RAKAN BLOG MASJID

27 February 2014

SETIAP YANG BERLAKU YAKINLAH ADA HIKMAH !

Assalamualaikum sahabat2.
Salam Jumaat penghulu segala hari.  28 Rabiul Akhir 1439 Hijriah bersamaan 28 Februari 2014 .
Ada seorang raja yang hobinya memburu binatang. Setiap kali ingin pergi memburu, raja ini membawa penasihatnya sekali. Mereka berdua masuk ke dalam hutan. Kemudian, raja tersebut ternampak seekor rusa. Lalu, raja itu menembaknya. Namun, rusa itu masih belum mati. Raja itu mengeluarkan pisau lalu meyembelih leher rusa itu. Tanpa disedari, satu jarinya telah terpotong. Lalu, dia mengadukan kesakitannya kepada penasihatnya itu. Kata raja,"Wahai penasihatku, sungguh sakit yang ku rasakan akibat terpotongnya jariku ini". penasihat itu menjawab dengan tenang,"Ada hikmahnya, tuanku". Raja mula berang. Dikatanya,"Wahai penasihat, hikmah apakah yang ada jika jariku terpotong? Tiada hikmah. Malah aku kehilangan satu jari". Kemudian, raja itu menghumban penasihat itu ke dalam penjara istananya. Selepas itu, si raja meneruskan hobinya. Kali ini, raja itu berseorangan. Lama beliau di hutan. Namun, seekor binatang pun tidak dijumpai. Raja itu pun terus berjalan hingga sampai ke hutan dalam. Kemudian, terdapat sebuah perkampungan orang asli. Orang asli disitu makan orang. Kebetulan pula, hari tersebut adalah Hari Raya Korban bagi mereka. Lalu, mereka menangkap raja tersebut untuk dijadikan korban. Raja itu diletakkan di dalam kawah besar. Perencah dan rempah sudah dimasukkan. Air pun telah dimasukkan sehingga paras dadanya. Hanya belum dinyalakan api sahaja. Maka, orang asli disitu bertanyakan kepada Tok Batin mereka. Kata mereka,"Tok, bolehkah kita menjadikan orang itu sebagai korban kita?". Tok Batin menjawab,"Boleh sekiranya tiada kecacatan pada tubuhnya". Lalu, mereka memeriksa tubuh raja itu dan mendapati jarinya kurang satu. Hal itu pun diadukan kepada Tok Batin. Kemudian Tok Batin menjawab,"Lepaskanlah dia kerana kecacatan pada jarinya". Raja itu pun dilepaskan. Dengan segera si raja pulang ke istana. Si raja bergegas menuju ke penjara istana. Lalu, dia menemui penasihatnya kemudian memeluknya sambil menangis. Penasihat itu pun pelik. Kemudian dia bertanya,"Wahai tuanku, apakah yang telah terjadi?". Tuanku menceritakan segala yang terjadi. "Benarlah katamu. Ada hikmah hilangnya satu jariku ini. Jika tidak, pasti aku menjadi korban mereka". Kemudian si penasihat menjawab,"Wahai tuanku, ada hikmahnya engkau meletakkan ku di dalam penjara ini. Jikalau aku turut bersamamu, pasti engkau akan terselamat dan aku akan menjadi korban mereka".
---
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui. Begitu juga dengan sunnah Nabi. Sunnah dalam pemakaian, tutur kata, ketika berjalan, ketika hendak makan dan minum. Terkadang ianya nampak remeh. Namun, pahalanya sangat besar di sisi Allah swt.
---
Kisah ini disampaikan oleh Habib Najmuddin bin Othman Al Khered di dalam Malam Cinta Rasul
Semoga dapat dijadikanBH iktibar dan bermanfaat untuk kita.
---
Moga Allah Redha

25 February 2014

SEMAKIN DEWASA TINGKATKAN KUALITI SOLAT !

Teguran ini keada yang telah dewasa.Kalau masa kecil/remaja maka lupakan dan jadikan sempadan.
Nabi menasihatkan kita jangan menyerupai 3 ekor haiwan ketika kerjakan solat.

1)Anjing - Ketika sujud jangan kita meletakkan siku kita rapat ke tanah kerana cara begitu adalah mirip dan menyerupai anjing.

2. Burung mematuk. Semasa bertukar pergerakan dalam solat perlu ada toma'ninah atau berhenti sebentar sebelum menukar pergerakan ke pergerakan yang lian.
 yang lain. Jika tanpa toma'ninah atau terlalu laju maka dikatakan menyerupai burung sedang mematuk makanan.
3. Unta sedang bangun.
Ketika kita nak bangun dari sujud, jangan kita bangun dengan mengangkat punggung dahulu sebab cara itu akan miripmenyerupai unta yang sedang hendak bangun.

14 February 2014

14 "KEMULIAAN" WANITA MUSLIMAH YANG SEDANG HAMIL’ :

:

1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam
rahimnya, maka beristighfarlahpara malaikat
untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan
Allah SWT.

3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak,
hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru
dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya,
maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada
susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah SWT.

6. Rakaat shalat wanita yang sedang hamil adalah
lebih baik dari pada 80 rakaat shalat wanita yang
tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASI)
kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat
1 pahala pada tiap² tetes susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
karena menjaga anaknya yang sakit akan
diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan
bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12
tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus
berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus
beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70
tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan
pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala
haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempo (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan
kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada
anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi
pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.

► Subhanallah...

► Betapa mulianya "status" wanita hamil, tentunya
dengan jalan kehamilan yang diridhai oleh Allah
SWT, bukan dengan cara/jalan kehamilan yang
tidak di sukai-Nya....

Emenouzer Ft Damansara

09 February 2014

4 PERINGATAN PENTING

SATURDAY, FEBRUARY 08, 2014

Belajar Hakikat

Semalam saya solat jumaat di Masjid AU3 Keramat. Pada tazkirah jumaat yang di sampaikan saya ingin berkongsi empat peringatan utama di penghujung penyampaian Ustaz berkenaaan yang masih terngiang-ngiang di telinga ini. 

Ustaz berpesan supaya kita semua menghayati empat perkara ini (DADA):
  1. Kenal DIRI. Kenal bahawa diri kita ini lemah, tiada hebat apa pun, tiada kuasa apa pun. Perasan tak manusia tak dapat cipta walau seekor nyamuk atau sebutir beras?
  2. Kenal ALLAH. Maha Pencipta dan Maha segala. Allah pencipta seluruh alam ini. Dia penguasa hakiki. Semua milik Allah. Kita tidak milik apa2. Kita bergantung harap kepada-Nya.
  3. Kenal DUNIA. Tempat persinggahan seorang yang dalam perjalanan yang jauh. Ibarat berhenti berteduh sebentar di R&R untuk rehat dan rawat sejenak, dan kemudian meneruskan perjalanan menuju destinasi.
  4. Kenal AKHIRAT. Akhirat itu kampung halaman kita. Itulah tempat hidup kita nanti yang kekal abadi. Hakikat sebenar ungkapan balik kampung.
Saya rasa pesanan Ustaz ini sungguh bermakna dan simple. Ia menjentik minda untuk renung dan fikir. Fikir siapa sebenar aku ini? 

Aku lahir 40 tahun dulu, 50 tahun dulu tanpa apa2. Allah kurniakan segalanya. Ruh untuk jasadku, udara untuk ku bernafas, air untuk ku minum, makanan untuk ku makan. Allah kurniakan pelbagai sumber rezki dan nikmat termasuklah akal, ilmu, kesihatan, pancaindera, keluarga, alam sekeliling, dan harta benda. Semua milik Allah. Dan Allah meminjamkan sekejap kepada ku untuk dinikmati. 

Maka aku sepatutnya menjaga pinjaman ini dengan amanah dan penuh tanggung jawab. Mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah ini. Sampai masa kematian ku, semua ini akan aku tinggalkan jua.

Agak jelas terbayang gambaran besar erti kehidupan ini. Aku ini tiada apa, Semua milik Allah. Dunia ini sementara cuma dan penuh tipudaya, hiburan dan ujian. Namun sangat penting dan signifikan sebagai tempat atau platform untuk mencari bekalan amal bagi kehidupan yang baik di Akhirat nanti. Kerana Akhirat itulah destinasi akhir perjalalan aku ini. 

Justru itu 24 jam yang Allah bagi pinjam setiap hari ini mestilah di terjemahkan kepada ibadah. Maksud ibadah disini ialah sesuatu yang ada nilai pahala di sisi Allah.

Kita boleh bahagikan ibadah kepada dua iaitu ibadah khas atau khusus seperti solat, puasa, zakat, sedekah dan berdakwah. Namun aktiviti-aktiviti seharian kita yang lain pula boleh termasuk dalam ibadah iaitu ibadah am. Syaratnya ialah apa yang kita lakukan itu niat ikhlas kerana Allah, dilakukan oleh orang Islam, tidak melanggar syariat Allah, dan tidak melalaikan atau menghalangi kita daripada melakukan ibadah2 khusus atau khas tadi.

Belajar hakikat. Supaya tidak sia-sia setiap perlakuan kita di muka dunia ini. Jangan penat berusha sedaya upaya tapi hasilnya tiada. Penat menanam benih, menyiram dan membaja hingga pokoknya tumbuh subur namun tidak menghasilkan buah, hanya daun yang lebat. Bukankah rugi tu? Kita sedang bercucuk tanam dan akan menuai hasilnya di Akhirat nanti.

Teruskan pencarian ilmu. Ya Allah berikan taufiq dan hidayah agar kami kenal diri, kenal Allah, kenal dunia, dan kenal Akhirat. Ya Allah jadikan kami dari golongan yang untung di sisi Mu.

06 February 2014

TADABBUR AL-QURAN

Tadabbur al-Qur'an

Ustaz Muhammad Wan Shamsudin Bin Wan Muhamamd Lokman yang dikenali sebagai Ustaz Wan sedang menyampaikan risalah Allah dalam kuliah Maghrib di Masjid Assalam Bukit Sentosa.

"Dah baca al-Qur'an hari ini?" Itu soalan yang biasa. Baca Qur'an setiap hari juga sepatutnya perkara biasa dan menjadi rutin. Sepatutnya tidak perlu diperingat lagi. 

Hari ini sepatutnya kena up sikit pertanyaan berkenaan. " Sudah tadabbur al-Qur'an hari ini?" Mengikut penjelasan Ustaz Wan Samsuddin dalam ceramahnya tempoh hari, tadabbur ini membawa makna memerhati bacaan, gheti apa yang dibaca, dan laksanakan apa yang dibaca tadi dalam mentadbir urus kehidupan ini.

Begitu juga pertanyaan, "Sudah solat?" Sepatutnya tanggung-jawab solat ini sudah menjadi darah daging. Tidak perlu di remind setiap masa contohnya oleh ibu kepada anak, atau suami kepada isteri. 

Solat itu ialah hubungan hamba dengan Allah, penciptanya, dan pencipta seluruh alam ini. Maka kena pelihara benar soal mendirikan solat ini. Pabila elok solat maka eloklah yang lain. Antara syirik dengan kufur batasannya ialah solat. Antara kufur dengan iman batasannya juga solat. Jika meninggalkan solat fardu maka itu ialah kufur yang nyata, dosa besar. Jenayah besar dalam Islam.

Hari ini sepatutnya haq2 solat sudah terpelihara. Apa haq2 solat? Iaitu menjaga syarat sah solat, rukun2 solat yg 13 itu, dan segala adab2 solat. Khusyuk dalam solat ialah ingat Allah tika solat. Setiap kali otak melilau ke tempat lain tika solat, maka kena tarik balik ingat kepada Allah. Kena jaga setiap perbuatan, ikhlas zahir dan batin kerana Allah dan menghadirkan diri ke hadapan Allah, membawa jiwa raga ke hadapan Raja segala raja, Penguasa segala penguasa. 

Tengok tempat sujud sepanjang mendirikan solat itu walaupun bagi mata yang buta, kecuali tika ucapan '..illallah' pada naik jari dalam bacaan tahiyyat, kemudian kembali tengok tempat sujud. Fokus mata, betul serta faham bacaan, dan hadir hati untuk dapat khusyuk solat.

Sempena bulan Rabiulawal yang baru berlalu pergi yang menyaksikan bulan kelahiran dan kewafatan Nabi SAW, maka afdal untuk saya coretkan sedikit bahan untuk memberi semangat kecintaan dan kerinduan kita kepada NAbi SAW, pempimpin agung umat manusia untuk membawa taat kita kepada Allah.

Tidak diutus Nabi SAW kecuali menjadi rahmat kepada sekelian alam termasuklah segala tumbuhan, haiwan, jin, malaikat, dunia, planet, bintang, seluruh ciptaan di cakrawala, kecuali syaitan. 

Nabi SAW di belah dada untuk disucikan hati daripada segala kekotoran jiwa. Mengikut riwayat sirah, Nabi dibelah dada sebanyak tiga kali sepanjang hayatnya iaiatu tika umur 5 tahun, umur 40 tahun sebelum menerima wahyu pertama, dan tika di usia 52 tahun sebelum peristiwa israk-mikraj. Untuk menjadi pemimpin masa depan maka hati mesti di didik sejak kecil. Didik dengan pendidikan Allah, jauhi maksiat dan taat pada Allah dan Rasul-Nya.

Buta huruf Nabi SAW tidak sama dengan buta huruf umatnya. Nabi SAW sangat cerdik dalam ertikata Baginda itu bersifat siddiq iaitu benar, amanah iaitu jujur pada segenap hal, tabligh iaitu menyampaikan segala perintah Allah, dan bersifat fatonah iaitu cerdik dan bijaksana dalam mendatangkan wahyu Allah sebagai pegangan dan cara hidup.

Ibubapa mestilah menekankan pendidikan rabbani demi membentuk seorang anak yang cemerlang bukan sekadar di dunia malah hingga ke akhirat. Kalau dia menghafal al-Qur'an 30 juzuk, takkan tidak boleh menghafal formula matematik? 

Kita lihat tokoh ilmuan dalam sejarah Islam, semuanya adalah hafiz 30 juzuk al-Qur'an. Ibnu Sina yang terkenal sebagai pakar perubatan yang menjadi rujukan barat itu sebenarnya ialah seoarang pakar feqah, pakar hadis dan hafazan 30 juzuk al-Qur'an.

Soalan yang biasa kita dengar dalam masyarakat ialah, "Macamana seorang doktor hafaz al-Qur'an?" Kagum dan macam tak percaya dia.

Sepatutnya soalan yang di tanya ialah, "Macamana hafiz al-Qur'an boleh jadi doktor?" Dalam sejarah keagungan Islam, semua tokoh2 hebat Islam adalah merupakan mereka dalam kalangan penghafaz al-Qur'an. 

Hatta kita lihat para syuhadah yang ramai dipilih Allah untuk gugur syahid menentang kezaliman rejim zionis Israel di Palestin adalah daripada kelompok para hafiz al-Qur'an. Malah ibubapa di sana meletakkan satu standard iaitu kamu mesti hafiz 30 juzuk al-Qur'an untuk layak ke medan juang di barisan hadapan untuk menentang musuh2 Islam. 

Para pejuang yang gugur syahid ini di angkat menjadi idola dalam masyarakat dan gambar2 mereka di letakkan di poster2 besar iklan di tepi jalan2 utama sebagai pencetus umat, penaik semangat jihad dan watak yang dikagumi oleh masyarakat. Bukan poster penyanyi k-Pop, pemain2 bola EPL atau artis2 glamour Hollywood yang anak muda banggakan sebagaimana di negara kita ini.

Sebagai konklusi kita mestilah menyayangi Nabi SAW melebihi sayang kita kepada manusia yang lain hatta anak atau ibubapa sendiri. Nabi SAW adalah tauladan kepada kita. Jadikan Nabi SAW sebagai idola kita. 

Di akhirat nanti kita akan bersama orang yang kita sayangi. Nabi SAW ialah pilhan kita. Di Padang Mahsyar yang hura hara nanti dikala tiada pertolongan hadir malainkan syafaat Nabi SAW maka kecintaan kepada NAbi SAW bakal melayakkan seseorang untuk dapat menikmati keistimewaan dan pertolongan Nabi SAW dalam bentuk yang tidak ternilai iaitu syafaat Nabi SAW.

Tanda cinta kepada Nabi SAW yang sangat boleh kita serlahkan termasuklah menjadikan Nabi sebagai contoh, banyakkan berselawat, biasakan dengan akhlak mulia, selalu merindui Nabi, kena menyampaikan risalah Nabi, sanggup mengorbankan jiwa dan harta dalam menegakkan Islam, teruskan perjuangan sebagaimana perjuangan Nabi, dan berusha membina masyarakat Islam.


*****

Menjadi kewajiban setiap Muslim untuk mentadabbur al-Qur'an bagi kefahaman yang benar. Bagi orang beriman yang bukan ahli ilmu dan tidak pula berbahasa Arab, maka tidaklah menghalang untuk membaca, memahami dan memikirkan isi Al-Quran, mengambil pelajaran daripadanya dan seterusnya dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman kerana Al-Quran telahpun diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Antara kaedah yang diunjurkan untuk mentadabbur al-Qur'an ialah PFFH:

  1. Perhati : Maksudnya melihat dengan teliti, peka atau ambil peduli.
  2. Fikir : Maksudnya menggunakan akal yang bijak dalam memikirkan sesuatu.
  3. Faham : Maksudnya mengetahui sesuatu itu dengan lebih mendalam.
  4. Hayati : Mengalami, merasai atau terkesan sesuatu dalam hati.


Pabila disatukan keempat-empat kaedah tersebut, dapatlah kita melihat Al-Quran itu dari sudut yang sedikit berbeza dari sebelum ini. Contoh ringkas untuk kita sama2 renung dan fikir:

Terjemahan Surah Al-Fatihah:1-2

  • Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  • Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

*****

  1. Perhati : Ini adalah surah pembukaan kepada Al-Quran dan pemulanya adalah pengenalan bahawa Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan pujilah hanya kepada Allah; Rabb yang mencipta dan mengatur seluruh alam.
  2. Fikir : Tidak ada sesiapa pun di muka bumi ini yang lebih pemurah dan lebih penyayang selain Allah kepada makhluknya.
  3. Faham : Sekiranya Allah tidak menetapkan Diri-Nya sebagai Maha Pemurah dan Maha Penyayang dan mengaturkan alam ini (takdir) maka huru-haralah manusia dan pincanglah perjalanan planet-planet yang ada.
  4. Menghayati : Segala sesuatu telah diaturkan kepada makhluknya. 


Jadi kepada mereka yang menolak Al-Quran dan menggantikannya dengan yang lain, sama seperti mereka menolak kurniaan Allah dan inilah orang-orang yang lebih buruk daripada binatang ternakan. Begitu juga bagi mereka yang menyambut sakan maulud Nabi sekali setahun tapi mengingkari ajaran Nabi sepanjang tahun. Nau'zubillah.

"Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakkan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)." (Surah Al-Furqaan:44) 
http://schooloftots.blogspot.com

03 February 2014

JADUAL MAJLIS ILMU FEBRUARI 2014 MASJID ASSALAM BUKIT SENTOSA


SIAPAKAH ORANG YANG MUFLIS?

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu? Sahabat menjawab: "Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki dirham (wang) dan juga tidak memiliki harta," Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) ia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan, dan pernah memukul si fulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka." (HR Muslim)

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."