
Ustaz Muhammad adalah salah seorang ajk masjid Assalam dan juga merangkap lujnah penerangan terutama sebagai penulis serta editor buletin masjid yang bernama Muidzah.

Ustaz Othman , Sdr Azmi dan Sdr pemuda Ahmad yang masih bujang.

Seronoknya melihat Ajk-ajk Masjid Assalam dan ahli kariah saling bantu-membantu.

Antara anak-anak Ustaz Muhammad yang di aqiqahkan. Bagusnya ramai anak yang akan jadi pelapis kita kelak .

Tengoklah timbalan nazir Masjid Assalam yang ringan tulang ada bersama-sama dengan ajk masjid dan ahli kariah masjid yang sedia membantu bila-bila masa perlu.

Alhamdulillah tak sampai 2 jam siap daging dipotong untuk gulai kawah dan masakan untuk makan malam beramai selepas menikmati halua telinga dan makanan roh oleh penceramah khas undangan malamnya.

Dah disembelih ramai-ramai melapah daging.
No comments:
Post a Comment