SENTIASALAH RINDU KE MASJID

Apa makna jadi ahli Masjid? Hati terpaut kepada Masjid. Rindu dan cinta kepada Masjid. Sangat ingin berkunjung ke Masjid. Sentiasa peka dan sedia untuk ke Masjid. Rasa resah bila tidak ke Masjid. Rasa teruja dan sangat syukur dipilih Allah untuk ke Masjid. Itulah ciri utama Ahli Masjid.


Ini rezeki, kerana tidak semua dapat datang ke Masjid. Islam mendorong kita jadi orang baik dengan berada di Rumah Allah. Islam mengajak kita bercakap dan mendengar benda baik. Islam mengajar kita untuk membuat amal soleh bagi mendapat petunjuk dan redha Allah.

Kita datang ke Masjid juga hari ini kerana nak faham agama supaya dapat beramal dengan perkara baik-baik. Bukan sekadar taat menjalani solat fardu berjemaah tetapi setia duduk di majlis-majlis ilmu yang berlangsung saban malam. Cerdiklah siapa yang datang ke Masjid. Beruntunglah sesiapa yang terpilih untuk datang ke Masjid. Daftarlah dalam minda masing-masing, aku ini Ahli Masjid. Masjid tempat kegemaran aku, In shaa Allah.
CP Hisham AR