09 December 2009

M.A.L.U I.T.U I.M.A.N

Malu iTu ImAn
Apabila berbicara tentang sifat malu, kita biasanya akan lebih terdorong mengaitkan sifat ini dengan wanita kan? Betulkan ika ana salah. Bukan bermakna lelaki tiada sifat ini, namun sifat ini lebih sinonim dengan perempuan
(nisa'). Beberapa persoalan diperlukan untuk merungkai tajuk kali ini.

Apa itu malu?
Siapa yang perlu malu?
Bagaimana nak malu?
Bila perlu malu?
Mengapa perlu malu?
Apa yang perlu malu?
Perlu ke sifat malu?


Perkataan malu biasanya dikaitkan dengan segan, aib, bera, canggung, janggal, segok, meleng, kanyor, wirang ( sinonim perkataan malu daripada DBP). Namun malu yang diperkatakan di sini ialah malu yang berkaitan dengan iman.


Apa itu malu?
Menurut Amru Khalid, seorang dai terkenal dari Mesir di dalam bukunya ' Akhlaq al-Mu'min (Moral Seorang Mukmin) menyatakan bahwa malu bermaksud ketertekanan jiwa. Ertinya: jiwa (diri) tidak mampu untuk melakukan perbuatan-perbuatan jelek atau sesuatu yang tidak baik. Diri tidak kuat untuk melakukannya.

Orang yang malu tidak akan berkemampuan untuk melakukan sesuatu perbuatan yang beliau berasa malu. Sebagai contoh, Zubaidah malu untuk berjalan di hadapan sekumpulan lelaki. Perempuan tersebut tidak akan dapat melakukan perbuatan yang dia malu selagi perasaan malu itu menguasai dirinya.

“Malu itu separuh iman” (HR. Bukhari Muslim).

"Iman memiliki 67 cabang, dan malu adalah cabang dari iman"

Siapa yang perlu malu?
Sifat malu perlu ada dalam seluruh manusia terutamanya MUSLIM.

Bagaimana nak malu?
Malu perlu dipupuk bersama iman.

Bila perlu malu?
Malu diperlukan untuk mencegah diri kita daripada melakukan maksiat sama ada secara terang (orang lain boleh nampak) atau tersembunyi.

Sebagai contoh, menutup aurat apabila bertemu dengan ajnabi ( lelaki yang bukan mahram kita - lelaki yang boleh kita kahwini ). Menutup aurat bukan sahaja apabila ke kelas atau ke kedai, malah apabila bersembang dengan ajnabi melalui kameraweb ( webcam). Tidak dinafikan tiada siapa yang tahu jika kita membuka aurat ketika itu kerana berada di bilik sendiri dan tiada siapa yang nampak. Di sinilah MALU DIPERLUKAN.

Dicatat oleh lukisan alam 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Sabtu, 2009 November 21

18. حَتَّى إِذَا أَتَوْا عَلَى وَادِي النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ
سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

18. (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Wadi an-Naml", berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari.
Surah An-Naml : ayat 18 An-Naml bermaksud semut. Surah An-Naml merupakan surah ke 27 di dalam Quran. Salah satu ayat dalam surah ini boleh dijadikan amalan untuk menghalau semut-semut sekiranya mereka mengerumini makanan atau minuman. Hanya perlu membaca ayat ini dan hembuskan pada semut-semut. Insya Allah semut-semut akan beredar dari tempat yang kalian kehendaki setelah dibaca ayat ini.


يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ
سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ


Ilmu ini ana perolehi dari ibu ana. Beliau sentiasa mengamalkannya semenjak ana kecil. Pada mulanya ana tidak tahu apa yang ibu ana lakukan. Kelihatan beliau terkumat-kamit membaca sesuatu dan menghembuskannya kepada semut-semut tersebut. Lama-kelamaan ana bertanya dan jawapannya adalah ayat ini. Alhamdulillah. Selamat beramal.

Dicatat oleh lukisan alam 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Label: doa amalan

Jalan ini bukanlah tiketnya

Pintu almari dikuak perlahan. Beberapa helai baju diambil. Safiyah segera berkemas pulang ke kampung setelah kertas peperiksaan yang pertamanya habis. Ibu dan ayahnya yang mengerjakan haji selama 40 hari menjadikan Safiyah tabah menjaga adik-adiknya seramai tujuh orang di kampung.
Namun, kepalanya masih juga sesak. Tiga kertas peperiksaan yang berbaki membuatkan Safiyah terpaksa berulang-alik dari kampus ke Johor demi adik-adik yang disayangi.




"Kak, mak long minta duit. Dia kata nak belikan barang-barang dapur. Beras dengan susu adik dah habis," Sebelum ibu dan ayah Safiyah bertolak ke Tanah Suci, mereka telah mengamanahkan Safiyah supaya menjaga segala harta benda dan duit simpanan yang berada di tangannya. Andai adik-adiknya yang seramai sembilan orang termasuk tujuh orang yang berada di rumah inginkan duit, maka merengeklah mereka pada kakak sulung mereka. Safiyah menghulurkan beberapa helai not merah untuk dibelanjakan. Dengan patuhnya, adik yang baru berumur 10 tahun memberikan duit tersebut kepada mak longnya. "Ah, macam mana ni? duit belanja rumah tinggal sedikit," Safiyah mengeluh apabila melihat hanya tinggal beberapa helai not hijau dalam tempoh ibu dan ayahnya akan pulang ke tanah air selama 20 hari lagi. "Ya Allah, cukupkanlah rezeki kami dengan kurniaan dan rahmat-Mu," hanya doa yang mampu Safiyah panjatkan pada Ilahi. Safiyah pulang semula ke kampus untuk kertas peperiksaannya yang kedua. Dia rasa bersyukur dengan jarak masa yang agak panjang di antara kertas peperiksaannya yang pertama dan kedua. Tuhan yang Maha Mengetahui memberikannya peluang melaksanakan amanah di rumah.


Dalam ingin melangkah pulang ke kampus, tiba-tiba adik-adiknya menahan dan bercerita perihal perangai mak longnya. Hanya linangan air mata menemani tatkala mendengarnya. Jauh dari ibu dan ayah menunjukkan air muka sebenar perangai mak longnya. "Kak, beras dengan susu adik habis dalam RM 30 tapi duit baki mak long tak bagi balik pun, " adik mengadu. Walaupun hanya RM 20 baki duitnya, namun dengan duit itulah buat belanja adik-adik di rumah. "Kenapalah mak long sanggup buat macam ni? Ambik kesempatan pada adik-adik..." Hanya air mata mampu menemani tanda kekuatan seorang perempuan. "Kenapa kau tak jaga adik-adik kau ni?? Diorang berselerak duduk rumah nenek. Menyusahkan kitaorang je. Dah tu, kereta ayah kau tu..rosakkan??jual je.. Daripada tersadai kat luar tu lebih baik jual je..." Bak kata mak borek, anak rintik. Anak sulung mak long berleter melihatkan kerenah adik-adik yang kadang-kadang agak nakal ditambahkan dengan kereta ayah yang rosak. Safiyah benar-benar berasa geram, marah dan sedih dengan perangai mak long dan keluarganya. Ibu dan ayah meminta tolong pada mereka tetapi hanya kata-kata pahit yang dilemparkan. Amanah yang diberikan oleh ibu ayah tidak terlaksana ditambah dengan kerenah mereka yang seolah-olah membenci pada kami sehingga ingin mengambil kesempatan terhadap kami. "Ya Allah..." Safiyah hanya mampu merintih lagi agar dikuatkan iman dan ditenangkan hati. Pulang ke kampus, Safiyah mampu tersenyum dan bergurau senda bersama sahabat-sahabat di rumah yang mereka sewa bersama. Mereka adalah benar-benar sahabat yang sejati yang memahami diri Safiyah yang ditimpa ujian dan dugaan.


"Salam, apa kabar iman? Adik-adik ustzh mcm mana? mak long buat lagi ke perangai die?" Satu message yang diterima oleh Safiyah dari tunangnya tatkala sedang khusyuk menelaah buku mengulangkaji pelajaran. "Wslm, alhmdulillah shat. Adik-adik ana pun ok. Cuma biasalh ade yg merengek x thn dgn prangai mak long. Adik ana crita ade lg diorg bising2, " Message dibalas. Entah kenapa hati Safiyah rasa berbunga apabila menerima sms tersebut. Mungkin disebabkan bakal suaminya itu baginya adalah seorang yang penyayang dengan banyak mengambil tahu akan kehidupannya. "Ustzh byk2 dktkan diri dgn Allah. Byk2 doa dgn ujian yg dtg ni. Yg penting jgn lupa qiamulail spya dikuatkan hati," Hati terus berbunga dengan tazkirah yang diberikan oleh seseorang yang bermakna dalam kehidupannya. Tunangnya itu adalah hasil perkenalan mereka di kampus. Melalui orang tengah dan beberapa prosedur yang dilalui, mereka ditemukan sehinggalah disatukan oleh ibu dan ayah kedua-dua belah pihak. Ucapan salam diberikan melalui sms setelah azan maghrib hampir berkumandang.
Malam terus berlalu sehingga ke jam 5.00 pagi. Jam loceng dari telefon bimbit menyala namun Safiyah tidak terjaga dari tidur untuk berqiamulail. Setelah 15 minit berlalu, nombor seseorang yang bermakna dalam hidup Safiyah tertera di telefon bimbitnya memberikan panggilan. Tanda ingin mengejut Safiyah dari lena yang panjang supaya berqiamulail. "Salam ustzh, bangkitlh wahai mujahidah! Dekatkan diri dgn Allah spya dberi kekuatn dgn berqiam." Satu message datang menyusul kemudian setelah panggilan tadi habis. Safiyah akhirnya terjaga dari tidurnya setelah 10 minit berlalu. Dia terus berqiamulail bermunajat pada Allah supaya terus diberi kekuatan dan istiqamah dengan jalan juang yang dipilihnya. Setelah siap bersolat subuh dan membaca mathurat, Safiyah melihat dan membaca message dan miss call yang tertera di telefon bimbitnya. Entah kenapa tiba-tiba imannya bersuara menidakkan apa yang telah berlaku itu tidak sepatutnya berlaku. Tunangnya itu belum halal lagi bagi dirinya. Hatinya tidak sedap dengan semua ini. Masakan boleh seorang yang masih bukan muhrim bagi dirinya mengejutkan Safiyah berqiamulail.


Sepanjang hari tersebut, Safiyah diam seribu bahasa memikirkan apa yang berlaku dan memuhasabah dirinya. Sahabat serumahnya pelik melihat kelakuan Safiyah yang kebiasaannya ceria bersama sahabat-sahabatnya tetapi pada hari itu diam seribu bahasa. Seorang sahabat baik Safiyah, kak Humaira yang tinggal sebumbung di rumah sewa yang sama mendekatinya. "Safiyah kenapa ni? senyap je dari tadi. Akak tengok tadi macam nangis pun ada. Safiyah ada masalah ke?," kak Humaira menegurnya sambil ingin berkongsi masalah yang Safiyah alami. Safiyah merenung anak mata kak Humaira seolah-olah mencari petunjuk dengan apa yang dilaluinya kini. Sesaat kemudian, Safiyah menangis tersedu-sedu dengan kepalanya yang diletakkan di riba kak Humaira. Kak Humaira hanya mampu mengusap kepala Safiyah yang dianggap seprti adiknya sendiri. Dia hanya membiarkan Safiyah menangis sehingga puas. Setelah tangis Safiyah agak reda, dia pun menceritakan segala yang berlaku antara dia dan tunangnya pada kak Humaira. Kak Humaira yang lebih senior bakal melangsungkan pernikahannya setelah peperiksaan mereka berakhir. Safiyah melihat kak Humaira sangat hebat menjaga pergaulan dan adab-adab bertunang sebagai seorang muslim. "Safiyah, akak faham perasaan awak. Berperang dengan kehendak sendiri sedangkan syariat yang dijunjung perlu kita tegakkan dalam diri. Hanya orang yang Allah pilih je akan lalui ujian sewaktu tempoh menunggu sebelum pernikahan ni. Dan akak tahu ia amat susah." "Jangan disebabkan dosa-dosa yang kita lakukan, maka perhubungan ini Allah putuskan di tengah jalan atas sebab tangan-tangan kita sendiri. Kita muslimat yang kena betul-betul kuat ingatkan diri sendiri dan peringatkan tunang kita. Walaupun tak jumpa, tapi jangan selalu sangat message terutama kejut qiam sebab itu antara bibit-bibit menghampiri zina hati." "Tapi kak, saya tak kuat untuk semua ini. Setiap hari saya doa diberi kekuatan tapi tetap lupa sampai selalu message. Dan sekarang, saya terlalu mengharapkan petunjuk Ilahi." Safiyah meluahkan apa yang terbuku dihatinya. [Photo] "Ingat Safiyah, jalan pertunangan yang kita tempuhi bukanlah tiketnya untuk bebas bermessage. Syaitan dan sekutu-sekutunya bijak mencorakkan bisikan dan godaan mereka. Kita akan rasa betul tapi sebenarnya itu adalah permainan syaitan dalam menggoda anak Adam. Syaitan hanya akan menangis apabila pernikahan berlaku."


"Bagi akak, masalah hati adalah perkara yang paling susah kita nak kawal. Dan yang paling penting Safiyah, takutlah pada Allah. Allah yang mempertemukan kamu berdua tapi jangan sampai kita berpaling tadah pada Dia dengan berulamkan dosa-dosa sewaktu perhubungan yang tidak halal ini berlangsung. Berkat sebuah pernikahan dan rumah tangga terletak pada waktu tempoh menunggu sebelum bernikah. Doalah moga perhubungan kamu berdua Allah redha. Sabarlah ye dik." kak Humaira terus menasihatkan Safiyah bagaikan air yang mencurah-curah. Safiyah merasa terlalu hina dan kerdil di hadapan kak Humaira dan apatah lagi di hadapan Penciptanya. Dengan langkah yang lemah, Safiyah melangkah mengambil wudhu' untuk bersujud dihadapan penciptanya. Dia bersolat taubat dan istikharah supaya mohon diberi petunjuk dan kekuatan pada dirinya yang teramat lemah.


"Ya Allah, hanya pada-Mu aku mengucapkan syukur atas sezarah iman yang Kau campakkan ini sehingga membuat aku terjaga dari lena. Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah. Aku mohon taubat pada-Mu. Ya Allah, pada-Mu aku mengharap, berikanlah kami berdua kekuatan dan petunjuk untuk jalan mujahadah ini. Kami mengharapkan redha-Mu untuk perhubungan kami berdua. Engkau permudahkanlah jalan yang sukar bagi perhubungan kami. Penuhkanlah hati kami dengan hanya cinta dari-Mu ya Allah. Kentalkan hati kami dalam menempuh bisikan dan godaan syaitan laknatullah sepanjang perhubungan kami yang tidak halal lagi ini sehingga sampai masanya. Hanya pada-Mu ya Allah, kami berserah dan memohon petunjuk." Safiyah berdoa di penghujung solat sunatnya. Dia merintih menangis lagi tersedu-sedu dalam solatnya.
Keesokan harinya, Safiyah menelefon orang tengah yang menguruskan perhubungan mereka sambil menceritakan masalah yang berlaku. Orang tengah tersebut menyampaikan hasrat Safiyah kepada tunangnya supaya mengurangkan berhubung diantara satu sama lain. Cukup atas urusan-urusan jemaah dan gerak kerja. Urusan berkenaan soal masa depan diuruskan oleh ibu ayah Safiyah dan tunangnya. Safiyah mengucapkan rasa syukur atas apa yang telah berlaku. Dia mengharapkan ada sinar dan harapan yang cerah pada masa hadapan tanpa ada debu-debu dosa yang mengiringi.

No comments:

Post a Comment