21 October 2013
ADAB DAN LARANGAN ZIARAH KUBUR
Ziarahlah tanah perkuburan bagi mengingati akan kematian
Sunat memberi salam dan mendahului kaki kanan.
Sunat ambil wuduk, jika ada masjid berdekatan solat sunat tahyatul masjid selepas itu baru ziarah kubur.
Makruh sekiranya ada percampuran lelaki/perempuan bukan mahram, kecuali yang sudah tua hukumnya harus
Sunat baca Quran kemudian tahlil disusuli dengan doa. Duduk hampir dengan kuburnya.
Dilarang tawaf sekeliling kubur atau melakukan kerja syirik.
Lebih mulia ziarah hari Jumaat atau lebaran tetapi tak salah hari lain.
Membersih kubur, jauh dari bercakap hal keduniaan, dilarang merokok atau mengotorkan tanah perkuburan, mematikan telefon bagi mengelak gangguan kepada orang lain
Berpakaian kemas dan menutup aurat
Membantu menjaga tanah perkuburan dan menghormati kemulian tanah perkuburan, dilarang membuang air kecil dan besar kecuali ditempat yang disediakan.
Dilarang membuat kenduri atau makan-makan kecuali minum bagi menghilangkan dahaga.
Dilarang memain alat muzik dan sebarang bunyian
No comments:
Post a Comment