RAKAN BLOG MASJID

10 April 2011

WUJUDKAH LELAKI FOBIA RUMAH ALLAH ?


LELAKI penakut? Mungkin agak janggal dengan perkataan itu. Biasanya sifat penakut ini dikaitkan dengan golongan wanita yang dianggap lemah. Tidak kiralah takut hantu atau takut melihat kejadian kemalangan yang ngeri. Tetapi pernahkah anda mendengar lelaki fobia masjid atau surau?

Golongan ini ada, mereka bukanlah golongan mat rempit atau mat lalok yang tidak menghiraukan hal ehwal agama. Sebaliknya lelaki fobia masjid ini ada di sekeliling kita. Mereka kelihatan normal, mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadan, membayar zakat namun kebanyakannya belum menjejakkan kaki ke Makkah.

Apakah punca mereka jadi takut atau fobia untuk ke masjid atau ke surau? Jika perempuan kita fahamlah, perempuan lebih afdal beribadat di rumah berbanding masjid. Bayangkan ketika azan berkumandang ada yang sanggup melayan binatang peliharaan seperti ikan atau kucing di rumah daripada menyahut seruan muazin dari masjid. Sedangkan masjid hanya berberapa langkah saja dari rumahnya.

Kalau tidak solat di masjid, mungkin dia solat di rumah agaknya. Tapi bukanlah lelaki digalakkan memakmurkan masjid selain dijanjikan dengan ganjaran pahala yang lebih berbanding jika solat di rumah. Memakmurkan masjid juga bermakna menguatkan perpaduan ummah

Lelaki spesis ini ramai kawan. Jika kawan mengajak pergi ke restoran atau kedai kopi untuk bersembang, dia sanggup terima pelawaan kawannya. Biarlah berbual kosong berjam-jam dia tidak kisah. Kedai kopi atau restoran yang jauh pun dia rela pergi. Sebaliknya apabila ada kawan-kawan mengajak dia berjemaah di surau atau masjid, pelbagai alasan yang diberikan.

Pernah seorang kawan di pejabat mengajak lelaki spesis ini pergi ke surau untuk solat dan berbuka puasa berbagai alasan diberikan untuk menolak pelawaan itu. Pelik sungguh kawan-kawan dengan lelaki ini hingga terkeluar dari mulutnya “agaknya dia akan mati kalau masuk dalam masjid atau surau” usik kawan yang mengajak tadi.

Apa yang silap agaknya? Atau dia tak mahu dikatakan riak kerana bersolat di masjid atau surau, jadi anggapannya biarlah solat itu dilakukan secara bersendirian tanpa pengetahuan orang lain. Kalau fikir pasal takut dikatakan riak, baiklah dia terus meninggalkan kereta mewah yang dia ada, atau rumah besar yang dimilikinya kerana itupun boleh menyebabkan riak jugak.

Mungkin ada alasan yang lain agaknya?

ihsan diana husna

1 comment:

  1. Berhati-hatilah dalam memanggil penceramah atau ustaz di masjid. Mungkin juga kerana dia tidak mahu ke masjid kerana;

    1). Penceramah syiah, al-Jahmiyyah (menafikan sifat Allah), mencela Al-Quran dengan mengubah makna-makna di dalamnya dan sebagainya.

    2). Mungkin saja imam yang dilantik tidak fasih dalam makhraj ketika bacaan Al-Quran, sengau, membaca panjang dalam solat dan pembuat bidaah.

    3). Mungkin juga ahli-ahli masjid suka mengumpat dan bersangka buruk terhadap orang lain, terutama dirinya.

    4). Salahguna masjid sebagai tempat bermain suara dengan pembesar suara di masjid. Sekarang banyak masjid yang menggunakan speaker masjid dan mengaji dengan kuat-kuat, lalu mengganggu orang yang ingin membaca Al-Quran di dalamnya.

    5). Mungkin dia pergi ke masjid lain kerana sebab-sebab di atas.

    ReplyDelete

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."