08 April 2012
SEBENARNYA KELUARGA SAYA TAK PERNAH SOLAT DI RUMAH
Pada suatu malam di surau sekolah lebih kurang 8 tahun yang lalu, seorang junior menemuiku selepas selesai solat berjemaah. Lalu dia berkata :
Junior A : Abang, cuba tengok si B (bukan nama sebenar) tu. Solat macam apa entah. Laju je solatnya. Entah sempat baca bacaan dalam setiap rukun itu ataupun tidak.
aku berdiam sambil melihat junior B. Semasa itu, solat jemaah telah selesai, maka pelajar-pelajar yang tidak sempat solat bersama jemaah pertama melakukan jemaah yg seterusnya. Maka, junior B ni telah masbuk dan dapat dilihat pergerakannya dalam solat setelah imam selesai. Aku melihat dengan teliti, memang agak laju solatnya sehinggakan menjadi bualan pelajar-pelajar lain yang juga memerhati.
Aku berfikiran perkara yang sama. Hatiku berbisik,
'Dia ni solat ke tak? rukun-rukunnya cukup ke tidak. Laju betul pergerakannya'
Aku bertekad untuk menegurnya selepas selesai kelas persediaan (prep malam) supaya dia dapat melakukan solat sempurna dan tidak menjadi buah mulut pelajar-pelajar lain, lebih-lebih lagi junior yang lebih muda. Dia pun bukan calang-calang pelajar. Sentiasa membanggakan sekolah dengan kejayaan di setiap pertandingan yang diwakilinya dan menunjukkan keputusan yang cemerlang.
Namun, sayang, jika solatnya tidak sempurna.
_____________________________________________________
Malam itu, sambil aku lalu di kantin untuk ke dewan makan. Ku lihat Junior B ni duduk keseorangan di tangga belakang kantin. Memang tepat pada waktu, lalu aku menyapanya,
aku : Assalamualaikum dik, sihat?
Junior B : waalaikumussalam, sihat bang.
Aku : camne study? ok ke?
Junior B : bleh la, gitu-gitu je.
Aku : Dik, abang nak cakap sesuatu boleh. Just nak nasihat menasihati.
Junior B : Errr, kenapa bang? saya ada buat salah apa-apa ke?
Aku : macammni, tadi kt surau ada junior cakap kat abang yang adik solat laju sangat. So, abg tengok pun memang laju adik solat.
Junior B : Errr...
Aku melihat raut wajahnya berubah. Terkejut mungkin dengan kata-kataku. Mungkin tidak selesa dengan pertanyaanku tadi. Namun, dia kuatkan diri untuk bercakap
Junior B : abg, saya sebenarnya malu dengan rakan-rakan di sini. Sebenarnya, di rumah saya tak pernah solat.
Terkejut aku mendengarnya.
Aku : Nape dik?
Junior B : Saya risau nk bagitau, di rumah, keluarga saya tak pernah solat. Mak ayah saya, adik beradik semua tak pernah solat. Sehinggakan saya nak solat pun segan apabila adik beradik pandang slack je.
Aku terdiam. Aku kenal dan maklum tentang ayahnya, seorang pegawai tinggi dan dikenali masyarakat. Namun, tak sangka ada keluarga Islam yang tidak menitikberat tentang solat.
Aku lihat matanya mula berkaca menandakan kekecewaan dengan apa yang dialami. Hidup tidak berteraskan tauhid Ilahi apabila bersama keluarga.
Aku : Jadi, selama ini adik tidak bersolat apabila balik ke rumah?
Junior B : Ya, apabila saya balik ke asrama baru saya belajar untuk bersolat, bersolat jemaah...... Saya suka untuk solat bang. Tapi..., ramai org yang pandang slack apabila solat saya tidak sesempurna mereka.
Aku mula menyesali tanggapan yang tak berasas terhadap junior ku ini. Selama ini manusia menilai manusia laen tanpa melihat sebab musabab perkara tersebut terjadi. Andainya insan itu nakal atau jauh menyimpang dari agama, pasti dijatuhkan tohmahan dan hukuman, bukan diperbetulkan atau mencari punca permasalahan. Termasuk aku yang tidak sempurna.
Masakan anak remaja yang baru mengenali erti hidup mampu mempamerkan amalan sempurna jika dikelilingi suasana yang jauh dari agama, lagi-lagi keluarga sendiri.
Di saat itu, aku mula sedar, Allah mengurniakan aku ibu & ayah yang mementingkan pegangan agama dan pengamalannya. Namun, tidak semua orang mendapat peluang ini. Nadaku mula berubah kerana kesilapanku menafsirkan perkara yang berlaku,
Aku : dik, cmnilah, adik ambil masa untuk memperbetulkan solat. Jangan malu untuk bertanya abang jika ada perkara yang tidak tahu. Insyaallah, abang akan membantu. Maaf ya kalau pertanyaan abang malam ni menyinggung perasaan.
Junior B : eh, takpe bang. Alhamdulillah abang tanya , baru saya ada kekuatan untuk memberitahu perkara sebenar. Lagipun , saya tak nak abang pandang saya macam orang laen pandang. Saya malu bang, umur begini masih lagi terkapai-kapai dalam solat.
Aku : Belum terlambat untuk belajar dan memperbaiki diri sebelum ajal tiba. Mohon doa pada Allah supaya diberi hidayah dan dipermudahkan adik untuk faham agama. Insyaallah, lepas ni kita muzakarah tentang solat sepertimana Nabi. Percayalah, Allah Maha Penyayang dan Allah menyayangi adik.
Junior B : Terima kasih bang. Lega rasanya abang tahu perkara ini. Harap abang dapat bimbing saya untuk solat dengan betul.
Aku : Insyaallah, Allah akan akan memberikan kefahaman kepada mereka yang berusaha dalam agam. Oklah, abang pergi 'supper' dulu ye. Insyaallah nanti kita boleh muzakarah lagi. Selamat berusaha dan jangan mudah putus asa lebih-lebih lagi dalam menyempurnakan agama. Assalamualaikum.
Junior B : Waalaikumussalam
Kakiku melangkah perlahan ke arah dewan makan sambil memikirkan nasib junior ku ini. Satu perkara yang aku belajar daripadanya hari ini.
Bersangka Baik lah !
No comments:
Post a Comment