19 March 2010

KENAPA DIPANGGIL NUH ?

Kisah Nabi Nuh meraung tanpa henti


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah hiwabarakatuh ,


Adakah anda tahu Nuh bukanlah nama sebenar Nabi Nuh meskipun seringkali nama Nuh digunakan didalam Al-Quran...
percaya atau tidak Nuh itu nama gelaran yang Allah taala beri kepada Nabi Nuh...

Apakah maksud Nuh ?
Nuh adalah nama dalam bahasa arab yang bererti " raungan atau tangisan yang berterusan "

nak tahu kenapa Nabi Nuh diberi julukan sedemikian ???

Kisah Nabi Nuh diberi julukan Nuh ini bermula pada suatu hari apabila seekor anjing yang sangat ganjil lalu dihadapannya . Rupa anjing itu lain dari yang lain tidak seperti anjing-anjing yang biasa . Anjing itu bermata empat , dan sudah tentu menarik perhatian ramai termasuk nabi Nuh sendiri pada zaman itu . Nabi Nuh a.s pun menyuruh anjing bermata empat itu berhenti dihadapannya dengan aga kehairanan .

Nabi Nuh kemudian memulakan bicara " Wahai anjing , aku lihat muka engkau ini begitu hodoh , mata engkau empat tidak seperti anjing yang lain . Mengapa jadi begini ?"

lalu , anjing itu menjawab " Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku sebegini rupa . Kau fikir aku yang hendak mukaku hodoh begini ? Tanyalah Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau ! "

Nabi Nuh pun meraung ( menangis ) mendengarkan jawapan anjing hodoh itu . Nabi Nuh menangis tanpa henti - henti . Terasa benar kesalahannya mengkritik Tuhan . Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu . Tidak henti - henti dia memohon keampunan daripada Allah SWT dengan tidak sengaja .

Sejak daripada itu namanya pun dipanggil Nuh ( raungan ) dan kekallah namanya Nabi Nuh diabdikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah SWT .

Dicatat oleh Pengamanah Blog Surau Al Amin Shah Alam Seksyen 18 بلوڬ سوراوالأمين شاه عالم سيكشن

No comments:

Post a Comment