17 July 2012

ALHAMDULILLAH , RAMADHAN EROPAH BERUBAH !

Perbezaan yang memulakan bulan suci Ramadhan memaksa minoriti Muslim di seluruh Eropah beralih ke astronomi moden untuk membantu menentukan hari pertama bulan puasa. "Dalam dunia moden, terutama di Barat, orang tidak boleh memutuskan dengan cepat untuk memulakan atau mengakhiri bulan suci pada pukul 10 malam, pada malam sebelumnya," kata Nidhal Guessoum, astrofisik kelahiran Algeria. Sejumlah kelompok Muslimin sering menghadapi perbezaan dalam menentukan awal dan akhir bulan Ramadhan. Salah satu perbezaannya adalah, menentukan waktu jatuhnya bulan hijriah sesuai dengan tempat / negara mereka, sementara yang lain mengikuti pendapat untuk menyesuaikan dengan kalendar yang ditetapkan oleh Arab Saudi, di mana Makkah sebagai bandar suci dan bandar pusat Islam. Hal ini biasanya menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam, khususnya di negara barat. Kecewa dengan masalah ini, para pemimpin Muslim di seluruh Eropah semakin beralih ke astronomi moden untuk membantu menyelesaikan masalah. Ahli Astrofisik seperti Guessoum, seorang profesor fizik di American University of Sharjah, mengatakan bahawa kini boleh mengukur dengan tepat ketika bulan baru akan muncul di langit di seluruh dunia. Menurutnya, kaedah ini membantu kerana keadaan awan yang menghalang cahaya mahupun penampakan palsu yang sukar dibezakan di langit. Bulan ini, bulan Ramadhan yang pertama akan terlihat di Amerika Selatan pada 19 Julai lalu di sebahagian besar wilayah kecuali bahagian utara Eropah dan Kanada pada tarikh 20 dan akhirnya hampir semua tempat pada tarikh 21. Kerana kelewatan ini, Guessoum akan membahagi dunia menjadi Timur, di mana kebanyakkannya negara-negara Muslim, dan Barat, khususnya wilayah Amerika. Melalui perhitungan atau ilmu hisab, Turki menyatakan 20 Julai merupakan awal Ramadhan. Perancis, yang mempunyai minoriti Muslim terbesar di Eropah dengan merujuk pada negara-negara Arab-Afrika utara, biasanya mengikuti keputusan Arab Saudi. Tahun ini, Persekutuan Organisasi Islam di Eropah dan Dewan Fatwa dan Penyelidikan Eropah meningkatkan kempen untuk menggunakan perhitungan astronomi dalam menentukan awal Ramadhan dan `Aidil Fitri. Dewan Fatwa menyatakan minggu lalu bahawa perhitungan ilmiah sepenuhnya diterima di bawah Syariah Islam dan mengumumkan pada Isnin bahawa Ramadhan akan bermula pada tarikh 20 Julai pada tahun ini. Mohammed Moussaoui, presiden Dewan Muslim Perancis (CFCM), mengatakan organisasi Muslim Perancis kemungkinan besar akan bersetuju kaedah ini diguna sehingga akhir tahun ini dan menerapkannya tahun 2013. Ada saranan di Perancis bahawa beberapa hari cuti Kristian secara umum boleh diganti dengan hari raya Islam mahupun Yahudi bagi setiap umat, namun kerajaan di pejabat di Paris perlu tarikh yang tepat untuk menentukan waktu cutinya. Menurut hadis, baik awal dan akhir Ramadan ditentukan dengan melihat bulan baru atau bulan sabit. Bila bulan sabit tidak kelihatan maka bilangan bulan digenapkan menjadi 30.

No comments:

Post a Comment