28 September 2011

MAIS Rapatkan Hubungan India Muslim Dengan India Non-Muslim



Syabas Cikgu Kamarulzaman (Ajk Mask=jid AsSalam) memang aktif dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah .

MAIS Rapatkan Hubungan India Muslim Dengan India Non-Muslim

Rawang – Buat pertama kalinya, Unit Dakwah Global, Bahagian Pembangunan Insan MAIS telah mengadakan satu Majlis Muhibah Ei’dulfitri bersama Komuniti India sempena sambutan hari raya bagi meraikan kesyukuran sebagai tanda kemenangan dan kejayaan umat Islam selepas sebulan berpuasa khusus untuk komuniti India di Rawang.

Majlis ini diadakan di Dewan MPS Taman Kanching Jaya pada 18 September yang lalu dengan kerjasama Unit Pembangunan Insan, Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Persatuan Dakwah Islamiah kebajikan Saudara Baru India se-Malaysia, Perkim cawangan Rawang dan Hidayah Center Cawangan Rawang.

Seramai 300 orang jemputan yang hadir ke majlis ini merangkumi masyarakat India Muslim/Mualaf dan non Muslim terdiri daripada golongan dewasa dan kanak-kanak. Program ini bertujuan mewujudkan suasana harmoni dalam menyatupadukan komuniti India Muslim/Mualaf dengan komuniti India non-Muslim selain dapat mengukuhkan hubungan di antara saudara India Muslim/Mualaf bersama keluarga mereka yang belum menerima hidayah Islam.

Majlis ini dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Ab. Halim Bin Tamuri, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Negeri Selangor. Turut hadir Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Ketua Penolong Setiausaha Sektor Sosial MAIS dan Setiausaha PERKIM Cawangan Rawang Dr. Nakoo Mustan.

No comments:

Post a Comment