18 May 2010

BENARKAH SAKIT PENCUCI DOSA ?

Dah berhari-hari aku merungut.. batuk ku ini tak mahu hilang.. adakala makin teruk.. dan bertambah memburukkan keadaan bila mana batuk ku ini mengundang pengucilanku.. aku mula mencari-cari maklumat tentang keadaan aku ini di internet.. dan setelah lama berteleku depan laptop aku terjumpa kisah sakit yang aku nak share bersama...

“Kenapalah Allah uji aku sebegini?” ujar Ahmad

“Sebab kau banyak dosa la” Abu menjawab

“Buktinya?” Ahmad perlekeh Abu.

Katakanlah : Astaghfirullahal 'azim

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.” (Surah As-Syura: ayat 30)

“Aku rasa aku buat baik jer” sambungnya

“Itu lagi berdosa, perasan diri baik, hehe” jawab Abu

“Ermm..” tak terjawab si Ahmad

Itulah antara realiti kehidupan manusia di dunia. Penuh ujian. Penuh dengan musibah dan bala bencana. Semuanya diberikan bersama hikmah-hikmahnya. Antaranya :

1. Pencuci dosa. (Kaffarah)

“Aku ni asyik sakit jer, kenapa Allah tak sembuhkan lagi” Ahmad masih protes.

“Bagus lah kau sakit, sebab dosa-dosa yang kita lakukan tu sedang ‘dicuci’ oleh Allah” senyum Abu pada si Ahmad.

2. Ujian/Musibah/Bala bencana sudah sinonim bagi orang-orang beriman. Itu sebagai proses peningkatan iman. Kena ambil peperiksaan diri dulu untuk membuktikan kita lulus ujian iman atau gagal.

“Wah, ‘fail’ lagi, kena mengulang lagi nih” Ahmad tidak henti-henti protes.

“Ujian yang ALlah beri pun kena ‘repeat’ juga supaya dapat memperbaharui iman kita. Malah, siapa lulus makin tinggi kedudukan disisi ALlah” Abu tak henti-henti menjadi pembimbing Ahmad.

3. Ujian tanda Allah sayang kepada kita.

“Abu, kaulah pembimbing aku. Aku nak tanya apa lagi hikmah nya aku ni diberikan sakit yang memanjang?” Ahmad mengalah

“Allah sayang pada kau Ahmad” Abu setia.

“Tak faham lah” Ahmad menguji Abu

“Kalau kita sayang pada anak kita, kita selalu perhatikan dia. Tetapi kalau ko memang bencikan anak tu, tak tengok dah, malah benci nak tengok dia. Allah lebih daripada itu lagi. Dia uji hambanya yang dikasihi untuk berikan perhatian dan meningkatkan darjat. Manakala, orang-orang kafir dibiarkan dulu hidup berseronok dengan kemewahan dan nikmat dunia tetapi akan di azab di akhirat kelak dengan azab yang pedih” senyuman Abu penuh makna.

“Beruntung aku diuji kan sebenarnya. Dan beruntung aku ada sahabat sepertimu Abu” Ahmad akhirnya akur terhadap penjelasan Abu.

Dan banyak lagi kisah yang aku temui pasal sakit ni.. akhirnya aku terima sakit ini sebagai ujian daripadaNya atas dosa-dosaku yang lepas..

No comments:

Post a Comment