Al Kuliah 4 All: T Haji Kamarulzaman (Sept. 2012): " Apakah Sikap Kita "
Tn Hj Kamarulzaman adalah ajk Masjid Assalam, seorang guru dan aktif dengan NGO dalam kegiatan dakwah dalam dalam dan luar negara.Ikutilah rakaman ceramah yang di rakamkan oleh Kuliah4all seorang ahli kariah masjid yang sukarela merakamkan kuliah dan ceramah di masjid dan surau sekitar Bukit Sentosa dan Beruntung dan keutamaan adalah di masjid Assalam Bukit Sentosa.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas sukarelawan masjid sebegini.
30 September 2012
29 September 2012
Ustaz Dzul Khairi : Penghinaan
Al Kuliah 4 All: Ustaz Dzul Khairi (Sept. 2012): " Penghinaan Terhadap Rasulullah "
28 September 2012
SUBHANALLAH ! 360 SENDI
Subhaanallah, Sabda Rasulullah S.A.W tentang Sendi dibuktikan sains modern
"Sesungguhnya setiap manusia dari kalangan anak Adam diciptakan dengan 360 sendi. Sesiapa yang bertakbir memahabesarkan Allah, bertahmid memuji Allah, bertasbih menyucikan Allah, dan beristighfar memohon keampunan kepada Allah, menyingkirkan batu dari jalanan, atau (menyingkirkan) duri atau tulang dari tengah jalanan, memerintahkan kebaikan, dan mencegah kemungkaran, sejumlah 360 sendi tersebut, maka hari itu ia telah berjalan sambil menjauhkan dirinya dari neraka. "(Shahih Muslim: 1007,2 / 698)
Suatu hal yang sangat mengagumkan bahawa dalam hadis Rasulullah ini disebutkan jumlah sendi pada tubuh manusia dengan sangat detail (360 sendi) di zaman yang pada saat itu belum berkembang anatomi tubuh dan jumlah kerangka tulang beserta sendi-sendi di dalamnya.
Nuffnang Ads
Dalam Ensiklopedia Global (The Global Encyclopedia) juga hanya disebutkan jumlah tulang dan klasifikasinya, namun tak dirinci. Ensiklopedia Britannica menggolongkan tulang-tulang dan tengkorak pada manusia dalam 3 kumpulan besar tanpa sekatan, iaitu:
- Struktur pusat yang meliputi: tulang belakang dan sebahagian besar tengkorak
- Struktur dalam yang meliputi: rongga dada, tulang rahang bawah, dan sebahagian organ-organ tulang rahang atas.
- Terminal Struktur yang meliputi: tulang-tulang pinggul (pelvis), tulang-tulang belikat, dan hujung-hujung pada tulang rawan.
Di dalam The Hatchinson Encyclopedia yang tersebar pada tahun 1995 juga menyebutkan jumlah tulang-tulang di dalam kerangka tubuh pada manusia hanya 206 sahaja.
Akan tetapi seorang Doktor muslim bernama Hamid Ahmad Hamid di dalam bukunya 'Perjalanan Iman di dalam tubuh manusia' ("The Journey of Faith inside the Human Body"), menyebutkan dengan sangat detail 360 sendi pada manusia, sebagaimana yang dinyatakan secara jelas sangat jelas oleh Rasulullah di dalam hadisnya 14 abad yang lalu.Adapun jumlah sendi tersebut adalah:
A. 147 sendi yang terdapat pada vertebrae / tulang belakang:
- 25 sendi di kawasan vertebrae / tulang belakang
- 72 sendi di antara vertebrae / tulang belakang dan costae / tulang rusuk.
- 50 sendi di antara vertebraetulang punggung.
B. 24 sendi pada thorax / dada:
- 2 sendi di antara 2 tulang dada dan rongga dada
- 18 sendi di antara dada dan rusuk
- 2 sendi di antara tulang selangka dan tulang bahu
- 2 sendi di antara tulang bahu dan dada.
C. 86 sendi area atas:
- 2 sendi di antara 2 tulang bahu
- 6 sendi di antara 2 siku tangan
- 8 sendi di antara 2 pergelangan tangan
- 70 sendi di antara tulang-tulang tangan.
D. 92 sendi area bawah:
- 2 sendi di antara 2 paha
- 6 sendi di antara 2 lutut
- 6 sendi di antara 2 mata kaki
- 74 sendi di antara 2 kaki
- 4 sendi di antara tulang lutut
E. 11 sendi gelang panggul:
- 4 sendi di antara tulang belakang dan tulang ekor
- 6 sendi di antara tulang pangkal paha
- 1 sendi pada simfisis pubis (pubic symphysis).
Jumlah keseluruhan adalah: 147 +24 +86 +92 +11 = 360 sendi.
Rangka manusia terdiri dari kumpulan tulang yang fungsinya menyokong tubuh dan memberinya bentuk, sekali gus melindungi alat-alat dan bahagian-bahagiannya, plus menyediakan permukaan yang kukuh yang menjadikan landasan urat.
Tanpa sendi yang telah disediakan Allah agar sebahagian besar tulang rangka manusia yang keras dapat bergerak, tentu manusia akan menderita banyak kesakitan, dan menghadapi pelbagai macam persoalan dan pelbagai kesulitan.
dari sinilah Rasulullah saw berwasiat kepada manusia untuk bersyukur kepada Allah setiap hari sesuai dengan (bersedekah) sekurang-kurangnya sejumlah sendi di tubuhnya jika memang tidak dapat melakukan lebih banyak lagi. Ketika manusia melakukan zikir, syukur, dan sedekah maka sesungguhnya dia tidak akan mampu memenuhi syukur kepada Allah walau untuk satu sendi dari 360 sendi yang telah diciptakan Allah di dalam tubuhnya.
Persoalannya, siapakah yang mungkin mengejarkan kepada Nabi Muhammad SAW bahawa setiap manusia diciptakan dengan 360 sendi? Siapakah yang mendorong Nabi Saw untuk menyelami hal-hal ghaib seperti ini? Allah. Jikalau Allah tidak menguatkan ilmu ini dengan ilmu dari sisiNya yang telah mendahului semua ilmu manusia, maka percuma saja ilmu yang diturunkan dan diilhamkan-Nya di dalam kitab-Nya kepada Nabi terakhir-Nya ini. Penyebutan masalah ini dalam hadis sahih yang dinisbatkan kepada Nabi saw sebagaimana yang dikaji di atas merupakan bukti tersendiri atas kenabian dan kerasulan hingga hari kiamat.
27 September 2012
NAMA YANG PERLU ORANG ISLAM TAHU
Nama Isteri-Isteri dan Anak-Anak Nabi Muhammad SAW
Isteri-isteri Rasulullah SAW :
1. Khadijah binti Khuwailid r.a.
2. Saudah binti Zum'ah r.a.
3. Aisyah binti Abu Bakar r.a.
4. Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a.
5. Zainab bin Jahsyin r.a.
6. Zainab binti Khuzaimah r.a.
7. Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a.
8. Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a.
9. Juwairiyah binti Al-Harith r.a.
10. Maimunah binti Al-Harith
11. Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.
12. Mariyah Al-Qibtiyah
Hanya seorang sahaja isteri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang dara atau gadis ketika berkahwin dengan baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq. Manakala yang lainnya adalah janda atau balu yang kematian suami.
Anak-anak Rasulullah SAW dengan Khadijah :
1. Al-Qasim
2. Abdullah
3. Zainab
4. Ruqaiyah
5. Ummu Kalthum
6. Fatimah
Anak Rasulullah dengan Mariyah Al-Qibtiyah :
1. Ibrahim
Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih
26 September 2012
25 September 2012
APA YANG PERLU DITINGKATKAN INDIVIDU KAKI MASJID ?
Bila diamati dan diperhati dan dianalisa apa yang kita alami dan selami di Masjid terutama di Masjid AsSalam Bukit Sentosa ini maka masih banyak dan mungkin berterusan kita hadapi ketidaksempurnaan yang diperlihatkan Allah.
Pertama bila muhasabah diri kita ramai yang seolah memperlekeh solat sunat tahytaul masjid atau sunat solat menghormati masjid.
Alhamdulillah dari segi solat wajib dan ibadah bersedekah dan menyumbang serta menyertai kuliah dan ceramah amat memberansangkan dan orang kata agak menten atau istiqamah.
Cuma apa salahnya bila individu jemaah bila sampai ke masjid sebelum melakukan urusan di masjid samada untuk bergotong royong, berurusan di pejabat masjid hadir di majlis hari raya misalnya terus beruduk dan masuk ke masjid melakukan solat tahiyatul masjid ataupun solat dhuha. Bukan rugi tapi sekurang-kurangnya kita akan sentiasa beruduk dan melakukkan perkara yang betul dan baik untuk amalan diri kita.Bagi yang telah dan sedang berjinak melakukan ibadah tersebut diucapkan tahniah pada diri anda.
21 September 2012
PENYERTAAN IBADAH QURBAN DI ASSALAM TELAH DI BUKA
Sempena menjelang Eidul Adha 1433 Hijriah adalah dimaklumkan bahawa sesiapa antara kariah Masjid Assalam dan kariah surau-surau serta penduduk yang ingin mengadakan dan melakukan ibadah Qurban di Masjid Assalam boleh menyertai dengan mengisi borang yang disediakan di masjid dengan bayaran RM400 satu bahagian dan jika seekor lembu dianggarkan RM2800 (7 bahagian) insyallah.
Sila ke Pejabat Masjid Assalam atau hubungi 03-60217998 atau Hubungi Tn Nazir En. Suhaimi 0123513129/Ustaz Wan Shamsuddin 0129723076
20 September 2012
MUHASABAH !
MUHASABAH: PERINGATAN YANG BAIK
"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman" - QS51:55
17 September 2012
14 September 2012
BAIKNYA MINUM AIR KOSONG SEMASA PERUT KOSONG !
Kelebihan Minum Air Kosong Ketika Perut Kosong
Tabiat minum air kosong ketika perut kosong adalah salah satu tabiat yang sangat baik. Rasulullah SAW juga sering mengamalkan minum air kosong selepas bangun sahaja dari tidur setiap pagi.
Ia juga baik untuk penyakit antaranya penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, a
sma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.
Kaedah-kaedahnya :
1. Sebaik sahaja anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam
5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.
6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan di samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.
Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:
1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.
Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.
Adalah lebih baik jika kita teruskn kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Ini adalah cara & tradisi orang-orang Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka .. bukannya air sejuk.
Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum .
Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda.Bukanlah tidak boleh/bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan.
Apabila ini ‘enapcemar’ bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine..Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.
Ambil perhatian yang serius untuk serangan jantung:
• Wanita perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,
• Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.
• Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.
• Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.
• 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.
• Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu & pelajari,maka peluang utk hidup lebih panjang dan baik lagi.
13 September 2012
PERSEDIAAN SOLAT JUMAAT KE MASJID
Antara amalan yang dianjurkan sebelum pergi solat Jum’at ialah:
1- Mengenakan wangi-wangian bagi yang mampu, kecuali mereka yang berihram (al-Bukhari (840, 883), Muslim (1997)).
2- Menggosok gigi (al-Bukhari (880), Muslim (1997))
3- Memakai pakaian yang cantik, iaitu berhias (Abu Daud (343) dan beliau mendiamkannya, maka ia Soleh – lanjut berkenaan erti Soleh disisi Abu Daud dianjur untuk merujuk risalah saya: “Setiap Hadith-Hadith Yang Didiamkan Imam Abu Daud Dalam Sunan Adalah 'Soleh' ”)
4- Menjauhi sebelum pergi ke solat daripada memakan makanan yang berbau kuat hingga dapat mengganggu jamaah solat, ini termasuk bawang putih, apatah lagi rokok (bersama-sama dengan haramnya ia)
5- Segera menuju ke Masjid sebelum khutbah, kerana Malaikat akan mencatat nama mereka yang tiba awal ke Masjid, apabila khutbah bermula maka para Malaikat tidak lagi menulis sebaliknya mereka turut sama mendengar khutbah (al-Bukhari (3211), Muslim (2021))
Manakala antara amalan yang dilakukan apabila dalam perjalanan ke Masjid, tiba di Masjid dan ketika khutbah ialah:
1- Berjalan menuju ke Masjid, tidak menaiki kenderaan kerana Allah akan mengharamkan api neraka bagi mereka yang berdebu kakinya kerana berjalan pergi ke Jum’at semata-semata kerana Allah Jalla wa `Ala (al-Bukhari (907)).
Adapun hadith yang masyhur menyatakan bahawa sesiapa yang berjalan pergi ke Jum’at maka setiap langkah pahala seolah berpuasa dan bersolat malam selama setahun, hadith ini dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan ia Dha’if, dilemahkan oleh al-Tirmizi sendiri dengan katanya: “Hasan” (al-Jami’ al-Mukhtasar (496) – lanjut berkenaan maksud “Hasan” disisi al-Trimizi dianjurkan untuk merujuk risalah saya: “Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi & Manhajnya”)
2- Duduk dekat kepada khatib (Abu Daud (1108) dan beliau mendiamkannya, maka ia Soleh disisi Abu Daud. Saya katakan: bahkan isnadnya Sahih)
3- Menghadapkan pandangan kepada khatib yang sedang berkhutbah. Dalam hal ini tiada satupun hadith marfu’ yang sahih, namun ia thabit daripada amalan para sahabat Nabi SAW seperti Ibn `Umar, Anas dan lain-lain.
Berkata al-Hafiz al-Tirmizi: “والعمل على هذا عند أهل العم من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم وغيرهم يستحبون استقبال الإمام إذا خطب– inilah yang diamalkan oleh para ahli ilmu dari kalangan Sahabat Nabi SAW dan selain mereka, mereka menganjurkan menghadapkan pandangan kepada imam ketika beliau sedang berkhutbah” (Jami’ al-Mukhtasar (2/383), komentar pada hadith no. 509)
4- Menunaikan solat sunat mutlaq sebanyak yang mampu sementara khatib belum berkhutbah (Abu Daud (290), dan beliau mendiamkannya, bermakna Soleh. Dan berkata Abu `Abd al-Rahman al-Albani: Hasan)
5- Menunaikan solat Tahiyatul Masjid apabila masuk ke masjid walaupun ketika itu khatib sedang berkhutbah (al-Bukhari (930)), tidak menjadi masalah jika seseorang itu duduk dahulu samada untuk minum air (ketika khatib belum berkhutbah), atau berehat sebentar kerana penat dan lain-lain, kemudian baru bersolat 2 rak'at Tahiyatul Masjid, tiada masalah padanya. Dan tidaklah sunnah seseorang itu sengaja melewat-lewatkan solat Tahiyatul Masjid tanpa ada apa-apa keperluan.
Solat 2 rak'at ketika memasuki masjid (dinamakan Tahiyatul Masjid ) adalah sunnah secara ijma', dan ia adalah disyariatkan. Namun para fuqaha' berbeza pendapat akan hukum Tahiyatul Masjid , mazhab zahir seperti Daud `Ali al-Zahiri dan Ibn Hazm berpendapat ia wajib sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Qadhi Iyadh, manakala para imam mazhab yang empat berpegang ia mustahab (dianjurkan) dan bukannya wajib
Berkenaan hakikat solat Tahiyatul Masjid pula, perlu diketahui nama khas Tahiyatul Masjid ini tidak thabit dari Salaf, tidak dari hadith, ia hanyalah penamaan oleh fuqaha' terkemudian. Bahkan sebenarnya solat Tahiyatul Masjid ini bukanlah satu jenis solat yang berdiri dengan sendirinya sebagaimana solat witir yang berdiri dengan sendiri, solat dhuha yang berdiri dengan sendiri, solat rawatib yang berdiri dengan sendiri.
Akan tetapi sebenarnya solat 2 rak'at memasuki masjid ini ia adalah termasuk daripada jenis solat nawafil mutlak (solat sunat mutlak) atau apa sahaja solat-solat lain yang disyariatkan. Dengan kata lain disunnahkan melakukan apa-apa saja solat yang disyariatkan ketika masuk masjid, contohnya sekiranya seseorang itu memasuki masjid dalam waktu dhuha dan beliau solat dhuha sebanyak 2 rak'at maka beliau telah dikira melakukan Tahiyatul Masjid , atau masuk masjid dan bersolat 2 rak'at rawatib dikira juga Tahiyatul Masjid.
6- Dianjurkan memasuki masjid dengan mendahulukan kaki kanan dan keluar mendahulukan kaki kiri. Dalam hal ini tiada satupun hadith yang sahih dan sarih (jelas), adapun hadith yang masyhur dari Anas secara marfu’ bahawa Nabi SAW bersabda berbunyi:
“من السنة إذا دخلت المسجد أن تبدأ برجلك اليمنى ، وإذا خرجت أن تبدأ برجلك اليسرى – daripada sunnah ialah apabila memasuki masjid, mulai dengan kaki kanan, dan apabila keluar maka mulai dengan kaki kiri”.
Hadith Anas diatas dikeluarkan antaranya oleh al-Baihaqi (al-Kubra (4494)) dari Abu al-Walid al-Thayalisi dari Syaddad Abu Talhah dari Mu’awiyah bin Qurrah dari Anas bin Malik secara marfu’ kepada Nabi SAW.
Saya katakan: hadith ini adalah satu-satunya hadith marfu’ yang sarih (jelas) menyebut anjuran memasuki masjid dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri. Namun ia Dha’if, bahkan Munkar. Kata al-Baihaqi sejurus mengeluarkan hadith ini: “تَفَرَّدَ بِهِ شَدَّادُ بْنُ سَعِيدٍ أَبُو طَلْحَةَ الرَّاسِبِىُّ. ,وَلَيْسَ بِالْقَوِىِّ. – menyendiri pada hadith ini Syaddad bin Sa’id Abu Talhahal-Rasibi, dan dia tidaklah kuat (iaitu lemah)” , dan berkata al-Hafiz Abu Yusuf al-Tharifi: “ أن هذا الحديث منكر– sesungguhnya hadith ini Munkar” (Sifat Solat Nabi (37-38)).
Walaupun hadith Anas diatas tidak sahih, namun maknanya benar serta fiqhnya diamalkan berdasarkan amalan sahabi `Abdullah ibn `Umar. Imam al-Bukhari mempunyai seni yang halus dalam menyatakan hal ini tetap sunnah walaupun tiada hadith sahih yang sarih padanya, ini dapat kita lihat pada gaya penyusun hadith dan tabwib beliau dalam kitabnya al-Jami’ al-Sahih.
Imam al-Bukhari membuat bab khas dalam kitabnya al-Jami al-Sahih bertajuk: “باب التيمن في دخول المسجد وغيره – bab mendahulukan kaki kanan dalam memasuki masjid dan sebagainya”, kemudian berkata al-Bukhari: “وكان ابن عمر يبدأ برجله اليمنى فإذا خرج بدأ برجله اليسرى – adalah Ibn `Umar beliau memulakan kaki kanan ketika memasuki masjd dan apabila keluar beliau keluar mendahulukan kaki kiri”. Kemudian al-Bukhari membawakan satu sahaja hadith untuk bab ini dalam Sahihnya iaitu hadith `Aishah, kata `Aishah: “كان النبي صلى الله عليه وسلم يحب التيمن ما استطاع في شأنه كله في طهوره وترجله وتنعله – adalah Nabi SAW suka mendahulukan yang kanan dalam setiap perbuatannya. Seperti dalam bersuci, menaiki kendaraan dan memakai sandal” (al-Jami al-Sahih (1/116)).
Perhatikan gaya Amirul Mu’minin fil Hadith ini, tidakkah ia genius! Ya, bahkan tidak dinafikan lagi. Imam al-Bukhari mengetahui bahawa dalam hal ini tiada satupun hadith yang sahih dan sarih, namun beliau mengetahui bahawa amalan itu sememangnya sunnah, ini dapat kita lihat daripada tajuk babnya apabila dia berkata: “باب التيمن في دخول المسجد وغيره – bab mendahulukan kaki kanan dalam memasuki masjid dan sebagainya”.
Kemudian, disebabkan tiada hadith marfu’ yang sahih dan sarih, maka al-Bukhari membawakan athar amalan sahabi `Abdullah ibn `Umar yang beramal dengan isi kandungan fiqh hadith tersebut, kemudian sebagai penguat maka al-Bukhari membawakan hadith `Aishah. Gaya seni yang sama dapat kita perhatikan ketika al-Bukhari ingain menjelaskan anjuran membaca “bismillah” sebelum wudhu’ walaupun diketahui bahawa tiada walaupun satu hadith yang sahih dalam bab itu. Allah hu’alam.
7- Dianjurkan untuk berdoa dengan doa yang disyariatkan: “اللهم افتح لي أبواب رحمتك-Allahummaftah li abwaba rahmatik” ketika memasuki masjid (Muslim (1685)).
8- Tidak berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah (al-Bukhari (934))
9- Tidak mengganggu para jamaah, jika kita datang lewat maka jangan melangkah-langkah antara bahu Jamaah, atau memisahkan bahu dua orang yang sedang duduk agar boleh dilalui untuk mencari tempat.
Abdullah bin Bisr berkata: “جاء رجل يتخطى رقاب الناس يوم الجمعة والنبى -صلى الله عليه وسلم- يخطب فقال له النبى -صلى الله عليه وسلم- « اجلس فقد آذيت » - pernah datang seseorang dengan melangkahi bahu manusia-manusia pada hari Jum'at, sedangkan Nabi SAW sedang berkhutbah, maka Nabi SAW bersabda kepadanya: "Duduklah, kamu benar-benar telah mengganggu orang lain." (Abu Daud (1118), dan beliau mendiamkannya, bermaksud ia Soleh. Dan berkata Abu `Abd al-Rahman al-Albani: “Sahih”).
Sebaliknya memintalah dengan baik, Nabi SAW bersabda: “لا يقيمن أحدكم أخاه يوم الجمعة ثم ليخالف إلى مقعده فيقعد فيه ولكن يقول افسحوا - janganlah salah seorang daripada kamu mengusir saudaranya dari tempat duduknya pada hari Jum'at untuk kamu ambil tempat duduknya itu, tetapi katakanlah kepadanya: - tolong - lapangkanlah!” (Muslim (5417)). Dan ini adalah adab yang dilupakan ramai manusia kini.
10- Sekiranya mengantuk mendengar khutbah, maka dianjurkan untuk bangun dan berubah tempat. Nabi SAW bersabda: “إذا نعس أحدكم يوم الجمعة فليتحول من مجلسه ذلك - jika salah seorang daripada kamu mengantuk pada hari Jum'at (iaitu ketika khutbah Jum'at), hendaknya dia pindah dari tempat duduknya” (al-Tirmizi (526) dan katanya Hasan Sahih)
Juga antara amalan yang dianjurkan dilakukan apabila selesai solat Jum’at ialah:
1- Mendirikan solat nawafil selepas Jum’at sebanyak 4 rak’at di masjid, atau 2 rak’at di masjid dan 2 rak’at apabila tiba di rumah (Muslim (2074)).
2- Dianjurkan untuk berdoa dengan doa yang disyariatkan: “اللهم إنى أسألك من فضلك –Allahumma inni as aluka min fadhlik” ketika keluar masjid (Muslim (1685)).
3- Keluar dari masjid dengan mendahulukan dengan kaki kiri (rujuk penjelasan sebelum ini)
Sekian, Allah hu'alam
Persediaan ke masjid dan Peringatan sebelum solat Jumaat
Adab Berkaitan Masjid
1. Memakai pakaian yang sesuai dan bersih.
2. Memakai wangi-wangian bagi lelaki. Jangan memakan atau memakai sesuatu benda yang berbau busuk ke dalam masjid .
3. Jika anda memakan bawang atau menghisap rokok, silalah mencuci mulut atau berwuduk
4. Amalkan pergi ke masjid dalam keadaan berwudhuk.
5. Amalkan membaca doa yang diamalkan oleh Nabi s.a.w dalam perjalanan ke masjid.
6. Berjalan ke masjid dalam keadaan tenang, walaupun solat berjemaah sudah bermula.Ikutlah pergerakan imam.Sempurnakan apa yang tertinggal sesudah imam memberi salam.
7. Beri salam kepada orang yang telah sampai.Jika tiada orang maka ucapkanlah salam untuk diri sendiri iaitu :
السلام عَلـَيْنا و عَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ
Maksudnya : “ Salam sejahtera dari Allah atas kita dan sekalian hambaNya yang saleh”.
8. Datanglah ke masjid lebih awal dan membaca doa ke masjid iaitu :
DOA MENUJU KE MASJID
Diriwayatkan dalam sahih Muslim , dalam sebuah hadith bahawa Ibn Abbas r.huma bahawa Nabi s.a.w telah keluar dari rumah Maimunah r.ha selepas bertahajjud. Untuk ke masjid bersolat Subuh , maka baginda s.a.w telah membaca doa di bawah :
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا ، وَ فِي لِسَانِي نُورًا ، وَاجْعَل فِي سَمْعِي نُورًا ،
وَاجْعَلْ فِي بَصَرِي نُورًا ، وَاجْعَلْ مِن خَلْفِي نُورًا ، وَمِن إِمَامِي نُورًا ،
وَاجْعَلْ مِنْ فَوقِي نُورًا ، وَمِنْ تَحْتِي نُورًا ، اَللَّهُمَّ أَعْطِنِي نُورًا
Maksudnya : “Ya Allah, jadikanlah cahaya di hatiku, cahaya di lidahku, cahaya di pendengaranku, cahaya di penglihatanku, cahaya dari belakangku, cahaya di hadapanku, cahaya dari atasku dan cahaya dari bawahku. Ya Allah, berilah aku cahaya”.
9. Masuklah dengan kaki kanan dengan membaca doa masuk masjid iaitu :
DOA MASUK MASJID
Masjid berasal dari perkataan Arab yang bermaksud tempat sujud.Perkataan ini telah digunakan oleh Allah di beberapa tempat dalam al-Quran.
أَعُوذُ بِالله العَظِيمِ ، وَبِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ وَسُلْطَانِهِ القَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
بِسْمِ الله وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُولِ الله ،
اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Maksudnya : “Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, pada wajahNya yang mulia dan kekuasaanya yang Qadim(tidak ada permulaannya) dari syaitan yang terkutuk. Dengan nama Allah dan semoga selawat dan salam tercurahkan kepada Rasulullah s.a.w . Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmatMu untukku”.
10. Pilihlah saf yang kehadapan.
11. Solat sunat tahiyyatul masjid sebelum duduk. Jangan menunaikan solat di tempat yang boleh mengganggu orang ramai seperti di muka pintu.
12. Duduk dengan tenang dan tertib sambil mengadap kiblat.
13. Niatlah iktikaf di masjid.Lafaz niatnya ialah :
نَوَيْتُ الاعْتِكَافَ فِي هَذَا المَسْجِدِ للهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku beriktikaf dalam masjid ini kerana Allah swt”.
14. Gunakanlah kesempatan ketika berada dalam masjid untuk membaca al-Quran atau berzikir tetapi janganlah mengganggu orang lain yang sedang beribadah.
15. Sekiranya solat berjemaah sudah bermula,melangkahlah dengan tenang,walaupun ketinggalan rakaat.Apa yang terkurang dari imam sempurnakanlah kemudiannya.
16. Jangan melintas di hadapan orang yang sedang solat.
17. Jangan berbual di dalam masjid mengenai hal hal keduniaan.
18. Dilarang berjual beli dalam masjid.
19. Melangkah keluar dengan kaki kiri, sambil membaca doa keluar masjid iaitu:
DOA KELUAR MASJID
بِسْمِ اللهِ والصَّلاةُ والسَّلامُ عَلَى رَسُولِ اللهِ ،
اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ
اللّهُمَّ اعْصِمْنِي مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Maksudnya : “Dengan nama allah semoga selawat dan salam terlimpahkan kepada Rasulullah, Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepadamu dengan keutamaanmu. Ya Allah peliharalah aku dari godaan syaitan yang terkutuk”.
20. Hadirilah majlis ilmu yang dikendalikan dalam masjid, dan berilah tumpuan kepadanya, kerana Allah menjanjikan rahmat dan ketenangan serta pahala bagi yang menghadirinya.
21. Jangan mengambil atau membawa pulang barang barang di dalam masjid kerana ia adalah harta wakaf untuk kegunaan kaum muslimin dan muslimat.
Posted by Fari Mansoor at 1:54 AM
Labels: Articles from Ustaz Zahazan Mohamed
ULAMA PEWARIS NABI
Ulama adalah orang yang memahami agama dengan baik dan mengamalkannya. Allah meninggikan derajat ulama dan membezakannya dengan yang lain. Rasulullah s.a.w menyatakan
bahwa ulama adalah pewaris para nabi, jalan yang mereka tempuh merupakan jalan ke surga.
Ibnul Qayyim berkata, “Sabdanya bahwa ulama adalah pewaris para nabi mengandung keutamaan terbesar bagi para ulama, para nabi adalah makhluk Allah terbaik, maka pewaris para nabi adalah makhluk Allah terbaik setelah mereka, manakala setiap warisan orang yang mati berpindah kepada ahli warisnya karena merekalah yang menggantikan posisinya setelahnya sementara tidak ada penerus para rasul dalam menyampaikan ajaran yang mereka bawa kecuali para ulama maka mereka paling berhak terhadap warisan mereka. Ini membuktikan bahwa para ulama adalah orang-orang terdekat kepada para nabi karena warisan hanya didapat oleh orang yang paling dekat kepada mayit hal ini sebagaimana ia berlaku untuk warisan dinar dan dirham, ia juga berlaku dalam warisan nubuwah dan Allah mengkhususkan rahmatNya kepada siapa yang dikehendaki.”
Lanjut Ibnul Qayyim, “Hadis ini juga mengandung petunjuk dan perintah kepada umat agar mentaati, menghormati, mendukung, menghargai dan memuliakan mereka. Hadis ini juga mengandung peringatan bahwa menyintai mereka termasuk agama dan membenci mereka bertentangan dengan agama sebagaimana hal itu berlaku untuk apa yang mereka warisi. Begitu pula membenci dan memusuhi mereka berarti membenci dan memusuhi Allah sebagaimana hal itu berlaku pada apa yang mereka warisi.”
Bila menghormati para ulama diperintahkan, maka sebaliknya menghina dan merendahkan mereka dilarang. Al-Ghazali menyatakan bahwa menghina berarti merendahkan, menonjolkan aib dan kekurangan sehingga mengundang bahan tertawaan, bisa dengan menirukan perkataan, perbuatan, isyarat dan tanda.
Menghina ahli ilmu dan orang-orang shalih adalah salah satu sifat orang-orang kafir sekaligus salah satu ciri orang-orang munafik sebagaimana hal itu ditetapkan oleh al-Qur`an, salah satunya adalah firman Allah, “Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah: 211).
Firman Allah tentang orang-orang munafik, “Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan, ‘Kami telah beriman.’ Dan bila mereka kembali kepada setan-setan mereka, mereka mengatakan, ‘Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok.” (Al-Baqarah: 14).
Cukuplah Allah sebagai penolong kita dan Dia adalah sebaik-baik penolong.
12 September 2012
Ustaz Abdul Malik Mohd. (Sept. 2012)
Al Kuliah 4 All: Ustsz Abdul Malik Mohd. (Sept. 2012): " Anak Soleh dan Solehah "
11 September 2012
10 September 2012
SEJARAH 2 HARI RAYA AMAT BERMAKNA
MASJID ASSALAM BANDAR BUKIT SENTOSA KAN MENGADAKAN JAMUAN TERBUKA SEMPENA HARI KEMENANGAN MELAWAN NAFSU DI BULAN RAMADHAN PADA AHAD 29 SYAWAL 1433 hIJRIAH BERSAMAAN 16 SEPTEMBER 2012 JAM 10PG HINGGA 1 PETANG DI PERKARANGAN MASJID. JUADAH HARI RAYA ADALAH DISEDIAKAN OLEH MASJID DAN SUMBANGAN SURAU-SURAU MENGIKUT ZON.SEMOGA KITA SAMA-SAMA MERAYAKAN DAN BERTERUSAN BERIBADAH DAN BERAKTIVITI DI RUMAH ALLAH.
SEMUA DI JEMPUT HADIR DENGAN PAKAIAN SOPAN DAN MENUTUP AURAT.
Sekitar 1400 tahun dahulu, ketika Rasulullah S.A.W berhijrah dari Mekah ke
Madinah, Baginda mendapati, terdapat dua hari raya yang disambut oleh
bangsa Arab pada masa itu. Kemudian, Rasulullah S.A.W bertanya kepada
mereka apakah dua hari raya itu?Mereka menjawab bahawa dua hari raya
perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.
Rasulullah S.A.W menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa, Islam
menggantikan dua hari raya yang mereka raikan itu dengan dua hari yang lebih
bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.
Disinilah bermulanya sejarah sambutan kedua-dua hari raya tersebut.
Kita sebagai seorang mukmin seharusnya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana
telah menemukan kita sekali lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat dan
Syawal yang penuh keistimewaan, peluang yang tidak lagi dapat dinikmati oleh
insan-insan lain yang telah lebih awal pergi meninggalkan kita di dunia ini.
Telah dirakamkan dalam Al-Quran dan juga Hadith, bulan-bulan tersebut telah
dijanjikan Allah dengan pahala yang berlipatkali ganda jika kita mengisinya
dengan pelbagai amalan wajib dan sunat dengan penuh keikhlasan.