13 November 2013

KISAH WANITA YANG DIKAGUMI ULAMA'

10 Muharam 1435 Hijriah Semoga ada yang berpuasa di Hari Asyura hari ini,inn shaa Allah.

Kisah wanita cantik yang membuatkan para Ulama kagum

Ketika melalui sebuah jalan di kota Bashra, Al Atabi melihat seorang wanita yang sangat cantik sedang bergurau senda dengan seorang lelaki tua. Setiap kali wanita itu berbisik, lelaki tersebut pun ketawa.

Al Atabi merasa ingin tahun kemudiannya memberanikan diri untuk bertanya kepada wanita itu. "Siapa lelaki tersebut ? "

" Dia suamiku "

"Kamu ini cantik dan menawan, bagaimana kamu dapat bersabar dengan suami yang hodoh seperti itu? Sungguh, ini adalah sesuatu yang menghairankan " Al Atabi meneruskan soalnya lagi.

"Barangkali kerana mendapatkan wanita sepertiku, maka dia bersyukur. Dan aku mendapatkan suami seperti dirinya, maka aku bersabar. Bukankah orang yang sabar dan bersyukur adalah termasuk penghuni syurga? salahkah aku bersyukur kepada Allah atas kurnia ini? "

Al Atabi kemudian meninggalkan wanita itu dengan rasa kekaguman. Ulama Al Azhar, Dr Mustafa Murad juga kagum dengan wanita itu sehingga memasukkan kisah ini dalam bukunya Qashashush Shaalihiin. Kedua ulama tersebut tidaklah kagum kepada wanita itu kerana kecantikannya. Mereka kagum kerana agamanya.

Dan benarlah pesan Rasulullah: "Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya , kedudukannya , kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung. " ( HR. Bukhari dan Muslim)

Wanita yang baik agamanya, ketika dia kaya, dia tidak sombong, dermawan, suka berinfaq dan menyokong perjuangan dakwah suami dengan hartanya.

Wanita yang baik agamanya, ketika dia mempunyai kedudukan tinggi dan nasab yang mulia, dia tidak menghina orang lain. Justru itu dia menjadi wanita yang mulia dan menggunakan kedudukannya untuk membela kebenaran.

Wanita yang baik agamanya, ketika dia cantik, dia tidak membuat suaminya resah. Dia menjadi penghibur hati dan penyejuk mata bagi suaminya tercinta. Wallahu a'lam 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber bersamadakwah.com


No comments:

Post a Comment