13 September 2013

PENDAKAP GIGI KEPERLUAN ATAU MENCANTIKKAN !






Islam adalah agama yang menggalakkan umatnya agar menjaga kecantikan dan keindahan tetapi dalam masa yang sama islam juga melarang umatnya dari melakukan sesuatu yang boleh mengubah ciptaan Allah secara kekal.
Sebenarnya mencantikkan gigi ini bukanlah suatu perkara yang baru bahkan ia telah pun berlaku sejak sebelum Nabi s.a.w diangkat menjadi Rasul lagi.Ketika itu menjarangkan gigi ini menajdi “trend” wanita Jahiliyah supaya ia kelihatan cantik. Amalan kecantikkan wanita jahiliyah seperti itu dilarang oleh Nabi s.a.w dengan laknat dari baginda Nabi s.a.w
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Dilaknat wanita-wanita yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik,yang mengubah ciptaan Allah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dizaman teknologi yang serba cangggih ini manusia boleh melakukan bermacam-macam cara untuk menjadikan bahagian-bahagian dari tubuh mereka terutamanya bahagian muka dan gigi sehingga ia menjadi lebih cantik dari yang asal.
Menjawab persoalan hukum memakai pendakap gigi. Ramai Ulama’ yang telah memberi fatwa mengenainya..
Jika seseorang itu giginya dikategorikan cacat maka ia dibenarkan(harus) menggunakan pendekap gigi atau apa-apa sahaja alat atau ubat yang digunakan bagi membaiki kecacatan giginya.Membaiki gigi yang cacat tidak termasuk mengubah ciptaan Allah.Adapun jika seseorang yang memakai pendekap gigi sedangkan giginya elok tidak ada cacat celanya,dipakai pendekap gigi supaya giginya menjadi lebih cantik lagi maka hukumnya adalah haram tapi jika perubahan itu tidak bersifat kekal ia tidaklah haram, contoh mewarna rambut dengan inai dan meluruskan rambut yang krinting tidaklah haram kerana perubahannya tidak kekal, ia hanya bersifat sementara.
Description: http://admax.effectivemeasure.net/emnb_1_827871.gif
Termasuk kecacatan yang boleh saya bawakan contohnya ialah:
-Seorang yang asal giginya cantik dan rata saja tapi bila dia terlibat dengan kemalangan giginya jadi tidak berapa elok sepeti yang asal,maka harus untuk dia memakai pandakap gigi.
-Seorang yang giginya jongang yang memayahkan untuk dia mahu mengunyah makanan,maka harus untuk dia memakai pendakap gigi..
Saya kongsikan bersama fatwa Ulama-Ulama antarabangsa berkaitan hukum memakai pendakap gigi ini.
Kata al imam Yusuf al Qaradhawi:
“Seandainya orang tersebut mempunyai kecacatan yang menjijikkan pandangan,misalnya terdapat daging tambahan yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan,tidaklah berdosa untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya.Ini kerana Allah tidak menjadikan agama untuk kita dengan penuh kesukaran”
(Al-Halal wal Haram Fil Islam).
Disebutkan di Dalam Islam Online : “selama mana pendakap itu membaiki sesuatu,maka ia dibenarkan”
Kata Syeikh Faizal al-Moulawi :
Pendakap gigi bagi tujuan kesihatan adalah dibenarkan menurut syara’ bahkan ia juga diperlukan.
Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment