01 October 2010
MESYUARAT KHAS SAMBUTAN EIDULFITRI MASJID ASSALAM
Mesyuarat Sambutan Eidulfitri ini adalah kali ke 2 di mana kehadiran wakil-wakil surau amatlah menggalakkan. Mesyuarat dipengerusikan Tuan Nazir dan dibantu Timbalannya.
Yang seronoknya, kali ini Masjid AsSalam berbangga dengan sumbangan tenaga dan makanan bagi menjayakan Sambutan Raya di masjid ini.
Mesyuarat tambah ceria bila kehadiran Sdr Shaiful Pegawai Khas Penyelaras DUN membawa beberapa keping cek sumbangan raya bagi surau-surau yang belum terima pada majlis di Kuala Kubu.
Pengerusi mesyuarat (Tuan Nazir) dan timbalannya berjaya menyusun kerja dan melakukan pembahagian tugas bagi majlis Sambutan Raya yang akan dibuat pada 3 Oktober Ahad ini.
Di mesyuarat tersebut tidak ketinggalan dilakukan majlis taaruf bagi kenal mengenal di antara ajk masjid dan ajk surau-surau yang ada.
No comments:
Post a Comment