13 January 2013

ALHAMDULILLAH MASJID ASSALAM TOK GURU SALLEH DAH SINGGAH !

Tuan Guru berpesan agar kita tidak lari dari landasan Islam dalam apa jua tindakan kita iaitu terima dan patuh. Apa yang Nabi sampaikan itu mesti kita terima dan patuh mengamalkannya. Jangan tolak atau bangkang.

Nabi di angkat menjadi Rasul ketika usianya 40 tahun. Nabi telah menyampaikan dakwah Islam ini secara susah payah, mujahadah dan berkorban selama 23 tahun dan melalui 17 peperangan besar berakhir dengan Perang Tabuk. Sudah kurang lebih 1,384 tahun (1,434 – 50thn) Nabi meninggalkan kita semua. Para sahabat dan tabi’in telah menyambung kerja dakwah Nabi sehingga kita berjaya mendapat syiar Islam ini.

Kini Nabi sudah tiada, maka kesenambungan kerja2 Nabi menjadi tanggung-jawab kita pula. Kita bertanggung-jawab untuk hidupkan Islam. Nabi bersabda bahwa siapa yang kasihkan aku akan bersamaku di Syurga. Tuan Guru meninggalkan hadirin dengan tiga pesanan.

Pertama, kena mengenal Tuhan yang menjadikan kita ini. Bagaimana? Kena belajar. Cari ilmu. Cari tok guru. Baca buku dan menghadiri majlis2 ilmu. Nak kenal Allah kena belajar.

Kedua, kena faham apa yang kita cakap. Kena tahu apakah ia mendatangkan manfaat atau hanya membawa mudarat. Kena ada pendirian sendiri, jangan menjadi pak turut. Kena kaji dulu apakah apa yang di perkatakan itu bermanfaat atau tidak? Ingatlah bahwa ilmu yang bermanfaat yang kita tinggalkan akan terus menjana pahala buat kita hingga ke alam barzakh.

Ketiga, kena sedar bahwa kita akan dibangkitkan selepas mati dan akan di hisab. Kena sedar bahawa perlakuan kita tidak berakhir dengan kematian. Jangan terikut-ikut tanpa ada asas yang kukuh. Kematian hanyalah permulaan pada kehidupan yang panjang.

Pesanan yang pendek oleh Tuan Guru Salleh Musa yang sudah berusia 80an tapi memberi kesan yang kukuh di hati para jemaah sekelian. InsyaAllah kita akan jadi penghuni syurga.

http://schooloftots.blogspot.com/2013/01/biar-sikit-asal-berkat.html
http://schooloftots.blogspot.com/2013/01/biar-sikit-asal-berkat.html


No comments:

Post a Comment