13 December 2011
PERODUA ANTARA PENYUMBANG TEGAR MASJID ASSALAM
Pengarah Urusan Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh menyerahkan sumbangan tersebut kepada wakil-wakil Masjid Nurul Iman di Serendah, Masjid Nurul Islamiah di Sg. Choh, Masjid Ar Rahmah di Sg. Buaya dan Masjid As Salam di Bukit Sentosa di majlis penyampaian cek di ibu pejabat Perodua.
Menurut beliau, wang sumbangan tersebut akan digunakan oleh wakil-wakil masjid untuk membeli lembu yang akan dikorban dan juga untuk perbelanjaan bagi jamuan.
“Kami di Perodua berharap agar sumbangan ini dapat dimanfaatkan bersama penduduk-penduduk berhampiran bagi menyambut ibadah suci ini dengan penuh bermakna lagi,” kata beliau lagi.
Sempena bulan Ramadhan yang lalu, Perodua turut menderma sebanyak RM 3,000 kepada setiap 13 buah surau di daerah Hulu Selangor.
“Sumbangan derma kepada mereka yang amat memerlukan adalah sebahagian daripada tanggungjawab korporat Perodua. Initiatif tanggungjawab korporat kami antara lain juga meliputi komuniti, tempat kerja, alam persekitaran dan keselamatan,” kata Aminar.
Selain daripada sumbangan-sumbangan yang dilakukan pada musim perayaan, Perodua turut mengadakan program-program kemasyarakatan seperti Program Kembali ke Sekolah, Program Latihan Remaja Perodua dan Cabaran Eko-Perodua.
No comments:
Post a Comment