08 May 2014

KUBUR TANPA HIASAN, BINAAN DAN TULISAN MENEPATI SYARIAT ISLAM

Kubur Tanpa Hiasan dan Binaan serta Tulisan Menepati Syariat Islam.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam mengajarkan kepada para sahabat akan suatu ucapan untuk mereka ucapkan apabila melalui kawasan kubur, iaitu:
السلام عليكم أهلَ الدِّيارِ ، من المؤمنين والمسلمين . وإنا ، إن شاء الله ، لَلاحقون . أسأل اللهَ لنا ولكم العافيةَ
“Kesejahteraan ke atas kamu semua wahai penghuni kampung, dari kalangan orang Mukmin dan Muslim. Sesungguhnya kami dengan kehendak ALLAH akan mengikuti kamu. Kami memohon kepada ALLAH untuk kami dan untuk kamu sekalian akan kesejahteraan.”
(HR Muslim, dari Abu Musa al-Asy`ari `Abdullah bin Qis)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa menghadiri jenazah sampai jenazah itu disolatkan, maka ia mendapatkan satu qirath. Dan barang siapa menghadirinya sampai jenazah itu dikuburkan, maka ia mendapatkan dua qirath.”
Ada yang bertanya: “Apakah dua qirath itu?”
Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sama dengan dua gunung yang besar.”
(Sahih Muslim)




No comments:

Post a Comment