RAKAN BLOG MASJID

30 August 2009

KHATIB JEMPUTAN AS-SALAM BERI KULIAH DHUHA DI SURAU SAIDINA ALI


Pada 30 Ogos semalam, kuliah Dhuha pertama kali diadakan pada bulan Ramadhan al-mubarak dan diberi oleh Ustaz Fazlul Rahimi Maarop dari Ampang Jaya.Kuliah di pengerusikan oleh Sdr Muhammad dan dihadiri ajk surau dan ahli kariah surau dan penduduk berdekatan.





Kuliah adalah di antara 10.30 hingga 11.30 pagi.

29 August 2009

SESEKALI BERBUKA DI MASJID & SELALULAH HULUR SUMBANGAN


Kaum muslimat tidak dilupa jika hadir untuk bersama berbuka puasa.

Syukur alhamdulillah , ramai penyumbang yang bersedekah ke masjid.Jangan lupa , sesiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa akan beroleh pahala seperti orang yang berpuasa juga.Sebagaimana di Mekah atau di negeri Arab ,bulan Ramadhan ramai berebut-rebut memberi juadah berbuka untuk mereka yang hadir ke Masjidilharam untuk berbuka puasa.


Berbuka di masjid dapat menggalakkan kita solat bnerjemaah maghrib dan juga peluang meraikan pengunjung dari luar kariah dan musafir yang ada singgah di masjid.

28 August 2009

PELANCARAN TADARUS MUSLIMAT TELAH DISEMPURNAKAN OLEH NAZIR MASJID AS-SALAM PADA 23 OGOS 2009


Perserta yang datang menyertai lebihkurang 40 orang dan majlis dipengerusi oleh Noor Adila Ketua Nisa' Hulu selangor.



Nazir Ustaz Abu Bakar Yang sedang memberi ucapan dan merasmikan Tadarus Muslimat Kariah Masjid As-Salam.



Tazkirah disampaikan imam 1 Ustaz Noorhamizi Kofli berkenaan solat dhuha, solat tahyatul masjid dan tadarus iaitu membaca al-quran.

26 August 2009

BAGUSNYA TAZKIRAH AS_SYAHID HASSAN AL-BANA

Petikan ucapan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna sempena kedatangan Ramadhan Al-Muazzhom
Kita panjatkan puji syukur ke hadirat Allah swt. Kita ucapkan shalawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat. Wahai Ikhwan yang mulia. Saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari sisi Allah yang diberkati dan baik:
Assalamua'laikum wa rahmatullah wa barakatuh...
Pada malam ini, yang merupakan akhir bulan Sya’ban, kita menutup serial kajian kita tentang Al-Qur’anul Karim, tentang kitab Allah swt. Insya Allah, pada sepuluh malam yang pertama bulan Syawal, kita kembali kepada tema tersebut. Setelah itu kita akan membuka serial baru dari ceramah-ceramah Ikhwan, yang temanya insya Allah: Kajian-Kajian tentang Sirah Nabi dan Tarikh Islam.

Ramadhan adalah bulan perasaan dan ruhani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian Salafush Shalih mengucapkan selamat tinggal kepada sebagian lain sampai mereka berjumpa lagi dalam shalat ‘Id. Yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (shalat malam) dan kami ingin menyendiri hanya dengan Tuhan kami.
Sambungan

25 August 2009

PEGAWAI MASJID SELANGOR DIBERI KUASA MENAHAN PESALAH

Penguatkuasaan enakmen syariah di Selangor melalui dasar baru membenarkan pegawai masjid untuk menahan orang Islam yang minum arak dan tidak berpuasa "boleh dimulakan pada bila-bila masa" selepas menerima kad kuasa jabatan agama.
Seorang imam yang diberikan kuasa itu berkata, taklimat berkaitan prosedur dan kaedah penahanan pelaku kedua-dua kesalahan tersebut diadakan semalam.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, imam 2 Masjid Jalan Kebun, Klang, Mohd Hafiz Mohd Hussain berkata, dalam taklimat sehari di Masjid Negeri di Shah Alam, kesemua imam dimaklumkan mengenai pendekatan baru itu.
"Kita juga diberitahu, kad kuasa telah siap dan boleh diambil pada bila-bila masa sahaja di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya.
Exco hal-ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali semalam mengumumkan nazir, imam, bilal dan siak di lebih 370 masjid di negeri berkenaan diberikan surat kuasa untuk membantu menguatkuasa Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Surat kuasa itu dilaporkan telah diberikan dua minggu lepas.
Kesalahan yang diberi penekanan untuk dibanteras pada bulan Ramadhan ini antaranya makan, minum dan menghisap rokok di khalayak ramai - kesalahan bawah Seksyen 19 enakmen tersebut.
Difahamkan, pentadbir masjid berkaitan turut diberikan hak menguatkuasakan kesemua kesalahan mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, termasuk menasihati, menegur dan menangkap penzina, pelacur dan pasangan berkhalwat.
Sebelum ini, penguatkuasa agama negeri-negeri diberikan kuasa menahan pasangan berkhalwat melalui peruntukan Badan Amar Makruf Nahi Munkar (Badar) di peringkat nasional.
Menurut sumber, penerangan berhubung prosedur dan kaedah penguatkuasaannya telah diterangkan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri dalam sesi “Taklimat Khas Kesalahan Minuman yang Memabukkan dan Tidak Menghormati Ramadan” semalam.
Sejak diberikan mandat itu dua minggu lalu, butiran penguatkuasaan enakmen itu setakat ini masih belum diperolehi.
Pentadbir di surau yang dinaiktarafkan sebagai masjid belum diberikan kuasa itu setakat ini, tambah sumber itu.
Dr Hasan dipetik berkata pegawai masjid yang mempunyai surat kuasa itu bagaimanapun tidak boleh menahan pesalah tetapi hanya mengambil butiran diri dan jenis kesalahan serta barang kes untuk diserah kepada pegawai penguatkuasa agama untuk tindakan lanjut.

22 August 2009

JOM BERBUKA DI MASJID KITA

Masjid As-Salam Bukit Sentosa ada menyediakan juadah berbuka di masjid bermula hari ini. Ahli kariah dan penduduk sekitar serta pelawat serta musafir dialu-alukan singgah berbuka puasa di rumah Allah.Bagi yang berkesempatan boleh terus mengerjakan solat Tarawikh selepas Isyak.
Istimewa hari Ahad, insyallah Bubur Lambok disediakan khusus pada hari Ahad.

Walaubagaimanapun kita tidak harus lupa sunnah Rasulullah berkenaan adab berbuka Puasa Mengikut Sunnah.
Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika
berbuka puasa. Antara adab-adab itu ialah:

a. Membaca doa yang thabit daripada Nabi s.a.w.

Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi s.a.w akan membaca: Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala. (Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah) – Hadis riwayat Abu Dawud, no: 2010.

Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku. (Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)”
- Hadis riwayat Ibn Majah, no: 1743.
Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. Sabda Rasulullah s.a.w :
“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.”
– Hadis riwayat Ibn Majah, hadis no: 1743.

b. Menyegerakan Berbuka Puasa.

Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika
matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk
berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w
bersabda:

“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan
berbuka puasa.”
– Hadis riwayat al-Bukhari. no: 1957.

Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah S.W.T telah berfirman:

“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka
puasa.”
- Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 636.

c. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.

Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar
pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran.
Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi s.a.w. Anas bin
Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada
rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk
beberapa teguk air.”
- Hadis riwayat Imam al-Tirmizi, no: 632.

d. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.

Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solat Maghrib. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.”
- Hadis riwayat al-Bukhari, no: 674.
Menurut Imam al-Nawawi r.h di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim, jilid 4, muka surat 208: “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”

21 August 2009

AJK MASJID AS-SALAM BUKIT SENTOSA UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

SELAMATKAN DIRI ANDA DARI FITNAH DAJJAL


Rasullullah S.A.W telah mengajarkan kita bagaimana cara untuk menyelamatkan diri daripada fitnah Dajjal. Antaranya adalah;

1. Selalu menjaga doa sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah SAW pada akhir setiap solat ( setelah tahiyat akhir ) seperti berikut:

Barangsiapa yang berlindung kepada Allah, maka Allah akan melindunginya, dan barangsiapa yang menjaga doa ini maka Allah juga akan menjaganya.

2. Menghafal surah Al-Kahfi atau sepuluh ayat yang di awalnya atau sepuluh ayat yang di akhirnya. Bahkan orang yang menghafal tiga ayat sahaja di awal surah Al-Kahfi, maka ia terjaga daripada fitnah Dajjal.

Telah bersabda rasulullah SAW yang bermaksud;
" Barangsiapa yang menghafal 10 ayat dari awal surah Al-Kahfi, maka ia akan terjaga dari fitnah Dajjal"

Maka barangsiapa yang ditakdirkan oleh Allah untuk melihat Dajjal hendaklah ia meludahi mukanya, seakan-akan ia adalah Khinzib, iaitu syaitan pengganggu solat dan hendaklah ia membaca ayat-ayat awal atau akhir dari surah Al-Kahfi semoga Allah menyelamatkannya daripada Dajjal

3. Barangsiapa yang mendengar kemunculan Dajjal hendaklah ia berlindung di kota Mekah atau Madinah kerana kedua-dua tempat ini tidak akan dapat dimasuki oleh Dajjal.

4. Barangsiapa yang tidak mampu melakukannya tiga hal di atas, hendaklah ia lari daripada berdepan dengan Dajjal kerana ia tidak akan membahayakannya dengan tetap berzikir dan berdoa.

17 August 2009

SYAITAN LAKNATULLAH & HIDUNG

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: "Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur." (riwayat Muslim)

Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya,kenalah kita ambil tahu sikit.

14 August 2009

Mesyuarat Ajk Masjid As-Salam 13 Ogos 2009

Mesyuarat bermula 9.30 malam dan ditangguhkan pada jam 12.50 malam.banya perkara berbangkit terutama membincang dan membuat tindakan susulan dar komen dan cadangan dari orang-ramai.
Begitu juga merancang dan membuat jadual kerja sempena bulan Ramadhan yang dijangka bermula pada 21 Ogos nanti.



13 August 2009

UTAMAKAN HARTA ATAU DIRIMU SENDIRI

Kisah Wali Allah Yang Solat Di Atas Air
Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia saja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.
Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.

Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, “Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!” Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, “Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!”

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, “Apa hal?” Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, “Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?”

Wali itu berkata, “Dekatkan dirimu kepada Allah.”

Para penumpang itu berkata, “Apa yang mesti kami buat?”

Wali Allah itu berkata, “Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat.”

Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, “Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat.”

Wali Allah itu berkata lagi, “Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah.”

Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.

Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, “Siapakah kamu wahai wali Allah?”

Wali Allah itu berkata, “Saya ialah Awais Al-Qarni.”

Peniaga itu berkata lagi, “Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir.”

WaliAllah berkata, “Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?”

Peniaga itu berkata, “Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah.”

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W>T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.

Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.

Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a’alam.



*
Panduan Install Windows XP & Microsoft Office
*
Panduan Menjalankan Perniagaan Di Internet

Maklumat ini telah diterbitkan pada Monday, August 10th, 2009 dalam kategori bicara agama, sirah. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.
« 4 Tips To Boost Your Earning With Pay Per Lead Affiliate Program
PIALA ASIARASA TENOM: SEDCO A JUARA KALAHKAN NABAWAN STRAIGHT SET »
Leave a Reply

Name (required)

Mail (will not be published) (required)

Website

12 August 2009

Bekas Imam Masjid As-Salam ,Bukit Sentosa Meninggal Dunia Pagi Tadi

Takziah dan sedekah Al-Fatihah kepada keluarga Allahyarham, semoga keluarga Allahyarham bersabar dan tenang dalam menghadapi ujian ini.
Diberitakan Ustaz Asri Ibrahim ketua kumpulan Rabbani meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.
Beliau meninggal dunia ketika berusia 40 tahun pada lebih kurang jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.
Allahyarham dilaporkan pengsan ketika mengjalani penggambaran bagi rancangan Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.
Rakannya Azdan yang dipetik Berita Harian berkata bahawa jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.
Beliau yang popular dengan gelaran Ustaz Asri Rabbani dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

11 August 2009

Mesyuarat AJK Masjid

Mesyuarat AJK Masjid As-Salam Bukit Sentosa
Tarikh : 13 Ogos 2009
Masa : 9.15 malam
Tempat : Dewan Kuliah Masjid
Semua ajk diminta hadir

dari : S/U Masjid

09 August 2009

Sekitar Gotong Royong

Aktiviti Gotong Royong kali ini dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana kumpulan pertama membersihkan Masjid dan sekitar manakala kumpulan kedua bertugas di lokasi pekuburan yang jauh dari Masjid.
Membaiki laluan Pintu Utama Masjid.


Membasuh Kemah ... Tuan Nazir pun beri sentuhan tangan beliau








Acara membasahkan tekak dan lapik perut selepas penat berkerja.


08 August 2009

JOM GOTONG ROYONG DI MASJID AS-SALAM AHAD 9 OGOS ,8 PAGI -12








PROGRAM SMART SOLAT DAPAT SAMBUTAN HANGAT !

Alhamdulillah, Masjid As-Salam mendapat sambutan peserta diluar jangkaan bilamana seramai lebih 200 orang remaja menyertai dari anggaran 100 orang peserta.
Program julungkali dengan kerjasama JAIS menampakkan kesedaran yang amat tinggi dikalangan kariah dan penduduk agar didedahkan dan dijinakkan anak-anak remaja dengan masjid dan solat yang melambangkan tiang agama dan kekuatan iman seseorang.










PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."