RAKAN BLOG MASJID

09 August 2010

PENGISIAN RAMADHAN


PENGISIAN YANG TERBAIK DI BULAN YANG PENUH KEBERKATAN INI
SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH S.W.T

UNTUK SEPANJANG TAHUN
* Sembahyang Fardhu Berjemaah - utamanya dimasjid/surau
* Mendirikan sembahyang sunat yang tertentu khususnya sunat tahajjud dan witir di waktu malam, juga sunat dhuha, awwabin, tasbih, rawatib dan lain-lain
* Membaca Al-Qur'an dan berusaha memahami bacaannya
* Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, kelas ugama dan sebagainya
* Puasa sunat pada hari-hari isnin dan khamis
* Membaca segala wirid/doa harian yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
* Memperbanyak dan membiasakan bersedekah
* Mengerjakan umrah jika mampu, terutama di bulan Ramadhan
* Memelihara mulut, mata, telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan keji
* Menziarahi saudara/sahabat yang sakit
* Mengingati mati, menyembahyangkan mayat dan menghantarnya ke kubur
* Menziarahi sahabat handai, saudara-mara, orang-orang alim dan tuan-tuan guru

RAMADHAN

* Doa pada awal malam Ramadhan.
* Menyempurnakan Puasa Fardhu Ramadhan
* Sembahyang sunat tarawih dan witir pada malamnya
* Memperbanyakkan membaca Al-Quran
* Memperbanyakkan Sedekah
* Memperhebatkan ibadat di waktu malam terutama 10 malam terakhir
* Mengerjakan umrah (jika mampu) oleh kerana pahala satu umrah di bulan Ramadhan
menyamai pahala satu haji
* Menunggu-nunggu Lailatul-Qadar
* Segerakan membayar Zakat Fitrah

08 August 2010

PEMANTAPAN IMAM & BILAL DI MASJID ASSALAM BUKIT SENTOSA








UNTUK RENUNGAN & IKUTAN

Doktor, Islam dan Logik

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa?Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu,kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh disebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.
Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja,jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.
Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

05 August 2010

KARNIVAL JOM HALAL DI AS-SALAM MULA 7 & 8 OGOS 2010

7 Ogos Sabtu
Waktu 9 pagi- 11mlm
Tempat : Di kawasan lapang sebelah masjid Assalam
Jemputan : Semua Rakyat Hulu Selangor
10 pg GERAI-GERAI PAMERAAN DAN JUALAN BERMULA
- PERTANDINGAN MEWARNA,SILANGKATA,SUDOKU DAN BIJAK JAWI
- PENYAMPAIAN HADIAH
5 PTG : SUKANEKA KELUARGA SAKINAH
DANDANAN IBUKU SAYANG
LONTARAN KASIH
BOWLING KELAPA
- PENYAMPAIAN HADIAH
9 MLM PERSEMBAHAN NASYID KUMPULAN HIJJAZ

8 OGOS AHAD
MASA : 9PG - 4 PTG
TEMPAT : SAMA DI ATAS
9 PG GERAI-GERAI PAMERAN DAN JUALAN
PERTANDINGAN NASYID DAN MARHABBAN
2 PTG MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH

02 August 2010

JOM HALAL HULU SELANGOR DI AS-SALAM



Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor akan menganjurkan Program Karnival Jom Halal bertempat di Kawasan Lapang Bersebelahan Masjid As Salam , Bukit Sentosa pada 7 dan 8 Ogos 2010 mulai jam 8.00 pagi

SOLAT DUDUK !


Fatwa Syeikh 'Athiyyah Shaqr ~ Bab Solat (4)


Soalan 4 : Adakah solat dengan duduk di atas kerusi itu batal dan tidak sah ?.

Jawapan Syeikh ‘Athiyyah Shaqr : Diketahui bahawa menunaikan solat dalam keadaan berdiri ketika takbiratul ihram yang pertama , ketika membaca Al Fatihah , ketika ruku’ dan ketika I’tidal adalah wajib. Dan kewajipan berdiri dalam situasi yang disebutkan tadi adalah diwajibkan di dalam solat fardhu. Namun jika sekiranya seseorang itu tidak mampu solat berdiri maka dia dibolehkan untuk solat sambil duduk sebagaimana yang telah dinaskan oleh hadis.

Adapun di dalam solat-solat sunat, seseorang itu boleh menunaikan solat sunat dalam keadaan duduk walaupun ia mampu solat berdiri dan dikira baginya separuh pahala solat orang yang solat sunat dalam keadaan berdiri. Namun jika ia solat sunat dalam keadaan duduk kerana tidak mampu berdiri maka baginya pahala yang sempurna seperti orang yang solat sunat dalam keadaan berdiri.

Hendaklah diketahui bahawasanya orang yang mampu solat dalam keadaan berdiri di dalam solat fardhu tetapi sebaliknya ia menunaikan solat fardhu dalam keadaan duduk maka batallah solatnya dan tidak ada pahala baginya.

Adapun solat dalam keadaan duduk itu ada padanya berbagai bentuk dan keadaan. Antaranya solat sambil duduk terus di atas tanah (lantai), maka ketika ruku’ hendaklah ia menundukkan kepalanya dan ketika sujud hendaklah ia meletakkan kepalanya di atas lantai. Namun jika ia tidak mampu sujud dengan meletakkan kepala di atas lantai maka hendaklah ia sujud dalam keadaan merendahkan kepalanya lebih rendah dan lebih kebawah dari keadaan ketika rukuk supaya jelas perbezaan di antara kedua perbuatan tersebut. Sedangkan duduk di atas kerusi ketika solat tidak membolehkan seseorang itu sujud terus di atas tanah (lantai), maka batal dan tidak sah solatnya itu.

Bagi mereka yang mampu berdiri di permulaan solat iaitu ketika takbiratul ihram kemudian ia rukuk , iktidal , kemudian sujud dengan dua sujud maka selepas itu ia tidak lagi mampu meneruskan solat dalam keadaan berdiri maka ia dibolehkan untuk menyambung (meneruskan) solatnya dalam keadaan duduk. Sesorang yang mampu berdiri tidak dibenarkan memulakan solatnya dalam keadaan duduk iaitu samada duduk di atas kerusi atau di atas lantai (di dalam solat fardhu sahaja).

Jelasnya, barangsiapa yang mampu berdiri ketika menunaikan mana-mana rukun di dalam solat (fardhu), maka ia tidak boleh melakukannya di dalam keadaan duduk. Menunaikan solat dalam keadaan duduk hanya dibenarkan di di dalam keadaan duduk dan tidak mampu berdiri sahaja.

BAGAIMANA FATWA MALAYSIA TENTANG PASANG ALAT WANGIAN DALAM MASJID?

Memasang Alat Pewangi Di Masjid

Soalan :
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Masjid telah menerima permohonan daripada penaja swasta untuk membekalkan secara sukarela (semata-mata kerana Allah) bagi memasang alat pewangi automatik yang mengandungi bau¬-bauan moden (air freshener) di masjid-masjid.


Sehubungan dengan itu, sebelum Jabatan ini mengambil sebarang langkah mengenainya, Jabatan ini ingin mengetahui dari segi hukum memasang dan menggunakan alat berkenaan di dalam masjid.

Menggunakan bau-bauan yang harum di dalam masjid adalah digalakkan dalam Islam supaya disukai oleh para malaikat seperti bau haruman kasturi, ambar, kemenyan dan lain-lain seperti yang terdapat dalam kitab.

1. Apakah hukum memasang alat-alat pewangi automatik di dalam masjid yang mengandungi bau-bauan haruman yang moden seperti bau limau, oren, epal, bunga-bungaan seperti jasmine, violet, baby powder, waddy musk, citrus scent dan lain-lain yang seumpamanya yang tidak mengandungi alkohol dan benda-benda najis?
2. Apakah hukumnya jika bau-bauan tersebut dipasang/digunakan semburannya pada masa sembahyang sama ada berjemaah atau berseorangan di masjid dalam hubungannya dengan kekhusyukan sembahyang seorang itu?

Jawapan:


الحمد الله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين، اللهم هداية للصواب، وبعد


Oleh kerana bau-bauan yang disebutkan itu tidak mengandungi najis sebagaimana yang dikatakan oleh penyoalnya sendiri, maka haruslah memasang alat-alat pewangi automatik itu di dalam masjid.

Adapun mengenai sejauh mana kesan bau-bauan harum itu terhadap kekhusyukan seseorang dalam sembahyangnya, sama ada akan bertambah-tambah khusyuk atau sebaliknya dengan sebab bau-bauan harum itu tidaklah dapat dipastikan kerana ini adalah masalah dalaman yang sukar 'disaluki' (diterokai), namun jika melihat kepada sifat malaikat sangat suka kepada bau-bauan harum, maka manusia pun biasanya demikian juga, pada mas a ini minyak wangi telah menjadi bidang perniagaan.

Anjuran untuk mengharumkan masjid terdapat dalam hadis dan atsar di antaranya ialah sebagaimana disebutkan oleh AI-Imam AI-Suyuthi: "Bahawa AI-Zubair bin Bikar di dalam kitab Akhbfu- bagi Ibn AI-Dumainah daripada hadis mursal AI-Hasan bin AI-Hasan, bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah menYUfUh mengharumkan masjid pada hari Jumaat."

Ibnu Majah telah mentakhrijkan daripada Watsilah bin Al-Asqa' Radhiallahu 'anhu, katanya, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

جنبوا مساجدكم صبيانكم ومجانينكم وشراءكم وبيعكم (وخصوماتكم ورفع أصواتكم وإقامة حدودكم وسل سيوفكم واتخذوا على أبوابها المطاهر) وجمروها في الجمع.


Maksudnya: "Jauhkanlah masjid-masjid kamu daripada kanak-kanak, orang gila, berjual beli, (pertelingkahan, peninggian suara/kebisingan, perlaksanaan hukum hudud, penghunusan pedang dan letakkanlah di pintunya tempat bersuci) dan harumkanlah masjid itu pada hari-hari Jumaat. "(Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Majah).

Abu Ya'la telah mentakhrijkan Ibnu 'Umar Radiallahu ianhuma, bahawa 'Umar Radiallahu 'anhuma sentiasa mengharum-harumkan masjid pada setiap Jumaat. (Khushushiyyat Yaum AI-Jumu'ah li AI-Imam AI-Suyuthi h.65).

Selain daripada itu telah menjadi tradisi pada tiap-tiap tahun di musim haji, Ka'bah akan dibersihkan seterusnya diberi wangi-wangian di dalamnya. Perkara ini tidak terbatas pada hari Jumaat semata-mata kerana Hajar AI-Aswad dan lingkungannya, kiswah Ka'bah dan batu-batu binaan Ka'bah di bahagian sebelah bawah yang mudah dicapai, sering sahaja disapu atau dilumur dengan bau-bauan 'athar. Hatta di dalam Masjid AI-Haram dan. di sekeliling mathaf juga kita melihat orang-orang membawa pedupaan yang mengeluarkan asap yang wangi daripada kayu gaharu. Ini adalah mengambil kira, bahawa mewangikan masjid dengan bau-bauan seperti gaharu, kemenyan dan lain-lain itu adalah memang disuruh, yakni sunat mengharumkan masjid pada setiap hari Jumaat sebagaimana hadis di atas.

Sebagai pengetahuan tambahan, adalah tidak harus mengambil sesuatu daripada minyak wangi atau haruman daripada Ka'bah bagi tujuan tabarru ' atau lainnya, dan sesiapa yang mengambilnya wajiblah mengembalikannya ke tempatnya semula. Andainya dia ingin memperolehi tabarru ' hendaklah membawa minyak wangi sendiri, lalu menyapukan minyak wangi itu ke Ka'bah, kemudian mengambil dengan menyapu minyak wanginya itu balik seperti dalam I'lam AI-Sajid bi Ahkam AI-Masajid oleh AI-'Allamah Muhammad bin Abdullah AI-Zarkasyi.

Jadinya; mengenai dengan meletakkan bau-bauan harum di dalam masjid adalah diharapkan dapat menambah suasana yang harmoni dalam masjid dan mudah-mudahan kesan selanjutnya akan mendatangkan kekhusyukan kepada orang-orang yang melakukan sembahyang tanpa sebarang gangguan. Yang lebih baik (kerana rata-rata orang adalah menerimanya dengan senang hati dan suka) ialah daripada jenis 'athar dan gaharu.

Sumber: Fatwa Brunei
Negara Asal: Brunei
Pengarang: Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Brunei

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."