02 October 2011

SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI KE MALAYSIA


S/U Masjid AsSalam(Sdr Ramle Mey) alhamdulillah telah dipilih Allah dan telah bertolak ke Mekah pada 29 September lepas bersama isteri yang dikasihi. Semoga beliau dikurnia kesihatan dan ibadah yang diterima Allah dan selamat pulang ke Malaysia dengan selamat selepas melakukan ibadah yang merupakan rukun Islam ke 5 itu.
Tuan Nazir (Ustaz Abu Bakar ) , Timbalan Nazir (Kapten(B) Nazaruddin) ,pegawai , ajk dan ahli kariah masjid mendoakan kesejahteraan beliau dan keluarga di sana. Aminnnn..

Ops ! Maaf Tuan Imam II (Ustaz Abdul Halim) kerana memilih foto yang unik ini kerana ada kisah yang mahu dikaitkan almaklumlah tidak lama lagi Hari Raya Korban. Teringat , beliau adalah tukang sembelih berpengalaman dan sekiranya beliau dipilih Allah ke Mekah maka kenalah cari yang lain sebagai pengganti di hari raya eiduladha nanti.
Pak Imam ini adalah nama dalam simpanan Tabung Haji yang boleh dipanggil bila-bila
masa untuk dipilih ke Mekah.

Timbalan Nazir juga dalam kesibukan tugas dan bisnis sendiri diberitakan sedang menunggu panggilan dari Tabung Haji untuk dihantar ke Mekah.

No comments:

Post a Comment