19 May 2010

PENGURUSAN MASJID PERLU PEKA & SEGERA

Dewasa ini dizaman dunia tanpa sempadan ini, sewajarnya masjid diurus selia secara professional tapi harus disulami perasaan jujur dan ikhlas kerana Allah. Semuanya ini adalah tindakan yang akan menjadi amalan bagi meletakkannya Masjid sebagai institusi penting dan suci dalam masyarakat .


Sangat sedih dan duka bilamana masjid bagaikan bangunan usang yang terbiar tanpa dipedulikan penyelenggaraannya sebagai sebuah tempat ibadah. Masing – masing yang dipertanggungjawabkan mudah melepaskan tanggungjawab kepada pihak yang lain dan akhirnya memburukkan pengurusan masjid dan seterusnya masjid itu sendiri menampakkan kecacatan di mata ahli kariah dan penduduk sekitarnya malahan pelawat atau musafir akan membawa imej buruk itu secara tak langsung keluar.

Janganlah ada sedikitpun di kalangan kita berasa sangat berbangga dengan jumlah kutipan derma mingguan yang meningkat saban minggu dan dipaparkan di papan putih masjid berkenaan , sedang masjid tersebut sangat tidak terurus dengan sistem pengaliran air di kolam wudhu’ , kebersihan tandas yang sangat rendah dan menyedihkan , sistem pembesar suara yang uzur serta lemah dan pelbagai kelemahan yang ketara .

Ramai akan atertanya-tanya kenapa tidak wang yang begitu banyak hasil sumbangan orang ramai dimanafaat sepenuhnya untuk meletakkan masjid sebagai sebuah institusi yang hebat dan menarik apalagi dikatakan rumah Allah. Apa yang paling penting ialah masjid mesti menjadi tempat yang paling selesa dan tenang untuk ummat mengabdikan diri kepada Allah swt.

Walaupun kita tahu tandas atau jamban adalah tempat yang disukai syaitan maka tidak semestinya kita tidak mempedulikannya. Namun harus diberi perhatian bahawa imej tandas masjid sebagai tandas yang paling kotor sepatutnya tidak kedengaran lagi .

Bukankah kebersihan adalah sebahagian daripada tanggungjawab utama setiap individu muslim. Oleh yang demikian sama-samalah kita berkerjasama tanpa menuding jari siapa salah maka terus ke hadapan kita jaga Masjid kita dan kita sayang Masjid kita lebih-lebih lagi Masjid selalu kita gelar sebagai rumah Allah.

No comments:

Post a Comment