RAKAN BLOG MASJID
06 August 2009
PROGRAM BESOK SABTU 8 OGOS ,JANGAN LUPA ?
Sabtu 8/8/2009
1. Kem 'Smart Solat' untuk anak-anak 10-17 Tahun
Tempat : Masjid As-Salam, Bukit Sentosa
Masa :
7.30 pagi (8/8/2009)
11.00 pagi (9/8/2009)
Sila hadir dan daftar pada pagi Sabtu
2. Sukan PASTI ZBB
Tempat : Taman Kasturi, Bukit Sentosa
(Petugas diperlukan)
sila hubungi : Apandi - 012 617 0358

04 August 2009
LANGKAH TERBAIK ANJURKAN SOLAT HAJAT DI SEMUA SEKOLAH KEBANGSAAN DAN MENENGAH SERTA SURAU DAN MASJID SEKITAR HULU SELANGOR MOHON KEPADA ALLAH
GAWAT BILA WABAK SELSEMA BABI DAH SAMPAI KE SERENDAH, HULU SELANGOR
Teman cadangkan semua surau & masjid serta sekolah rendah dan menengah menganjurkan solat hajat dan edaran salinan doa elakkan penyakit menular harus dilakukan dengan meluas.
PENULARAN VIRUS H1N1 - SK SERENDAH
Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Serendah telah diberi cuti selama seminggu mulai petang 28/7/09 (Selasa) kerana pelajar sekolah berkenaan telah disahkan menerima penularan Virus H1N1 oleh pihak yang berwajib. Diharap sekolah kita terhindar dari penularan virus selsema babi atau influenza A tersebut.

03 August 2009
01 August 2009
BAGUSNYA USAHA KLINIK SOLAT DI UNITED KINGDOM

Beberapa hari ini, sejak dua minggu, setiap hari Isnin-Khamis, mulai jam 10.00 pagi-11.30 pagi, aku dengan beberapa teman, sempena cuti sekolah di UK ini, membuka 'klinik solat', memberi bimbingan anak-anak Melayu di Hull ini terutama yang bersekolah rendah. Kelas diadakan di rumahku.
Sekadar memberi ulasan ringkas, hasil pengamatan aku memerhatikan anak-anak yang semuanya bersih, seperti kain putih dan terpulanglah kepada para ibu bapa mendidik anak-anak untuk mencorakkannya.
Masih kedapatan anak-anak yang sukar menyebut dan belum dilatih menyebut nama Allah dengan betul, membaca bismillah, al fatihah, as syahadah, selawat ke atas junjungan Rasullullah s.a.w., memberi salam dengan sempurna bahkan zikir atau istighfar dengan tepat.
Ada anak-anak lidahnya keluh, apabila ketika menyebut perkataan di dalam bahasa Arab, namun terasa mudah menyebut perkataan Inggeris.
Aku menginsafi betapa, anak-anak kita di mana kita berada didikan dan latihan agama yang sempurna wajar diberikan. Kita semestinya mendedahkan dan melatih anak-anak kepada pendidikan Islam terutama membaca dan menghafaz Al-Quran dan mendidirikan solat sejak kecil dan dalam lingkungan umur 7 ke 10 tahun hendaklah dipantau secara kemas dan penuh disiplin.
Sejak beberapa hari yang berlalu, aku berusaha melatih mereka menghafaz doa iftitah, qunut, dan tahiyyat secara membaca beramai-ramai dan meminta seorang-orang mencuba serta membentuk beberapa kumpulan dan meminta ketua kumpulan (yang mahir) membantu menyebut dan melatih hafalan.
Walaupun, aku rasa tidak mudah untuk memberi kefahaman kepada anak-anak yang berumur di antara 5-12 tahun, namun aku seronak melihat perkembangan mereka sehari ke sehari terkial-kial mencuba menghafal. Untuk memudahkan mereka menghafal, aku kadang-kadang menasyidkannya. Aku juga terasa teruja, apabila perlu "mengajar" mereka dengan berbahasa Inggeris, kerana terdapat seorang anak, yang bapanya sudah 13 tahun tinggal di UK, sukar memahami bahasa Melayu. Inilah kali pertama aku mengajar agama di dalam bahasa Inggeris.
Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua teman AJK Melayu Hull, terutama adik Hasan Zaidi yang turut membantu aku mengendalikan program ini, yang aku anggap sebagai latihan pemantapan ibadat dan diucapkan selamat jalan kepada Hasan, balik ke Malaysia , setelah tamat program ijazahnya, pada pagi esok, 31 Julai, pukul 1.25 pagi, melalui London Stansted Airport.
24 July 2009
TAKLIMAT NAZIR MASJID AS-SALAM BERSAMA PENGERUSI SEMUA SURAU DI BAWAH MASJID BUKIT SENTOSA
KEPADA : PENGERUSI & S/U SURAU
PER : TAKLIMAT BERSAMA NAZIR DAN PEGAWAI MASJID
TEMPAT : BILIK KULIAH 1, MASJID AS-SALAM, BUKIT SENTOSA
TARIKH : 31 JULAI 2009 (JUMAAT)
MASA : 9.15 - 11 malam (Lepas Isyak )
Jika ada kesulitan sila hubungi S/u Masjid 013-3905622

Subscribe to:
Posts (Atom)
PERINGATAN BAGI LELAKI !
Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat
tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit
kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."