24 July 2011

KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI SELANGOR DAN NEGERI LAIN



Zakat Fitrah yang wajib di bayar bagi setiap kepala pada bulan Ramadhan 1432H (2011M)(Semenanjung)seperti di atas.
Kadar Zakat Fitrah bagi Negeri Selangor masih tidak berubah iaitu RM5.20 seorang.
Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa

Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Bagdhdad bersamaan 2.60kg.

Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg

Sumber:http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penentuan-harga-zakat-fitrah-seluruh-malaysia
http://assoyfinger67.blogspot.com/2011/07/kadar-zakat-fitrah-di-negeri2-di.html

No comments:

Post a Comment