RAKAN BLOG MASJID

25 November 2014

24 November 2014

MESYUARAT AGUNG PEMBENTANGAN MASJID ASSALAM BUKIT SENTOSA 24/11/2014

Pengumuman maaf atas ketiadaan kuliah mlm ini 24/11/2014. Mesyuarat Agung Pembentangan Masjid AsSalam akan mengambil tempat. Khas Ahli kariah dan anak kariah Masjid AsSalam Bukit Sentosa sila hadir melakukan tanggungjawab sebagai ahli mesyuarat.Sila daftar kehadiran anda di kaunter disediakan.

KOLAM GELONGSOR SUPADUPA DI MASJID ASSALAM !

Ramai Tidak Tahu Kolam Gelonsor SuperDupa pernah berada di Masjid Assalam Bukit Sentosa.Tetapi pada 29/11/2014 ini hanya kolam biasa akan disediakan khas untuk peserta khatan manakala selepas semua peserta habis berendam yang bukan peserta di kalangan kanak-kanak boleh merasa tertakluk kepada penjaga kolam tersebut.



21 November 2014

MESYUARAT AGUNG PEMBENTANGAN MASJID ASSALAM BUKIT SENTOSA KALI 2 PADA 24/11/2014

MESYUARAT AGUNG PEMBENTANGAN MASJID ASSALAM BUKIT SENTOSA ,RAWANG DAERAH HULU SELANGOR KALI 2 PADA 24/11/2014 JAM 9 MALAM .SEMUA AHLI KARIAH DAN ANAK KARIAH DIJEMPUT HADIR UNTUK SAMA_SAMA KITA BERMESYUARAH.

17 November 2014

INGAT KEMBALI PESANAN IMAM SYAFIE !

Sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.

Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: “Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua: Hak kepada malaikat maut – mengqandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.

Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima: Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Keenam: Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh: Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan: Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kesembilan: Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.

Kesepuluh: Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."