26 December 2010

FUTSAL ASSALAM 201O MENJANA KECERIAAN BAPA & REMAJA


Ahamdulillah syukur kita kepada Allah s.w.t dan selawat dan salam kepada junjungan Rasululullah s.a.w di mana idola kita Nabi Muhamad s.a.w yang merupakan rasul Allah yang memang menggalakkan kita umatnya agar bersenam atau beriadah bagi menyihatkan badan serta fizikal yang secara tidak langsung akan menyihatkan mental dan aqal kita.
Sukan Futsal adalah antar cara beriadah yang terkini yang boleh diterap dan dilakukan oleh kita dan boleh melibatkan remaja, orang tua dan juga kaum muslimat.


Sedemikian pada 19 Disember yang lalu, pihak Masjid Assalam dengan kerjasama surau/mardasah di bawah naungannya serta ahli kariah telah berjaya mengadakan sukan futsal yang telah disertai 15 buah pasukan yang mengandungi 8 orang penyertaan 1 pasukan berjumlah 120 orang semuanya.




Pemenang pertama atau johan pasukan adalah dimenangi pasukan Futsal surau Annur Cempaka manakala Naib Johan dimenangi Pasukan Futsal dari Surau Saidina Ali dari Anggerik 5.



Ustaz Abu Bakar Yang sebagai Nazir Masjid sudi meluangkan masa merasmi dan juga bersama menonton perlawanan tersebut sehinggalah sesi penyampaian hadiah.

23 December 2010

KELEBIHAN NABI MUSA a.s BERBANDING NABI-NABI LAIN

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?" Kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi." Tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. "Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibu bapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat,inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

21 December 2010

BERSEDIAKAH KITA MENINGGALKAN DUNIA INI ?


Bersediakah kita sekiranya kita diuji dengan kehilangan nyawa sendiri atau orang yang disayangi ?
Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imraan, ayat 185 yang bermaksud:
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat
sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari
neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan
ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat
kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”

Orang yang bersabar menghadapi kematian adalah orang yang sentiasa berada di
bawah perlindungan Allah.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud:
“Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.
Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan
mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk
hidayahNya.”

Buat kita yang masih hidup, kematian sepatutnya menjadi iktibar untuk kita
sentiasa beringat mengenai kehidupan yang sementara, cuma tiada apa yang
dibanggakan dengan kehidupan dunia, sebaliknya ibadah dan takwa juga yang
merencanakan kebahagiaan di akhirat sana. Sering saya berdoa semoga tidak diuji
dengan sesuatu perkara yang tidak mampu saya hadapinya lebih-lebih lagi dalam
keadaan berbadan dua ini....emosi seringkali terganggu pabila menerima berita2x
yg menyayat hati. Moga Allah beri kekuatan kepada semua insan yg pernah merasai
erti sebuah KEHILANGAN.

20 December 2010

KRISMAS ! HANYA UCAPAN SELAMAT TANPA DOA DIHARUSKAN

Beberapa hari lagi, penganut Kristian akan menyambut hari raya Krismas. Gedung-gedung perniagaan dan supermarket semakin rancak mempromosikan krismas melalui Santa Clausnya. Cuma, yang menjadi persoalan ialah mengapakah terdapat dalam kalangan umat Islam yang turut seronok dan bergembira dengan kedatangan Krismas? Apakah umat Islam boleh menyambut Krismas sebagai suatu perayaan yang disambut dengan penuh bermakna?

Perayaan dalam Islam merupakan satu ibadah. Ia bukan merupakan adat dan budaya. Ibadah bermaksud pengabdian diri kepada Allah semata-mata. Ibadah dilakukan sebagai lambang ketaatan kepada Allah. Justeru, Rasulullah saw melarang golongan Ansar merayakan perayaan Jahiliyyah yang sudah sedia diamalkan oleh masyarakat Madinah sebelum kedatangan Islam. Sabda Rasulullah bermaksud:“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya(hari raya) iaitu hari raya Adha dan hari raya al-Fitri.” (Hadis riwayat Abu Dawud 1134, Nasaei 1556 dan Ahmad 1241).

Hadis nabi ini menegaskan dua perkara iaitu pertamanya; haram menyambut perayaan agama lain. Keduanya; Islam telah memberikan dua perayaan yang jauh lebih baik daripada perayaan Jahiliyyah iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Syeikhul Islam Ibnu Taymiyyah dan anak muridnya Ibnu Qayyim bersikap amat tegas dalam persoalan ini iaitu mereka melarang keras umat Islam daripada terlibat dan turut serta dalam sebarang perayaan kaum musyrikin dan ahli kitab. Ibn Taymiyyah juga menegaskan bahawa perayaan adalah satu syariat. Kata Ibn Taimiyyah: “perayaan merupakan sebahagian daripada syariat, manhaj dan ibadah yang disebut oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: ‘setiap umat Kami jadikan jalan ibadah yang mereka jalani’ (Rujuk Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqim juz 1, hlm. 207 )

Perayaan-perayaan agama bukan aktiviti sosial semata-mata. Perayaan agama merupakan syiar bagi sesebuah agama tersebut. Ia merupakan salah satu ciri istimewa yang ada pada setiap agama. Justeru, Rasulullah menegaskan kepada Saidina Abu Bakar dengan sabda baginda yang bermaksud: “Wahai Abu Bakar! Sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari perayaan. Dan ini merupakan hari perayaan kita.” (Hadis Bukhari 952 dan Muslim 892).

Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi serta beberapa ulama kerajaan Arab Saudi yang lain pula berpendapat bahawa hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti pada hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam.

Hujah yang dikemukakan oleh mereka ialah hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam diperintahkan agar tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka dia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).Hujah mereka yang seterusnya ialah berdasarkan satu kaedah di dalam Islam iaitu ‘redha dengan kekufuran adalah kufur’. Justeru, turut serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati terhadap kekufuran seseorang.

Setiap perkara ibadah tidak boleh dikongsi dengan bukan Islam. Ini ditegaskan oleh firman Allah dalam surah al-Kafirun yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad). Wahai orang kafir! Aku tidak beribadah (mengabdikan diri) pada apa yang kamu abdikan diri. Dan kamu juga tidak menjadi pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku abdikan diri. Dan aku bukanlah pengabdi (pelaku ibadah) pada apa yang kamu abdikan diri Dan kamu juga tidak menjadi pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku abdikan diri. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.”

Manakala Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi pula, ketika membahaskan perkara ini telah menyatakan bahawa tidaklah menjadi suatu kesalahan memberikan ucapan selamat hari raya kepada rakan dan jiran yang musyrikin, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini. Keharusan ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil”. Namun, al-Qaradawi melarang keras daripada turut serta dalam perayaan yang berasaskan upacara keagamaan kerana ia melibatkan akidah dan kepercayaan.

Prof Dr Abd al-Sattar Fathullah Said, seorang pensyarah Tafsir dan ‘Ulum Quran di Universiti Azhar pula berpendapat bahawa mengucapkan tahniah dan selamat hari raya pada perayaan bukan Islam adalah harus selagi tidak bercanggah dengan hukum syara’. Akan tetapi sekiranya ucapan tahniah dan selamat hari raya itu diungkapkan dalam bentuk doa seperti ‘moga Allah berkati pada keluarga dan hartamu’, ianya adalah haram dan dilarang sama sekali. Begitu juga menurut beliau harus memberi hadiah sebagai ucapan tahniah kepada bukan Islam pada hari perayaan mereka, tetapi hadiah tersebut mestilah bukan sesuatu yang diharamkan seperti arak, potret lucah dan sebagainya.

Syeikh Dr. Mustafa Zarqa pula ketika membincangkan persoalan ini telah menyatakan bahawa mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya kepada kenalan bukan Islam adalah termasuk dalam bab kesopanan (mujamalah) dan keelokan dalam pergaulan. Namun, sesiapa yang keliru, contohnya dengan mengatakan bahawa sambutan hari kelahiran Isa adalah perayaan mereka (seperti Aidilfitri dan Aidil Adha), maka ia adalah haram, kerana ianya mempunyai kaitan dengan aqidah Kristian tentang ketuhanan Isa.

Hujah yang dikemukakan oleh beliau antara lain ialah peristiwa yang berlaku pada zaman nabi s.a.w. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. berdiri tatkala satu jenazah Yahudi melalui kawasan yang diduduki oleh Rasulullah dan para sahabat. Berdirinya Rasulullah itu adalah penjelasan tentang betapa hebat dan agungnya kematian itu, tidak ada kaitan dengan aqidah jenazah tersebut (iaitu bukan kerana hendak menghormati aqidah jenazah tersebut).

Namun, perlu juga diberi perhatian bahawa, mengucapkan selamat hari raya kepada kawan-kawan non-muslim atas alasan menjaga persahabatan dan perhubungan (bukan atas dasar aqidah) adalah harus, tetapi merayakannya dengan pengisian-pengisian mungkar di dalamnya, itu adalah haram.

Justeru, apakah tidak merayakan perayaan agama selain Islam menafikan toleransi di antara kaum? Toleransi tetap wujud dengan bukan Islam, tapi bukan dalam perkara ibadah dan yang melibatkan perayaan agama. Toleransi kaum boleh dipupuk pada setiap hari dalam pergaulan harian. Toleransi di antara kaum juga boleh dipupuk ketika menyambut ulang tahun hari kemerdekaan negara dan sambutan lain yang bersifat patriotik. Sehubungan dengan itu, pupuklah toleransi di antara kaum dengan tanpa menggugat akidah Islam!.
POSTED BY USTAZ SHAUQI OTHMAN

16 December 2010

USTAZ MOHD ZAHAZAN MOHAMED ABU HANNAN MALAM ESOK !


Tempat : Dewan Solat Masjid Assalam bukit Sentosa
Masa : Lepas maghrib

12 December 2010

FUTSAL ASSALAM, SURAU DAN AHLI KARIAH

TARIKH : 19 Disember 2010
TEMPAT : DEWAN FUTSAL DI SG. CHOH
SILA HUBUNGI PEJABAT MASJID

01 December 2010

Cara dan Teknik Perubatan Dalam Tibb Nabawi

Assalamualaikum.

Sabda Rasulullah,
"Pengubatan (penyembuhan) ada 3 iaitu minum madu, dilukai dengan alat hijamah
(bekam), dibakar dengan besi panas (kai) dan aku larang umatku melakukan
pengubatan dengan kai"
Makanan untuk pesakit.
Bubur Tarbinah dibuat dari susu, madu dan kurma atau susu yang dicampur dengan
tepung. Susu, madu dan kurma merupakan pemakanan seimbang yang kaya dengan
vitamin dan zat galian serta mempunyai unsur pemakanan yang lengkap. Pengubatan
moden juga menyetujui agar pesakit diberi makanan yang lembut, mudah hadam dan
zat seimbang.

Cara Hadapi Penyakit.
Berbaik sangka dengan Allah dan meminta penyembuhan pada Allah. Manusia hanya
layak berusaha dan berikhtiar.
Terdapat 4 teknik pengubatan iaitu melalui:

1. Solat.
Solat adalah tiang agama. Solat juga mempunyai maksud tersirat dalam perubatan.
Antaranya ialah melalui:
* wuduk- menggunakan air bersih lagi suci dapat menyucikan kotoran dan penyakit
jasmani sepanjang yang dapat dilalui oleh air tersebut.
* bacaan doa - dapat menenangkan fikiran, melapangkan dada, timbulkan rasa
tawakal dan keberanian menghadapi kehidupan dunia dan akhirat. Penyakit zaman
moden- fikiran serabut.
* Gerak geri dalam solat - berdiri, ruku',sujud, duduk adalah untuk kesihatan
jantung, ringankan penyakit reumatik, hindarkan penyakit pinggang, lancarkan
kerja otot, aliran darah, perbetulkan kedudukan janin bagi ibu-ibu mengandung
dan merendahkan tekanan darah tinggi.

2. Puasa
Matlamat utama puasa melahirkan rasa takwa pada Allah. Disebalik perintah
tersebut terkandung rahsia tersembunyi. Puasa dapat mengurangkan kegemukan dan
meringankan badan. Lemak terkumpul akan susut dan inilah cara menguruskan badan
cara selamat.

3. Haruman.
Setiap orang pasti menyukai haruman. Haruman memainkan peranan penting dalam
perubatan hingga sistem pengubatan berasaskan bau-bauan dipanggil Aromaterapi.

4. Doa dan zikir.
Membaca surah Al-Ikhlas dan Mu'awwizatain pada air yang dicampur garam ketika
di sengat kala jengking. Rasulullah gunakan dua pendekatan iaitu material
(garam) dan spiritual (bacaan ayat Al-Quran) supaya punyai keberkatan dalam
ubatan yang digunakan.

5. Khasiat pemakanan dan rempahan.
* Kurma - mengandungi zat pemakanan lengkap, tinggi karbohidrat, vitamin dan
pelbagai zat galian. Saat bin Abi Waqas mengadu pada Nabi bahawa jantungnya
sakit, maka Nabi mengarahkan untuk menumbuk kurma Ajwa beserta bijinya untuk
dimakan. Sabda Rasulullah,
"Barang siapa makan (sarapan) pada setiap hari dengan 7 biji kurma Ajwa, maka
ia tidak akan ditimpa pada hari itu oleh racun mahupun sihir."

* Jintam Hitam.
- mengeluarkan kahak dari pernafasan.
- melancarkan pengeluaran susun ibu, haid teratur, atasi masalah saluran
kencing dan baik untuk penyakit kencing manis.
- jintan hitam dicampur cuka untuk penyembuhan sakit gigi, disapu pada sengatan
binatang berbisa. Jintan hitam ditumbuk dan dibungkus dengan kain dan disedut
baunya. Sabda Rasulullah,

"Hendaklah kamu dengan menggunakan Jintan hitam ini, maka sesungguhnya di
dalamnya terdapat bahan penyembuh (ubat) untuk semua penyakit, kecuali
kematian."

* Daging
Saidina Ali bin Abi Talib berkata, daging dapat menjernihkan warna kulit,
mengecilkan perut dan memberikan kebaikan pada perangai seseorang, namun tidak
elok jika dimakan berlebihan.
- Daging kambing memperkuatkan daya ingatan otak dan kekuatan tubuh badan.
- Daging lembu mudah mendatangkan penyakit, maka dimasukkan bawang putih, halia

dan lada hitam dalam masakan.
- Daging ayam bermanfaat bagi penyakit perut dan paru-paru kerana ia mudah
dihadam dan menambahkan darah dan kekuatan.

* Buah-buahan
Anggur, delima dan kurma yang segar dan tidak diawet sahaja mengandungi khasiat
seperti menyembuhkan penyakit buah pinggang jika meminum 2 gelem air perahan
anggur merah.

* Halia - membantu pencernaan makanan, penyakit angin, penyakit hati, menambah
nafsu makan dan sebagai ubat gosok gigi penyakit sengal.

* Telur - makanan yang lengkap, tinggi protein, lemak, vitamin dan zat galian.
Bermanfaat untuk tambahkan kekuatan badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.

* Susu - makanan paling lengkap atas bumi ini. Terkandung zat lemak, protein,
gula, garam galian dan vitamin dalam kadar seimbang hinggakan kanak-kanak
membesar dengan meminumnya sahaja.