23 July 2009

TELESKOP TERBESAR DI DUNIA PADA TAHUN 2018


HONOLULU 22 Julai - Hawaii semalam dipilih sebagai tapak teleskop terbesar di dunia, iaitu sebuah peralatan yang berkuasa besar untuk membolehkan para saintis melihat sejauh kira-kira 13 bilion tahun cahaya dan mendapat petunjuk kepada kelahiran alam semesta

Cermin teleskop seluas hampir kira 30 meter dari garis pusat, atau hampir sama panjang dengan sayap pesawat Boeing 737. Ia akan menjadi begitu besar dan berupaya untuk mengumpulkan cahaya yang pernah dilihat dan digunakan kira-kira 13 bilion tahun dahulu untuk bergerak ke bumi.

Ini bermaksud ahli-ahli astronomi boleh melihat melalui teleskop untuk melihat imej pertama bintang dan galaksi yang membentuk kira-kira 400 juta tahun dahulu selepas berlaku letupan besar (Big Bang).

"Ia akan memberi kami mengetahui sejarah mengenai alam semesta,'' kata jurucakap Thirty Meter Telescope Observatory Corp., Charles Blue.

Teleskop itu dijangka siap pada 2018, dibina di puncak gunung berapi yang sudah mati dan popular di kalangan ahli-ahli astronomi kerana puncaknya berada pada ketinggian 4,205 meter dari paras laut dan menawarkan pemandangan yang jelas ke langit untuk selama 300 hari dalam setahun.

Kedudukan Hawaii yang di tengah-tengah Lautan Pasifik juga bermakna kawasan itu bebas daripada pencemaran udara. Bilangan bandar di dalamnya juga bermakna tidak akan ada cahaya buatan manusia yang menganggu pemantauan. - AP

No comments:

Post a Comment