RAKAN BLOG MASJID

09 January 2012

TANPA SINARAN AL-QURAN

TANPA SINARAN AL-QURAN

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Petikan dari laman FB : Islam Itu Indah Dan Lengkap
Ada hari ana merasakan sangat sepi, baru ana perasan saat-saat itu adalah hari yang ana tidak dapat menyentuh al-Quran. Benarlah apa yang ana pernah belajar di UM dulu, teringat kata-kata ustaz, dalam menyampaikan pesanan Quran maupun hadis.

1. Kubur : Rumah yang tidak dibacakan al-Quran bagaikan tanah kubur yang sunyi sepi dan akan terhindar dari rahmat Allah s.w.t.

2. Penawar : Membaca al-Quran bukan sahaja merupakan suatu ibadah, bahkan dalam masa yang sama ia juga mampu menjadi penawar kepada segala penyakit, seperti penyakit jiwa, emosi, kecelaruan fikiran, penyakit sosial termasuklah penyakit hati.
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَاراً

Maksudnya : " Dan kami turunkan al-Quran sesuatu yang boleh menyembuhkan penyakit ( hati ) dan menjadi rahmat kepada orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidak menambahkan orang-orang yang zalim ( disebabkan keingkaran mereka ) melainkan kerugian jua " .
( Surah al-Isra' ayat : 82 )

Mendengar bacaan Quran Surah al-Mulk, dari salah seorang Imam Makkah Syeikh Mishari Rashid, mengalir air mata dengan kegerunan makna dan kesyahduan bacaan tersebut. Lantas fikiran ana menjangkau teringat kembali kuliah subuh di Masjid suatu ketika yang lepas.

Ustaz membicarakan bila ada timbul rasa tidak minat membaca al-Quran, maknanya seseorang itu akan ditimpa penyakit yang sangat berbahaya, penyakit-penyakit yang dimaksudkan ialah :-

i) LUPA: Hati akan jadi lupa. Dia lupa yang dia adalah hamba Allah. Bagi yang ingat kepada Allah, hatinya akan tenang. Hidupnya tidak bermasalah.

ii) LALAI: Di sebabkan lalai, manusia menjadi rosak. Hari-hari kita mendengar berita di media massa tentang zina, rasuah, pembunuhan kerana Allah sempitkan kehidupan atas kelalaian tersebut.

iii) KERAS HATI : Orang yang tidak minat dengan Quran hatinya keras. Hati manusia lebih keras dari batu. kalau Allah turunkan al-Quran atas batu dan bukit, maka hancurlh batu dan bukit kerana takutkan Allah. Orang yang beriman, bila mendengar ayat Allah, jadi takut, tetapi yang keras hati boleh membatu dan membuta tuli sahaja.

iv) KELIRU : Ramainya yang berpenyakit keliru hari ini. Hingga tidak dapat membezakan halal dan haram. Ini berpunca tidak suka menghampirkan diri dengan al-Quran. Tidak suka memahami al-Quran.

v) LEMAH IMAN : Orang yang tidak minat dengan al-Quran, imannya sangat lemah. Kerana itu, iman manusia turun naik. Yang iman statik ialah iman para malaikat. Iman Nabi dan Rasul sangat tinggi.

vi) HILANG YAKIN : Penyakit ini juga menyebabkan seseorang hilang keyakinan. Itu yang ramai menentang hukum Allah, hingga tak nampak hukum Allah itu penyelesaian untuk semua masalah.

Justeru itu, Untuk menambah keyakinan kembali dengar ayat-ayat Allah. Pergi ke majlis-majlis ilmu kerana di sana disebut ayat Allah. Duduk di Majlis ilmu Allah ampunkan dosa orang tersebut, Allah menukarkan akhlaknya kepada yang lebih baik, Ia mendapat rahmat kerana malaikat juga mendoakannya dengan meminta ampunan Allah ke atasnya. Bahkan duduk di majlis ilmu lebih baik dari ibadah solat sunat 1000 rakaat.

vii) HATI KOSONG : Orang yang tidak minat al-Quran, hatinya akan kosong. sedangkan hati itu Allah bahagi kepada 5 bahagian. Ditempatkan Islam, Iman, Mahabah (kasih sayang), Tauhid dan Makrifat.

Demikianlah sedikit sebanyak ilmu yang dapat ana kongsikan yang mana penyakit-penyakit di atas boleh menyerang seseorang yang tidak minat dengan al-Quran, kitab mulia yang Allah turunkan pada kita sebagai pedoman.

Al Kuliah 4 All: Forum Perdana : Umum (Jan. 2012)

Al Kuliah 4 All: Forum Perdana : Umum (Jan. 2012): Panelist    :  Ustaz Riduan Mohd Noor                      Sdr Bob Lokman

08 January 2012

LIHAT UMOR BUKAN PADA NOMBOR !


Alhamdulillah , van jenazah Masjid AsSlam Bukit Sentosa memang dah banyak berjasa dalam kawasan kariah yang terlalu luas di bawahnya ada kariah lebih 30 surau untuk diberi khidmat. Hanya Khidmat mengangkut jenazah dari hospital ke kubur atau dari rumah ke kubur dan dari hospital kemasjid dan sebagainya. Kadangkala terpaksa mengambil atau menghantar jenazah hingga utara Semenanjung Malaysia atau selatan Semenanjung Malaysia.
Bayangkan dalam 10 tahun memang tak lari dari menanggung senggaraan dan kerosakan yang dialami semasa dan selepas menghantar jenazah.
Alhamdulillah setakat ini kutipan khas pembelian van jenazah ini telah mencecah lebih RM20,000 tidak termasuk 20 hingga 35 ribu dari sumbangan JAIS.
Semoga pembelian van jenazah yang baru dapat direalisasi dalam tahun 2012 ini juga, insyallah.

07 January 2012

NO 2 SELEPAS MASJID SHAH ALAM ! MASIH BANYAK PERLU DIPERBAIKI

Komen dari Pengunjung setia blog AsSalam dan Masjid As-Salam.
School Of Tots kata...

Tahniah kepada Tn Nazir & seluruh AJK Masjid As-Salam Bukit Sentosa atas anugerah yg amat membanggakan ini. Segala puji bagi Allah. Khabarnya kita dapat no.2 seluruh Selangor hanya dipintas no.1 oleh Masjid Negeri Shah Alam.

Antara faktor yg membantu ialah:
1. Majlis Ilmu Setiap Hari
2. Pengurusan yg baik & friendly
3. Cakna perihal hal ehwal masyarakat
4. Ruang dan laman masjid yg santai dan bersih.

Namun banyak lagi yg boleh di perbaiki. Yang penting ikhlas kepada Allah, tanpa mengharap sanjungan drpd sesama makhluk walaupun ungkapan 'terima kasih'.

Sesuai dgn tahap masjid '5 bintang' saya mohon Tn Nazir ushakan untuk menjemput Penceramah No.1 Negara iaitu Ust Azhar Idrus untuk memberi Kuliah Maghrib di Masjid kita pada tahun ini. InsyaAllah Allah permudahkan.

Takbir !!

05 January 2012

MASJID ASSALAM DAPAT KPI LIMA BINTANG


Tahniah pada ahli kariah , penduduk sekitar , ahli dan ajk serta pegawai masjid terutamanya Tn Nazir atas kerjasama semua.

Inilah sijil KPI 5 bintang tersebut.

Pada jam 12 tengahari 5 Januari, 8 orang pegawai JAIS telah datang melawat dan membuat penilaian terhadap Masjid As-Salam Bukit Sentosa.

Alhamdulillah , rombongan JAIS telah disambut oleh pegawai/ajk masjid antaranya S/U Masjid Tn Hj Ramley Mey, Bendahari Tn Hj Syed, Imam II Ustaz Halim, Siak 1 Sdr Mohamad Redzuan , Pemeriksa Kira-Kira 2 Sdr Shaari dan Penolong Daftar Nikah Ustaz Nor Azmi.


SEKOLAH MEN AGAMA AL-TAQWA DAH BERMULA !


Syukur kepada Allah atas limpah kurnianya Sekolah Menengah Agama Al-Taqwa yang dicetus oleh ajk dan kariah Masjid As-Salam sekian lama telah berjaya direalisasikan oleh penggerak utama Ustaz Zamri. Buat masa ini hanya 2 orang guru disediakan iaitu Ustaz Zamri dan Ustaz Asri.

Setakat 4 Januari seramai lebih 50 orang murid lelaki dan perempuan telah mendaftar di SMAT (Sekolah Menengah Agama Al-Taqwa di Masjid Assalam. Rata-rata ibu-bapa melahirkan hasrat dan keinginan anak mereka dibenarkan diletakkan atas penjagaan Sekolah dari pagi hingga petang seperti Sekolah Integrasi.

Pihak Pengurusan Masjid As-Salam terutama Yang Berusaha Tuan Nazir Ustaz Abu Bakar Yang melahirkan kesungguhan agar Bangunan sendiri Sekolah itu akan dijayakan secepat mungkin.



/CIMG2262.JPG">

/s320/CIMG2264.JPG" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5694316100354724994" />

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."