03 May 2012

KENALI ASMA BINTI ABU BAKAR AS-SIDDIQ r.huma

Kisah Asma binti Abu Bakar As-Siddiq r.huma Namanya yang kita kenali ialah Asma binti Abu Bakar As-Siddiq r.huma. Bapanya sahabat karib Rasulullah s.a.w. Pengorbanannya untuk agama tiada tolok bandingnya. Ibunya bernama Qutayrah binti Abu Uzza dari Banu Amir bin Lu'ai. Beliau adalah saudara kandung kepada Abdullah bin Abu Bakar r.a. Asma' telah dilahirkan 27 tahun sebelum Hijrah. Allah mengurniakannya umur yang panjang, beliau wafat pada tahun ke-73 sesudah Hijrah. Bermakna usianya genap satu abad sejak zaman jahiliyyah hingga ke zaman pemerintahan Bani Umayyah. Gambar hiasan: Ni anak kami, namanya Ummu Asma'. Minta doakan supaya dia jadi manusia unggul di sisi Allah macam Asma' binti Abu Bakar r.huma. Semenjak permulaan Islam, Asma' telah banyak membantu perjuangan Nabi s.a.w bersama ayahnya. Ketika Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a dikejar oleh kaum kafir Quraisy, kedua-duanyanya bersembunyi di gua Thur, maka pada waktu petang Asma' binti Abu Bakar berseorangan diri telah datang ke tempat persembunyian itu untuk membawa makanan dan minuman untuk Nabi s.a.w dan ayahnya Abu Bakar r.a. Pada malam ketiga, Asma' telah datang ke tempat persembunyian Rasulullah s.a.w dengan membawa Seorang penunjuk jalan, iaitu Abdullah bin Uraiqith. Kemudian Nabi s.a.w bersama Abu Bakar r.a meninggalkan gua itu untuk meneruskan perjalanan. Manakala Asma' pula membawakan bungkusan makanan untuk mereka. Oleh kerana Asma' tiada tali untuk mengikat makanan itu pada unta, maka ia membuka tali ikat di pinggangnya, lalu dikoyakkannya menjadi dua utas tali, iaitu satu dijadikan pengikat makanan pada unta, dan yang satu lagi diikatkan pada pinggangnya. Dan sejak itulah Asma' telah terkenal dengan panggilan Zatun Nithaqain -'Wanita yang mempunyai dua ikat pinggang'. Setelah berkhidmat dan membantu perjuangan Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, Asma' segera kembali ke rumahnya. Namun, belum sempat Asma' tiba di rumahnya, beberapa orang kaum Quraisy dengan diketuai oleh Abu Jahal, sudah berada di hadapannya. Asma' ditanya dengan berbagai pertanyaan. Tetapi beliau tetap menjawab, "Saya tidak tahu." Hal itu telah membuat Abu Jahal marah, lalu menampar Asma' dengan tangannya yang kasar itu. Tamparan itu terlalu kuat, sehingga menyebabkan anting-anting Asma' tercabut dari telinganya. Rasa sakit dari tamparan Abu jahal itu terus terasa oleh Asma' sampai beberapa hari, bahkan beliau tidak dapat melupakan peristiwa tersebut seumur hidupnya. Asma' telah memeluk Islam bersama-sama golongan yang awal memeluk Islam. Dikatakan beliau adalah orang yang kelapan belas dalam urutan orang-orang yang mula-mula memeluk Islam. Umur Asma' lapan tahun lebih tua dari adiknya iaitu 'Aisyah r.a yang merupakan isteri kesayangan Rasulullah s.a.w. Setelah usianya menginjak dewasa Asma' telah dinikahkan dengan Zubair bin Awwam r.a iaitu salah seorang di kalangan sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah s.a.w. Mereka dikurniakan beberapa orang anak iaitu: Abdullah, Urwah, Mundzir, Asim, Muhajir, Khadijah, Ummul Hasan dan 'Aisyah. Asma' binti Abu Bakar berkata, "Ketika aku menikahi Zubair, dia belumpun mempunyai rumah, juga tidak mempunyai hamba. Dia tidak memiliki apa-apa di muka bumi ini selain kudanya. Akulah yang biasanya menggembala kudanya, memberinya makan, dan merawatnya. Selain itu aku juga yang menggiling kurma, menggembala unta, memberinya minum, dan membuat roti. Sebenarnya aku tidak begitu pandai membuat roti, jadi jiran tetanggaku di kalangan orang Ansarlah biasanya membuatkan roti untukku. Mereka adalah wanita-wanita yang ramah." Asma' sering menjujung buah kurma di kepalanya dari hasil tanah milik Zubair yang telah dihadiahkan oleh Rasulullah s.a.w kepadanya. Tanah itu jauhnya sekitar 2 batu dari rumahnya. Suatu hari, Asma' sedang membawa bji-biji kurma itu di atas kepalanya, tiba-tiba di pertengahan jalan beliau telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w dan sebilangan para sahabat r.a. Lalu Rasulullah s.a.w mempelawa Asma' untuk menaiki kenderaan baginda. Asma' merasa malu berjalan bersama laki-laki. Dan beliaupun segera teringat akan Zubair dan kecemburuannya. Karena Zubair termasuk orang yang kuat cemburunya. Dan ketika Rasulullah s.a.w melihat Asma' yang pemalu itu, baginda pun segera pergi meninggalkannya. Setelah itu, Asma' pun pergi menemui suaminya dan menceritakan kejadian tersebut, "Tadi Rasulullah s.a.w bertemu denganku ketika aku sedang menjunjung kurma di kepalaku. Ada sebilangan para sahabat bersama baginda. Baginda mendudukkan untanya supaya aku dapat menunggang unta itu, tetapi aku sangat malu dan aku tahu rasa cemburumu." Zubair berkata, "Demi Allah, engkau menjunjung biji kurma adalah lebih berat bagiku daripada kamu berkendaraan mengiku baginda" Asma' binti Abu Bakar pernah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Ya Nabi Allah! tidak ada apa-apa di rumahku kecuali apa yang dibawakan Zubair untukku. Salahkah bila aku menginfakkan sebahagian dari yang dibawakannya itu?' Baginda menjawab, infakkanlah setakat yang kamu sanggup. Jangan mengumpul harta, atau Allah akan menahannya darimu." Kedermawanan Asma' tidak diragukan lagi. Prinsip hidupnya adalah menyedekahkan apa yang ada, tanpa menyimpannya. la sangat meyakini bahawa dengan memperbanyak sedekah akan menambah rezeki dan menyelesaikan masalah. Diriwayatkan bahawa jika Asma' binti Abu Bakar sakit, maka beliau akan membebaskan semua hamba miliknya. jika ia merasa sakit kepala, maka ia akan meletakkan tangannya di kepalanya, seraya berkata, "Tubuhku dan yang diampuni Allah sudah cukup!" Asma' pun sering menasihati putera-puteri dan ahli keluarganya, "Berinfaklah dan bersedekahlah dan jangan menanti agar wangmu berlebih. jika engkau mengharapkan wangmu berlebih, engkau tidak akan mendapatkannya. Tetapi jika engkau bersedekah, engkau tidak akan menderita kerugian." Demikian Islam melekat kukuh pada dirinya, sehingga kepada ibu kandungnya pun ia sangat berhati-hati, ibu kandungnya belum memeluk Islam. Diriwayatkan bahwa Qutayrah binti Abdul Uzza - iaitu istri Abu Bakar ( yang telah diceraikan pada zaman jahiliyah karana masih kufur) ibunya telah mengunjungi Asma' binti Abu Bakar r.a dengan membawa kurma, rnentega cair dan daun mimosa. Tetapi Asma' telah menolak dan tidak mahu menerima pemberiannya itu, bahkan Asma' telah melarang ibunya itu memasuki rumahnya. Kemudian Asma' menemui Aisyah ra., "Tolong tanyakan kepada Rasulullah s.a.w." Aishah menjawab, "Sebaiknya kamu izinkan ibumu masuk dan menerima pemberiannya." Kemudian Allah menurunkan wahyu-Nya: Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Mumtahanah: 8-9). Ketika usianya semakin tua, Allah telah memberinya ujian, iaitu kedua belah matanya telah menjadi buta. Kezuhudan dan kecintaannya kepada akhirat telah banyak menjauhkan dirinya dari tipu daya duniawi. Pernah pada suatu ketika, puteranya iaitu Mundzir bin Zubair telah datang dari lraq. Dan beliau mengirim kepada Asma' binti Abu Bakar r.a. sehelai baju yang diperbuat daripada kain halus yang sangat lembut. Ketika baju itu sampai kepada ibunya, Asma' menyentuh kain itu dengan tangannya, lalu ia berkata, "Hussh kembalikan pakaian ini kepadanya semula!" Ternyata Asma' sangat gusar dengan hadiah tersebut. Melihat hal ini Mundzir berkata, "Wahai lbu, (baju) ini tidak tembus pandangan!" Asma' menjawab, "Jika tidak tembus pandangan, ia tembus cahaya." Disebabkan keenganan ibunya untuk menerima baju dari kain halus tersebut maka Mundzir telah memberikan kepada Asma' sebuah pakaian biasa dan Asma' pun menerimanya. Asma' berkata, "Aku akan memakai pakaian (biasa) seperti ini." Pada suatu ketika, pada zaman pemerintahan Bani Umayyah, ketika Asma' telah berusia seratus tahun dan matanya telah menjadi buta, datanglah Abdullah bin Zubair menemui ibunya Asma'. Abdullah berkata, "Wahai ibuku! Orang-orang telah mengecewakanku. Aku tidak mempunyai pengikut, kecuali beberapa orang sahaja." Menanggapi kesedihan anaknya ini, lalu Asma' memberikan nasihat dan kata perangsang untuk membangkitkan semangat anaknya, Asma' berkata: "Wahai anakku, engkau tentu lebih tahu tentang dirimu sendiri. jika engkau yakin yang engkau di atas kebenaran dan kepada kebenaran engkau menyeru manusia, maka teruskanlah! Sahabat-sahabatmu juga telah terbunuh di atas jalan kebenaran ini, jangan engkau jadikan batang lehermu dipermainkan oleh anak-anak bani Umayyah. Tetapi, jika engkau hanya menginginkan dunia semata, maka engkaulah seburuk-buruk hamba! Engkau telah membinasakan dirimu sendiri, dan engkau telah membinasakan orang-orang yang telah terbunuh bersama-samamu. Dan jika engkau berada di atas kebenaran, lalu sahabat-sahabatmu menghadapi kesulitan, apakah engkau mesti menjadi lemah? Demi Allah, ini bukanlah sikap orang-orang yang merdeka dan bukan pula sikap ahli agama. Berapa lama engkau akan tinggal di dunia ini? Adapun mati itu adalah lebih baik!" Mendengar nasihat dan dorongan dari Asma' ini, maka Abdullah bin Zubair merasa tenang dan bersemangat. Lalu ia datang kepada Asma' dan mencium kepalanya, sambil berkata, "Demi Allah, memang inilah pendapatku sebagaimana yang ibu ungkapkan! Akan tetapi aku ingin mendengar pendapatmu terlebih dahulu, dan kini engkau telah menambahkan kepadaku keteguhan hati di atas keteguhan yang telah ada padaku. lngatiah, wahai ibuku! Anggaplah aku ini sudah mati dari hari ini, dan aku harap engkau tidak terlalu sedih jika mendengar beritaku kelak, dan serahkanlah masalah ini kepada Allah!" Kemudian Abdullah memberikan kata selamat tinggal kepada ibunya. Dalam riwayat lain disebutkan, pernah Abdullah mengadu kepada ibunya tentang kebimbangan hatinya, jika ia mati, tentu mayatnya akan dipotong-potong oleh Al-Hajjaj. Maka Asma' mententeramkan Abdullah dengan berkata, "Apakah mayat yang sudah mati, akan masih merasakan tersiksa atau kesakitan jika diianayai oleh orang yang hidup? Tentu tidak bukan?" Ketika Abdullah telah terbunuh di tangan Al-Hajjaj. Hajjaj telah meletakkan mayat Abdullah dalam keadaan disalib di atas batu. Dan Hajjaj bersumpah tidak akan menurunkan mayatnya dari atas salib itu melainkan jika ibunya sendiri datang memohon kepadanya untuk menurunkan mayat itu. Akan tetapi, Asma' enggan untuk menurut kemahuan Al-Hajjaj itu. Maka rnayat itu terus bergantung di situ. Dan pada suatu hari Asma' melewati tempat itu, lalu beliau berkata, "Apakah masih belum sampai masanya bagi sang pahlawan ini untuk menapakkan kakinya di atas bumi!" Mendengar ucapannya tersebut, orang-orang Bani Umayyah telah menganggap kata-kata Asma' itu sebagai permintaan belas kasihan kepada anaknya, maka mereka pun menurunkannya dari atas salib. Al-Hajjaj pernah datang kepada Asma' dan berkata kepadanya, "Apa pendapatmu tentang apa yang telah aku lakukan terhadap anakmu?" Asma' menjawab dengan tegas, "Aku telah membinasakan dunianya, ketika dia telah berhasil membinasakan akhiratmu." Sebelum itu Asma' telah berdoa, "Ya Allah! janganlah Engkau ambil nyawaku sebelum mataku merasa bahagia dengan mayat anak-ku!" Dan seminggu setelah mayat Abdullah diturunkan dari salib itu, barulah Asma' meninggal dunia. Itulah Asma' binti Abu Bakar r.a. seorang tokoh sahabiah yang sangat berani. Berani berkata hak di hadapan seorang penguasa walaupun terasa pahit. Asma' pernah menemui Hajjaj dalam keadaan buta. Asma' bertanya, "Di mana Hajjaj?" Mereka menjawab, "Hajjaj tiada di sini." Asma' berkata, "Katakanlah kepadanya bahawa aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Ada dua orang laki-laki dari Thaif: Seorang adalah pendusta dan seorang lagi adalah perosak." Ketika pesanan itu disampaikan kepada Hajjaj, Hajjaj pergi mengunjungi Asma' binti Abu Bakar r.a. dan berkata kepadanya, "Puteramu telah menumpang di rumah ini dan Allah telah membuatnya merasakan siksaan yang pedih." Asma' menjawab, "Engkau berdusta. Dia berbakti kepada kedua orang tuanya, berpuasa dan solat, tetapi demi Allah, Rasulullah s.a.w memberitahu kami bahwa seorang pendusta akan muncul dari Thaqif, yang satu lebih buruk dari yang pertama, iaitu ia seorang perosak." Begitulah beraninya Asma' ini. Sebelum kewafatannya, Asma' binti Abu Bakar r.a. mewasiatkan "Jika aku meninggal dunia kelak, mandikanlah dan kafankanlah aku, serta wangikanlah aku, tetapi jangan tinggalkan wangian di kain kafanku dan jangan bawa bersamaku api." Asma' binti Abu Bakar ra. meninggal dunia beberapa malam setelah puteranya Abdullah bin Zubair diturunkan dari salib. Abdullah bin Zubair telah terbunuh pada hari Selasa, 17 Jamadil-Awal tahun 73 Hijrah. Semoga Allah s.w.t mengurniakan secebis sifat keberanian, kezuhudan, ketaqwaan Asma binti Abu Bakar ini kepada kita juga. Kisah yang sarat pengajaran, nasihat dan tauladan dipetik dari blog saudara Azharjaafar.

No comments:

Post a Comment