09 May 2010
CONTOHI KARNIVAL KESIHATAN MASJID TAMAN KOSAS
KARNIVAL KESIHATAN MASJID TAMAN KOSAS TARIK RAMAI PENGUNJUNG...
Alhamdulillah...
Teman baru balik dari Masjid Taman Kosas. Menyaksikan Karnival Kesihatan yang julung-julung kalinya diadakan di masjid yang baru siap ini.
Ramai sungguh penduduk sekitar berbilang bangsa dan agama yang datang untuk turut serta, bukan sahaja menjalani pemeriksaan kesihatan (tekanan darah, kolesterol, kandungan gula, pap smear dan lain-lain) malah anak2 mereka juga mengambil bahagian dalam aktiviti melukis yang dikendalikan oleh Balai Seni Lukis Negara. Pihak MPAJ juga turun padang.
Kreativiti Nazir masjid ini, Tuan Hj. Ahmad Bin Disa, pegawai dan ajknya amat terserlah. Teman ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha gigih pihak masjid ini.
Sempat juga teman berborak dengan Tuan Hj. Abdul Aziz Ahmad (Ahli Majlis MPAJ) yang menyatakan bahawa Masjid Fatimah Az-Zahra juga akan mengadakan Karnival Rakyat pada penghujung bulan ini. Beberapa aktiviti yang ada sedikit kelainan akan diadakan termasuk pertandingan Futsal untuk remaja.
Sama-samalah kita membantu masjid-masjid di sekitar Ampang ini untuk membuka luas masjid-masjid kepada semua kariah termasuk rakyat bukan islam agar islam tidak dilihat sebagai terlalu eksklusif. Dengan kegiatan seperti ini, Insya'Allah peranan masjid sebagai centre of activities akan menjadi realiti.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment