RAKAN BLOG MASJID

14 July 2011

BAGAIMANA RASULULLAH S.A.W TARBIAH REMAJA?

Bagaimana Rasulullah SAW Mentarbiyah Remaja?
Abu Ridhwan. Dari Abu Abbas, Abdullah bin
Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah
SAW (di atas binatang tunggangannya), lalu sabda baginda : ' Wahai anak
kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan.
Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah
(kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu.
Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta
pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua
umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya
mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang
telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk
menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu
menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas
kamu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catitan.
' (HR. Tarmizi dan dia berkata : Hadisnya hasan lagi sahih).
Pengajaran:
1. Untuk Ibn Abbas, sejak kecil Rasulullah SAW telah berdoa untuknya - "Ya
Allah berikanlah kepadanya pemahaman tentang din, dan ajarkanlah kepada
hikmah". Apabila beliau di peringkat remaja, baginda bermusafir
bersama-samanya dan terus mengambil peluang mentarbiyahnya.
2. Baginda memanfaatkan setiap detik masa, hatta sewaktu bermusafir pun
baginda mentarbiyah mad'unya yang masih remaja. Baginda tidak merasa enteng
terhadap mad'u kecil, bahkan baginda mengambil hal ehwal tarbiyahnya.
3. Baginda sentiasa bersemangat untuk mentarbiyah mad'unya, sehinggakan
sewaktu penat bermusafir pun baginda tidak melepaskan peluang untuk
mentarbiyah.
4. Baginda, seorang ketua negara yang agung dan manusia paling mulia, tidak
merasa terhina menaiki kenderaan bersama remaja kecil. Baginda
memperlihatkan contoh KEDEKATAN FIZIKAL dan kemesraan dengan anak remaja.
Baginda tiada "generation gap" dengan orang muda.
5. Baginda mentarbiyah orang muda dengan silibus yang berpada, ringan tetapi
berterusan - sepertimana kata baginda - "aku ingin mengajar kamu BEBERAPA
PERKATAAN".
6. Baginda sentiasa meletakkan asas tauhid sebagai asas tarbiyah generasi
muda.
7. Generasi muda yang sering gelisah dan sering dilanda pelbagai
ketidaktentuan, baginda berpesan supaya bergantung dan memohon pertolongan
kepada Allah.
8. Hakikatnya, baginda merencanakan tarbiyah jangka panjang untuk Ibn Abbas.
Akhirnya lahirlah Ibn Abbas sebagai tokoh, pejuang dan pewaris risalah
baginda.

oleh Firdaus Omar

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."