19 February 2012

PERLU ADA ILMU CARA SOLAT BILA SAKIT

Solat orang sakit kena tahu cara duduknya Dua tidak kali juga saya memerhatikan seorang pegawai keselamatan di hospital, solat dengan cara duduk sedangkan kaki kanannya melunjur ke hadapan. Satu hari saya menegurnya, “tuan kenapa dengan kaki tuan?” jawabnya, saya kemalangan dan dengan sebab itu saya tidak boleh lipat kaki seperti orang biasa. Saya terus bertanya, tuan boleh berjalan dengan baik tetapi mengapa tuan tidak boleh solat berdiri? Jawabnya mudah, “kalau saya berdiri, sukar pula saya hendak duduk semula. Mungkin alasan itu boleh diterima dan caranya itu boleh memudahkan urusan solatnya. Tetapi anda mungkin pernah bertemu dengan orang yang solat duduk di atas kerusi. Dia bawa kerusi itu dari rumah, malah mampu berjalan dengan baik. Setelah diletakkan kerusi itu dia duduk dan memulakan takbir. Sepanjang empat rakaat isyaknya dia solat dalam keadaan duduk. Sahkah solatnya? Mari kita lihat rukun solat iaitu rukun pertama, berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap rukuk tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardu. Berdasarkan rukun itu, perlu kita tanya mereka yang solat duduk itu, adakah dia boleh berdiri? Dalam kes di atas tentu kita tidak perlu bertanya lagi kerana memang kita nampak dia boleh berjalan dengan baik. Ertinya dia boleh berdiri lama. Jadi, bagaimana solat itu boleh terjadi kalau rukun pertama sudah tidak dipatuhi. Inilah perkara yang jarang diperhatikan oleh umat Islam. Kita tidak nafikan amalan dalam Islam tidak membebankan umatnya. Perkara yang susah akan dimudahkan jika perlu, rukhsah namanya. Tetapi rukhsah itu ada syarat yang perlu dipatuhi. Mari kita telitikan cara yang betul solat orang yang sakit sebegini. Untuk dua kes di atas, mereka hendak berdiri terlebih dahulu. Lakukan rukun berikutnya dalam keadaan itu sehingga rukuk dan iktidal. Untuk sujud, duduklah di atas kerusi atau melunjur kaki ke hadapan bagi yang duduk atas lantai. Kemudian tundukkan kepala ke hadapan setakat yang mampu. Bacalah zikir sujud seperti biasa. Kemudian duduk antara dua sujud dan lakukan sujud sekali lagi seperti pertama. Untuk rakaat kedua, berdiri lagi sekali bagi yang duduk di atas kerusi, tetapi yang duduk melunjur bolehlah duduk dalam keadaan itu jika sukar untuk bangun semula. Ulangilah amalan itu sehingga selesai empat rakaat, iaitu salam. Merujuk kepada mereka yang duduk melunjur itu, bergantung kepada kesihatan dan kemampuannya. Jika dia boleh bangun semula tanpa menyusahkannya dan tidak mengganggu orang yang solat di sebelahnya (solat jemaah) hendaklah dia bangun berdiri seperti orang lain juga. Walau bagaimanapun bagi mereka dalam kes di atas, jika untuk duduk melunjur pun perlukan bantuan orang atau boleh mengganggu jemaah lain bolehlah dia duduk sepanjang solatnya walaupun dia boleh berjalan dengan baik. Perlu diingat juga, berdasarkan rukun di atas hukum berdiri ini ini hanya khusus untuk solat fardu sahaja. Ini bermakna untuk sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya adalah sunat. Jadi, jika mampu solat berdiri, lakukan dengan berdiri. Bagi mereka yang terus duduk, rukuknya hendaklah dengan menundukkan kepala ke hadapan sedikit dan bacalah zikir rukuk. Cara ini hendak dibezakan dengan sujud yang tundukannya sampai ke tahap yang paling bawah yang dia mampu. Adalah diharapkan umat Islam dalam dalam keuzuran ini dapat memberi perhatian untuk solat akan datang. Ingatlah kalau solat tidak sah, bermakna ibadah yang lain boleh jadi tiada nilaiannya di sisi Allah. Selamat mencuba yang terbaik untuk Allah. Anda mungkin juga meminati:

No comments:

Post a Comment