21 March 2010

ALANGKAH MANIS JIKA PESANAN 10 INI DIAMALKAN OLEH SEMUA ORANG ISLAM

10 Wasiat Dari As Syahid Imam Hassan Al Bana.
Harap kita amalkan 10 wasiat ini sebagai pendinding elakkan hati berubah dari istiqamah dalam perjuangan.

1.Apabila saudara mendengar azan solat fardhu , segeralah bangun untuk bersolat serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah ( fahamilah ) Al-Quran atau tataplah ilmu atau dangarlah perkara yang baik atau berzikir , janganlah sesekali saudara membuang masa dan melakukan perkara sia-sia.

3.Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana ia merupakan salah satu syari’at Islam.

4.Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah S.W.T. itu sentiasa tenang dan tenteram.

6.Saudara janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh-sungguh dan serius dalam setiap perkara.

7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring ( kuat / meninggikan suara ) daripada kadar yang dikehendaki pendengar kerana ia menjemukan serta boleh menyakiti pendengar.

8.Jauhkan dari mengumpat , mengecam pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan.Sabda Rasulullah S.A.W. ; ”Berkatalah kamu perkara yang baik atau ( jika sebaliknya ) diam”.

9.Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak meminta demikian kerana asas-asas Da’wah ialah berkasih-sayang dan berkenalan.

10.Kewajipan seseorang labih banyak dari waktu , oleh itu , bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktu mereka dan jika saudara berurusan , maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

No comments:

Post a Comment