuat muka bengis atas reaksi ini..hoo. Bagaimana aku boleh begitu pasti dengan kata-kata aku tadi. Ini kerana dari sirah nabi S.A.W yang telah tunjukkan kepada kita 1400 tahun dulu bagaimana kita berurusan dengan perkara ini. Mentaliti kita kini merasakan untuk maju dalam agama kita perlu pandang ke hadapan sepertimana kita hendak maju dalam urusan dunia. Namun, hakikatnya, untuk maju dalam agama , peningkatan iman, kita perlu pandang kebelakang iaitu pandang kepada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat yang mana zaman itu adalah zaman agama yang paling maju. Zaman yang mana Allah turunkan wahyu sehingga turunnya firman Allah yang menyatakan Umat Islam ini adalah umat yang terbaik yang diturunkan kepada manusia. Itulah zaman yang perlu kita jadikan rujukan. Sedihnya, agama semakin mundur hari ini dan umat asyik bersalah fahaman setiap masa.

Ustaz Zaharuddin telah menulis beberapa titipan sirah dalam entri beliau iaitu Rasulullah pernah diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat

"Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)"

Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu), yang mana ertinya :

Rasulullah S.A.W menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )


Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.

Jadi, bagaimana anda menilai tindakan Nabi S.A.W ini? Adakah bercanggah dengan agama? Dan siapa kita untuk berkata tentang perkara ini. Jelas terbukti sebahagian umat kini buta sejarah, buta sirah, buta penilaian dan buta penafsiran. Adapun, dari kisah tadi dapat kita lihat Nabi S.A.W menggunakan masjid sebagai suatu hubungan diplomasi dengan bukan Islam. Bukannya dengan membuta tuli melarang dan menghalang bukan Islam mendekati rumah Allah. Selain itu, Ustaz Zaharudin juga menulis,

Namun demikian, majoriti ulama silam dan kontemporari dilihat mengharuskan bagi masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti :

1) Mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam bagi masjid berkenaan.

2) Mestilah mempunyai sebab yang munasabah untuk memasukinya sama ada untuk mendengar penerangan berkenaan Islam, mendaftar sesuatu, bertanya, melihat dan mempelajari cara ibadah umat Islam dan yang seumpamanya.

3) Mereka mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya yang izin memasuki masjid.



Adapun beberapa perbahasan Ulama’ tentang larangan terhadap Non-muslim memasuki masjid adalah terhadap Masjidilharam tidak termasuk masjid2 atau surau-surau biasa. Sedangkan lagi Masjid Nabawi bertetamukan Non-muslim , inikan pula masjid atau surau di Malaysia yang jauh dari tanah arab.

Bercerita tentang non-muslim dan masjid ini, semasa aku makan tengahari bersama seorang AJK masjid pada hari jumaat, AJK masjid memulakan bicara ,

”Masjid ni kalau hari jumaat penuhlah orang berniaga di luar tu”,

”erk,,diorang berniaga kt mana?” tanyaku,

”tu kat tempat parking tu. Tapi kan, hari tu ada orang bangsa cina ni nk mintak berniaga kt kawasan masjid, tapi masa tu dia datang masjid ni pakai seluar pendek. Jadi, abang pun mintalah dia balik tukar seluar panjang untuk menghormati masjid. Dalam perjalanan pulang tu, adalah beberapa orang orang Islam ni hina die depan orang ramai sebab pakai seluar pendek.Malulah cina tu kan, ” luahan kesal AJK tersebut,

”Dia datang pulak tak selepas tu?” Tanyaku ingin tahu

” tak pernah datang sampi sekarang. Tulah, kalau ikutkan boleh je bagi dia berniaga kat luar masa hari jumaat, manalah tau, bila die dapat dengar khutbah jumaat nanti dia dapat hidayah ke.” tinggi harapan AJK tersebut.


Aku mengeluh dan berasa malu dengan perkara yang memalukan orang Islam ini. Sebahagian dari kita hanya ingat Masjid atau surau hanya untuk orang Islam sahaja dan diharamkan non-muslim. Jadi, sampai bila mereka dapat mengenal Islam kalau ini sikapnya?? Di luar negara, masjid dijadikan tempat rujukan Islam terutama mereka yang baru ingin memeluk Islam lebih-lebih lagi selepas peristiwa 11 september. Jadi, di sana tersedia imam-imam dan pegawai-pegawai masjid yang sedia menerangkan tentang Islam kepada mereka yang ingin tahu dan teringin untuk memeluk Islam. Malangnya, sebahagian masjid atau surau di Malaysia tidak mesra ’Non-Muslim’ seterusnya dianggap sebagai ’Islam territory’ sahaja.

Mengapa aku menulis isu ini sekarang dan bukannya tahun lepas semasa isu ini tengah hangat didebatkan. Ini kerana isu non-muslim dan masjid ini tidak pernah hilang ditelan waktu sebenarnya. Sehingga sekarang masih ada yang melarang non-muslim mendekati Masjid atau surau. Wahai saudara seIslamku, mengapa engkau menghalang hamba Allah yang ingin mengenal Allah dengan lebih dekat lagi. Mengenai Ahmad yang baru memeluk Islam itu , khabarnya dia akan masuk ke Madrasah untuk menjadi Hafiz. Subhanallah, mereka yang baru memeluk Islam ini lebih faham erti dan nilai Islam berbanding mereka yang mewarisi Islam.


Ikhlas Dariku,


14 JUNE 2010
PUTRAJAYA ( 9.15 p.m)
*Adakah anda sependapat dengan saya? Berikan pendapat bernas anda dalam ruangan ulasan & pandangan. Syukran.

07 July 2010

SEBELUM & SELEPAS ISRAK MIKRAJ YANG PERLU UMAT ISLAM KETAHUI DAN TERAPI


Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj


Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

06 July 2010

FORUM 'BEST' ASSALAM MALAM INI 7 JULAI

FORUM ASSALAM 7 JULAI 2010
Moderator Ust Ridhuan Md Noor
Penceramah 1 : Ust Abdul Halim Redzuan
Penceramah 2 : Ust Dasuki Abd Rani
Tarik : 7 Julai 2010
Masa : 8 Malam
Tempat : Masjid Assalam , Bukit Sentosa , Rawang, Selangor
Sila sebarkan dan jemput semua hadir menimba ilmu

01 July 2010

FORUM PERDANA ASSALAM 16 JULAI

Forum Perdana Hal-Ehwal Islam Peringkat Daerah Hulu Selangor
Tajuk : Hebatnya Hidup berlandaskan Islam
Tarik : 4 Syakban 1431H , 16 Julai 2010
Masa : 8 Malam
Tempat : Masjid Assalam , Bukit Sentosa , Rawang, Selangor

HUKUM YANG TERLEPAS PANDANG


[ Dr.Haji M.Taufiq Q. Hulaimi, MA Med – Direktor Ma’ahad Aly An-Nuaimy, Jakarta ditanya oleh seorang pembaca pada ruangan Konsultasi Agama di Majalah Sabili mengenai hukum menonton bola sepak khasnya sempena perlawanan Piala Dunia sekarang. Berikut adalah jawapan beliau yang disiarkan pada ruangan tersebut di Sabili edisi 8 Julai 2010 / 25 Rejab 1431 ]

Sepak bola tidak pernah dibicarakan dalam buku-buku fiqh klasik. Olahraga ini termasuk nawazil (hal-hal baru). Berdasarkan kaedah fiqh iaitu ‘al-aslu fil asyyaa al-ibahah’, maka hukum menonton sepak bola adalah harus. Adapun sebahagian ulama’ yang mengharamkannya lebih disebabkan kerana ada hal-hal lain yang mengiringi sepak bola. Antaranya adalah:

1) Paha lelaki aurat ?

Apabila paha itu adalah aurat, maka menonton sepak bola menjadi haram kerana melihat aurat lelaki. Sebaliknya apabila peha bukan aurat, maka menonton sepak bola hukumnya mubah (harus). Para ahli fiqh (fuqaha’) berselisih pendapat dalam hal ini seperti berikut:

Pendapat pertama: Jumhur ulama’ mengatakan peha lelaki adalah aurat. Pendapat ini berdasarkan sejumlah hadith antara lain “tutupilah pehamu kerana sesungguhnya peha adalah aurat” (Hadis Riwayat Malik, Ahmad, At-Tarmidzi).

Pendapat kedua: Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa peha lelaki tidak aurat. Hal ini berdasarkan hadith riwayat Bukhari dari Anas bahawa Rasulullah menyingkap pehanya dalam beberapa kesempatan.

Pendapat ketiga: Pendapat para pengikut mazhab Maliki (Imam Malik) bahawa aurat mughallazah (berat) adalah kemaluan dan dubur. Keduanya apabila terlihat ketika melakukan solat, maka solatnya batal.

Para ulama’ berusaha menyatukan dalil-dalil yang bertentangn ini dan mentarjihkannya (mencari yang terkuat). Imam Bukhari berpendapat bahawa hadith Anas yang mengatakan peha bukan aurat lebih kuat sanadnya. Imam As-Syaukani melihat bahawa hadith yang menyatakan peha adalah aurat adalah hadith-hadith yang berkenaan dengan keadaan khusus yang tidak boleh digeneralisasi.

Imam Ibnul Qayyim mengatakan bahawa aurat ada 2 iaitu aurat ringan dan aurat berat (mughallazah). Peha termasuk aurat ringan.

Maka tidak ada pertentangan (kontra) antara larangan melihat peha dan dibolehkannya membuka peha, dilarang melihat kerana peha aurat, dibolehkan dibuka kerana peha adalah aurat ringan. Dr.Yusuf Al-Qardhawi melihat adanya rukhsah (keringanan) untuk menyingkap peha bagi orang yang pekerjaannya menuntut mereka membuka peha.

2) Segala sesuatu yang boleh, apabila ia berlebihan, maka hukumnya haram (al-israf: berlebihan)

Menonton sepak bola apabila berlebihan, maka hukumnya menjadi haram. Kaidah fiqh mengatakan: “segala sesuatu apabila melebihi batasnya, maka hukumnya menjadi sebaliknya”. Demikian pula hal-hal yang berkenaan dengan hiburan, pada dasarnya hukumnya boleh selama tidak berlebihan. Allah SWT berfirman: “Hai anak Adam! Pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan” – Al-A’raf: 31. Makan dan minum adalah hal yang mubah (harus), akan tetapi jika berlebihan menjadi haram.

3) Menyia-nyiakan waktu

Waktu begitu sia-sia dengan menonton bola sepak. Waktu menonton adalah 2 x 45 minit, ditambah lagi dengan komentar para pengomentar, iklan dan istirehat. Jika tontonan ini dilihat sampai sebulan penuh, cuba bayangka berapa waktu yang terbuang sia-sia dalam sebulan? Bukankah waktu itu adalah nikmat? Nikmat akan ditanyakan oleh Allah dalam hal apa dimanfaatkan. Allah berfirman: “kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang nikmat (yang dianugerahkan untukmu)”. – At-Takathur: 8.

Disisi lain, berjaga tanpa ada kepentingan dibenci oleh Nabi SAW. Diriwayatkan dari Abi Barzah beliau berkata, “Rasulullah SAW membenci tidur sebelum isya’ dan bersembang-sembang setelahnya. (Hadis Riwayat Bukhari).

4) Pekerjaan pejabat terabai

Orang yang sengaja berjaga untuk menonton bola terkadang juga kurang maksima dalam melaksanakan tugas wajib. Orang beriman tentu sahaja selalu menjaga amanah yang dibebankan padanya. Rasulullah SAW bersabda: “tunaikanlah amanah kepada orang yang mempercayaimu dan tidak perlu engkau membalas dengan mengkhianati orang yang mengkhianatimu.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

5) Non-Muslim dijadikan idola

Fenomena yang menimpa para pencandu bola (peminat) adalah mengidolakan non-Muslim. Manakah yang didukung ketika dua Negara bertanding, apakah yang didukung Negara yang seagama? Biasanya yang didukung yang lebih mahir dan lebih cantik dalam bermain tanpa melihat agamanya. Bukankah seseorang akan dikumpulkan dengan orang yang ia cintai dan yang dijadikan idola. Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seseorang mencintai suatu kaum melainkan dia akan dikumpulkan bersama mereka pada hari Qiamat nanti”.

Hukum: Antara Fatwa dan Taqwa

Soal hukum menonton bola sepak ini jika dilihat akan terbahagi kepada dua. Pertama, hukum adakalanya dalam aturan fatwa, untuk dipakai oleh umum. Kedua, hukum dalam aturan taqwa, untuk dipakai oleh peribadi. Dalam aturan taqwa, kita boleh berfatwa buat diri kita sendiri sekeras mungkin. Akan tetapi, dalam aturan fatwa para fuqaha’, selalu berusaha untuk mencari yang termudah. Bukankah Rasulullah SAW kalau memilih antara dua hal, selalu ia memilih yang paling mudah selama ia tidak berkenaan dengan yang haram.

Dalam konteks menonton sepak bola hukum yang difatwakan harus dalam konteks aturan fatwa bukan aturan taqwa (baca: ideal). Dalam aturan taqwa, menonton sepakbola diharamkan, sebagaimana dibolehkannya mewajibkan solat tahajud buat diri sendiri (peribadi), kerana itu dipakai oleh peribadi. Tetapi sebaliknya dalam aturan fatwa, harus diuraikan sebijak mungkin kerana dipakai oleh public yang keimanannya berbeda-beda.

Kesimpulan

Ulama’ yang mengharamkan menonton bola sepak didasarkan kekhawatiran akan terjadinya efek buruk dari menonton sepak bola. Kerana efek buruh harus dicegah. Seperti judi, apapun bentuknya judi adalah perbuatan haram. Termasuk disini bertaruh untuk sebuah kesebelasan (team) atau skor. Maka apabila peha bukan termasuk aurat lelaki, menonton sepak bola sebatas hiburan dan tidak berlebih-lebihan, berjaga tidak menggangu pekerjaan di pejabat, mengagumi dengan tidak menjadikan seorang Muslim mengidolakan non-Muslim, maka hukum menonton bola menjadi harus.

Sebaliknya, apabila efek buruk tersebut tidak boleh dihindarkan dan tidak dipisahkan sama sekali (menjadi sebuah talajum),maka hukumnya adalah haram. Hal ini berdasarkan dalil Sadduz Zar’iyyah iaitu secara hukum halal, akan tetapi halal tersebut menjadi jalan timbulnya (perkara) haram, maka hukumnya (diambil) pada kesan yang ditimbulkannya iaitu haram.

Catatan: Saya telah mengubah beberapa perkataan Bahasa Indonesia dalam artikel di atas kepada perkataan Bahasa Malaysia agar mudah difahami. Mudah-mudaha bermanfaat. Terima kasih.

Dicatat oleh Muhammad Fadhlullah

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."