14 March 2011

MENANGANI ANAK DI CYBER CAFE

Sabda Nabi s.a.w. “Sesiapa yang membuka jalan kebaikan, baginya pahala dan pahala orang yang mengikuti jalan tersebut.. dan sesiapa yang membuka jalan kejahatan, baginya dosa dan juga (menanggung) dosa orang yang mengikuti jalan tersebut”… sampai la ke Hari Kiamat..

Sayugia diingat sebagai seorang Islam dan bertanggungjawab memerhati maka jangan kita mudah menuduh pemilik kafe siber itu sebagai pembuka jalan kejahatan. Ini kerana kita sendiri tak tahu apa situasinya. Mungkin pemilik tak tahu.. atau beliau dah nasihat, tapi tak jalan dan kebetulan pemiliknya mungkin bukan Islam. Namun , sebagai orang awam, kita berhak membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya sesebuah kafe siber itu melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan. Itu lebih baik daripada bercerita ke sana sini.

Cyber Cafe merupakan satu perniagaan yang sah di sisi syariat dan juga undang2 jika dibuat secara betul. Ianya merupakan sebuah pusat komputer yang menawarkan perkhidmatan melayari internet, khidmat printing, permainan games dsb.

Namun, banyak perkara yang perlu diteliti untuk mengelakkan para para pengusaha kafe siber daripada menukar perniagaan sah mereka kepada percampuran dengan perkara2 yang dilarang :
Bagi pemilik kafe siber, kena bertanggungjawab memastikan yang masuk ke dalam kafe siber itu bukan kanak2 bawah umur.. rasanya ada peraturan bahawa kanak2 bawah umur, kena ada pengawasan ibu bapa.. juga kena ada rasa tanggungjawab sosial sekiranya terlihat ada budak2 lelaki pempuan malam2 kat kafe siber, nasihat la beliau.. Jangan takut hilang pelanggan sebab rezeki tu Allah yang bagi.. Terpulang pada kita nak memilih rezeki melimpah tapi tak berkat, atau setakat cukup2 tapi berkat..

Jika pemilik kafe siber itu tahu yang anak2 muda itu bawah umur, berada dalam siber kafe tanpa pengetahuan ibu bapa, kemudian melayari laman lucah / bermain games sampai tengah malam dan tak berbuat sesuatu, maka ianya dikira sebagai membuka pintu kejahatan..

Itu secara umum saja.. berkenaan dengan hiburan yang membuang masa dan membazir (spt main games, internet, karaoke, tengok wayang dsb) ianya subjektif.. Ia asalnya harus.. tapi boleh saja menjadi makruh, haram dsb..

Ia bergantung pada situasi seseorang.. Jika beliau merupakan seorang yang berada dan nafkah anak isteri tak terabai.. banyak masa diluangkan untuk anak isteri.. penat bekerja, lalu melepak kat kafe siber dengan tujuan untuk release segala kepenatan bekerja dengan bermain games, maka tidaklah dikira beliau membuang masa .

Namun, jika budak2 sekolah yang menghabiskan duit mak ayah juga.. maka inilah yg dikatakan membuang masa dan membazir..sebabnya bukan masanya beliau nak melepak2 kat kafe siber..
Maka di sinilah peranan ibu bapa seharusnya dimainkan sebaik mungkin dalam keadaan ini.. Kalau nak sekat, mungkin anak akan memberontak atau tertekan. Sedemikian berilah peluang pada mereka dengan kawalan masa dan pengawasan ibu bapa dan tidak sampai waktu tengah malam.
Dengan anak remaja ni, kenalah pandai melayan dan mendidik mereka seperti umpama main layang2… kalau tali tegang sangat, takut putus… kalau longgar sangat, takut layang2 tak naik.. Jadi, ada masa kena tarik.. ada masa kena hulur. dan kita kena sisipkan keperibadian rasulullah dan jangan lupa adakah anak-anak kita sudah menunaikan tanggungjawab mengaji al-quran dan kewajipan solat ?

No comments:

Post a Comment