18 April 2011

SAMBUT BAYI IKUT SYARIAT


6 perkara yang cara meraikan bayi berserta hadis.

1. Azan dan Iqamah

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang memperolehi kelahiran cahayamata (anak), maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan.” - Maksud Hadis Riwayat al-Baihaqi

2. Tahnik

Abu Musa r.a. pernah berkata:“Aku mendapat seorang anak lelaki, aku membawanya kepada Rasulullah s.a.w., Baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan kurma dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian Baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku.” - Maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

3. Menamakan anak dengan nama yang bawa erti kebaikan

Amr bin Syuib telah berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar memberi nama kepada anak yang baru lahir pada hari ke tujuh dari hari kelahirannya, menghilangkan kotoran daripadanya dan mengorbankan aqiqah baginya.” - Maksud Hadis Riwayat Tirmidzi

4. Bercukur dan Bersedekah

Rasulullah s.a.w. mengaqiqah satu ekor kambing untuk cucunya dan berseru:
“Hai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambut)nya. Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham.” - Maksud Hadis Riwayat Tirmidzi

5. Berkhatan

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:“Fitrah itu lima, iaitu khitan, memotong bulu di kemaluan, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak”. - Maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

6. Aqiqah

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama."- Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah

No comments:

Post a Comment