RAKAN BLOG MASJID

31 January 2012

USTAZ TERSOHOR FENOMENA ANAK MUDA KE MASJID DI SELANGOR

Fenomena Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang melanda negara ini terutamanya di Selangor sudah tidak mampu dibendung lagi. Puluhan ribu umat menghadiri kuliah maghrib UAI saban malam. Senario amat jelas saya lihat malam tadi di masjid al-Ridhuan Hulu Klang. UAI dengan gaya santai tapi ilmu sampai berjaya memukau seluruh hadirin yang sebahagian besarnya adalah kelompok anak muda harapan bangsa. Sukar untuk menarik minat kelompok ini sebenarnya, namun fenomena UIA telah memecah kebuntuan itu dan mencipta sejarah baru negara.

26 January 2012

BILA PEGAWAI/AJK/AHLI KARIAH TURUN PADANG

Yang ahli kariah prihatin ini yang dikenali Abu Jandal memang tak duduk diam bila ingin membantu masjid.Sanggup melakukan tanpa bantuan orang lain, kebetulan teman ada di situ membantu sehingga Tuan Nazir datang dan beberapa orang lagi.
Dalam kejadian ribut jumaat yang lepas 20 Januar 2012 banyak masjid , surau dan rumah serta hartabenda lain telah mengalami kesan kerosakan dan Bumbung Masjid Assalam telah terbuka dan segera dibaiki sendiri ajk terutama Timbalan Nazir Kapten Hj Nazaruddin yang memanjat sendiri bumbung dan membantu membaiki dengan segera.Manakala bahagian dalam masjid hanya melibatkan siling yang terbang dan pecah dan perlu diperbetul dan ada yang kena ganti.
Yang ironinya , Tuan Nazir Ustaz Abu Bakar Yang sanggup memanjat bersama Abu Jandal membetulkan siling yang amat tinggi. Teman pun seriau nak naik ke atas namun Tuan nazir yang bukan sihat sangat sanggup naik membantu. Anda lihatlah sendiri.Kerja membetulkan siling siap pada hari itu juga 21 Januari 2012.
Masyallah memang kena bila masjid Asalam diiktiraf masjid capai KPI 5 bintang dan terbaik di di Hulu Selangor. Apataknya, bila ada ada sesuatau menimpa masjid Nazir dan Timbalan Nazir bergegas turun bukan melihat atau membantu tapi melakukan sendiri apa yang patut dibuat.

CINTA RASULULLAH

"Apabila tiba bulan Rabi’ul-awwal, di mana-mana pun masyarakat Muslim di seluruh dunia menyambut MaulidurRasul. MaulidurRasul disambut bagi memperingati tarikh kelahiran insan mulia, iaitu Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam. Apabila tiba bulan Rabi’ul-awwal, di mana-mana pun masyarakat Muslim di seluruh dunia menyambut MaulidurRasul. MaulidurRasul disambut bagi memperingati tarikh kelahiran insan mulia, iaitu Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam. Walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ulama’ berkenaan tarikh sebenar kelahiran Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam, namun rata-rata masyarakat kita telah menerima bahawa 12 Rabi’ul-awwal merupakan tarikh lahirnya Baginda ke dunia ini. Kelahiran Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam membawa bersamanya rahmat ke seluruh alam. Di dalam kitab ar-Rahiq al-Makhtum karangan Sheikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri menyatakan bahawa tarikh kelahiran Nabi Muhammad sallAllahu ’alaihi wasallam adalah pada hari Isnin, 9 Rabi’ul-awwal tahun pertama peristiwa gajah. Ia juga bersamaan 20 atau 22 April 571 (M). Sebahagian ulama’ ada yang mengatakan bahawa menyambut maulid ar-Rasul hukumnya harus, ada yang kata sunnat dan malah ada juga yang mengatakan ia bid’ah. Saya secara peribadi lebih cenderung untuk tidak meraikannya kerana Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak pernah menyuruh kita menyambutnya, dan malah para Sahabat Baginda radhiAllahu ‘anhum ajmain juga tidak meraikannya, sedangkan merekalah insan-insan yang tersangat cinta dan malah sanggup berkorban nyawa dan harta untuk perjuangan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam. Namun, jika masyarakat sekitar meraikannya dengan mengadakan ceramah dan kuliah maulidurRasul, saya juga turut hadir untuk mendapat peluangrefresh sejarah kehidupan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam. Pada waktu inilah, kebanyakan masjid dan surau akan mengadakan kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah bagi mengajak ummat ISLAM mengenang kembali perjuangan Nabi dan mengambil pengajaran daripadanya. Selagi tidak berlebih-lebihan dan membazir, insyaALLAH ia program yang makruf. Mudah-mudahan kita mendapat manfaat daripada sambutan maulidurRasul yang disambut, insyaALLAH. Perkara yang lebih utama dari menyambut hari kelahiran Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam sebenarnya ialah untuk kita menerapkan rasa cinta dan ikut sunnah Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam. Perkara inilah yang lebih penting. Bahkan, syarak telah menetapkan bahawa mencintai Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah sebahagian daripada kewajipan seorang muslim. Anas bin Malik radhAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya: “Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintaiku lebih daripada ibubapa, anaknya dan seluruh ummat manusia.” - Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam telah dipilih ALLAH subhanahu wata’ala sebagai Pesuruh dan KekasihNYA. Kita sebagai muslim wajib mencintai insan yang paling dicintai dan diredhai ALLAH. Inilah peringkat cinta yang tertinggi di kalangan makhluq. Betapa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah banyak berkorban dan menghadapi pelbagai dugaan dalam berjuang untuk menyampaikan nikmat ISLAM dan IMAN yang kita perolehi saat ini. Baginda pernah dipukul, disakiti, dicela, dimaki dan dipulaukan oleh orang yang paling hampir dengannya. Namun, Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam tetap tidak berganjak dari misi menyampaikan wahyu kepada ummatnya. Sanggupkah kita melalui perkara yang sama seperti Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam? Banyak benar telah Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam lakukan untuk kita. Oh, Rasulullah… kami cinta padamu!!! Ungkapan cinta tidak memadai untuk kita menunjukkan rasa cinta kepada Baginda. Malah cinta sahaja tidak mencukupi. Kita mesti menerapkan al-hubbu wa ittiba’ iaitu cinta dan ikut. Sebagai seorang muslim sejati, mencintai Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam perlu disertai dengan ikut sunnah yang Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam tinggalkan. Jika kita sekadar cinta tetapi tidak ikut, seakan samalah kita seperti Abu Talib yang mencintai Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam. Abu Talib adalah bapa saudara Nabi yang banyak berjasa kepada Baginda. Tetapi sayang sekali, seruan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak mahu diterimanya. Sikap seperti ini ramai dimiliki oleh ahli masyarakat. Mereka mempunyai rasa cinta kepada Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam. Mereka marah dan berang apabila ada pihak mengutuk, mengejek, mengkeji dan memperlekehkan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam. Tetapi yang sedihnya, dalam masa yang sama mereka tidak pula menurut perintah-perintah ALLAH melalui seruan Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam. Cinta sebegini tidak diterima sebagai cintakan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam. Jika sekadar ikut dan tidak cinta pula, samalah kita dengan para munafiqun yang berlegar-legar di sekeliling Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam. Mereka ikut Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam, malah melakukan beberapa sunnah, tetapi di dalam hati mereka tidak mencintai pun Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam, malah mempunyai niat buruk kepada Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam. Perbuatan seperti ini juga tertolak. Seorang muslim mesti mempunyai kedua-duanya. Iaitu cinta dan ikut sunnah (al-hubbu wa ittiba’ as-sunnah). Bagaimana cara kita meluahkan rasa cinta kita kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam? 1. Kenali Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam Kisah-kisah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam yang kita pelajari sejak di bangku sekolah sepatutnya telah menjadikan kita mengenali peribadi Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam. Daripada kisah-kisah tersebut, banyak yang telah kita ketahui betapa pengorbanan dan perjuangan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam untuk menyampaikan seruan ALLAH subhanahu wata’ala sangat berat dan besar jasanya kepada kita semua. Dengan mengenali kisah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam, pasti akan terbit rasa cinta. Orang kata, “Tak kenal, maka tak cinta”. Jadi, untuk menerbitkan rasa cinta, kita perlu menyelidiki sifat peribadi dan sejarah kehidupan Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam. InsyaALLAH, melalui buku-buku, ceramah, kuliah dan lain-lain sumber banyak boleh didapati akan mengenalkan kita kepada insan yang mulia ini. Dalam ceramah-ceramah maulidurRasul juga dapat kita ambil manfaat untuk refresh apa yang kita lupa dan mengambil ilmu dari para penceramah yang ‘alim, insyaALLAH. 2. Bersolawat Ummat ISLAM disuruh untuk bersolawat kepada Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam. “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” – al-Ahzab: 56. "Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan berselawat keatasnya 10 kali ganda" (HR Muslim) Sentiasalah bersolawat ke atas Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam. Tatkala lapang atau sibuk, getarkanlah lidah kita dengan bersolawat ke atas Baginda. Solawat iaitu do’a kesejahteraan kepada Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah cara yang paling sesuai untuk kita menerapkan dan menyuburkan rasa cinta kepada Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam. Solawat Ibrahimiyyah iaitu seperti solawat yang dibaca tatkala tasyahud dalam solat sangat disarankan membacanya kerana ia telah diajarkan oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dan dikatakan ia adalah ungkapan solawat yang disukai Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam. 3. Menghidupkan sunnah. Hendaklah kita cuba sedaya upaya untuk mengamalkan segala sunnah Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam samada dari segi perkataan mahupun amalan. Apa yang disuruh Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam hendaklah kita sungguh-sungguh cuba melaksanakannya. Pada susuk tubuh dan akhlaq Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam terdapat banyak tauladan dan kebaikan yang boleh kita ambil. Firman ALLAH yang maksudnya: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” Surah al-Ahzab: 21. Hendaklah kita pegang sungguh-sungguh akan sunnah Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam dan menjadikan ia sebagai pedoman dalam menghadapi cabaran kehidupan. InsyaALLAH, dengan mengikuti sunnah kita akan selamat. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya aku telah tinggalkan di antara kalian sesuatu yang jika kalian berpegang teguh dengannya, maka kalian tidak akan tersesat selamanya; iaitu kitabullah dan sunnah NabiNYA.” (Disahihkan oleh Al-Hakim) “Barangsiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan termasuk golonganku” (HR Muttafaqun ‘alaih) “Aku berwasiat kepadamu agar bertakwa kepada Allah ‘Azza wajalla, agar mendengar, taat dan patuh meskipun pemimpinmu seorang budak. Barangsiapa hidup panjang umur dari kamu maka dia akan melihat banyak silang-sengketa. Berpeganglah kepada sunnahku dan sunnah-sunnah khulafaur rasyidin yang mendapat petunjuk dan hidayah (sesudahku). Gigitlah kuat-kuat dengan gigi gerahammu. Waspadalah terhadap ciptaan persoalan-persoalan baru. Sesungguhnya tiap bid’ah mengandung kesesatan.” (HR. Tirmidzi) Segala pesanan dan perintah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam wajib untuk kita ta’at dan amalkan. Perintah, pesanan dan nasihat Baginda s.a.w boleh kita ikuti melalui pembacaan buku-buku hadith yang banyak di pasaran. Cara Baginda s.a.w bercakap, berjalan, makan, minum, bergurau, gelak, berpakaian, berniaga, berjiran, bermasyarakat, berumahtangga, bernegara dan sebagainya wajar diambil untuk diamalkan di dalam kehidupan kita. Nescaya, hidup kita akan sejahtera, berkat dan lebih bermakna sekiranya sunnah-sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam diamalkan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan MaulidurRasul yang ramai di kalangan kita raikan ini dapat membuka minda dan mencetus keazaman untuk mencintai dan mengikuti sunnah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan ummat Baginda s.a.w yang beruntung dan diberi syafaat di akhirat kelak, amin. Shahmuzir Nordzahir, muzir.wordpress.com *SUMBER: http://muzir.wordpress.com "

24 January 2012

PERLU ADA AGENDA MASJID BAGI ANAK MUDA

Agenda masjid untuk anak muda

Antara cabaran besar yang sedang dihadapi oleh institusi masjid di negara ini pada masa kini ialah untuk menarik lebih ramai generasi muda agar kembali memakmurkan masjid. Tugas ini sememangnya tidak mudah, memandangkan kecenderungan dan kesibukan orang-orang muda yang lebih terpaut kepada perkara-perkara lain yang lebih "menyeronokkan". Mereka nampaknya lebih gemar menonton perlawanan bola sepak di stadium, bermain permainan komputer di kafe siber, merempit di jalan raya, bertemu janji dengan kekasih di taman, menonton rancangan realiti berbentuk hiburan di televisyen dan lain-lain lagi berbanding untuk bertandang ke masjid.

Lebih-lebih lagi generasi muda sekarang tidak lagi seperti generasi muda beberapa dekad lalu; mereka kini lebih terdedah dengan maklumat dan pengaruh luar akibat globalisasi, yang mana akhirnya menjerumuskan mereka kepada perkara-perkara yang melalaikan sehingga melupakan ajaran agama dan adat ketimuran yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Bukan sekadar tidak ke masjid, malah ibadah solat fardu pun sudah dialpakan.

Maka, apakah solusi terbaik kepada dilema ini? Ada yang berpandangan, proses tarbiah dan bimbingan Islam kepada generasi muda harus terus dipergiatkan. Jika anak-anak muda ini sudah mendapat kefahaman yang benar mengenai agama, insya-Allah mereka akhirnya akan komited untuk mempraktikkan Islam dalam kehidupan, termasuk memakmurkan masjid dengan ibadah mereka. Saya kira ini satu pandangan yang bernas juga, namun sebenarnya tidak cukup sekadar itu kalau hendak memastikan hati anak-anak muda ini benar-benar terpaut pada institusi masjid.

Pada pendapat saya, sistem sokongan daripada institusi masjid juga perlu diambil kira jika hendakkan generasi muda berdamping dengan masjid. Lebih khusus lagi, aktiviti dan persekitaran sesebuah masjid itu hendaklah sesuai dengan citarasa dan keperluan orang-orang muda. Penyediaan infrastruktur dan jenis program yang tepat, kontemporari dan selaras dengan kehendak syarak adalah penting jika kita hendak memulakan suatu gerakan mengembalikan semula generasi muda ke masjid. Ingatlah kata-kata Umar bin al-Khatab, "Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya..."

Berpandukan sedikit pengalaman yang saya timba sewaktu bergelumang dengan dunia dakwah remaja suatu masa dahulu, terdapat beberapa jenis aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh institusi masjid untuk ditujukan kepada generasi muda masa kini. Antaranya ialah:

1. Sukan

Majoriti anak muda sekarang, terutamanya lelaki memang menggemari aktiviti sukan. Sesuai dengan keadaan ini, institusi masjid boleh mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan aktiviti berkaitan sukan yang membabitkan anak-anak muda. Sukan seperti bola sepak, futsal, bola jaring, badminton, bola tampar, sepak takraw, ping pong, malah sukaneka dan sukan rakyat adalah antara jenis sukan yang boleh dipertimbangkan untuk dijalankan. Lebih cantik lagi kalau dapat diadakan pertandingan sukan antara masjid, pasti bertambah kemeriahannya dengan penglibatan anak muda. Sewaktu menjalankan aktiviti tersebut, selitkanlah juga sedikit tazkirah pada mana-mana ruangan yang sesuai. Tekankan tajuk-tajuk seperti kepentingan beriadah, menjaga aurat, bekerjasama dalam satu pasukan, hatta peranan generasi muda memakmurkan masjid.

2. Rekreasi

Selain sukan, anak-anak muda juga sukakan aktiviti berbentuk rekreasi. Ini bersesuaian dengan ciri-ciri generasi muda yang sememangnya aktif, lasak dan sukakan cabaran. Antara jenis aktiviti rekreasi yang boleh dilaksanakan ialah perkhemahan, berkayak, ekspedisi memanjat gunung, mencari harta karun (treasure hunt) dan explorace. Jangan lupa untuk menyelitkan sebarang bentuk aktiviti kerohanian sepanjang mengadakan program rekreasi tersebut.

3. Kesenian dan kebudayaan

Ramai juga anak muda yang meminati bidang seni. Justeru, bagi meraikan fitrah anak muda ini, aktiviti berbentuk kesenian dan kebudayaan boleh dianjurkan oleh pihak masjid. Contoh aktiviti adalah seperti nasyid, kompang, tulisan khat, seni mempertahankan diri, pentomen dan teater. Saya tertarik dengan satu pendekatan yang dibawa oleh sebuah kumpulan yang mempromosikan teater berjudul "Menunggu Kata Dari Tuhan" di masjid-masjid di seluruh negeri Selangor sejak tiga tahun lalu. Sambutannya cukup memberangsangkan dan ternyata mampu menarik anak muda untuk menyaksikannya lantas mendekatkan mereka dengan institusi masjid.

4. Seminar, bengkel, forum dan kem

Walaupun aktiviti-aktiviti ini bunyinya sedikit formal, namun jika pengisian dan pendekatannya segar dan menepati selera orang muda, saya pasti aktiviti sebegini juga mampu menarik minat remaja untuk berkunjung ke masjid. Modul-modul alaf baru berkaitan generasi muda boleh diketengahkan seperti ‘Keindahan Bersamamu’, ‘Anda Bijak Jauhi Zina’, ‘Reproduksi Remaja’, ‘S.P.I.E.S’, ‘Remaja Raikan Ramadan’ dan ‘Hidup Zero Alasan’. Di samping itu lebih baik lagi jika dapat dilibatkan figura dan selebriti terkenal yang cenderung kepada Islam seperti Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah, Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Dr Harlina Halizah Siraj, Wardina Safiyyah, Asyraf Muslim, Akil Hayy, Ahmad Fedtri Yahya, Irma Hasmie dan Heliza Helmi, juga artis-artis nasyid seperti Rabbani, Raihan, In-Team, Nowseeheart dan lain-lain lagi.

5. Lawatan

Lawatan sambil belajar adalah suatu aktiviti yang cukup bermanfaat buat generasi muda. Bawalah mereka ke tempat-tempat bersejarah, institusi pengajian tinggi, rumah-rumah kebajikan dan ekspo atau pameran yang bersesuaian. Insya-Allah, pasti mereka berasa seronok dan memperoleh manfaat melalui aktiviti sebegini.

6. Pertandingan kreatif

Di samping itu adakanlah aktiviti berbentuk pertandingan kreatif yang khusus disertai oleh golongan remaja dan belia. Contoh pertandingan ialah pertandingan filem pendek, pertandingan melukis komik, pertandingan kuiz isu Palestin, pertandingan flash, pertandingan foto bermesej, pertandingan mereka bentuk laman web masjid, Akademi Khatib dan sebagainya. Pastikan promosi pertandingan ini disebarkan seluas mungkin dengan penyediaan hadiah yang mampu menarik minat anak-anak muda untuk menyertainya.

Cukuplah sekadar itu saranan saya. Saya percaya banyak lagi jenis aktiviti lain yang boleh diadakan bagi menjayakan hasrat kita untuk membuatkan generasi muda hari ini "jatuh cinta" dengan masjid. Oh ya, ada juga rakan-rakan saya yang pernah berkunjung ke Singapura yang menceritakan begitu hidupnya aktiviti masjid di sana, khususnya aktiviti kepada remaja dan belia. Saya berharap suatu hari nanti saya akan sampai ke sana dan melihat sendiri realiti seperti yang diceritakan orang tersebut.

Sebelum itu ayuh kita realisasikan kerja besar kita ini di tempat kita sendiri. Suatu kerja besar yang memerlukan pengorbanan yang besar...

22 January 2012

KULIAH SUBUH BERSAMA SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI 22/1/2012


SYUKUR PADA ALLAH DIANUGERAH MASJID TERBAIK HULU SELANGOR




Alhamdulillah detik bersejarah 20 Januari 2012 berlaku di PAID(Pejabat Dulu Selangor di mana Masjid As-Salam Bukit Sentosa , Rawang telah dianugerah Masjid KPI 5 Bintang dalam Negeri Selangor dan Anugerah Masjid Terbaik dalam Hulu Selangor .

Semoga anugerah ini akan dapat memantapkan lagi ukhuwah Tuan Nazir , ajk pengurusan As-Salam dan ajk surau serta kariah dan penduduk sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.

19 January 2012

PERINGATAN BG KAUM LELAKI.....

Adapun berinai dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah HARAM. Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai atau 'bapacar' ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:

Maksudnya: "Daripada Anas dia berkata: "Bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang kaum lelaki memakai za'faran (kuma-kuma)."

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Za'faran (kuma-kuma) adalah sejenis daun tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan warna serta berbau harum.

Dilarang memakai za'faran (kuma-kuma) bagi lelaki adalah kerana warnanya bukan baunya, kerana memakai benda yang harum bagi lelaki adalah disunatkan. Daun inai itu sama seperti za'faran dari segi mengeluarkan warna dan bau.

Tambahan lagi, perbuatan berinai pada tangan dan kaki itu di dalamnya unsur-unsur menyerupai atau meniru-niru cara kaum wanita berhias. Haram hukumnya perbuatan meniru-niru atau menyerupai antara lelaki dan perempuan sebagaimana ditegaskan di dalam sebuah hadis sahih:

Maksudnya: "Daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahu Anhuma beliau berkata: "Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau meniru-niru kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau meniru-niru kaum lelaki."

(Hadis riwayat Bukhari)

Bagaimanapun jika sekiranya lelaki itu berinai kerana ada keuzuran iaitu keperluan atau hajat untuk berubat, tidaklah diharamkan malahan tidaklah dimakruhkan ke atasnya untuk berinai.

Tersebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud :

Maksudnya: "Daripada Salma khadam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dia berkata: "Tidak mengadu kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam seseorang tentang sakit di kepala melainkan Baginda menyuruh orang itu supaya berbekam, dan tidak mengadu kepadanya seseorang tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda menyuruhnya supaya berinai."

(Hadis riwayat Abu Daud)

Merujuk kepada apa yang berlaku sekarang ini di tengah masyarakat kita, perbuatan berinai bagi lelaki masih wujud walaupun ada di antaranya telah mengetahui tentang hukumnya, khasnya kepada pengantin lelaki pada majlis malam berinai. Berinai bagi pengantin lelaki hukumnya tetap dilarang. Pengecualian daripada hukum tersebut hanya terbatas kepada keadaan jika ada keuzuran sahaja, iaitu bagi tujuan berubat, sebagaimana disebutkan terdahulu.

Secara umumnya berinai bagi pengantin lelaki pada tangan dan kaki hanya merupakan adat semata-mata, tidak ada disyariatkan di dalam Islam.

18 January 2012

NIKMAT MANAFAAT MASA AKAN CEMERLANG DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

Manfaat nikmat masa strategi cemerlang dunia, akhirat

SUNGGUH pantas masa berlalu, sudah seminggu kita berada pada 2012. Ini amat dirasakan terutama dalam kesibukan mengurus rutin baru khasnya bagi mereka yang mempunyai anak menjejaki alam persekolahan selain kesibukan merancang sasaran bagi tahun ini.

Kedatangan tahun baru perlu difahami bukan sekadar pusingan waktu tetapi nikmat keemasan yang wajar direbut bagi membuktikan kesyukuran kepada-Nya. Justeru, Allah mengingatkan hamba-Nya supaya tidak membiarkan masa berlalu begitu saja.

Masa adalah tanggungjawab kita. Untuk merancang, mengatur dan mengubah nasib dengan pelaksanaannya seperti firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri yang mengubahnya.” (Surah al-Ra’du, ayat 11)

Umat Islam diseru merebut peluang dikurniakan Allah dengan lima anugerah kenikmatan iaitu masa sihat, senang, muda, lapang dan ketika hidup.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara; masa sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, hidup sebelum datangnya mati.” (Hadis riwayat Muslim)

Bagi memastikan tahun baru ini tidak sia-sia atau tidak dapat dimanfaatkan secara optimum, ia perlu dirancang dengan baik dan berstrategi. Pendekatan sabda Rasulullah SAW memberikan kita ilmu merancang secara strategik.
Merancang berdasarkan lima nikmat masa serta sebelum datang lima masa yang boleh menghilangkan nikmat itu. Kaedah merancang berdasarkan waktu melakukan sesuatu kerja antara strateginya.

Dalam merancang kejayaan, pastikan ia ditentukan anggaran masa. Ini sekali gus menjurus perancangan mengambil kira faktor sumber dan keupayaan organisasi supaya segala perancangan dicapai dalam tempoh munasabah.

Sabda Baginda meliputi perancangan terhadap sumber utama dianugerahkan kepada manusia iaitu usia, harta kekayaan, kesihatan, kelapangan dan kehidupan.

Perancangan sumber asas ini penting supaya dimanfaatkan secara optimum dan sebagai persediaan berhadapan kemungkinan ia menjadi susut nilai, kuantiti dan kualitinya pada masa akan datang.

Rasulullah SAW juga mengajar kita merancang sumber berdasarkan tempoh masa bagi menghadapi akhirat. Gaya perancangan Rasulullah ini strategik kerana bersifat menyeluruh serta memberikan pulangan baik dalam pencapaian individu di dunia dan akhirat.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah merenungi setiap diri apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Hasyr, ayat 18)

Di sini letaknya keunikan sistem perancangan dalam Islam yang menekankan pencapaian individu dalam dua alam seperti mutiara kata Imam al-Ghazzali manusia dengan amal kebaikannya ibarat jala.

Apabila kematian menjemput, kebaikan dinilai dan jasad manusia akan tinggal dimamah bumi. Ibarat jala dan hasilnya. Hasil akan dimanfaat dan jala ditinggalkan.

Perancangan mengatur strategi dan usaha menghadapi tahun baru ini hendaklah dengan matlamat baik, betul dan bermanfaat untuk mencapai kejayaan maksimum atau kemudaratan seminimumnya.

Perancangan baik mampu meningkatkan pencapaian organisasi, melonjakkan kualiti perkhidmatan dan mengelak kerugian, jangan sampai penat bekerja tetapi tidak mendatangkan hasil kerana gagal merancang dengan strategik.

Tetapi, sering kita menyedari perlunya merancang dengan baik apabila sudah tidak boleh merancang sama ada kerana kesuntukan masa, sudah berada di hujung tahun, kehabisan wang dan mengalami masalah kesakitan.

Akibatnya, ada menyalahgunakan sumber bagi merealisasikan matlamat pada akhir tahun seperti menghabiskan bajet jabatan dengan program makan malam di hotel mewah, membeli peralatan tidak diperlukan atau melaksanakan kerja hingga menjejaskan kualiti.

Kita perlu mengambil peluang keemasan pada awal tahun ini dengan muhasabah pencapaian diri dan organisasi pada tahun lepas bagi mengatur perancangan lebih strategik supaya membuahkan kejayaan berganda di dunia dan akhirat

17 January 2012

KUASA SEDEKAH !

JALAN MUDAH UNTUK BAYAR HUTANG

Seorang pemuda bernama Mukhlis tengah ditahan lokap di Lapas Sukamiskin, Bandung.Disaat begitu lupa pada nikmat Allah dulu membuatnya terjebak dgn hutang hingga lebih dari Rp 2 milyar. Ia tak sanggup bayar dan perusahaannye ditutup dan menyebabkan dia dipenjara..

Hari itu adalah Ahad, sudah dua bulan lebih Mukhlis berada di dalam sel sempit di balik jeriji besi. Ia merasa sedih dan kesepian. Kebebasan yang biasa ia hidup sebelumnya kini hanya tinggal kenangan. Jangankan untuk bersenang-senang dengan rakan dan sahabat, untuk berkumpul dengan keluarga tercinta pun sudah tidak lagi bisa. Mukhlis merasa sedih, dan ia berjanji tidak ingin lagi hidup seperti ini. Berkali-kali dengan mulutnya memanjatkan doa kepada Allah Sang Maha Pengasih dari balik jeriji agar ia dapat menyelesaikan perkara dan segera bebas dari penjara dan kembali ke rumah untuk berkumpul bersama keluarga.

Dalam kesedihan yang Mukhlis alami, tiba-tiba seperti ijabah doa yang datang dari Allah Swt maka Mukhlis dapati ustaz Iman sedang melawat dari satu sel ke sel lainnya. Ustaz Iman adalah pembimbing rohani Islam bg tahanan dan kerap memberikan pelajaran kerohanian bagi setiap tahanan yang ada di Lapas Sukamiskin. Seminggu dua kali biasanya ustaz Iman datang melawat. Bila melihat datangnya ustadz Iman maka Mukhlis pun memanggil beliau dari balik jeriji.

Terjadilah perbualan antara Mukhlis dan ustaz Iman. Banyak nasihat yang disampaikan oleh ustaz kepada Mukhlis, termasuk salah satu nasihatnya adalah agar Mukhlis rajin bersedekah.
Ustadz Iman menyatakan bahawa sedekah itu menjadi salah satu cara yang membuat datangnya pertolongan Allah Swt.
Mukhlis menerima nasihat itu, maka sejurus kemudian ia bangkit untuk mengambil sesuatu. Ia buka bag dan dari dalam bag tersebut ia ambil wang sejumlah Rp 1 juta dan ia berikan kepada ustaz.
“Ustaz..., tolong salurkan wang ini sebagai sedekah saya. Terserah ustaz mau berikan kepada siapa... saya berharap dengan sedekah ini saya akan mendapat pertolongan Allah seperti yang ustaz sampaikan kepada saya!”

Ustaz menerima sedekah Mukhlis. Beliau berjanji untuk menyalurkan sedekah tersebut secepat mungkin. Tak lupa Ustaz mendoakan Mukhlis agar segala masalah yang ia hadapi diberi pertolongan oleh Allah Swt.

Sejurus kemudian ustaz Iman pun berlalu meninggalkan Mukhlis.

===0===

Ustaz Iman kembali ke kampungnya. Sebelum beliau tiba di rumah beliau singgah untuk minum di sebuah warung kecil. Beliau membeli sesuatu di sana. Teringat akan sedekah Mukhlis, maka ustaz Iman pun berbincang dengan pemilik warung.

“Makcik, ada tak di warung ini orang-orang miskin yang berhutang dan belum dibayar? !” tanya ustaz Iman kepada makcik pemilik warung.
“Ada ustaz....! ada beberapa orang susah yang berhutang di warung saya.” jawab makcik pemilik warung.
“Berapa orang makcik? kira jumlah mereka dan berapa hutangnya?!” kata ustaz Iman lagi.

Maka pemilik warung pun menceritakan bahwa ada sejumlah orang miskin yang berhutang di warungnya, dan itu membuat usahanya susah nak berkembang sebab modal putaran tertahan oleh hutang-hutang mereka.

Pemilik warung menyebutkan sejumlah nama, namun setelah dihitung semua orang itu memiliki jumlah hutang Rp 1,8 juta. Makcik mengutarakan; biasanya mereka berhutang untuk keperluan seharian seperti beras, namun mereka selalu tidak mampu membayar hutangnya,makcik tidak tak samapi hati kalau mendengar mereka kehabisan beras, maka ia pun memberikan izin kepada mereka untuk berhutang di warungnya.

Setelah mendapat penjelasan dari pemilik warung maka ustaz Iman menjelaskan bahwa ia memiliki sedekah sebesar 1 juta rupiah. Beliau meminta kepada pemilik warung untuk menghitung siapa saja yang boleh ditolong agar terbebas dari hutang.

Pemilik warung amat senang mendengarnya. Maka ia memberikan data orang-orang susah yang kerap berhutang di warungnya. Setelah dikira maka ada 7 nama di antara mereka yang bisa dilunaskan hutangnya dengan wang sedekah 1 juta rupiah tersebut.

Dengan baca bismalah ustaz Iman menyerahkan wang sedekah Mukhlis kepada pemilik warung. Makcik mengucapkan syukur dan ia mengangkatkan tangan seraya berdoa kepada Allah Swt atas anugerah-Nya yang telah menggerakan hati Mukhlis, orang yang tidak dikenalinya, untuk melunaskan hutang-hutang orang susah yang ada di warungnya.

Makcik warung berjanji kepada ustaz Iman untuk memberitahukan kepada 7 nama tadi berita gembira ini. Maka saat kesemua nama tadi mendapatkan berita tersebut maka mereka pun bersyukur kepada Allah Swt dan mendoakan Mukhlis dengan penuh kesungguhan.

===0===

Ina, isteri Mukhlis datang berkunjung ke lokap pada hari Kamis. Ada kegembiraan pada wajahnya. Saat Mukhlis datang di ruang berjumpa, maka Ina bangkit dari duduknya dan ia tak dapat menahan tangis. Mukhlis terkejut melihat isteri tercintanya menangis. Mukhlis menanyakan apa terjadi,Ina tidak mampu menjawab apa-apa. Tubuhnya bergetar dan terlihat banyak air mata yang mengalir di pipinya. Ina mengeluarkan surat berwarna putih dari tasnya. Surat itu ia serahkan kepada Mukhlis dan terus surat itu dibaca.

Tidak banyak kata dan kalimat tertulis dalam surat itu. Namun demi membaca surat tersebut, maka Mukhlis pun tertunduk dan mulai meneteskan air mata haru.

“Allahu akbar.... Allahu Akbar.... Allahu Akbar....
Alhamdulillah ya Rabb.... sungguh Engkau Maha Penolong dan Maha Pemurah... Engkau tolong hamba-Mu yang lemah ini untuk keluar dari masalah” pekik Mukhlis dalam doa.

Dalam surat bertarikh hari Selasa dua hari yang lalu tertulis bahwa perusahaan tempat Mukhlis berhutang menyatakan bahwa hutangnya SEBANYAk 1 MILYAR RUPIAH TELAH DIHAPUSKAN!

Mukhlis dan Ina saling berpegangan tangan. Mereka sungguh bahagia mendengar berita gembira ini. Berita ini sungguh membuat beban hutang Mukhlis bertambah ringan. Maka suasana pertemuan bertukar gembira, beberapa saat kemudian Ina pun berpamitan untuk pulang ke rumah.

===0===

Keesokannya adalah hari Jumaat. Seluruh penghuni lokap bersiap untuk melaksanakan solat Juma'at. Saat menanti datangnya waktu Jumaat, Mukhlis mengisinya dengan dzikir dan i'tikaf. Begitu azan Zuhur dikumandangkan maka naiklah Khatib yang tiada lain adalah ustadz Iman. Saat mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan ustaz Iman maka air mata Mukhlis kembali menitis. Mukhlis mengingat perjumpaannya dengan ustaz Iman pada hari Ahad lalu dan ia teringat sedekah satu juta rupiah yang ia diberikan kepada beliau. Sungguh sedekah itu telah dibayar Allah Swt hanya dalam tempo 2 hari menjadi 1000 kali lipat.

Saat solat Jumaat selesai, maka Mukhlis mendatangi ustaz Iman. Ia menyampaikan ucapan terima kasih yang berulang kali atas bantuan ustaz Iman menyalurkan sedekahnya. Ustadz Iman pun kembali mengucapkan terima kasih. Beliau sampaikan bahwa pemilik warung dan 7 orang yang berhutang juga turut berterima kasih kepada Mukhlis dan mendoakan. Mendengarkan penuturan ustaz Iman kembali air mata haru mengalir deras di pipi Mukhlis.
Sambil terisak Mukhlis berkata kepada ustaz Iman, “Ustaz..., janji Allah Swt yang ustaz sebutkan bagi orang yang bersedekah sungguh kini telah saya rasakan. Sedekah saya kemarin dalam dua hari sungguh telah Allah bayarkan kepada saya sebesar 1000 kali lipat!”

Mukhlis pun merangkul erat tubuh ustaz Iman. Kedua manusia itu tak henti-hentinya berucap bersyukur kepada Allah Swt. Ada kebahagiaan yang tiada terperi di hati kedua manusia itu. Keduanya menjadi saksi atas janji Allah, bahwa masalah yang dihadapi mudah diatasi asalkan kita saling menolong terhadap sesama.

Rasulullah Saw bersabda, “Allah Swt senantiasa menolong seorang hamba, selagi hamba kerap menolong saudaranya.” HR.Muslim dari Abu Hurairah.

Apakah Anda ingin mencuba cara ini?! Semoga Allah mudahkan jalan Anda! Amin..

Posted by wmz

14 January 2012

WAKTU MUSTAJAB MENDOAKAN ANAK-ANAK

9 WAKTU MUSTAJAB MENDOAKAN ANAK-ANAK

Keranamu Permata Hati, kaulah segalanya.
Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :

1-Sebelum anak tidur.
2-Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
3-Selepas anak bangun tidur.
4-Selepas anak mandi.
5-Selepas anak solat.
6-Selepas anak membaca al-Quran.
7-Selepas anak berdoa.
8-Selepas anak beriadah.
9-Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).

Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :

Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).

Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”

Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”

Insyallah….Wallahualam.

Dicatat oleh anakmuaallaf

AJK MASJID AS-SALAM RAI SURAU NAIK TARAF SOLAT JUMAAT DI BUKIT SENTOSA 2


Surau Al-Mutaqqin Jalan Anggerik 3 Bukit Sentosa 2 telah lulusmula solat jumaat pada 13 Januari 2012.

Alhamdulillah Bukit Sentosa 2 yang mempunyai 4 buah surau dan 1 buah sekolah rendah kebangsaan dan 1 buah sekolah menengah kebangsaan akhirnya ada tempat solat Jumaat sendiri apabila Tempat solat terdekat ialah Masjid AsSalam dalam jarak 3 km dan sebuah lagi Surau Widuri yang telah dinaiktaraf Solat Jumaat lebih setahun yang lalu. 4 Surau tersebut ialah Surau Saidina Ali di Taman Anggerik 5 BS7 , Surau Al-Amien di Sri Anggrik BS6, Surau Hayatul Islam di Taman Seroja dan Surau Al-Mutaqqin di Taman Anggerik 3. Untuk makluman sementara menantikan projek naiktaraf Surau Saidina Ali menjadi masjid maka Surau Al-Mutaqqin diluluskan JAIS untuk solat Jumaat memandangkan infranya yang lebih baik.


Lebih 200 orang jemaah memenuhi saf di dalam dan luar surau. Bagaimanapun surau ini masih ada ruang boleh dipergunakan jika terdapat tambahan jemaah dengan hanya menambah kanopi atau membuat bumbung tambahan disebelah kanan surau tersebut.






Tarikh 20 Safar 1433 Hijriah bersamaan 13 Januari 2012 berlansunglah Khutbah Jumaat yang di bacakan oleh Imam III Ustaz Hj Muhammad Firdaus dari Masjid AsSalam dan bilalnya Ustaz Kamli ialah dari Bilal 1 Masjid AsSalam .Dihadiri beberapa Pegawai/Ajk Masjid seperti Imam I Masjid AsSalam Ustaz Hamizi, Ustaz Wan Shamsuddin, Sdr Shaari Osman dan Ahli Majlis Sdr Mat Rahat yang juga merangkap Ajk Masjid.

Sedikit taklimat telah dilakukan selepas solat oleh ajk Surau Al-Mutaqqin dengan pegawai/ajk masjid serta ahli majlis.






Alhamdulillah kami dijamu oleh Sdr Saidil Hazri Timb. Pengerusi Surau Al-Mutaqqin selepas solat Jumaat.Gerai makan ini dikendalikan oleh isteri beliau yang pakar dalam menu satay, walaubagaimanapun kami dijamu dengan nasi beriani kambing dan ayam.

12 January 2012

UKHUWAH PEGAWAI/AJK MASJID VS AJK SURAU DI AL-KAUSAR TAMAN TELIPOT AZURA


Ustaz Abu Bakar Yang (Tuan Nazir Masjid AsSalam) istiqamah dalam mempengerusikan mesyuarat Masjid dengan surau-surau di mana tempat mesyuarat bergilir di antar lebih 25 surau yang ada. Dan malam tadi Surau Al-Kausar Taman Telipot Azura menjadi tuan rumah di awal Januari 2012.





Pengerusi Surau Al-Kausar Sdr Mohd Fikri (Sebelah Kanan)

Lebih dari 20 orang hadir dalam mesyuarat itu yang diwakili oleh setiap surau dan ajk serta pegawai masjid. Masjid AsSalam diwakili oleh Tuan Nazir Ustaz Abu Bakar, S/U Tn Hj Ramley , Pemeriksa Kira-kira Sdr Shaari, Ajk Sdr Mat Rahat, Siak 1 Sdr Mohamad Redzuan, Lujnah Kebajikan Sdr Abu Kahar dan Lujnah Saudara Baru & Dakwah Tn Hj Cikgu Kamarulzaman.







PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."