16 March 2010

MASA KENDURI-KENDARA BARU INGAT ISLAM

Islam bukan 'escapism'

Assalamu'alaikum wrm.
Cuti sekolah tiba lagi.

Antara acara besar dalam musim cuti sekolah ialah Walimatul 'Urus - Kenduri Perkahwinan. Berpuluh-puluh kad jemputan diterima, sampai ada yg terlupa nak pergi. Punya banyak!

Malang pula bagi sebahagian mak bapak yg menjadi tuan rumah majlis itu. Inilah saatnya, mereka menjadikan Islam itu sebagai `escapism' bagi mereka.

Apa maknanya? Mudah cerita begini. Berpuluh tahun mereka tak pernah jejakkan kaki ke surau / masjid, malahan ada yg meluat dgn program-program di surau / masjid. Mengata kat orang! Malahan AJK surau / masjid pun mereka tak kenal.

Bila anak nak menikah, baru la kelam-kabut. Baru la jumpa Islam. Baru la nak terhegeh-hegeh cari no tel tuan imam yg tertera di papantanda surau / masjid, wal hal sebelumnya, tandas surau/masjid pun mereka tak tahu ada di bahagian mana.

Baru la nak terhegeh-hegeh ajak jamaah surau / masjid buat tahlil di rumah dia. Dia nak 'rasuah' jamaah surau / masjid dgn semangkuk kari ayam dan sepiring acar timun. Kedai nasik kandar pun berlambak-lambak ada menu tu. Order, makan dan bayar je.

Yang si ibu tu pula, baru la tercari-cari kain. Nak tutup kepala, bukan tutup aurat! Jambul tersembul keluar, mendada megah kehadapan.

Pasang khemah depan rumah jiran pun bukan mintak izin jiran. Pakai pacak aje besi dan khemah. Tak hormat jiran. Tak tau hak jiran. Mementingkan diri sendiri.

Kepada golongan-golongan seperti ini, kita nasihatkan kepada mereka supaya melihat Islam itu sebagai Nizam Al-Hayat (Peraturan Hidup), bukan sebagai jalan escapism untuk melunakkan org lain bahawa mereka juga berpegang dgn Islam.

Mereka mesti mendekatkan diri dgn rumah ALLAH dan program-program yg disusun, atau, nanti bila mereka mati, suruh aje la anak-anak mereka balut mereka dgn kain batik yg mereka dapat dalam tiap kali pilihanraya.

Satu lagi pesanan buat mereka - Iman kami tak boleh dibeli dgn semangkuk kuah kari!

Kepada pasangan yg baru mendirikan rumahtangga, semoga diberkati dan diredhai ALLAH kehidupan sebagai suami-isteri.
Posted by Ust Halim Nasir

No comments:

Post a Comment