12 March 2011

DAKWAH ADALAH SUNNAH YANG PERLU KITA PRAKTIKKAN



Antara intipati forum itu ialah kita sebagai orang Islam perlu tahu kenapa perlu berdakwah kepada orang yang belum beragama Islam. Kita perlu berilmu dan tahu Islam adalah satu-satunya agama yang diterima oleh Allah. Nabi Muhammad s.a.w adalah Rasul Allah yang menjadi pelengkap agama Islam yang telah dibawa oleh nabi-nabi sebelumnya termasuk Nabi Adam hinggalah Nabi Isa a.s. Tidak hairan kita harus lebih ke depan mengungguli pendakwah Kristian dari semua hal.
Dan ingatlah modal dan contoh terbaik untuk disampaikan kepada sahabat kita yang beragama Kristian adalah Rasulullah.
Perlu tahu bahawa orang kristian dan pendakwahnya amat taat dan cuba mempraktikkan dakwah kerana dakwah adalah sunnah yang dilakukan oleh Nabi Isa a.s. melalui kitab bible yang jadi rujukan mereka. Pada mereka Nabi Isa adalah penyelamat manusia , sedemikian mereka mendakwah seolah-olah mereka sayang pada orang yang belum memelok agama Kristian dan ingin menyelamatkan termasuk kita yang beragama Islam.
Oleh yang demikian , kita jangan lupa dakwah juga adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang kita perlu praktik dan laksanakan terutama kepada penganut malah kepada pendakwahnya kerana kita wajib sampaikan bahawa agama Islam adalah yang sebenar dan agama Kristian adalah agama dari kitab yang telah diselewengkan. Kitalah yang wajib sampaikan agama Islam bagi selamatkan mereka.
Dengan itu juga kita jangan lupa menyampaikan KEINDAHAN-KEINDAHAN ISLAM kepada mereka dan NYATAKAN KESALAHAN agama mereka. Semuanya ini memerlukan ilmu dan latihan dan boleh dijalankan secara individu dan berkumpulan.



a

No comments:

Post a Comment