26 November 2012

PERUNTUKKAN MASA BERMUHASABAH DIRI WALAU SEKETIKA !

Syukur Alhamdulillah hingga saat ini , kita telah diberi ruang dan peluang serta wang untuk bernafas serta hidup bebas bergerak di dunia yang tidak kekal sebelum kita menuju ke kehidupan yang kekal abadi.
Teman cuba melatih gerakkan jari menaip mengenai muhasabah diri.
Islam nampak indah dan kadang-kadang bila dihayati kita akan dapat rasa nikmatnya. Allah maha besar, maha kuasa,maha kuat ,maha mengetahui dan Allah akan memberikan jalan dan jika yakin Allah akan beri cahaya penyulu ke jalan yang benar yang kita inginkannya. Hasilnya insyallah itula yang dikatakan hidayah.

Setiap muslimin mahukan keindahan agama suci Allah. Begitu juga yang empunya diri. kadang-kadang, terfikir sejenak mengira betapa jauhnya langkah dibuka menjauhi kebenaran. Kenikmatan hidup sementara di sini menghayalkan dengan bantuan musuh manusia, si iblis. Tugas hakikinya adalah untuk menghancurkan kita, anak Nabi Adam. Tetapi, kita sedia maklum dan tahu bahawa si iblis adalah musuh yang nyata, mengapa seronok benar kita bersongkokol dengannya? Kadangkala menjadi penemannya siang malam, pagi dan petang.

Jika diteliti dan diamati alangkah gagahnya fizikal kita berbanding dengan kekuatan rohani. Betapa cantiknya diri, tetapi tidak semua mencerminkan keikhlasan hati. Yang terbaik ialah keimanan disanubari yang boleh mengawal diri sendiri. Betapa sayangkan Allah ke atas hamba-hambanya dengan menjanjikan ganjaran dan kemaafan jika dipinta. Kuncinya, perlulah kita sentiasa mengingatinya dan mentaatinya.

Solat 5 waktu adalah tiang agama seseorang. Lengkapnya solat, boleh mencegah diri daripada melakukan kemungkaran yang dimurkai Allah. Kemungkaran yang berlaku disekeliling boleh dihindari. Belajarlah untuk solat dengan sempurna dan membaiki dan mempertingkatkan kualiti dari masa ke semasa. Insyaallah, segalanya yang dilalui akan diberkati Allah. Jika niat yang dipasang tidak terpesong, luruslah jalan yang dilalui. Berbalik kepada niat, perlulah ia sentiasa positif dan tidak memudaratkan. Pahala pasti diperolehi apabila niat dipasang. Betapa mudahnya mendapat pahala.

Biarkan langkah kita perlahan, asalkan destinasi dan matlamat yang dituju betul. Jangan biarkan langkah laju, tetapi menuju kearah perkara yang lara. Muhasabah diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik walaupun diri tak sebaik mana. Insyallah Allah tidak lokek mengurniakan balasan baik kepada kita.Allahhuakbar sempena bulan Muharam 1434 Hijriah yang menjadi bulan pertama dalam kalendar Islam.

No comments:

Post a Comment