31 May 2011

Sifat Wuduk Rasulullah S.A.W.

Hadis Sayidina Othman bin Affan r.a:

Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung.

Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya.

Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

(Riwayat Muslim)

30 May 2011

KULIAH BERSAMA USTAZ TAIB AZAMUDDIN


KULIAH MAGHRIB BERSAMA USTAZ DATUK TAIB AZAMUDIN
TEMPAT : DEWAN SOLAT ASSALAM
TARIKH : 31 MEI 2011
SILA HADIR BERAMAI-RAMAI

28 May 2011

DUA PROGRAM 29 MEI DI ASSALAM


1. KULIAH DHUHA MINGGUAN BERSAMA USTAZ MUHAMMAD HAZRI BIN HASHIM
MASA : 9.00 pagi
TEMPAT : DEWAN SOLAT

2. MAJLIS DIALOG KEFAHAMAN ZAKAT BERSAMA USTAZ HELMI DENGAN WAKIL SURAU & MASJID SEKITAR BUKIT SENTOSA, BUKIT BERUNTUNG, SERENDAH, SG, CHOH DAN SG. BUAYA
MASA : 2.oo petang
TEMPAT : Bilik Kuliah

26 May 2011

PERCAYALAH PADA JANJI ALLAH

Percayalah pada janji Allah. Sekalipun di saat kita diamuk gundah-gulana.

Semuanya sudah termaktub dalam lembaran ayat suci-Nya. Bacalah surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6: “Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS Al-Insyirah: 5-6).

Tentu ayat di atas sudah tak asing lagi bagi kita. Kita seringkali mendengar ayat ini, namun kadang hati kita masih saja lalai, sehingga tidak betul-betul merenungkannya. Atau mungkin kita pun belum memahaminya. Padahal jika ayat tersebut betul-betul direnungkan sungguh luar biasa faedah yang dapat kita petik. Jika kita benar-benar mentadabburi ayat di atas, sungguh berbagai kesempitan akan terasa ringan dan semakin mudah kita pikul.

Percayalah...

“Satu kesulitan tidak mungkin mengalahkan dua kemudahan.”

‘Abdullah bin Mas’ud RA pernah berkata, “Seandainya kesulitan masuk ke dalam suatu lubang, maka kemudahan pun akan mengikutinya..."

Yakinlah saudaraku...

Bahawa di balik setiap kesulitan pasti ada kemudahan yang begitu dekat. Mungkin di awal-awal kesulitan, belum datang pertolongan atau jalan keluar. Namun ketika kesulitan semakin memuncak, semakin di ujung tanduk, maka setelah itu datanglah kemudahan. Mengapa demikian ya? Itu kerana di puncak kesulitan, hati sudah begitu amat pasrah. Segala suatu telah diserahkan seluruhnya pada Allah, Rabb tempat bergantung segala urusan. Itulah yang dinamakan hakikat dari tawakkal.

Kuncinya adalah sabar. Sabar menanti adanya kelapangan adalah penyelesaian paling ampuh dalam menghadapi masalah, bukan dengan mengeluh dan berkeluh kesah.

Imam Asy Syafi’i pernah berkata dalam bait syair,

Bersabarlah yang baik, maka niscaya kelapangan itu begitu dekat.

Barangsiapa yang mendekatkan diri pada Allah untuk lepas dari kesulitan,
maka ia pasti akan selamat.

Barangsiapa yang begitu yakin dengan Allah, maka ia pasti tidak merasakan penderitaan.

Barangsiapa yang selalu berharap pada-Nya, maka Allah pasti akan memberi pertolonganNya. - Deasy Lyna Tsuraya (republika)

KETAHUILAH SYAITAN KHANZAB !

Syaitan Khanzab,Sifat Dan Kejahatannya:

Solat adalah ibadah yang paling tinggi untuk menentukan posisi seseorang hamba di akhirat kelak. Jika solatnya baik, maka baiklah nilai amal yang lain, begitu pula sebaliknya. Wajar jika iblis menugaskan tentara-tenteranya untuk melalaikan dan merosakkan solat seseorang. Sebenarnya ada syaitan spisis yang mengganggu orang solat, membuat kejahatan pelbagai cara untuk menjadikan solat seseorang individu itu tidak bernilai disisi Allah Ta'ala. Syaitan itu bernama ‘Khanzab’.

Utsman bin Abi al-'Ash pernah mengadukan kepada Rasulullah Saw. tentang setan yang menggoda-halanginya ketika salat, dan Rasulullah Saw. pun bersabda:


"Itulah setan yang bernama Khanzab; jika engkau merasakannya, mohonlah perlindungan Allah daripadanya (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) dan meludah kecillah ke arah kirimu tiga kali. "Aku lalu mengamalkannya;" kata Utsman, "dan Allah pun menghilangkannya dariku."

(HR Muslim)

1. Niat Solat

Sebagaimana halnya dengan wuduk, serangan pertama yang dilakukan syaitan kepada orang yang solat adalah menyibukkan ia untuk melafazkan niat. Terkadang diiringi dengan gerakan yang pelik, dia membaca niat lalu mengangkat tangannya, lalu gagal dan diturunkan kembali tangannya. Dia ulang perbuatan tersebut lagi seperti itu berkali-kali hingga terkadang Imam sudah rukuk atau sujud, sementara itu,ia masih dipermainkan syaitan dalam niat dan takbirnya.Dan ada sesetengah individu pula melalukan perbuatan tersebut bermula pada niat dan takbirnya selepas itu pula melarat ke bacaan Al-fatihah diulang-ulang kerana ia merasakan tidak yakin dengan bacaannya,kadang-kadang perbuatan itu berlaku hingga habis waktu solat fardhu tersebut.itulah serangan yang paling dasyat sekali pernah berlaku didalam masyarakat kita hari ini.

Niat dan usaha menghadirkan hati memang dituntut ketika hendak solat,tetapi mengulanginya berkali-kali dan keraguan (was was) serta tidak yakin itu adalah bisikan syaitan Khanzab.perbuatan-berbuatan tersebut akan melemahkan IMAN seseorang,kita "wajib" lah melawan penyakit sedemikian.

2. Ingat Perkara Diluar Solat

Serangan kedua, syaitan akan mendatangi orang yang tengah mengerjakan solat untuk mengingatkan urusan di luar solat. Maka berapa banyak orang yang jasadnya mengerjakan solat namun hatinya sibuk dengan hal-hal keduniaan, mengingat barang yang telah hilang,bahkan mengingati urusan-urusan ‘kebaikan’ yang tidak ada hubungannya dengan solat. Tidak hairanlah jika seseorang itu menjadi ingat pada barang-barang yang mana ia lupa sebelumnya. Syaitan rela ‘membantu’ orang itu untuk mengingatkan dan menemukan barangnya kembali, asalkan solat yang dikerjakan menjadi rosak dan tidak bernilai disisi Allah.

Pernah di zaman Salaf ada seseorang kehilangan barang,lalu ada seorang itu menyarankan agar ia mengerjakan solat dan dia pun segera melaksanakan solat. Ajaib!!!, belum lagi ia menunaikan solat tiba-tiba dia beranjak dari tempatnya dan mengambil barang yang telah dia ingat kembali dimana letaknya ketika hendak solat. Diapun ditanya: “Apa yang kamu dapat ketika solat?” Dia menjawab: “Aku mendapat bahawa syaitan mencuri perhatian aku dari solat.”

Ada yang terlalu asyik dengan khayalan dan pikirannya tentang urusan di luar solat, hingga dia lupa sudah berapa rakaat yang telah dia kerjakan. Tentang godaan syaitan ini, Nabi SAW. bersabda:

“Jika Azan Solat berkumandang, syaitan akan lari berkeliaran sambil mengeluarkan bunyi kentutnya sehingga tidak mendengar azan. Jika azan telah selesai dia pun akan datanag kembali menggoda. Ketika iqamat berkumandang syaitan pun akan lari hingga selesai iqamat syaitan akan mendatangi orang yang solat lalu membisikkan ke hati seseorang sambil berkata: ‘Ingat ini..ingat itu..’ setan mengingatkan apa-apa yang telah dia lupakan hingga seseorang tidak mengetahui berapa rekaat yang telah ia kerjakan.”

(HR al-Bukhari)

3. Ragu antara Kentut dan Tidak

Ada kalanya muncul dalam benak seseorang keraguan, apakah dia kentut ataupun tidak. Ini adalah keraguan yang dibisikkan oleh syaitan untuk mengangu solat seseorang. Dia tidak lagi konsentrasi dengan solatnya kerana ragu, atau dia akan membatalkan solatnya, lalu dia berwuduk kembali dan menunaikan solatnya semula, lalu akan digoda lagi dengan cara yang sama. Sehinggakan untuk satu solat dia boleh mengulangi tiga sampai empat kali berwuduk. Cuba bayangkan, seandainya ada lima orang saja dalam satu masjid yang terkena godaan ini, niscaya boleh mengangu jama’ah yang lain.

Untuk menjauhi godaan tersebut Nabi s.a.w memberikan penyelesaiannya:

“Jika salah seorang di antara kamu mendapatkan yang demikian itu maka janganlah membatalkan solatnya hingga dia mendengar suaranya dan mencium baunya tanpa ragu.

(HR Ahmad)

Di antara ulama ada yang menyebutkan bahwa hadith ini merupakan salah satu pengecualian dari hadith,"tinggalkan apa yang meragukan dan ambil sesuatu yang tidak meragukan". Dalam keadaan ini kita dilarang membatalkan solat apabila dalam keadaan keraguan diantara kentut dan tidak, kecuali jika mencium bau kentut tersebut atau mendengar suaranya (kentut).

4. Mencuri Perhatian

Kita juga sering melihat atau mengalami sendiri menengok ketika dalam solat kadang-kadang kita tidak menyedari perbuatan tersebut kerana terbiasa. Ini juga tidak lepas dari serangan syaitan yang ingin merosakkan solat kita.

Nabi s.a.w ditanya tentang orang yang menoleh ke kanan dan ke kiri, beliau menjawab:

“Itu adalah syaitan yang mencuri perhatian seorang hamba dari solatnya.”

(HR Al-Bukhari dan Abu Dawud)

Untuk menjauhi perbuatan yanag sia-sia ini, hendaklah orang yang bersolat berusaha menghadirkan hatinya, bahawa dia sedang berhadapan dengan Allah Ta'ala Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.


Wallahu'alam....
hasnulhadiahmad.blogspot.com

18 May 2011

KURSUS PEMANTAPAN IMAM DAN BILAL QARYAH MASJID AS-SALAM BUKIT SENTOSA








TARIKH : 22 MEI 2011 HARI AHAD
MASA : 8 PAGI HINGGA 1.30 TENGAHAR1 (INSYALLAH SOLAT ZOHOR BERJEMAAH)
TEMPAT : MASJID AS-SALAM BUKIT SENTOSA
PESERTA HARUS MENDAFTAR MELALUI SURAU MASING-MASING.

17 May 2011

FORUM PERDANA 2 HAFIZ SEMPENA HARI GURU

FORUM HEBAT BERSAMA USTAZ HAFIZI HUSSIN AL-HAFIZ
DAN USTAZ HAZRI HASHIM AL-HAFIZ

TAJUK : PEMANTAPAN ILMU DAN IMAN
MASA : LEPAS MAGHRIB
TARIKH : MALAM INI 17 MEI 2011
TEMPAT : RUANG SOLAT MASJID ASSALAM BUKIT SENTOSA
SEMUA DIJEMPUT HADIR TERUTAMA GURU & BEKAS GURU

16 May 2011

KEADILAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

KISAH SEJARAH
Keadilan Umar turut disanjung musuh Islam

KHALIFAH Umar ibnu Al-Khattab memang terkenal sebagai seorang ketua negara yang sangat adil. Pertimbangannya berhubung maslahat ramai amat keras. Sikapnya amat tegas dalam menjalankan hukum dan undang-undang Islam.

Antara jasa beliau dalam dunia Islam, termasuklah menjalankan undang-undangnya dengan penuh keadilan.

Dengan sikapnya yang tegas, pekertinya yang tinggi dan keadilannya yang tiada tolok bandingnya, tidak hairanlah kalau Sayidina Umar disanjungi ramai, termasuk musuh-musuh Islam sendiri.

Dalam zaman pemerintahannya, Sayidina Umar meletakkan para kadi/hakim pada martabatnya yang tinggi. Mereka dihormati oleh khalifah itu dan diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan tugas.

Ini menjadikannya semakin penting memandangkan bahawa hukum Islam sendiri, pada umumnya, melarang keras sebarang perbuatan membeza-bezakan warna kulit dan corak serta kedudukan seseorang.

Dalam melaksanakan hukum-hukum Allah, para kadi/hakim lazimnya menyamaratakan pangkat dan darjat manusia.

Tiada beza membeza dari segi darjat. Tiada sikap pilih memilih. Lebih-lebih lagi perbuatan rasuah.

Kesan daripada keadilan Sayidina Umar melaksanakan perintah-perintah agama turut mengharumkan nama Islam.

Keadilan di kalangan rakyat tersebar begitu luas. Demikian juga dalam golongan bangsawan dan orang-orang yang terpandang.

Dengan itu sifat-sifat zalim, kejam, ganas, buas, tidak adil, berat sebelah dan lain-lain seumpamanya terpinggir, malah tidak bertempat dan tidak dapat bertahan lama pada zamannya.

Antara sifat Khalifah Umar yang amat terkenal, termasuklah bertindak segera dalam membela orang-orang yang dianggap lemah. Beliau tidak akan bertangguh-tangguh dalam mengambil hak yang menjadi milik golongan yang lemah.

Maksudnya, hak si lemah yang teraniaya segera diambil semula dari tangan si zalim, walaupun si zalim tadi anggota kerabat atau puteranya sendiri.

Demikian pula andainya seseorang mangsa yang teraniaya tadi menjadi musuh besarnya.

Sayidina Umar menetapkan tiga kriteria yang penting untuk memilih seseorang menyandang jawatan kadi/hakim, yang ditugaskan untuk menjalankan hukum Islam di kalangan umatnya.

Tiga kriteria utama itu ialah: Warak, takwa dan mengerti sepenuhnya hukum-hukum Islam.

Warak: Menjauhkan diri daripada segala perbuatan syubahat kerana takut terjerumus ke jurang haram. Sekiranya syubahat itu orang takut menghampirinya, maka pastilah ia lebih wajar untuk dijauhi.

Seorang kadi/hakim yang memiliki sifat warak, misalnya, tidak akan sanggup melanggar larangan Allah walau sekecil mana sekalipun.

Seandainya beliau menerima sesuatu perkara atau seseorang yang mesti dijatuhi hukuman, akan diperiksanya dengan teliti terlebih dahulu, dan dengan kebijaksanaan demi mengelakkan berlaku kesalahannya dan demi hukuman itu dilaksanakan seadil-adilnya berdasarkan undang-undang Islam.

Sayidina Umar berpendapat bahawa sekiranya seorang kadi/hakim berusaha menjauhi segala perbuatan syubahat, sedang yang haram dilanggarnya juga, maka ia adalah warak yang palsu.

Kadi/hakim warak yang termasuk dalam kriteria Sayidina Umar ialah kadi/hakim yang jujur, setia melaksanakan hukum-hukum Islam terhadap segala tingkatan dan kedudukan manusia dengan seadil-adilnya, tanpa membeza-bezakan warna kulit dan bulu seseorang itu.

Takwa: Berbakti kepada Allah dengan menjalankan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya -- kecil atau besar.

Dalam melaksanakan hukum agama, kadi/hakim bersifat takwa itu sentiasa mengingati kemurkaan Allah dan tidak melakukan kezaliman ketika mengenakan sesuatu hukum.

Takwa yang palsu ialah: Takut melanggar larangan manusia namun larangan Allah dilanggarnya.

Menghayati hukum Islam: Sifat kadi/hakim yang ketiga ini ialah benar-benar mengerti tentang hukum Islam. Tidak mengerti pada kulitnya sahaja sementara isi, maksud dan tujuannya tidak langsung diketahui.

Dengan pengertian yang betul terhadap agama, maka dapatlah seseorang itu meletakkan hukum pada tempat yang sewajarnya.

Mereka tidak akan berasa khuatir berlaku kesalahan dan kerosakan.

13 May 2011

UKHUWAH & MESYUARAH MASJID AS-SALAM ANTARA SURAU DI AL-KHAIRIAH JALAN ADENIUM


Sebelum ini siri mesyuarat Masjid AsSalam dengan lebih 25 surau termasuk Surau terbaru iaitu Surau orang Asal Bukit Mancung telah berlaku dimulai dengan Surau Ros di Jalan Ros, Surau Al-Mutaqin di Jalan Anggerik 3, Surau Al=Furqan di Jalan Bunga Kertas dan kini pada 12 Mei 2011 9.30 mlm di Surau Al-Khairiah di Jalan Adenium Prima Bruntung.

11 May 2011

GABENUR YANG ZUHUD !

Utbah bin Ghazwan - Gubernur Basra yang Zuhud

Utbah bin Ghazwan berperawakan tinggi dengan muka bercahaya dan rendah hati, termasuk angkatan pertama masuk Islam, ada diantara Muhajirin pertama yang hijrah ke Habsyi, dan yang hijrah ke Madinah. Beliau termasuk pemanah pilihan yang jumlahnya tidak banyak yang telah berjasa besar di jalan Allah.

Beliau adalah orang terakhir dari kelompok tujuh perintis yang bai'at berjanji setia, dengan menjabat tangan kanan Rasulullah dengan tangan kanan mereka, bersedia menghadapi orang-orang Quraisy yang sedang memegang kekuatan kekuasaan yang gemar berbuat zalim dan aniaya. Sejak hari pertama dimulainya da'wah dengan penuh penderitaan dan kesulitan, Utbah dan kawan-kawan telah memegang teguh suatu perinsip hidup yang mulia, yang kemudian menjadi obat dan makanan bagi hati nurani manusia dan telah berkembang luas pada generasi selanjutnya. Utbah ada diantara sahabat yang diperintahkan oleh Rasulullah untuk Hijrah ke Habsy, tetapi ia begitu rindu kepada Rasulullah sehingga ia tidak betah untuk menetap disana, kembali ia menjelajah daratan dan lautan untuk kembali ke Makah untuk hidup disisi Rasulullah hingga saatnya hijrah ke Madinah.

Semenjak orang-orang Quraisy melakukan gangguan dan melancarkan peperangan, Utbah selalu membawa panah dan tombaknya, beliau sangat ahli melemparkan tombak dan memanah dengan ketepatan yang luar biasa. Setelah Rasulullah wafat, Utbah tidak hendak meletakan senjatanya, beliau tetap berkelana berperang di jalan Allah.

Amirul Mu'minin Umar mengirim Utbah ke Ubullah untuk membebaskan negeri itu dari pendudukan tentara Persi yang hendak menjadikannya sebagai gerbang untuk menghancurkan kekuatan Islam yang sedang menyebar ke wilayah-wilayah jajahan Persi. Berkatalah Umar ketika hendak melepaskan pasukan Utbah, "Berjalanlah anda bersama anak buah anda, hingga sampai batas terjauh dari negeri Arab, dan batas terdekat negeri Persi...! Pergilah dengan restu Allah dan berkahnya...! Serulah ke jalan Allah siapa yang mau dan bersedia...! Dan siapa yang menolak hendaklah ia membayar pajak...! Dan bagi setiap penantang, maka pedang bagiannya, tanpa pilih bulu...! Tabahlah menghadapi musuh serta taqwalah kepada Allah Tuhanmu...!"

Ketika pasukannya yang kecil telah berhadapan dengan pasukan balatentara Persi yang terkuat, Utbah berseru, "Allahu akbar, shadaqa wa'dah ", " Allah Maha besar, Ia menepati janjiNya." Ternyata Benarlah Janji Allah, tak lama setelah terjadi pertempuran, Ubullah dapat di tundukan.

Di tempat itu Utbah membangun kota Basrah dan membangun sebuah masjid besar di dalamnya. Kemudian beliau bermaksud untuk kembali ke Madinah, tetapi Amirul Mu'minin memerintahkan beliau untuk tetap disana memimpin pemerintahan di Basrah .

Utbah pun mentaati perintah Amirul Mu'minin, membimbing rakyat melaksanakan shalat, mengajarkan masalah agama, menegakkan hukum dengan adil, dan memberikan contoh tentang kezuhudan, wara' dan kesederhanaan. Dengan tekun dikikisnya pola hidup mewah dan berlebihan sehingga menjengkelkan mereka yang selalu memperturutkan hawa nafsu. Pernah dalam suatu pidato beliau berkata, "Demi Allah, sesungguhnya telah kalian lihat aku bersama Rasulullah saw sebagai salah satu seorang kelompok tujuh, yang tak punya makanan kecuali daun-daun kayu, sehingga bagian mulut kami pecah-pecah dan luka-luka. Disuatu hari aku beroleh rezeki sehelai baju burdah, lalu kubelah dua, yang sebelah kuberikan kepada Sa'ad bin Malik dan sebelah lagi kupakai untuk diriku...!"

Utbah sangat takut terhadap dunia yang akan merusak agamanya dan kaum muslimin, sehingga beliau selalu mereka untuk hidup sederhana dan zuhud terhadap dunia.

Namun banyak yang hendak mempengaruhi beliau untuk bersikap sebagaimana penguasa yang penduduknya menghargai tanda tanda lahiriah dan gemerlapan kemewahan. Tetapi utbah menjawab kepada mereka, "Aku berlindung diri kepada Allah dari sanjungan orang terhadap diriku karena kemewahan dunia, tetapi kecil pada sisi Allah..!"

Dan tatkala dilihatnya rasa keberatan pada wajah-wajah orang banyak karena sikap kerasnya membawa mereka kepada hidup sederhana, berkatalah ia kepada mereka, "Besok lusa akan kalian lihat pimpinan pemerintahan dipegang orang lain menggantikan daku..."

Dan datanglah musim haji, pergilah Utbah menunaikan ibadah haji sementara pemerintahan Basrah diwakilkan kepada salah seorang temannya. Setelah melaksanakan ibadahnya beliau menghadap Amirul Mu'minin di Madinah untuk mengundurkan diri dari pemerintahan. Tetapi Amirul Mu'minin menolak dengan mengucapkan kalimat yang sering diucapkan kepada otrang-orang zuhud seperti Utbah, "Apakah kalian hendak menaruh amanat diatas pundakku..! Kemudian kalian tinggalkan aku memikulnya seorang diri..? Tidak demi Allah tidak kuizinkan selama-lamanya..!"

Oleh karena itu tidak ada pilihan bagi Utbah kecuali taat dan patuh. Dan beliau hendak kembali ke Basrah. Sebelum naik kendaraannya ia menghadap kearah kiblat, lalu mengangkat kedua telapak tangannya yang lemah lungai ke langit sambil memohon kepada Allah azza wajalla agar ia tidak dikembalikan ke Basrah dan tidak pula menjadi pemimpin pemerintahan selama-lamanya.

Dan Allah memperkenankan do'anya, dalam perjalanannya menuju Basrah, Allah memanggil kepangkuanNya dengan menyediakan kesempurnaan nikmat dan kesempurnaan suka cita karena pengorbanan dan baktinya, kezuhudan dan kesahajaanya.

09 May 2011

Tafaqquh Fiddin Sheikh Nuruddin






Sabtu 7 mei hingga subuh 8 mei 2011
Tafaqquh Fiddin Sheikh Nuruddin

Sedutan tulisan yang menarik tentang aktiviti di Masjid AsSalam Bukit sentosa.
Mudahan ramai dari kita dan kariah yang boleh menulis sebaik ini dan boleh disumbangkan kepada assalambs@gmail.com untuk di ketengahkan bagi tatapan pembaca blog masjid. wallahualam.


..... Kami memilih meja yang terletak di bahagian tengah. Saya mengeluarkan
sekeping risalah kecil yang di ambil dari Masjid Muadz Bin Jabal tadi dan
bertanya kepada Rosli, "Hang kenal tak Ustaz ni?" Poster kecil yang
difotostat itu ialah perihal sebuah wacana ilmu bersama ulamak masyhur
nusantara Al Fadhil Sheikh Nuruddin Marbu Al Banjarin Al Makiki 6 Mei 2011 Jumaat lepas solat maghrib di Masjid Muadz Bin Jabal. Air muka Rosli terus berubah. Ada nur kasih bercahaya di matanya. Dia menjadi bersemangat.
Katanya, "Ya aku mengenali tokoh ulamak hebat ini." "Dia selalu mengajar kitab di Masjid USJ Taipan", katanya. "Aku adalah salah seorang anak muridnya." Rosli memberitahu bahawa Syeikh Nuruddin adalah ahli ilmu dan pakar hadis yang tersohor. Berasal dari Banjar Masin Indonesia dari keluarga Ulamak besar. Menuntut ilmu di Mekah selama 8 tahun dan di Mesir selama 7 tahun dengan memperoleh BA Kuliah Syariah dan Diploma am "Dirasyat Ulya". Semasa di Mesir beliau telah mengadakan halaqah pengajian ilmu yang diberi nama "Tafaqquh Fi al-Din" untuk pelajar Nusantara.
Pengajian ini telah berjalan mencecah 20 tahun sehingga beliau digelar sebagai "Al-Azhar al-Thani". Pada tahun 2004 beliau menubuhkan pondok yang diberi nama Ma'ahad Az-Zain Al-Makki Al-A'li Littafaqquh Fiddein, Bogor Jawa Barat. Dan kini
dalam rangka menubuhkan sebuah lagi pondok di Bukit Pinang, Kedah yang diberi nama Ma'ahad Nuruddin Li Tarbiah Wa I'dad al-Ulama' Wa al-Du'ah.

Syeikh Nuruddin juga telah mengarang dan mentahqiq lebih dari 50 buah kitab.
Hebat tokoh ini.

Saya agak terkedu sekaligus bersyukur kerana Syeikh Nuruddin akan berkunjung ke Masjid di khariah saya pada hari minggu ini dalam majlis Qiamullail Perdana dan Majlis Tafaqquh Fiddin.

***

Alhamdulillah saya dan isteri telah menyertai Qiamullail pada pagi tadi bermula 4 pagi dengan ibadah solat sunat tahajjud berjamaah 8 rakaat dan solat sunat taubah berjamaah 2 rakaat, disudahi dengan solat sunat witir.

Solat ini bimbingan imam jemputan dari rombongan Sheikh Nuruddin. Ruang solat masjid dipenuhi oleh para jemaah dari jauh dan dekat yang pada congakan saya sekitar 600 orang. Sungguh shahdu melihat saf yang memenuhi ruang masjid umpama solat Jumaat pula, tapi pada kesamaran cahaya lampu yang dipasang terhad. Bertahajjud bersujud di hadapan Allah, berzikir, dan berdoa memohon keredhaan dan keampunan-Nya.

Azan subuh dilaungkan oleh Muazzin tepat jam 5:43 pagi. Selesai solat subuh berjamaah, Nazir masjid Ustaz Abu Bakar Yan pun memulakan majlis dengan
mengalu-alukan kehadiran para jamaah sekelian dan mengingatkan agar semua
menghormati adab2 dalam majlis ilmu bersama Syeikh Nuruddin yang memang
terkenal sebagai seorang guru yang begitu mengambil kira tentang adab tertib
dalam setiap majlis ilmunya.

Syeikh Nuruddin menyentuh persoalan kepentingan bermazhab dengan umpama
seorang yang ingin menuju satu destinasi contohnya untuk ke Kelantan dari KL
tetapi tidak begitu tahu selok belok jalannya atau tiada kereta sendiri,
maka elok benar ia menaiki bas ekspres kerana di sana dia tidak perlu risau
pasal selok belok jalannya atau masalah tiada keretanya, malah dia boleh
duduk dengan selesa di seat yang tersedia malah dapat tidur dengan lena. Dia
sebenarnya bertaklik kepada pemandu bas itu untuk membawanya ke destinasi
yang dituju. Maka begitulah kita ini bertaklik dengan Imam Shafie sebagai
pemandu yang akan membawa kita ke destinasi yang dituju.

Satu analogi lagi ialah kita teringin untuk makan nasi kerabu. Maka kita
bertaklik dengan Makcik pembuat nasi kerabu kerana kepakaranya yang memang
terbukti. Maka hasilnya kita dapat menikmati nasi kerabu yang kita idamkan
tadi. Tapi kita tidak boleh campur adukkan kepakaran tukang2 pembuat nasi
dagang, nasi lemak, atau nasi padang jika tujuan kita untuk menikmati nasi
kerabu, kerana ia akan jadi caca merba pula. Maknanya dalam bermazhab pula
tidak boleh untuk kita mencampur adukkan sesuatu fatwa itu mengikut mazhab
yang berbeza-beza. Kita pengikut mazhab Shafie bertaklik dengan Imam Shafie
mengikut segala kefahamannya yang berpandukan Al-Qur'an, Hadith dan ijmak
ulamak.

Ibarat orang yang menolak fahaman bermazhab pula ialah umpama seseorang yang
hendak makan nasi beryani kambing contohnya. Di depannya tersedia beras,
tomato, bawang, daging kambing, santan, rempah-ratus, maka silakan untuk
memasaknya menjadi nasi beryani kambing. Payah bukan atau mungkin agak
mustahil pada si jahil. Alangkan mudahnya jika kita beli saja kat gerai
depan pagar masjid Muadz Bin Jabal pada setiap tengahari Jumaat untuk satu
hidangan nasi beryani yang kita idamkan itu? Tidak dinafikan segala
persoalan dan panduan sudah terangkum dalam Al-Qur'an, namun di sana kita
masih memerlukan hadith dan ijmak ulamak untuk menfsirkan secara yang jelas
untuk mudah di ikuti. Justru dituntut sangat2 untuk kita menuntut ilmu,
mencintai majlis2 ilmu, menadah kitab dan ajaran ulamak2 muktabar.

Pada persoalan perpaduan ummah pula, Syeikh Nuruddin menyeru para tok2 guru
dan alim ulamak supaya memainkan peranan untuk menyatukan umat Islam di
negara ini dengan mencari titik2 persamaan dan bukannya menumpukan kepada
perkara2 perbezaan yang sebenarnya tidak banyak pun. Kita ini umat Islam
yang mengucap dua kalimah syahadah yang sama, bersolat mengadap kiblat yang
sama, berpuasa, berzakat dan berkunjung ke tanah haram untuk ibadah haji.
Ideologi dan aqidah yang sama. Perbezaan adalah lebih kepada perkara cabang,
maka di sana formula untuk bersatu padu mengukuhkan saf Islam mestilah
diutamakan untuk menghadapai musuh2 Islam.

Majlis Tafaqquh Fiddin bersama Sheikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki
berakhir pada sekitar pukul 8:30 pagi. Pihak masjid menyediakan hidangan
nasi dan gulai kawah untuk semua jamaah yang hadir. Alhamdulillah.

Posted by School Of Tots

08 May 2011

SUBHANALLAH DETIK BERSAMA SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI


Masjid As-Salam bertuah semalam 8 mei 2011 bila menerima kehadiran jemaah yang sungguh ramai kerana menantikan Ulama Besar terkenal Syekh Nuruddin Al-Banjari yang sudi menyampaikan kuliah subuh.
Alhamdulillah Allah telah membuka hati ramai orang hinggakan tidak kurang 1,00o orang bersama Syekh Nuruddin solat subuh yang diimamkan oleh anak muridnya yang merupakan pengajar mingguan tetap Masjid As-Salam bukan Sentosa iaitu tak lain Ustaz Hazri Hashim Al-Hafiz.









04 May 2011

RAPATKAN KAKI UNTUK LURUSKAN SAF


Meluruskan Saf - Melekatkan Kaki?

Terdapat sebahagian sahabat-sahabat yang menyarankan teknik tertentu untuk merapatkan saf dan meluruskannya ketika solat jemaah. Di antaranya ialah dengan melekatkan atau merapatkan kaki kita hingga menyentuh kaki jemaah di sebelah kiri atau kanan kita. Adakah ini termasuk dalam perkara wajib atau sunnah dalam meluruskan saf? Itu yang akan saya bicarakan dengan ringkas di sini.

Sejak di Jordan semasa belajar dahulu, saya mula nampak gaya sebahagian orang-orang Arab di sana solat jemaah iaitu mereka begitu mementingkan saf yang lurus dan rapat. Ini berbeza dengan apa yang saya lalui sebelum pergi ke sana iaitu di beberapa masjid dan surau di Malaysia. Di Malaysia, dilihat para jemaah kurang memberikan perhatian untuk meluruskan dan merapatkan saf dan tidak bersemangat seperti apa yang saya temui di Jordan dan beberapa negara Arab lain yang sempat saya kunjungi.


Pembacaan dan pembelajaran yang berterusan telah memperkenalkan saya tentang sebahagian yang menyeru dengan semangat ke arah teknik khas dalam merapatkan dan meluruskan saf iaitu - melekatkan kaki kita dengan kaki orang yang berada di sebelah.Mereka mempromosikan 'idea' ini seolah-olah itulah yang disuruh di dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang sahih dan tidak syak lagi ia adalah wajib.

Namun pembacaan dan pembelajaran seterusnya menjadikan saya tahu bahawa itu bukanlah sesuatu yang muktamad. Izinkan saya untuk menukilkan sebahagian perkara yang berkaitan tajuk ini iaitu - merapatkan dan meluruskan saf solat:

1- Terdapat hadith-hadith sahih yang menyuruh dan menegaskan tentang keperluan meluruskan dan membetulkan saf ketika ingin solat berjemaah.

2- Bukan setakat arahan dan suruhan, malah Nabi s.a.w. sendiri meluruskan saf pada peringkat awal kemudiannya setelah beberapa lama akhirnya para sahabat telah pun faham dan Nabi s.a.w. cukup sekadar memberikan arahan.

3- Para sahabat selepas kewafatan Nabi s.a.w. juga amat menitikberatkan hal ini dan bersungguh-sungguh dalam menjaga kesempurnaan saf solat.

4- Majoriti ulama sejak dahulu hingga ke zaman kini menyatakan bahawa meluruskan dan membetulkan saf ini adalah 'Sunat Muakkad' dan bukanlah wajib.

5- Dari segi cara dan teknik pula, para ulama menyatakan bahawa hendaklah dirapatkan dan diluruskan. Tidak ada pula penekanan sejak dahulu tentang 'melekatkan'.

6- Terdapat beberapa hadith yang menjadi hujah utk 'melekatkan' kaki iaitu kata-kata para sahabat yang menyebut bahawa ketika di zaman Nabi s.a.w., ada sahabat-sahabat yang 'melekatkan' bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, tapak kaki dengan tapak kaki serta tumit dengan tumit. Hadith ini ialah keadaan sebahagian sahabat semasa menerima arahan Nabi s.a.w. 'meluruskan saf'. Maka ia bukanlah sabda Nabi s.a.w. tetapi ia adalah satu perkara yang berlaku di hadapan Nabi s.a.w. dan ia dibiarkan oleh Nabi s.a.w.

7- Hadith di atas merupakan hujah bagi mereka yang menyatakan bahawa itulah 'satu-satunya' cara merapatkan dan meluruskan saf. Tetapi kalau kita melihat dari sudut hadith itu sendiri, adakah ia persetujuan dari Nabi s.a.w. yang menghasilkan hukum?

8- Hadith persetujuan (taqrir) menurut ulama (terutamanya ahli Usul Fiqh) tidak semestinya membawa kepada hukum 'wajib' atau 'sunat' malah ia juga boleh membawa hukum 'harus'. Inilah yang dibincangkan dalam hal hadith meluruskan saf ini.

9- Penekanan yang diberikan oleh majoriti ulama fiqh dan hadith zaman berzaman ialah ke arah meluruskan saf dan membetulkannya tetapi tidaklah sampai membawa bukum 'wajib' atau 'sunat' untuk 'melekatkan' tumit dengan tumit atau tapak kaki dengan tapak kaki.

10-Maka janganlah kita yang berpegang dengan fahaman 'mesti' atau 'sunnah' untuk melekatkan kaki ini merungut kononnya masyarakat sudah tidak lagi mengamalkan sunnah dalam meluruskan saf hanya kerana mereka tidak 'melekatkan' kaki. Ya, memang sunnah meluruskan dan membetulkan saf, tapi adakah cara 'melekatkan' itu sunnah?

11-Bagi mereka yang bertemu dengan mereka yang berpegang dengan pandangan 'melekatkan' ini pula hendaklah menasihat dengan baik dan gunakanlah penerangan ringkas saya ini sekadar untuk memulakan perbincangan.

Untuk lebih lanjut, insya Allah saya akan berusaha untuk mengadakan diskusi berkaitan topik ini jika diberikan kesempatan dan peluang.

wallahu a'lam
Posted by Detektif Tajdid

TAHNIAH BILAL DAN SIAK DI PULAU PINANG !

Kira-kira 800 bilal dan siak di negeri ini akan menerima kenaikan elaun sebanyak 80 peratus mulai 1 Jun 2011 ini.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman berkata kenaikan itu melibatkan peruntukan daripada kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Beliau berkata dengan kenaikan itu, kira-kira 400 bilal yang ketika ini menerima elaun sebanyak RM180 sebulan akan menerima RM324 sebulan, manakala elaun bagi kira-kira 400 siak akan dinaikkan kepada RM360 sebulan daripada RM200 sebulan.

"Keputusan untuk menaikkan elaun bilal dan siak ini dibuat pada mesyuarat MAIPP dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bahagian agama Islam minggu lepas," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Rabu.

Mansor berkata kerajaan negeri akan menanggung 70 peratus daripada perbelanjaan berkenaan yang berjumlah kira-kira RM2.3 juta manakala MAIPP pula menanggung 30 peratus kos terbabit, berjumlah hampir RM985,000

02 May 2011

JOM KETEMU TUAN SYEIKH !



Ingat pada 4 jamadil Akhir, 1432/ 8 Mei 2011 di Masjid As-Salam !
Ahli Kariah Masjid As-Salam Bukit Sentosa dan sekitar Bukit Beruntung dan umumnya DUN Batangkali di jemput hadir Qiamulail dan kuliah subuh dengan Tuan syeikh Nuruddin Al-Banjari yang memang penuh jadualnya. sedemikian , kita jangan lepaskan peluang datang beramai-ramai, insyallah ada juadah istimewa pagi selepas kuliah.