RAKAN BLOG MASJID

12 July 2011

DOSA > ?

1. Dosa Besar. Iaitu dosa yang disertai ancaman hukuman di dunia, atau
ancaman hukuman di akhirat. Abu Tholib Al-Makki berkata: Dosa besar itu ada
17 jenis.
4 jenis di hati, yaitu: 1. Syirik. 2. Terus menerus berbuat maksiat. 3.
Putus asa. 4. Merasa aman dari seksa Allah.
4 jenis pada lisan, yaitu: 1. Kesaksian palsu. 2. Menuduh berbuat zina
pada wanita baik-baik. 3. Sumpah palsu. 4. mengamalkan sihir.
3 jenis di perut. 1. Minum arak. 2. memakan harta anak yatim. 3. memakan
riba.
2 jenis di kemaluan. 1. zina. 2. Homoseksual.
2 macam di tangan. 1. membunuh. 2. mencuri.
1 di kaki, iaitu lari dalam peperangan
1 di seluruh badan, iaitu derhaka terhadap orang tua.
2. Dosa kecil. Iaitu dosa-dosa yang tidak tersebut diatas.
. Dosa kecil yang menjadi besar
Dilakukan terus menerus. Rasulullah bersabda: tidak ada dosa kecil
apabila dilakukan dengan terus menerus dan tidak ada dosa besar apabila
disertai dengan istighfar. Allah juga berfirman: “Dan (juga) orang-orang
yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka
ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa
lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak
meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (QS. Ali Imran
[3]: 135)
Menganggap remeh akan dosa. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya seorang
mu’min dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung,
yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat
dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat dihidungnya, maka dia usir
begitu saja.” (HR. Bukhori Muslim)
Bergembira dengan dosanya. Allah berfirman: “Dan apabila dikatakan
kepadanya: “Bertakwalah kepada Allah”, bangkitlah kesombongannya yang
menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan
sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.” (QS. Al
Baqarah [2]: 206)
Merasa aman dari azab Allah. Allah berfirman: “Apakah tiada kamu
perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan pembicaraan rahasia,
kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan
pembicaraan rahasia untuk berbuat dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul.
Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan
memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka
mengatakan pada diri mereka sendiri: “Mengapa Allah tiada menyeksa kita
disebabkan apa yang kita katakan itu?” Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam
yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat
kembali.” (QS. Al Mujadilah [58]: 7)
Terang-terangan dalam berbuat maksiat. Rasulullah bersabda: “Semua
ummatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah
(terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah:
Seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi
hari Allah telah menutupi dosa tersebut, kemudian dia berkata: wahai fulan
semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa
tersebut semalaman, tapi di pagi hari dia buka tutup Allah tersebut.” (HR.
Bukhori Muslim)
Yang melakukan perbuatan dosa itu adalah seorang yang menjadi teladan.
Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang memberi contoh di dalam Islam dengan
contoh yang jelek, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang
mengikutinya setelah dia tanpa dikurangi dosa tersebut sedikitpun.” (HR.
Muslim)

PELUANG MENAJA MOREH !

Penajaan Berbuka Puasa dan Moreh Masjid As-Salam Bukit Sentosa
Berbuka Puasa /malam = RM 450.00
Moreh/Malam = RM 350.00
Masjid As-Salam Bukit Sentosa sangat mengalu-alukan sumbangan dan
tajaan daripada individu/berkumpulan atau syarikat.

11 July 2011

ZIKIR MUDAH BERAT TIMBANGANNYA ?

Amalan Zikir mudah, namum berat di timbangan amalan

Sebuah dzikir yang mudah dirutinkan setiap saat, namun berat di timbangan

amalan. Dzikir tersebut adalah bacaan “Subhanallah wa bi hamdih,

subhanallahil ‘azhim”.

Dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda,

كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ ،

حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ

اللَّهِ الْعَظِيمِ
"Dua kalimat yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar

Rahman yaitu “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim” (Maha Suci

Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung). (HR.

Bukhari no. 6682 dan Muslim no. 2694)

Dalam Muqoddimah Al Fath (Fathul Bari), Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan

keutamaan hadits tersebut sebagai berikut:

Maksud “dua kalimat” adalah untuk memotivasi berdzikir dengan kalimat yang

ringan.
Maksud “dua kalimat yang dicintai” adalah untuk mendorong orang berdzikir

karena kedua kalimat tersebut dicintai oleh Ar Rahman (Allah Yang Maha

Pengasih).

Maksud “dua kalimat ringan” adalah untuk memotivasi untuk beramal (karena

dua kalimat ini ringan dan mudah sekali diamalkan).

Maksud “dua kalimat yang berat di timbangan” adalah menunjukkan besarnya

pahala.
Alur pembicaraan dalam hadits di atas sangat bagus sekali. Hadits tersebut

menunjukkan bahwa cinta Rabb mendahului hal itu, kemudian diikuti dengan

dzikir dan ringannya dzikir pada lisan hamba. Setelah itu diikuti dengan

balasan dua kalimat tadi pada hari kiamat. Makna dzikir tersebut disebutkan

dalam akhir do’a penduduk surga yang disebutkan dalam firman Allah,

دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَامٌ

وَآَخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
“Do'a mereka di dalamnya adalah: "Subhanakallahumma", dan salam penghormatan

mereka adalah: "Salam". Dan penutup doa mereka adalah: "Alhamdulilaahi

Rabbil 'aalamin".” (QS. Yunus: 10)

Sumber: Muqqodimah Al Fath, Ibnu Hajar Al Asqolani, hal. 474.
***
Tidak merugi untuk mengamalkannya, apalagi begitu ringan, disukai Ar Rahman

dan berat di timbangan.
Semoga Allah mudahkan lisan kita ini mudah untuk mengamalkan dzikir yang

sederhana ini.

(*) Dzikir "Subhanallah", artinya Maha Suci Allah, maksudnya adalah

mensucikan Allah dari berbagai macam kekurangan dan aib yang ada pada-NYa.

Dzikir "wa bihamdihi", artinya segala puji bagi Allah, artinya kita memuji

Allah karena Dialah yang pantas mendapatkan pujian dan sanjungan disebabkan

nama dan sifat-Nya yang sempurna. Dzikir "al 'azhim", maksudnya Yang Maha

Agung.

10 July 2011

GUNUNG MENANGIS ?


Gunung Menangis Tergolong Sebagai Batu Api Neraka

Pada suatu hari Uqa’il bin Abi Thalib telah pergi bersama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa’il telah melihat beberapa peristiwa ajaib yang menjadikan hatinya bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut.

Peristiwa pertama ialah, bahawa Rasulullah S.A.W akan mendatangi hajat iaitu mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa’il, “Hai Uqa’il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi pelindung atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar.”



Uqa’il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu, tetapi, sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W sehingga selesai dari hajatnya. Maka Uqa’il kembali ke tempat pohon-pohon itu.



Peristiwa kedua ialah, bahawa Uqa’il berasa haus dan setelah mencari air ke merata tempat, namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa’il bin Abi Thalib, “Hai Uqa’il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, “Jika padamu ada air, berilah aku minum!”



Uqa’il pun pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepada gunung itu sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, “Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud : (“Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu).” “Aku menangis disebabkan takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku.”

Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa’il sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor unta yang melompat dan lari ke hadapan rasulullah, maka unta itu berkata, “Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu.” Unta itu masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.Melihat orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad S.A.W berkata, “Hendak mengapakah kamu terhadap unta itu ?”

Jawab orang kampungan itu, “Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mahu jinak, maka akan kupotong sahaja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan).” Rasulullah S.A.W bertanya, “Mengapa engkau menderhakai dia ?”
Jawab unta itu, “Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk.. Kerana kabilahnya termasuk di dalam golongan yang tidur meninggalkan solat Isyak. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isyak itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka.”

Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isyak. Dan baginda Nabi Muhammad S.A.W menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.

09 July 2011

PELAJAR MALAYSIA SETAHUN JAGUNG DAH MASUK TV MESIR


Pelajar malaysia di tv mesir

Assalamualaikum W.b.t.

Baru-baru ini, seorang pelajar Malaysia telah di jemput oleh stesyen televisyen Mesir di dalam sebuah rancangan Islamik.

Beliau telah menyampaikan khutbah tentang mentaati Nabi Muhammad SAW.

Beliau bernama Mohd Sidek bin Mohd Aziru.Berumur 19tahun.Berasal dari Perak.Di Mesir, beliau menuntut dalam bidang hafazan al-Quran di Mahad Mekah Mukarramah, di bandar Ibrahimiyyah,Syarqiah, berhampiran Zaqaziq.

Sebagai warganegara Malaysia,saya rasa berbangga kerana beliau dapat menguasai bahasa arab dengan sebaiknya walaupun baru setahun di sini ( Mesir).

08 July 2011

SULTAN RASMI MASJID ASSALAM BUKIT SENTOSA






HULU SELANGOR 8 JULAI : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar rakyat menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan pendapat bagi mengelakkan tercetusnya suasana tegang dalam negara.

Baginda turut menggesa supaya masyarakat di negeri Selangor bersatu-padu selain mengelakkan perbalahan sesama sendiri disebabkan oleh ideologi politik yang berlainan.

“Sekiranya ada sesuatu yang tidak memuaskan hati dan ingin meluahkan sesuatu pendapat, ianya hendaklah dilakukan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan provokasi yang boleh mencetuskan suasana tegang dan menjejaskan keamanan negara,” titah Baginda di perasmian Masjid Masjid As-Salam, Bukit Sentosa tengahari tadi.

Baginda menyeru agar rakyat Melayu di negeri Selangor supaya bersatu-padu dan mengelakkan perbalahan disebabkan oleh ideologi politik yang berlainan.

“Malah Beta akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan api permusuhan dan perbalahan antara kaum dan masyarakat di negeri Selangor ini,” titah beliau lagi.

Sultan Selangor turut mengingatkan bahawa masjid dan surau tidak harus digunakan sebagai tempat berkumpul bertujuan untuk menyertai sebarang perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Baginda turut menggesa semua pihak memastikan rumah ibadat Islam di Selangor kekal bebas daripada sebarang anasir politik berkepentingan.

“Justeru, langkah pencegahan di peringkat awal amat perlu supaya masjid kekal sebagai tempat awam dan berkecuali dari segala pengaruh politik dan mana-mana pihak yang berkepentingan,” titahnya lagi.

“Masjid dan surau janganlah digunakan sebagai tempat tidur atau berkumpul oleh mereka-mereka yang datang dari tempat lain untuk menyertai demonstrasi jalanan atau perhimpunan-perhimpunan yang diharamkan oleh pihak berkuasa,” titah Sultan Sharafuddin.

“Jika orang Melayu sanggup berkumpul di masjid atau surau untuk melakukan sesuatu yang salah disisi undang-undang, maka ini menunjukkan betapa rendahnya pemikiran orang-orang Melayu di dalam memuliakan rumah suci Allah ini kerana masjid dan surau adalah tempat suci dan mulia serta tempat untuk beribadat dan mendekati diri kepada Allah Subhanahu Wata’ala,” titah baginda lagi.

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."