RAKAN BLOG MASJID

25 June 2014

JUADAH RAMADHAN

Saya berkesempatan mengikuti kuliah Ustaz Ramli Abu Bakar di Masjid As-Salam Bukit Sentosa malam tadi. Ramai orang leka dengan cinta dunia, terpesona dengan perhiasan dan keindahannya. Walhal dunia ini adalah tipudaya dan sandiwara malah boleh menjadi racun dan perangkap. Dunia boleh membunuh iman, amal, akhlak dan kesabaran.

Dunia nampak lawa, rupanya racun yang berbisa. Dunia boleh membawa manusia lara dan makin jauh daripada Allah. Ramai manusia yang sakit jiwanya. Penawarnya ialah zikrullah iaitu sentiasa mengingati Allah.

Sebelas bulan dalam setahun manusia bertembung dengan maksiat dan gelojak nafsu. Hingga ramai yang cedera parah dalaman hingga lumpuh segala. Ramadan datang sebagai penyembuh segala kecederaan itu.

Ramai manusia sudah jadi lali dengan dosa. Makin hari makin jauh hingga terperangkap dalam gelap gulita tipu daya dunia. Kalau zaman dulu kat kampung2 orang berak kat tepi2 sungai atau dalam semak samun, maka orang2 tua pesan kalau nampak orang dok tengah berak, jangan tengok. Begitulah pesan ustaz tengok dunia ini, jangan tengok.

Dunia ibarat bangkai yang busuk, maka jangan tengok. Mereka yang mencari dunia ibarat haiwan yang rutin mereka ialah bangun, makan, tidur. Hindarkan pandangan dari dunia yang menipu itu kerana ia sungguh meloyakan dan boleh membinasakan.

Kecantikan dunia juga bersifat sementara. Tika pokok bunga sakura kembar mekar dengan warna pink dan biru di Skudai tempoh hari, ramai orang terpesona akan kecantekannya dan sanggup berhenti sejenak untuk snap gambar dan shoot video untuk merakamkan kecantekan itu. Beberapa hari berlalu dan bunga sakura gugur layu, tiada kecantekan lagi. Manusia tiada lagi berhenti di tepi jalan untuk melihat keindahannya.

Ramadan dikurniakan dengan Lailatul Qadar. Carilah Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik dari 1,000 bulan itu. Cari dia dengan ibadah yang tulus ikhlas kerana Allah. Tanda dapat Lailatul Qadar yang di cari itu ialah bila mana selepas Ramadan makin kuat dia beribadah.

Yang penting kita kena berusha dengan rasa patuh kepada Allah dalam menghayati bulan Ramadan ini. Kita bertembung head-to-head dengan hawa nafsu. Bersedia melalui Ramadan dengan melengkapkan ilmu di dada. Rugilah orang yang tak mengaji tak belajar. Mati jiwanya, mati perasaannya, makin jauh dia dengan Allah.

Menu makanan ruhani untuk 30 hari di bulan Ramadan sudah keluar dan tersebar. Saya tidak terkecuali menerimanya dalam grup Whatsapp dan merasakan sesuai untuk kita kongsi-kongsikan sebagai penggerak semangat dan pencetus strategi dan lankah awal  untuk memaksima usaha amal yang soleh di bulan mulia ini.

Antara 30 juadah sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ini yang disyorkan oleh para bijak pandai ialah seperti berikut:

    Tilawah al-Qur'an sejuzuk sehari paling kurang.
    Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.
    Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
    Beri makan orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
    Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
    Solat Tahajjud setiap malam minima 2 rakaat.
    Solat Dhuha setiap pagi.
    Sedekah setiap hari minima seringgit.
    Pastikan bangin dan makan sahur setiap hari.
    Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
    Tadarus al-Qur'an sambil memahami maksudnya.
    Ziarah orang yang kurang bernasib baik.
    Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadan.
    Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
    Elakkan membeli mkanan daripada tangan2 orang yang fasik.
    Jauhkan aktiviti yang lagha.
    Banyakkan zikir harian dan berdoa.
    Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dalam sehari.
    Ajari diri dgn sifat rendah hati kerana Allah.
    Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
    Menjaga dan menghubung silaturrahim.
    Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna.
    Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati drp perkara2 yang dilarang.
    Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
    Perbayakkan amalan2 sunat dan solat sunat rawatib.
    Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (bagi suami & anak2 lelaki).
    Lazimi untuk kawal dan tahan marah dan didik diri utk lebih bersabar.
    Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah dikala senang maupun susah.
    Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
    Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.

Ikhlaskan hati kerana Allah dalam setiap perlakuan dan amal ibadah kita dengan hadirkan Allah didalam hati. Berusaha menjalani Ramadan kali ini dgn sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadan terakhir buat kita.

20 June 2014

SUJUD SaJADAH BUKAN MuDAH TAPI JANGAN DIPERSuSAH !

Surah al-Sajdah Dan Solat Subuh Hari Jumaat: Beberapa Perkara Yang Perlu Diperhatikan.

 Hafiz Firdaus Abdullah


Kebiasaannya ketika melaksanakan solat subuh berjamaah pada pagi Jumaat, imam membaca surah al-Sajdah (surah ke-32) pada rakaat pertama dan surah al-Insan (surah ke-76) pada rakaat kedua. Alhamdulillah amalan ini adalah berdasarkan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang diterangkan oleh Abu Hurairahradhiallahu 'anh:


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْجُمُعَةِ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ الم تَنْزِيلُ السَّجْدَةَ

 وَهَلْ أَتَى عَلَى الإِنْسَانِ حِينٌ مِنْ الدَّهْرِ.

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam biasa membaca pada hari Jumaat dalam solat Subuh (surah) Alif lam mim tanzilus sajadah dan (surah) Hal ata ‘alal insani hinum minad dahr. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu‘ah, Bab apa yang dibaca dalam solat subuh pada hari Jumaat, hadis no: 891.

Dalam risalah yang serba ringkas ini, saya tidak berhajat untuk mengubah kebiasaan di atas kerana ia sememangnya sudah menepati sunnah Rasulullah yang mulia. Akan tetapi saya ingin memperincikan beberapa perkara yang dirasakan perlu agar sunnah tersebut dapat kita ikuti dan amalkan dengan lebih tepat. Perkara-perkara yang ingin saya perincikan adalah berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan.


Pertama: Hukum membaca surah al-Sajdah adalah sunat.
Berdasarkan hadis di atas, sunat hukumnya membaca surah al-Sajdah dalam rakaat pertama solat subuh pada pagi Jumaat. Ini adalah juga merupakan pendapat Mazhab al-Syafi’e sebagaimana yang diterangkan oleh Imam al-Nawawi:
Dalam hadis di atas terkandung dalil bagi mazhab kami dan mazhab yang sependapat dengan kami bahawa sunat (membaca surah al-Sajdah dan surah al-Insan) pada solat Subuh hari Jumaat’. [Syarh Shahih Muslim bi al-Nawawi (tahqiq: ‘Irfan Haswanah; Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut, tp.thn), jld. 4, ms. 188-189).

Saya yakin para pembaca mengetahui berkenaan hukum sunat ini. Akan tetapi dalam pengalaman saya dan rakan-rakan, adakalanya ditemui:
1.   Para makmum yang menangguhkan iqamat solat Subuh pada pagi Jumaat kerana imam yang hafal surah al-Sajdah belum datang. Jika tiada yang hafal, makmum saling menolak antara satu sama lain untuk menjadi imam. Masing-masing enggan dengan alasan: “Saya tak hafal surah al-Sajdah.”
2.   Pernah beberapa kali imam yang sedang membaca surah al-Sajdah tersangkut di tengah-tengah atau penghujung dan tidak ada makmum yang boleh membetulkannya (termasuk diri saya). Maka imam mengulangi semula surah al-Sajdah dari awal sekali lagi.
3.   Bagi masjid-masjid yang mempunyai imam yang dilantik secara rasmi, saya dikhabarkan oleh rakan-rakan yang dipercayai bahawa antara soalan yang ditanya ketika temuduga sebelum perlantikan adalah hafal atau tidak surah al-Sajdah. Ia menjadi salah satu syarat lulus temuduga.
Tiga pengalaman di atas memberi isyarat bahawa di sebalik kebiasaan membaca surah al-Sajdah dalam solat Subuh pada pagi Jumaat, ada sebahagian orang yang menganggap hukumnya wajib. Atas anggap wajib inilah mereka enggan menjadi imam, atau salah satu syarat perlantikan imam untuk mengulang-ulang keseluruhan surah jika tersangkut.

Padahal yang benar hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Oleh itu jika tidak ada yang menghafal surah al-Sajdah, seseorang boleh menjadi imam dengan membaca surah lain. Jika tersangkut ketika membaca surah al-Sajdah dan makmum tiada yang dapat membetulkannya, imam boleh terus rukuk atau beralih membaca surah yang lain. Menghafal surah al-Sajdah sepatutnya menjadi satu kelebihan dalam temuduga dan bukannya syarat lulus temuduga.

Selain dari itu, syarat-syarat menjadi imam pula, sama ada imam rasmi atau tidak, bukanlah kerana menghafal surah al-Sajdah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallambersabda:

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ

سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ فَإِنْ كَانُوا فِي السُّنَّةِ

سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْهِجْرَةِ

سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ سِلْمًا وَلاَ يَؤُمَّنَّ الرَّجُلُ الرَّجُلَ فِي سُلْطَانِهِ

وَلاَ يَقْعُدْ فِي بَيْتِهِ عَلَى تَكْرِمَتِهِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ.

(Paling layak) menjadi imam bagi sesuatu kaum adalah yang paling baik bacaan al-Qur’an di antara mereka.
Jika mereka dalam bacaan berada pada tingkatan yang sama,
maka (yang paling layak) adalah yang paling mengetahui tentang sunnah (hukum-hukum fiqh) di antara mereka.
Jika mereka dalam (pengetahuan) sunnah berada pada tingkatan yang sama,
maka (yang paling layak) adalah yang paling awal berhijrah di antara mereka.
Jika mereka dalam penghijrahan berada pada tingkatan yang sama,
maka (yang paling layak) adalah yang paling awal memeluk Islam di antara mereka.
Janganlah seseorang menjadi imam terhadap orang lain di tempat kekuasaannya
dan janganlah seseorang duduk di tempat kehormatan orang lain kecuali seizinnya.
[Shahih Muslim, Kitab al-Masajid, Bab orang yang paling berhak menjadi imam, hadis no: 673]


Kedua: Sekali-sekala dianjurkan membaca surah selain al-Sajdah.
Kebiasaan membaca surah al-Sajdah dalam solat Subuh pada setiap pagi Jumaat akan menyebabkan orang ramai menganggap ia adalah wajib. Faktor ini antara sebab mengapa para tokoh Mazhab Maliki berpendapat makruh membaca surah al-Sajdah dalam solat Subuh pada setiap pagi Jumaat kerana bimbang orang ramai akan menganggapnya wajib. Terhadap faktor ini, Imam Ibn Daqiq al-‘Id mengulas:
Akan tetapi jika melakukan hal tersebut (membaca surah al-Sajdah) menyebabkan timbulnya kerosakan (menganggapnya wajib), maka eloklah ia ditinggalkan sekali-sekala kerana sesuatu yang disukai adakalanya ditinggalkan juga bagi menghindari kerosakan yang mungkin berlaku. Dan ia (usaha menghindari kerosakan yang mungkin berlaku) dicapai dengan meninggalkan (membaca surah al-Sajdah) pada sebahagian waktu. [Fath al-Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari (tahqiq: ‘Abd al-‘Aziz bin Baz; Dar al-Fikr, Beirut, 2000), jld. 3, ms. 35.

Nampaknya apa yang dibimbangi oleh para tokoh Mazhab Maliki telah benar-benar berlaku. Maka saranan Imam Ibn Daqiq al-‘Id perlu kita ikuti, iaitu dianjurkan sekali-sekala agar imam membaca surah selain al-Sajdah pada solat Subuh pagi Jumaat.

Ketiga: Imam hendaklah memerhatikan keadaan makmum.
Dalam mengamalkan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, hendaklah kita mengamalkan keseluruhan sunnah tersebut, bukan sebahagian-sebahagian sahaja. Membaca surah al-Sajdah dalam solat Subuh pada pagi Jumaat adalah sunnah, namun memerhatikan keadaan makmum adalah sunnah juga. Dalam Shahih Muslim, Kitab al-Solat, Bab menyuruh imam meringankan bacaan solat, hadis no: 468, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


أُمَّ قَوْمَكَ فَمَنْ أَمَّ قَوْمًا فَلْيُخَفِّفْ فَإِنَّ فِيهِمْ الْكَبِيرَ

وَإِنَّ فِيهِمْ الْمَرِيضَ وَإِنَّ فِيهِمْ الضَّعِيفَ وَإِنَّ فِيهِمْ ذَا الْحَاجَةِ

وَإِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ وَحْدَهُ فَلْيُصَلِّ كَيْفَ شَاءَ.

Imamilah kaum kamu, sesiapa yang mengimami satu kaum maka hendaklah dia meringankan (memendekkan) bacaan
kerana sesungguhnya di kalangan mereka (makmum) ada orang tua,
kerana sesungguhnya di kalangan mereka (makmum) ada orang sakit,
kerana sesungguhnya di kalangan mereka (makmum) ada orang lemah
dan kerana sesungguhnya di kalangan mereka (makmum) ada orang yang berurusan.
Apabila salah seorang dari kalian solat bersendirian, maka solatlah sekehendak dirinya.

Pada pagi Jumaat, imam perlu memerhatikan dua sunnah. Sunnah yang pertama adalah membaca surah al-Sajdah manakala sunnah yang kedua adalah memerhatikan waktu iqamat dilaungkan. Ini kerana di kalangan makmum ada yang memiliki urusan di awal pagi untuk ke pejabat.

Sama-sama diketahui sini bahawa waktu masuknya Subuh adakalanya awal dan adakalanya lewat. Khususnya pada bulan Januari dan Febuari, di Kuala Lumpur waktu Subuh masuk pada pukul 6.10 pagi dan iqamat lazimnya dilaungkan pada pukul 6.20 pagi. Kebanyakan warga kota keluar dari rumah pada pukul 6.30 pagi untuk mengharungi kesesakan jalan raya ke pejabat. Maka merupakan satu kebiasaan pada pagi Jumaat, sebahagian jamaah tidak menghadiri solat Subuh berjamaah kerana kesuntukan waktu. Sebahagian lagi ada yang hadir siap dengan pakaian pejabat, bergegas keluar sebaik sahaja imam memberi salam yang kedua.

Oleh itu sebelum memulakan solat, imam hendaklah memerhatikan waktunya. Jika masih awal, maka adalah sunnah untuk membaca surah al-Sajdah. Jika waktu sudah lewat, maka adalah sunnah untuk membaca surah lain yang pendek.

Dalam hal ini mungkin ada yang berpendapat, imam sepatutnya tetap membaca surah al-Sajdah. Terpulang kepada makmum sama ada untuk menghadirinya atau tidak, atau mengubah suai masa sendiri ke pejabat. Pendapat ini tidak tepat kerana sebagaimana hadis yang dikemukakan di atas, merupakan kewajipan imam untuk memerhatikan keadaan makmum dan bukan sebaliknya. Jika imam menyusahkan makmum, maka kesalahan berada pada bahu imam dan bukannya makmum.

Abu Mas‘ud al-Anshari radhiallahu 'anh berkata, seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata: “Wahai Rasulullah! Aku pernah mundur dari solat (berjamaah) disebabkan si-fulan (imamnya) membaca surah yang panjang.” (Abu Mas‘ud) menyambung: Aku tidak pernah melihat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam amat dahsyat kemarahannya dalam rangka memberi nasihat berbanding pada saat itu. Lalu baginda bersabda:


أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّكُمْ مُنَفِّرُونَ فَمَنْ صَلَّى بِالنَّاسِ فَلْيُخَفِّفْ

 فَإِنَّ فِيهِمْ الْمَرِيضَ وَالضَّعِيفَ وَذَا الْحَاجَةِ

Wahai manusia! Sesungguhnya di antara kalian ada yang membuat orang-orang lari dari solat berjamaah.
Maka sesiapa yang mengimami manusia, hendaklah dia meringankan (memendekkan) bacaan
kerana sesungguhnya di kalangan mereka (makmum) ada yang sakit, lemah dan berurusan.
[Shahih al-Bukhari, Kitab al-‘Ilm, Bab marah dalam memberi nasihat dan pengajaran apabila melihat sesuatu yang tidak disukai, hadis no: 90]


Keempat: Sujud tilawah hukumnya sunat.
Saya pernah menjadi makmum ketika imam membaca surah al-Sajdah pada pagi Jumaat. Imam yang sedang membaca surah al-Sajdah terlanjur melepasi ayat ke-15 yang sepatutnya dia dan makmum turun sujud. Maka beliau mengulangi semula dari awal keseluruhan surah al-Sajdah agar dapat sujud ketika sampai pada ayat yang disunatkan untuk sujud.

Perbuatannya itu memberi gambaran seolah-olah melakukan sujud tilawah hukumnya adalah wajib. Yang benar hukumnya adalah sunat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah melakukan sujud tilawah ketika sedang solat berdasarkan hadis berikut:


عَنْ أَبِي رَافِعٍ قَالَ: صَلَّيْتُ مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ الْعَتَمَةَ فَقَرَأَ إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ فَسَجَدَ.

 فَقُلْتُ: مَا هَذِهِ؟ قَالَ: سَجَدْتُ بِهَا خَلْفَ أَبِي الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلاَ أَزَالُ أَسْجُدُ فِيهَا حَتَّى أَلْقَاهُ.

Daripada Abi Rafi’, dia berkata: Aku solat Isya’ bersama Abu Hurairah (radhiallahu 'anh)
dan beliau membaca surah Izas sama’un syaqqat (surah al-Insyiqaq, surah ke-84) lalu sujud.
Maka aku bertanya: “Apa ini?” (Abu Hurairah) menjawab: “Aku sujud di belakang Abu al-Qasim (gelaran bagi Rasulullah) shallallahu 'alaihi wasallam dan aku akan sentiasa sujud pada ayat tersebut sehingga aku bertemu dengannya.

Hadis di atas dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab Sujud al-Qur’an, Bab orang yang membaca surah yang ada ayat al-Sajadah dalam solat lalu sujud padanya, hadis no: 1078. Berdasarkan nama bab yang diberi oleh Imam al-Bukhari, maka beliau sendiri memandang sunat untuk melakukan sujud tilawah di dalam solat bagi orang yang membaca ayat sajadah.

Berdasarkan hadis di atas, jumhur ilmuan berpendapat sunat melakukan sujud tilawah ketika melakukan apa-apa solat yang dibaca ayat sajadah di dalamnya. Mereka tidak membataskan hukum sunat ini kepada surah al-Insyiqaq yang dibaca dalam solat Isya’ sahaja.

Walaubagaimana pun ditekankan bahawa hukum melakukan sujud tilawah adalah sunat dan bukannya wajib. Ini kerana terdapat hadis yang menerangkan Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat radhiallahu 'anhum tidak melakukan sujud tilawah, seperti hadis berikut yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dalamShahihnya, Kitab Sujud al-Qur’an, Bab orang yang membaca surah yang ada ayat al-Sajadah tetapi tidak sujud, hadis no: 1073, dimana Zaid bin Tsabit radhiallahu 'anhberkata:

قَرَأْتُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالنَّجْمِ فَلَمْ يَسْجُدْ فِيهَا.

Aku membaca di hadapan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam surah al-Najm namun baginda tidak sujud padanya.

Para ilmuan menerangkan beberapa sebab mengapa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak melakukan sujud tilawah. Di antara sebab-sebab tersebut, Imam al-Syafi’e dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani menguatkan pendapat bahawa baginda sengaja tidak sujud tilawah untuk menunjukkan kepada umat bahawa hukumnya bukan wajib tetapi sunat. [Fath al-Bari, jld. 3, ms. 260]

Pada waktu yang sama, ingin ditambah bahawa terdapat segelintir ilmuan yang berpendapat makruh untuk melakukan sujud tilawah di dalam solat. Mereka tidak menjadikan hadis Shahih al-Bukhari no: 1078 sebagai dalil kerana apabila Abu Hurairah menerangkan Aku sujud di belakang Abu al-Qasim…, beliau tidak menerangkan bahawa ia berlaku di dalam solat. Alasan ini dibantah oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani kerana dalam riwayat lain yang dikeluarkan oleh Imam Ibn Khuzaimah dan Imam al-Jauzaqiy terdapat tambahan lafaz bahawa peristiwa tersebut berlaku di dalam solat. [Fath al-Bari, jld, 2, ms. 497]

Selanjutnya pihak yang memandang sujud tilawah dalam solat adalah makruh menekankan bahawa tidak ada riwayat sahih yang menerangkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah melakukan sujud tilawah apabila sampai pada ayat ke-15 ketika membaca surah al-Sajdah dalam solat Subuh pada pagi Jumaat. Secara kebetulan hujah ini selari dengan keterangan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani yang pernah berkata:
Saya belum menemui apa-apa riwayat dengan jalan yang kuat lagi jelas bahawa baginda shallallahu 'alaihi wasallam melakukan sujud (tilawah) ketika membaca surah Tanzilus sajadah.

Seterusnya Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani mengemukakan dua riwayat yang beliau ketahui dalam bab ini akan tetapi dalam sanad kedua-duanya terdapat perbincangan sehingga beliau sendiri tidak menjadikannya sebagai hujah. [Fath al-Bari, jld. 3, ms. 35]

Kesimpulan perbahasan kita dalam bab ini dapat diringkaskan sebagai berikut:
·    Apabila imam terlupa untuk melakukan sujud tilawah ketika membaca surah al-Sajdah, dia tidak perlu mengulangi keseluruhan surah demi mendapatkan sujud tilawah. Ini kerana hukum sujud tilawah, mengikut jumhur ilmuan, adalah sunat dan bukan wajib.
·    Apabila makmum mendapati imam tidak melakukan sujud tilawah ketika membaca surah al-Sajdah, maka tidak perlu membetulkannya. Ini kerana tindakan imam terbuka kepada beberapa kemungkinan seperti lupa, atau sengaja ingin menunjukkan kepada makmum bahawa hukum sujud tilawah bukan wajib, atau berpegang kepada pandangan yang memakruhkan sujud tilawah di dalam solat.
Demikian empat perkara yang ingin saya perincikan berkenaan amalan membaca surah al-Sajdah dalam solat Subuh pada pagi Jumaat. Semoga perincian ini bermanfaat untuk semua.


09 June 2014

TAKZIAH KELUARGA ALLAHYARHAM IMMAM BESAR MASJID NEGERI SELANGOR














MASJID ASSALAM BUKIT SENTOSA 6 JUN 2014 KHUTBAH DIBACA USTAZ ASRAF IMAM BARU !

Suasana hari Jumaat di Masjid AsSalam Bukit Sentosa 6 Jun 2014 semasa Khutbah berlangsung dan dibacakan oleh Ustaz Asraf Imam baru Masjid AsSalam menggantikan mantan  Imam II Allahyarham ustaz Muhammad Haqimuidin yang telah menemui Allah Subhanawatala meninggalkan kita semua baru-baru ini.

















06 June 2014

ALHAMDULILLAH MASJID 5 BINTANG?


Alhamdulillah ! Tahniah sekali lagi Masjid AsSalam Bukit Sentosa antara masjid 5 bintang dari 20 buah masjid dalam Negeri Selangor yang telah dipilih dan insya Allah akan diiktiraf mendapat anugerah 5 bintang bagi Tahun 2013. Masjid AsSalam juga satu-satu wakil 5 bintang masjid di Hulu Selangor. Syukur pada Allah yang mentakdirkan kita adalah jemaah, penduduk serta ahli kariah Masjid AsSalam Bukit Sentosa yang bertuah menikmati suasana masjid yang indah di bawah pengurusan masjid yang mantap yang diketuai Tuan Nazir Ybhg En. Suhaimi Bin Saidin dan menikmati dan berkongsi serta menimba ilmu dalam siri kuliah dan ceramah yang disediakan lebih 40 kuliah sebulan.Ini di tambahlagi dengan aktiviti mendekati masjid seperti ruang niaga,ruang aktiviti sukan dan ruang prgram masyarakat termasuk nikah dan kenduri kahwin.


02 June 2014

GALI ILMU SEBELUM KUBUR DIGALI !


KUBUR MENANTI 

Jika aku ini di timpa pelbagai penyakit, maka bila tiba mati ku aku tidak bawa sakit itu bersamaku. Seteruk mana pun sakit, bila mati sudah tiada sakit itu. Mati kita tidak bawak sakit. Mati kita bawa pahala bawa dosa. 

Orang berharta akan ditanya, "Apa kamu buat dengan harta itu?" Sebelum mati, Allah bagi harta maka infaq lah ke jalan Allah, baru ada keberkatan dan manfaatnya. Allah bagi kesihatan, maka gunalah kesihatan yang baik itu untuk banyak khidmat di jalan Agama, barulah ada keberkatan dalam nikmat kesihatan yang Allah bagi pinjam itu.

Para sahabat dulu pergi berperang niat tidak mahu pulang, azam mati syahid. Nampak balasan syurga di depan mata. Di dunia bertanam-tanaman, di Akhirat petik buahnya. Kita kena duduk dalam jemaah untuk menjana kekuatan dan tidak mudah tunduk pada godaan dan tipu helah syaitan. 

Anas Bin Malik khadam Nabi, namun berkat tarbiyah Nabi dia akhirnya menjadi seorang ulama' yang alim. Allah telah memilih kita jadi orang baik, maka bersyukurlah dengan sebenar-benar syukur. Ramai orang di luar sana yang tidak dipilih Allah jadi orang baik. Kita di pilih untuk menjadi tetamu-Nya di Rumah-Nya (Masjid) sedangkan ramai yang tidak terpilih walaupun rumah mereka di tepi pagar Masjid.

Ramai orang yang tiada kenderaan atau tidak berumah besar atau duduk jauh dari masjid tapi di pilih Allah untuk menjadi tetamu-Nya. Sedangkan ramai orang yang diberi rezki yang banyak, segala kemudahan seperti kereta mewah, rumah banglo atau rumah dekat dengan masjid tapi di hijab untuk nampak masjid walaupun masjid tersergam di depan mata, di beratkan kaki untuk melangkah masuk di pintu masjid. 

Singgah ke masjid sekadar untuk kencing atau berak. Time air kena catu ni, datang masjid nak tumpang mandi. Lepas tu tak nampak batang hidung. Tengok2 kena paksa mari bila orang usung dia ke masjid untuk dimandikan. Inna Lillah.

Rezki itu milik Allah. Allah telah tentukan maka yakinlah. Taqwa kepada Allah akan menjadi asbab kurniaan rezki daripada Allah. Yakinlah. Bukan kerja part time atau overtime. 

Tidak guna kerja part time atau overtime itu jika solat tidak di jaga, jika solat di hujung waktu, atau lebih parah lagi jika di qado solat atau langsung tidak solat akibat duduk sibuk bekerja fulltime, part time atau overtime tadi. 

Fulltime lah dalam Taqwa. Taqwa menjamin kejayaan hidup di Akhirat, apatah lagi hidup di dunia. Hanya Taqwa yang ada nilaiannya di sisi Allah.

Taqwa ialah menurut segala perintah Allah. Perintah Allah ada dua. Satu, buat apa yang Allah suruh. Dua, tinggal apa yang Allah larang. 

Dengan taqwa martabat dan darjat kamu menjadi begitu tinggi dan hebat pada piawiaan dan standard Allah. Bukan kekayaan, pangkat, kecantekan, kekuaasaan atau jawatan yang menjadi ukuran Allah.

Seorang sahabat dari Kedah berkata, "Orang Selangor kalau jahil lagi berdosa besar dia. Sebab majlis ilmu kat Selangor ni bersepah, ada di merata tempat." Betul jugak tu. 

Saya tengok di Masjid as-Salam sahaja sudah ada sekurang-kurangnya 42 majlis ilmu setiap bulan iaitu 30 kuliah maghrib, 4 tazkirah jumaat, dan 8 kuliah subuh. Di khariah masjid as-Salam ini pula ada 27 surau. 

Setiap surau jika kita ambil purata 10 majlis ilmu, maka sudah ada 270 majlis ilmu setiap bulan. Maknanya di daerah ini saja ada tidak kurang daripada 312 majlis ilmu setiap bulan yang disampaikan oleh para asatizah dan ustaz yang berbeza dengan segala disiplin ilmu agama serta latarbelakang dan cara penyampaian yang pelbagai. Jahil lagikah kamu?

Tepuk dada tanya iman. Saya balik kampung tempoh hari. Masjid kampung saya ini dikunjungi oleh Ustaz Azhar Idrus hampir setiap bulan. Bila saya tanya, "Pakcik tak gi dengar ke Ustaz Azhar Idrus?" Dia selamba je jawab, "Tak pergi." Sedangkan seluruh Malaysia meraikan tokoh dakwah hebat ini. Itu antara contoh betapa masjid di depan mata tidak kelihatan walaupun rumah di depan masjid. Allah tidak memilih dia untuk ke rumah-Nya.

Jangan sampai kita di hijab Allah daripada melakukan amal ibadah sekadar baki sisa usia umur kita yang tidak seberapa ini. "Ya Allah berkatilah sisa usia aku ini. Pilihlah aku untuk berada di rumah-Mu mengerjakan solat fardu berjemaah, duduk di majlis2 ilmu, faham ilmu yang aku dapat itu. Berikan aku kekuatan untuk amalkan ilmu itu dan sebarkan untuk kebaikan seluruh umat."

Insaflah, kubur menanti. Kubur tidak pernah lupakan kita. Kubur setia menanti hari demi hari, bulan demi bulan. Dua tiga hari lepas selepas solat Isyak di Masjid, para jemaah mula beredar untuk pulang ke rumah. Tiba2 van jenazah daripada Hospital Sg Buluh tiba. Bilal pun war-warkan di speaker, "Tuan2 mohon tunggu sebentar. Kita ada satu tugasan lagi. Ada jenazah baru tiba untuk kita semua solatkan. Mohon Tuan2 masuk ke dewan solat."  Jam menunjukkan pukul 10:30 mlm.

Abu Jandal dan pasukan penggali kuburnya sudah bersedia di kuburan. Baru tadi sebelum Isyak saya lihat dia di tempat parking. "Kubur dah kali ke?" Saya bertanya seorang rakan jemaah. "Pak Abu petik jari je, kubur siap punya." Tu dia mujahadah Pak Abu Jandal dan team penggali kuburnya. 

Kubur kawasan ini sudah di gali dengan lori jentolak dan di timbus semula untuk menunggu penghuninya. Jadi team penggali kubur setiap kali di beritahu ada kematian akan lebih mudah untuk menggali semula lubang kubur kerana tanah yang sudah agak gembur.

Kubur setia menanti. Mungkin esok lusa batang tubuh saya atau saudara yang menjadi penghuninya. Mati itu terpisah ruh dan jasad dan menjadi permulaan sebuah kehidupan baru di sebuah alam yang baru. Alam kubur atau alam barzakh. 

Tugas kita ialah mencari bekalan sebnayak mungkin untuk bekalan hidup yang selesa selepas mati nanti. Jadikan segala usha dan kerja kita di dunia ini selagi hayat di kandung badan, selagi ada nafas yang keluar masuk, sementara jantung dan nadi masih berdenyut ini maka hendaklah ada Akhirat sebagai matlamatnya. 

Usah cari untung cepat yang nampak di dunia semata. Carilah untung yang lebih kekal abadi iaitu untung yang ada nilaiannya di Akhirat sana. Tukarkan segala kudrat dan harta yang ada untuk menjadi matawang Akhirat iaitu pahala. Kubur setia menanti. Kubur boleh menjadi lubang2 neraka penuh sengsara atau lubang2 taman syurga yang penuh selesa dan bahagia. 

Pilihan masih ada. Mengejar dunia tanpa hirau Akhirat. Atau menjadi orang yang bijaksana dengan terus menerus berkira-kira nasib atau kesudahan Akhirat nanti, bahagia atau sengsara kah aku? Sesungguhnya seseorang yang sentiasa mengingati mati adalah yang paling bijak antara kita semua. Kubur terus setia menanti. Yakinlah.

2 Komen terbaik :

Al-Manar komen...
Dalam pandangan saya memang sudah lebih dari mencukupi bilangan pensyarah dan syarahan yang diadakan setiap minggu. Yang tidak memuaskan ia lah bilangan yang hadhir. Kalaulah bilangan mereka terlampau kecil ada baiknya disatukan kalau ada dua atau lebih syarahan yang serentak. Bila terlampau banyak bilangan syarahan di masjid dan surau orang sekampung berpecah- tidak lagi menepati kehandak ugama yang kita bersatu.

Selain dari syarahan disurau dan masjid banyak pula syarahan yang baik setiap hari di TV dan radio. Saya berharap janganlah pensyarah berlomba lomba menjadi juara dan mencari kemashuran. Apatah lagi kalau ada pula disebalik itu imbuhan yang lumayan. Ini andaian saya sahaja yang saya harap tidak berlaku.
School Of Tots  komen ....
TQ Al Manar.
1. Hukum menuntut ilmu adalah wajib. Imam Shafi'i R.A. berkata, "Menuntut ilmu itu lebih utama dari solat sunat." Usah gusar banyaknya majlis ilmu yang bercanbah dan bertaburan. Yang kita risau kat kampung2 yg majlis ilmunya jarang2 dan tidak mendapat sambutan. Maka umat kekal jahil.
2. Namun kemanisan menuntut ilmu itu hanya akan lahir dari iltizam yg jelas dan hati yg ikhlas. Ia tidak boleh di paksa2. Bila sudah jatuh cinta hati meronta-ronta intuk hadir ke majlis ilmu. Terasa kehilangan yg besar bila tidak bertemu dengan nya.
3. Begitu juga para daei dan asatizah penyampai ilmu, mestilah nawaitu kerana Allah dengan hati tulus ikhlas, barulah ada ruh dalam penyampaian, dan mendatangkan manfaat hendaknya. Segala imbuhan atau saguhati duniawi adalah bonus drp Allah.

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."