16 May 2012

GOTONG-ROYONG SUKARELAWAN MASJID ASSALAM BUKIT SENTOSA

Alhamdulillah , walaupun Masjid Assalam ada pekerja menguruskan membersihkan masjid namun sukarelawan masjid yang terdiri dari kariah masjid yang memang ikhlas membantu siak contohnya membersihkan kipas-kipas yang banyak di dalam masjid ini.
Sukarelawan masjid ini sentiasa melapangkan masa membantu apa saja aktiviti yang perlu dibantu seperti memasang langsir, membasuh pinggan mangkuk selepas jamuan , mengemas dapur dan kuliah serta pelbagai aktiviti.
Yang menariknya terdapat 2 pasang pasangan yang sudajh berkeluarga yang sentiasa hadir membantu. Alhamdulillah seorang daripadanya telah dipilih oleh ahli kariah semasa Mesyuarat Pemilihan pegawaidan ajk masjid bagi sessi 2012-2014. Masjid Assalam masih memerlukan orang atau kariah sebegini dalam membantu menyemarakkan aktiviti masjid dan mengimarakkan demi Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment