14 October 2013

HIASI EIDUL ADHA DENGAN TAKBIR !

Hari Raya Aidiladha pula disunatkan bertakbir pada petang hari Arafah atau 9 Zulhijah dan pada hari-hari Tasyriq, iaitu hari 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah.

Demikian juga dengan Hari Raya Haji, kita bertakbir kerana menang dalam melaksanakan ibadat haji. Kalaupun tidak kita sendiri yang mengerjakannya, mungkin ada saudara-mara kita yang menang dalam menunaikan fardu itu atau rukun Islam kelima itu.. Kita menumpang gembira atas kemenangan mereka. Justeru, kita bertakbir Allahu Akbar sebanyak mungkin pada hari-hari tertentu.

Jika takbir menandakan pencapaian kemenangan dalam perjuangan kita, sebaiknya ucapan takbir perlu dibacakan dengan penuh semangat dan dengan suara yang agak tinggi, sesuai dengan kemenangan yang kita capai.

Ada beberapa tempat kita disuruh bertakbir, semuanya menunjukkan kemenangan dan pernyataan semangat. Takbir itu diucapkan dengan nada yang lebih agresif dan berani. Misalnya, ketika menyembelih haiwan korban tatkala pisau mengena leher haiwan bagi menyatakan secara simbolik bahawa sembelihan itu bukan kerana memuja syaitan yang memang sukakan dirinya dipuja dengan darah, tetapi korban kerana Allah Yang Maha Besar dan Maha Agung.

No comments:

Post a Comment