02 April 2010

ADAKAH KITA PEDULI ?




Adakah kita benar-benar PEDULI...??
Ditulis dan diedit oleh Cahaya Kelapangan on Thursday, April 1, 2010
/ Comments: (0)
Alhamdulillah..segala puji hanya layak utkMu ya Allah..Rabbul 'alamin.

Tatkala menyelak buku Peribadi Muslim karya Muhammad al-Ghazali, saya tertarik dengan dua hadis ini. Mari kita hayati bersama...

Sabda Rasul s.a.w :
"Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat Allah akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankan"
(Al-Tabrani)

Dan hadis berikutnya berbunyi,

Sabda Rasul s.a.w :
"Sesiapa yang berjalan bersama orang yang dizalimi, sehingga dapat ditegakkan haknya maka Allah akan menetapkan tapak kakinya di atas Titi Siratal-Mustaqim pada hari yang tapak perjalanannya akan tergelincir"
(Al-Asbahani)

Bila terbaca hadis ini terus saya teringatkan mereka, saudara-saudara saya dan saudara-saudara kalian juga. Mereka yang nun jauh di daerah sana.
Betapa mereka berjuang saban hari tanpa kenal erti putus asa. Mereka tak pernah menyerah walau mereka dihentam teruk, tak pernah berundur walau sekatan demi sekatan ditimpakan ke atas mereka, tak pernah mengalah walau 'jiran' mereka, saudara-saudara seislam mereka masih ada yang enggan membantu malah menyokong pihak musuh untuk menentang mereka. Subhanallah, hebatnya mereka..Kerana keyakinan mereka pada janji Allah bahawa Dia bersama-sama orang yang berjuang. Berjuang menegakkan kalimahnya.

Saya renung ke dalam diri, apakah saya benar-benar peduli dengan keadaan mereka? apakah saya benar-benar menghayati perjuangan mereka lantas berjuang bersama mereka? adakah hati saya benar-benar bersama mereka atau sekadar mulut saja yang berbicara?. Huh..perlu muhasabah kembali.

Sedang 'melayan' lagu-lagu dendangan shoutul harokah dan yang sewaktu dengannya, saya masih berfikir:

"Bila dengar lagu-lagu macam ni rasa semangat je. Tapi, semangat aku ni atas dasar apa? Sebab lagu yang rancak atau..."

Saya takut semangat masa dengar je. Lepas lagu tu stop, tak berapa lama lepas tu semangat pun habis.

Bersempena dengan program Lifeline4Gaza Break The Siege, saya ingin mengajak semua pembaca blog yang saya kasihi untuk sama-sama mengingati mereka dalam doa kita dan membantu mereka dalam apa jua bentuk yang kita mampu.

Mereka di Palestin bukan sekadar berjuang membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman Zionis, tetapi untuk menyelamatkan ISLAM. Andai jatuhnya Gaza maka seluruh umat ISLAM akan merasai kesan.

No comments:

Post a Comment