RAKAN BLOG MASJID

26 November 2012

PERUNTUKKAN MASA BERMUHASABAH DIRI WALAU SEKETIKA !

Syukur Alhamdulillah hingga saat ini , kita telah diberi ruang dan peluang serta wang untuk bernafas serta hidup bebas bergerak di dunia yang tidak kekal sebelum kita menuju ke kehidupan yang kekal abadi.
Teman cuba melatih gerakkan jari menaip mengenai muhasabah diri.
Islam nampak indah dan kadang-kadang bila dihayati kita akan dapat rasa nikmatnya. Allah maha besar, maha kuasa,maha kuat ,maha mengetahui dan Allah akan memberikan jalan dan jika yakin Allah akan beri cahaya penyulu ke jalan yang benar yang kita inginkannya. Hasilnya insyallah itula yang dikatakan hidayah.

Setiap muslimin mahukan keindahan agama suci Allah. Begitu juga yang empunya diri. kadang-kadang, terfikir sejenak mengira betapa jauhnya langkah dibuka menjauhi kebenaran. Kenikmatan hidup sementara di sini menghayalkan dengan bantuan musuh manusia, si iblis. Tugas hakikinya adalah untuk menghancurkan kita, anak Nabi Adam. Tetapi, kita sedia maklum dan tahu bahawa si iblis adalah musuh yang nyata, mengapa seronok benar kita bersongkokol dengannya? Kadangkala menjadi penemannya siang malam, pagi dan petang.

Jika diteliti dan diamati alangkah gagahnya fizikal kita berbanding dengan kekuatan rohani. Betapa cantiknya diri, tetapi tidak semua mencerminkan keikhlasan hati. Yang terbaik ialah keimanan disanubari yang boleh mengawal diri sendiri. Betapa sayangkan Allah ke atas hamba-hambanya dengan menjanjikan ganjaran dan kemaafan jika dipinta. Kuncinya, perlulah kita sentiasa mengingatinya dan mentaatinya.

Solat 5 waktu adalah tiang agama seseorang. Lengkapnya solat, boleh mencegah diri daripada melakukan kemungkaran yang dimurkai Allah. Kemungkaran yang berlaku disekeliling boleh dihindari. Belajarlah untuk solat dengan sempurna dan membaiki dan mempertingkatkan kualiti dari masa ke semasa. Insyaallah, segalanya yang dilalui akan diberkati Allah. Jika niat yang dipasang tidak terpesong, luruslah jalan yang dilalui. Berbalik kepada niat, perlulah ia sentiasa positif dan tidak memudaratkan. Pahala pasti diperolehi apabila niat dipasang. Betapa mudahnya mendapat pahala.

Biarkan langkah kita perlahan, asalkan destinasi dan matlamat yang dituju betul. Jangan biarkan langkah laju, tetapi menuju kearah perkara yang lara. Muhasabah diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik walaupun diri tak sebaik mana. Insyallah Allah tidak lokek mengurniakan balasan baik kepada kita.Allahhuakbar sempena bulan Muharam 1434 Hijriah yang menjadi bulan pertama dalam kalendar Islam.

25 November 2012

MAHAR DAN BELANJA KAHWIN ISTERI RASULULLAH SAW

Mahar dan belanja kahwin isteri Rasulullah SAW
Kata Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid, berdasarkan hadith riwayat Muslim dan tarikh kiraan matawang zaman nabi SAW maka mahar isteri rasulullah SAW ialah sebanyak USD 400 (kira2 dalam ringgit Malaysia ialah RM 1,224.80)

Hal ini berdasarkan hadith riwayat Muslim spt berikut :

عن أبي سلمة بن عبد الرحمن أنه قال : سألت عائشة زوج النبي صلى الل
ه عليه وسلم كما كان صداق رسول الله صلى الله عليه وسلم . قالت : كان صداق لأزواجه ثنتي عشرة أوقية ونشّاً . قال أتدري ما النَّشُّ . قال قلت لا قالت : نصف أوقية : فتلك خمس مائة درهم فهذا صداق رسول الله صلى الله عليه وسلم لأزواجه

Perlu diingat, maksud mahar ini ialah belanja yg wajib dikeluarkan oleh pihak lelaki kepada si isteri.

Maknanya kos pernikahan isteri rasulullah SAW cuma kira2 USD 400 sahaja. Sebaik2 muslimah ialah yang murah belanja nikahnya !

Perlu diingat bahawa kos sara hidup pada hari ini sepatutnya tidak ada kaitan dengan mahar atau belanja perkahwinan. Kalau kita bercakap soal gaji memanglah ianya berkait dengan kos sara hidup.

Tetapi sebenarnya mahar tak ada kaitan dengan kos sara hidup kerana mahar ialah pemberian lelaki untuk mengembirakan calon isteri dan sebagai penghargaan/hadiah wajib yang ditetapkan oleh syarak. Adapun perbelanjaan kenduri dan persiapan sebagainya tidak perlu dibuat serta merta semasa akad.

Boleh sahaja ditangguhkan kenduri selepas nikah apabila ada kemampuan dari sudut kewangan.

Kerana itu bagi sahabat yang miskin mahar dan belanja nikahnya cuma ayat Al-Quran. WA

-----------------

Info tambahan berkenaan cara kira nilai mahar baginda SAW dengan kadar semasa:
العلامة ابن خلدون :

فاعلم أن الإجماع منعقد منذ صدر الإسلام وعهد الصحابة والتابعين : أن الدرهم الشرعي هو الذي تزن العشرة منه سبعة مثاقيل من الذهب ، والأوقيَّة منه : أربعين درهماً ، وهو على هذا سبعة أعشار الدينار .. .. وهذه المقادير كلها ثابتة بالإجماع .

" مقدمة ابن خلدون " ( ص 263 )

وعلى هذا :

فوزن الدرهم بالجرامات = 2.975 جراماً .

فيكون مهر أزواج الرسول صلى الله عليه وسلم = 500×2.975 = 1487.5 جراماً من الفضة .

وحيث إن سعر جرام الفضة الخالص بدون مصنعية حاليا حوالي 1 ريال فيكون المهر

بالريال = 1487.5ريالاً تقريباً .

وبالدولار = 396.7 تقريباً .


http://ustaz.blogspot.com/

24 November 2012

23 November 2012

DOA DAN LANGKAH !

Doa keluar dari rumah

Semasa sesi kuliah hadith tempohari ustaz telah menerangkan tentang sunnahnya keluar dari rumah dengan kaki kanan. Tetapi perlu diingat keadaannya berbeza semasa kita hendak keluar dari masjid.
Bila melangkah keluar dari masjid, adalah menjadi sunnah keluar dengan kaki kiri. Kata ustaz, langkahkan dulu kaki kiri, letakkan kaki kiri di atas selipar dan dalam masa yang sama surungkan kaki kanan memakai seliper. Menyarung seliper sunnah mulakan dengan kaki kanan. Melepaskan seliper dari kaki sunnah mulakan dengan kaki kiri.

Dari Abu Hurairah r.a bahasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila seseorang dari engkau semua mengenakan terumpah, maka hendaklah mendahulukan yang kanan dan apabila melepaskannya, maka dahulukanlah yang kiri. Hendaklah yang kanan itu yang pertama di antara kedua kaki yang dikenakan terumpah dan yang terakhir ketika dilepaskan." (Muttafaq 'alaih)

Jadi semasa kita keluar dari rumah, langkahlah keluar dari pintu dengan kaki kanan. Sesungguhnya ikut sunnah dapat pahala, tak ikut sunnah kiranya ia berupa aktiviti semata-mata. Niat ikut sunnah (1)untuk dapatkan redha Allah dan (2)untuk ikut amalan Rasulullah s.a.w. Ketika keluar dari rumah itu kita bacalah doa, bertawakkal pada Allah sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w...

Dari Anas r.a katanya Rasululllah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang mengucapkan, yakni ketika keluar dari rumahnya: Bismillah, tawakkaltu 'alallah wa la haula wala quwwata illa billah - artinya: Dengan menyebut nama Allah, saya bertawakkal kepada Allah, maka kepada orang itu dikatakanlah: "Engkau telah diberi petunjuk, telah pula dicukupi keperluanmu, juga telah diberi penjagaan. Syaitan pun menyingkirlah dari orang tersebut."
Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Termidzi dan Nasa'i serta lain-lainnya. Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan. Abu Dawud menambahkan lalu berkata: Bahwa syaitan yang satu berkata kepada syaitan lainnya: "Bagaimana engkau dapat menggoda orang yang telah diberi petunjuk, telah dicukupi dan telah pula diberi penjagaan."

22 November 2012

CUTI SEKOLAH INGATLAH ANAK !

Muslimin/Muslimat Yang di Rahmati Allah,

Anak merupakan anugerah dan nikmat yang terbesar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Mutiara hati bagi pasangan ibu-bapa ini akan menjadi saham dan membawa keuntungan yang berlipat kali ganda sekiranya mereka dididik dan di bentuk dengan baik serta menjadi anak yang soleh. Sebaliknya, jika mereka di abaikan tidak mustahil akan menjadi anak yang terbiar dan pada masa akan datang akan menjadi sampah kepada masyarakat dan negara. Justeru memiliki anak yang soleh serta baik budi pekertinya menjadi impian setiap ibu-bapa dan keluarga sebagaimana kisah Nabi Zakaria AS yang telah lanjut usia tetapi belum dikurniakan anak untuk menjadi pewaris keturunannya. Lalu Nabi Zakaria AS memohon dengan berdoa kepada Allah SWT agar di kurniakan anak-anak yang soleh. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 38:

Bermaksud; “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

Anak-anak kita sebenarnya dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibarat sehelai kain putih yang suci lagi bersih dari sebarang kekotoran samada zahir ataupun batin, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk mencorakkan samada untuk membentuknya menjadi insan berjaya ataupun tidak. Sabda Rasulullah SAW:

Bermaksud: “ Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedakah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak yang soleh yang mendoakan” .(Riwayat iman Muslim)

Menurut Islam memberi pendidikan kepada anak-anak hendaklah dimulakan sejak awal lagi kerana pada usia sebegini segala nilai yang ditanamkan akan tersemat dalam hati sanubari mereka. Ibnu Sina pernah berpesan, katanya: “ketika anak telah mendapat asuhan ibunya, maka ajarkanlah ia adab-adab Islam sebelum ia diserang oleh nilai-nilai yang buruk”. Rasulullah SAW telah menggariskan empat tahap pendidikan kepada anak-anak iaitu:

Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan memberi tanggungjawab kepada mereka.

Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun, hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

Ibnu Khaldun telah membahagikan tujuan pendidikan kepada anak-anak dalam tiga bentuk: Pertama: Mempersiapkan seorang anak dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya syiar-syiar agama menurut al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ini akan membina akidahnya dan membentuk keperibadian keimanannya. Kedua: Mempersiapkannya dari segi akhlak, dan Ketiga: Mempersiapkannya dari segi pemikiran, ini termasuk ilmu-ilmu umum duniawi, kerana dengan memiliki pemikiran dan ilmu yang baik dan tepat seseorang itu akan mampu berdikari dan memiliki ketrampilan untuk melaksanakan tugas dengan baik.

Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal berkaitan akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, kehidupan agar mereka mengenal erti yang sebenarnya. Berilah pesanan, nasihat, tegurun setiap masa walaupun kadang kala anak-anak kita akan merasa jemu dan bosan. Contohilah apa yang dilakukan oleh Lukman al-Hakim di dalam mendidik anak-anaknya. Firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 13:

Bermaksud: “Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.

Sebagai ibu-bapa kita tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. Jangan kita beranggapan bahawa kita telah menunaikan kewajipan dan hak anak-anak apabila mereka telah dihantar ke sekolah. Ingatlah tanggungjawab kita bukan hanya memastikan agar mereka akan hidup selesa pada masa akan datang akan tetapi tanggungjawab kita juga memastikan agar mereka mempunyai prinsip yang teguh dan jatidiri yang kuat. Dari itu amat penting bagi kita memberi pendidikan agama serta menyemai akhlak mulia kepada mereka kerana dengan pendidikan agama, prinsip iman mereka akan teguh, jati diri mereka akan kuat, dengan ini akan membantu mereka menghadapi masalah-masalah sosial serta membantu mereka menghadapi cabaran masa akan datang. Tanpa prinsip ini ditakuti anak-anak kita akan mudah terpengaruh dengan pelbagai pemikiran. Sehinggakan ada sebahagian dari mereka sanggup menggadai prinsip kehidupan mereka.

Perlu diingat memelihara anggota keluarga dari ancaman neraka tidak bererti kita hanya bersikap pasif iaitu dengan hanya mencegah mereka daripada berbagai perbuatan maksiat. Tetapi kita juga mesti bersikap aktif dalam mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka agar pembentukan ini menjadi peranan sebagai kubu dan daya tahan yang dapat menepis dan menapis pengaruh sekitar yang penuh mencabar. Tanggungjawab ibu-bapa bukan hanya memberi arahan, tetapi perlu menonton, membimbing, mengasuh dan menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani.Barulah pendidikan kita akan memberikan kesan untuk mencapai matlamat pembentukan nilai murni serta prinsip yang kukuh dalam diri anak-anak.

Sebagaimana yang kita maklum, musim cuti sekolah sudah bermula, yang paling seronok ialah anak-anak kita. Inilah masa untuk mereka melarikan diri buat sementara dari alam persekolahan. Anak-anak memang mahu bebas daripada belenggu buku-buku sekolah.Mereka mahu berseronok setelah penat mentelaah pelajaran sepanjang tahun. Namun, ada juga dalam kalangan anak-anak kita yang tidak tahu apa aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan pada waktu cuti ini. Dalam fikiran mereka hanya hiburan dan keseronokan yang dicari.Tidak hairanlah sekiranya cuti sekolah yang panjang dihabiskan dengan membuang masa dengan melepak, melayari internet atau melakukan perkara yang tidak mendatangkan feadah. Berdasarkan laporan terdapat puluhan jenis gejala sosial yang mencetuskan kebimbangan dalam kesejahteraan hidup anak-anak kita antaranya merokok, merempit, menonton video lucah, putus cinta, mencuri, lari dari rumah, minum arak, pil khayal, berjudi, simpan gambar lucah, hubungan jenis luar nikah, peras ugut, pecah rumah, menagih dadah, rogol, samun, jenayah bunuh dan lain-lain lagi.Terkini ada dari kalangan anak-anak kita yang di ambil kesempatan oleh pihak penjenayah untuk dijadikan kaldai dadah dan terlibat dalam sendikit pelacuran.

Pesanan untuk ibu- bapa, kita seharusnya mengajar anak-anak supaya menggunakan masa dengan bijak. Masa cuti sekolah bukan semata-mata untuk berseronok dan melupakankan terus pelajaran. Ibu- bapa perlulah mengambil peluang ini untuk mengatur program-program yang bermanfaat buat anak-anak seperti menghadiri kem ibadah dan motivasi yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Jadilah ibu- bapa yang prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak. Rancanglah sesuatu agar dapat memanfaatkan cuti sekolah anak-anak dengan sebaik-baiknya. Jangan biarkan mereka sendiri yang menguruskan masa cuti tanpa sebarang pemantauan atau panduan daripada ibu- bapa .

Sedemikian, marilah kita bersama-sama menjaga dan mendidik anak-anak yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada kita. Didiklah mereka dengan kehidupan beragama, agar mereka dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara. Isilah masa kehidupan mereka dengan perkara-perkara yang boleh memberi manafaat. Ingatlah wahai muslimin sekalian bahawa mutiara hati ini merupakan sebahagian daripada amanah daripada Allah SWT yang akan di persoalkan di akhirat nanti. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 72:

Bermaksud: “ Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.”

20 November 2012

HARI ASYURA 10 MUHARAM 1433H/24 NOVEMBER 2012

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.
Kebiasaan Islam di malaysia buat bubur Asyura dan berpuasa di 10 Muharam
Bubur Asyura yang boleh dipotong
Bubur asyura
Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah keMadinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura


Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
Memuliakan fakir miskin
Menahan marah
Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
Bersedekah
Memelihara kehormatan diri
Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Bercelak
Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
Menjamu orang berbuka puasa

[sunting]
Beberapa hadis tentang kafiat puasa Hari Asyura
“ Ibn Abbas (r.a) menceritakan; "Apabila Rasulullah S.A.W datang ke Madinah, baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka (orang Yahudi) menjawab: "Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa". Lalu baginda (Nabi Muhammad) bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu." Baginda (Nabi Muhammad) pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa." ”
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)
“ Aisyah (r.a) berkata; "Rasulullah S.A.W mengarahkan supaya berpuasa pada Hari Asyura. Apabila puasa bulan Ramadan difardhukan (diwajibkan), siapa yang hendak berpuasa (pada Hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)." ”
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
“ Dari Aisyah (r.a) katanya; "Orang Quraisy di zaman jahilliyah berpuasa pada Hari Asyura dan Rasulullah S.A.W juga berpuasa pada Hari Asyura. Apabila baginda datang ke Madinah, baginda berpuasa pada hari itu dan meyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan puasa pada Hari Asyura lalu baginda bersabda: "Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Hari Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya." ”
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Berikut seperti diatas adalah hadis sahih mengenai kebolehan mengerjakan atau meninggalkan puasa sunat Hari Asyura. Ibn Hajar Al-asqalani dan Imam Muslim ketika menghuraikan hadis tentang puasa Asyura ini menyatakan ia merupakan sejenis ibadah sunat yang amat dituntut dan digalakkan untuk dikerjakan oleh umat Islam.[3]

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."