26 October 2010

MASJID NABI PERTAMA DARI TITIK PELUH BAGINDA


Tahukah kita bahawa ada sebuah masjid yang telah di asaskan oleh Nabi saw iaitu Masjid Quba.

Masjid Quba ialah masjid yang pertama dibina dalam Islam. Tarikh ialah pada 8 Rabiul Awal tahun ke 14 kerasulan Nabi saw. Tempatnya ialah di Quba iaitu kira2 4km dari Masjid Nabawi.

Ianya berlaku ketika perjalanan hijrah Nabi saw ke Madinah, Nabi saw berhenti dan Quba dan mengangkat batu yg berat. Sahabat berasa kasihan dan meminta Nabi saw supaya berhenti tetapi Nabi saw meminta mereka membantu baginda. akhirnya terbinalah sebuah masjid yg tidak berbumbung kecuali di bahagian kiblatnya.. diletakkan pelepah2 kurma utk melindungi para jemaah daripada kepanasan matahari dan tiupan angin yang sejuk.

Tujuan masjid dibina adalah utk beribadat, menyatu padukan umat islam, menyiarkan syiar islam, menyebarkan dakwah dan menuntut ilmu.

Di kesempatan ini juga ustazah paparkan juga binaan masjid yg terkemuka di dunia.

No comments:

Post a Comment