31 October 2011

ADAB RASULULLAH , SUBHANALLAH !

Adab Rasulullah menerima makanan yang tidak disukai Rasulullah SAW dengan sebiji limau dipetik dari razzyy.com

“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.

Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan
semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa?

Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.

Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

30 October 2011

TIADA YANG DIINGINKAN SELAIN HAJI MABRUR !

Ibadah Haji adalah puncak ibadah ritual yang sangat dicita-citakan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah sebagai saat pertemuan sejati kaum Muslimin untuk memenuhi panggilan Allah s.w.t dan merupakan kebahagiaan yang tidak terkira nilainya. Justeru pahalanya yang sangat besar, orang-orang yang mengerjakan (haji) akan dianggap oleh Allah sebagai tetamu-Nya.

Kebahagiaan itu akan lahir ketika mereka menginjakkan kaki ke tanah suci dari memasuki Kaabah di Masjidilharam sambil mengucapkan, “Labbaik Allahumma Labbaik.” (Ya Allah aku datang memenuhi panggilan-Mu). Sungguh indah pernyataan fitrah hamba kepada pencipta-Nya.

Tiada yang diinginkan oleh mereka yang mengerjakan haji di Mekah melainkan keinginan yang amat tinggi untuk memperoleh haji yang mabrur. Dari segi bahasa, mabrur mempunyai dua makna. Pertama, bererti baik, suci dan bersih. Kedua, bererti diterima dan mendapat keredaan Allah.

Menurut ulama, haji mabrur adalah haji yang tidak dicampuri dengan dosa-dosa. Ini bermaksud bahawa kebajikan haji yang diperoleh mereka yang melakukannya telah membentengi diri mereka daripada maksiat dan dosa. Orang yang mendapat haji mabrur akan semakin kuat imannya serta makin meningkat amal ibadatnya. Haji mabrur merupakan haji yang sangat mulia dan berharga justeru ia menjadi harapan setiap orang yang beriman.

Daripada Abu Huirairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Dari umrah ke umrah adalah penghapus dosa antara keduanya. Dan haji mabrur ada balasannya iaitu syurga. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Keampunan dosa hanya akan termakbul dengan memperoleh haji mabrur. Pendek kata, haji mabrur itu berkaitan dengan amal kebaikan yang dilakukan oleh para jemaah. Tidak mustahil dengan mabrur duniawi dan mabrur ukhrawi sekali gus, seorang haji mendapat syurga di dunia dan juga syurga di akhirat.

Di dalam hadis riwayat Bukhari diterangkan, bahawa Siti Aisyah pernah bertanya kepada Nabi: “Ya Rasulullah! Jihad (di jalan Allah), adalah amal yang paling mulia!”

Ya, tetapi jihad yang paling mulia ialah haji mabrur (yang ikhlas niatnya dan sempurna syarat rukunnya), jawab Nabi Muhammad.

Dalam konteks haji, dikatakan ibadat haji yang lengkap memerlukan mujahadah iaitu satu usaha yang sungguh-sungguh untuk mencapai musyahadah kesedaran barulah dapat disebut haji mabrur. Kesedaran ini akan melahirkan al-mahadah cinta satu persiapan untuk berkorban apa sahaja kerana Allah.

Ringkasnya ibadah yang telah sampai pada peringkat musyahadah adalah ibadah yang telah melahirkan kesedaran mengubah dan membentuk perilakunya kepada sikap yang sesuai dan nilai moral dan

Dalam ibadah haji, yang menjadi ukuran mabrur atau tidak baik haji kita itu adalah seberapa banyak amal ibadat haji yang telah dilakukan itu melahirkan kesedaran moral dan spirituail yang boleh melahirkan semangat untuk melaksanakan kebaikan dan kebajikan.

Dengan kata lain, seberapa jauh ibadah haji mendorong terjadinya perubahan pada diri kita, sehinggalah dapat mengubah daripada sikap negatif kepada sikap positif dan dari sikap tertutup kepada sikap keterbukaan.

Haji mabrur ditandai dengan bekasnya iaitu makna simbol-simbol amalan yang dilaksanakan di tanah suci, sehingga makna-makna tersebut wujud dalam bentuk sikap dan tingkah laku setiap hari.

Daripada Abu Huirairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Dari umrah ke umrah adalah penghapus dosa antara keduanya. Dan haji mabrur ada balasannya iaitu syurga. (Riwayat Bukhari dan Muslim).Apakah sekembalinya dari tanah suci, masih ada keangkuhan di dalam jiwa? Masih terasa adanya perbedaan darjat kemanusiaan? Masih ingin hipokrit menindas orang lain? Masih mahu berpura-pura alim tetapi hakikatnya jahil. Kalau masih ada maka kita masih mengenakan pakaian biasa dan belum menanggalkannya.

Seseorang yang pulang dari menunaikan haji, bukan sahaja merasakan dirinya kembali ke fitrah kesucian tetapi juga tumbuh dalam dirinya perasaan menjadi sebahagian daripada satu masyarakat dunia bernama bangsa Muslim. Suatu bangsa yang merapatkan barisan atas landasan tauhid yang menyatukan raja dan rakyat jelata, ulama dan kaum dhuafa, jeneral dengan rakyat jajahan.

Lebih penting lagi kita berharap agar mereka dapat membawa cermin kemabruran itu ke dalam masyarakat iaitu keluarga, jiran tetangga, dan akhirnya seluruh tanah air. Maknanya sekembali daripada mengerjakan haji kelak kalau mereka itu seorang ahli politik, pegawai kerajaan, guru, pensyarah, mufti atau seorang usahawan – mereka akan memberi contoh yang baik dan mempraktikkan atau mengamalkan apa yang diucapkan, bukan sekadar memberi teori sahaja.

Pada hakikatnya, pengaruh haji kepada pelakunya adalah sangat besar. Haji dapat menghancurkan personaliti yang suka disanjung, membangunkannya kembali dan mengarahkannya kepada Allah. Lebih daripada itu, haji menguatkan kembali kesedaran pelakunya sebagai satu bahagian daripada ummah yang diberi satu misi universal.

Apabila balik daripada mengerjakan haji, jangan pula kita menjadi juara dalam perpecahan umat Islam dengan menafikan keislaman orang lain dan menganggap dirinya lebih Islam daripada yang lain. Inilah mesej ibadat haji.Islam mengutuk keras sikap yang melebihkan satu kelompok manusia atas kelompok yang lain. Seolah-olah merasai darjatnya lebih tinggi daripada orang lain kerana keturunan, kekuasaan dan kekayaan. Dan dalam perjalanan sejarah, kita dapat saksikan tiga perkara ini yang merosakkan tauhid iaitu keturunan, kekuasaan dan kekayaan.

Umat Islam harus menundukkan kepala dan merenungkan kembali sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Al-Quran telah mengisytiharkan bahawa setiap penganut Islam adalah anggota umat. Kesatuan umat tidak terikat kepada kesatuan kebangsaan.

Dari setahun ke setahun, citra persaudaraan sejagat melalui ibadat haji tampak berlaku di mana penganut Islam pelbagai bangsa dari seluruh permukaan bumi Allah ini menyerahkan kesucian diri kepada Allah, sebulat rohani tawaf di Baitullah. Apakah citra global Islam yang terjelma daripada ibadat paling penting itu terserap ke dalam usaha-usaha positif mempergunakan kekuatan dan keutuhan persaudaraan Islam?

Sudah tiba masanya kita bergerak agresif dan positif ke arah menggerakkan persaudaraan sejagat Islam yang menjelma dalam nama umat atau ummah supaya menjadi kuasa perdamaian global.

* Artikel ihsan Yayasan dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

27 October 2011

SIA-SIA JUMAAT JIKA BERCAKAP SEMASA KHATIB BACA KHUTBAH !

Kitab : KITAB JUMAAT


Bab : Bab Diam Atau Tidak Bersuara Sewaktu Mendengar Khutbah Jumaat

1404. Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila engkau berkata kepada temanmu, diamlah! pada hari Jumaat. Padahal imam sedang berkhutbah, maka kamu benar-benar telah melakukan satu perkara yang sia-sia iaitu lalai..

http://www.mymasjid.net.my/sahih-muslim/bab/255

26 October 2011

BERSAMA USTAZ SIDEK NOOR 27 OKTOBER


TEMPAT : DEWAN SOLAT ASSALAM
MASA : LEPAS MAGHRIB
SEMUA DIJEMPUT HADIR

JADUAL SYEIKH 29/10 hingga 30/10


29/10/2011 7pagi - 9.45 mlm

30/10/2011 7pagi - 6.00 ptg

24 October 2011

LARANGAN POTONG RAMBUT DAN KUKU JIKA BERKORBAN

Larangan memotong rambut dan kuku pada yang berhasrat untuk berkorban.
Nabi bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. (HR Muslim)

Nabi bersabda, “Sesiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali dia memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”. (HR Muslim)

Menurut Imam Nawawi rahimahullah: “Maksudnya (dari larangan tersebut) ialah: Dilarang memotong kuku dengan gunting dan sebagainya. Dilarang menggunting (memotong) rambut sama ada membotakkan (mencukur), memendekkannya, mencabutnya, membakarnya atau selainnya. Termasuk dalam hal ini (dilarang) memotong bulu ketiak, misai, bulu kemaluan dan bulu yang ada di seluruh badan”. (Syarah Muslim 13/138)

Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Sesiapa yang tidak megerjakan haji tapi berhasrat untuk melakukan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban.

*

PAKAI CINCIN IKUTLAH SUNNAH

Ada seorang sahabat yang sangat mencintai sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam telah bertanya kepada saya tentang cara pemakaian cincin menurut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Saya tidak ingin menjawab dengan pandangan saya yang sangat faqir di dalam ilmu, namun saya akan memberikan jawapan yang telah diberikan oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuti rahimahullah dan para ulama yang lain. Jawapan daripada para ulama ini akan saya ringkaskan agar mudah difahami oleh para pembaca.

Ada beberapa perkara yang akan terlintas di dalam persoalan berkaitan cincin :

1. Adakah terdapat berat yang khusus untuk memakai cincin?

2. Adakah kita boleh mengambil segala jenis logam untuk dijadikan cincin seperti tembaga, besi dan lain-lain?

3. Adakah harus bagi kita memakai lebih daripada satu cincin perak di tangan bagi lelaki?

4. Adakah cincin yang dipakai oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam mempunyai batu? Apakah jenis batunya?

5. Di jari manakah Baginda sallallahu alaihi wasallam memakai cincin , kanan atau kiri? Dan bagaimana pula keadaan batu cincin Baginda sallallahu alaihi wasallam, samada dipusingkan ke tapak tangan atau tidak?
Ini antara soalan yang terlintas di dalam pemikiran kita. Sekarang kita lihat pula bagaimana para ulama memberikan jawapan bagi permasalahan ini. Jawapan yang akan saya kemukakan adalah menurut turutan soalan di atas. Di harap para pembaca mengambil perhatian terhadap perkara ini.


JAWAPAN

BERAT CINCIN

1. Para ulama berbeza pandangan di dalam permasalahan berat cincin yang dibenarkan. Al-Imam Haskafi rahimahullah, ulama bermazhab Abu Hanifah mengatakan bahawa sesebuah cincin tidak boleh melebihi berat satu Mithqal yang bersamaan 4.680 gram. Al-Imam Ibn Abidin yang merupakan ulama bermazhab Abu Hanifah juga merajihkan pandangan pengarang kitab al-Zhaqirah bahawa berat yang dibenarkan hanya satu Mithqal.

2. Para ulama Malikiyah pula berpandangan dibenarkan untuk seseorang memakai cincin dengan kadar 2 dirham ke bawah. Berat dua dirham menurut pengiraan moden ialah 3.125 gram × 2 = 6.25 gram

3. Para ulama Syafieyah pula mengatakan bahawa berat cincin bergantung kepada adat atau uruf setempat. Jika melebihi daripada adat tempat tersebut maka ianya dianggap membazir.

4. Para ulama Hanabilah pula berpandangan tiada masalah untuk memakai cincin yang beratnya melebihi satu mithqal. Tetapi dengan syarat tidak terkeluar daripada uruf atau adat setempat yang ditetapkan. Jika melebihi uruf maka hukumnya adalah haram.


LOGAM YANG DIBENARKAN UNTUK MEMBUAT CINCIN

EMAS

1. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa emas dibenarkan kepada wanita untuk memakainya, manakala bagi lelaki ianya adalah haram.

2. Manakala untuk kanak-kanak yang belum baligh, para ulama Syafieyah di dalam pandangan muktamad di dalam mazhab berpendapat bahawa dibenarkan bagi mereka untuk memakai emas samaada kanak-kanak lelaki atau perempuan.

PERAK

1. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa cincin perak dibenarkan kepada wanita. Manakala bagi lelaki pula terdapat perincian oleh para ulama .

2. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa harus bagi lelaki memakai cincin perak. Ianya menjadi sunnah kepada para sultan, para qadhi dan yang seumpama dengannya. Manakala kepada selain sultan, qadhi dan yang seumpama dengannya terlebih afdhal bagi mereka tidak memakai cincin perak.

3. Para ulama Malikiyah pula berpandangan bahawa memakai cincin perak bagi lelaki adalah harus dan jika dipakai dengan tujuan mengikut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam hukumnya adalah sunnah dan haram memakainya dengan tujuan berbangga diri.

4. Para ulama Syafieyah pula berpandangan bahawa disunatkan kepada sesiapa sahaja untuk memakai cincin perak bukan dikhususkan kepada sultan dan qadhi semata-mata.

5. Para ulama Hanabilah berpandangan bahawa memakai cincin perak bagi lelaki adalah harus.

SELAIN DARIPADA EMAS & PERAK

1. Para ulama Malikiyah ( dalam pandangan yang muktamad ) dan ulama Hanabilah berpandangan bahawa memakai cincin daripada besi, tembaga dan seumpama dengannya adalah makruh berdasarkan larangan Baginda sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis. Hukuman ini merangkumi lelaki dan wanita.

2. Para ulama Malikiyah berpandangan bahawa mengambil cincin daripada kayu, kulit dan batu adalah harus bagi lelaki dan wanita. Manakala para ulama Hanabilah pula berpandangan diharuskan bagi lelaki dan wanita memakai cincin daripada zamrud, yaqut, jed dan lain-lain jenis batu.

3. Para ulama Syafieyah pula mempunyai dua pandangan di dalam permasalahan ini. Sebahagian mengatakan bahawa hukumnya makruh memakai cincin selain emas dan perak. Manakala sebahagian lagi mengatakan tidak makruh. Al-Imam Nawawi rahimahullah berpandangan dengan mengatakan tidak makruh memakai cincin daripada selain emas dan perak . al-Imam Qalyubi di dalam Hasyiyahnya juga mengatakan bahawa tiada masalah untuk memakai cincin daripada tembaga , besi dan lain-lain.

4. Para ulama Hanafiyah pula seperti al-Imam Ibn Abidin rahimahullah mengatakan bahawa dihalalkan bagi lelaki memakai cincin perak dan diharamkan memakai cincin emas, tembaga atau besi. Manakala mengambil cincin daripada batu adalah dibenarkan khususnya batu aqiq.

Syaikh al-Allamah Abdullah Fad aq hafizahullah..Lihat pemakaian cincin pada jarinya


HUKUM BERBILANG-BILANG CINCIN

1. Para ulama Malikiyah mengatakan bahawa diharamkan bagi seseorang lelaki memakai lebih daripada satu cincin.

2. Para ulama Syafieyah pula berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai 2 bentuk cincin perak dalam satu masa. Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuti rahimahullah. Makruh hukumnya memakai lebih daripada 2 bentuk cincin. Al-Imam Isnawi rahimahullah juga berpandangan sedemikian dan kata al-Imam Khawarizmi di dalam al-Kafi : Makruh memakai kedua-dua cincin tersebut pada satu jari.

3. Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa dibenarkan bagi lelaki memakai dua cincin dan lebih selagi mana tidak keluar daripada adat setempat.

4. Manakala para ulama Hanafiyah tidak pula kedapatan mereka mengeluarkan pandangan di dalam masalah ini.


BENTUK CINCIN RASULULLAH

1. Cincin Baginda sallallahu alaihi wasallam ada dua jenis. Ada yang diukir perkataan “ Muhammad Rasulullah” dan ada yang diletakkan batu.

2. Jenis batunya menjadi perbahasan para ulama, sebahagian mengatakan bahawa ianya adalah jenis aqiq dan al-Imam Jalaluddin al-Suyuthi mengatakan bahawa beliau melihat di dalam kitab Mufradat fi al-Tibb
karangan Ibn al-Baithar bahawa jenis batu tersebut adalah zabarjad.


JARI YANG SUNNAH DILETAKKAN CINCIN

1. Bagi wanita tiada tempat yang khusus diletakkan. Terpulang kepada mereka untuk memakai cincin dimana sahaja anggota. Samada di kesemua jari tangan atau jari kaki sekalipun. Ini kerana itu adalah perhiasan bagi mereka.

2. Para ulama berbeza pandangan tentang kedudukan jari yang sunnah dipakaikan cincin bagi lelaki. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa disunnahkan bagi lelaki untuk memakai cincin di jari kelingking sebelah kiri dan bukan pada jari lain walaupun kanan. Sebahagian daripada ulama Hanafiyah mengatakan bahawa diharuskan untuk memakai cincin pada jari kelingking kanan.

3. Manakala al-Imam Malik radhiyallahu anhu, guru kepada al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu mengatakan bahawa disunnahkan memakai cincin di jari kelingking kiri dan beliau sendiri memakai cincin di jari kelingking kiri. Al-Imam Ibn al-Arabi al-Maliki mengatakan bahawa sunnah memakai cincin pada jari kelingking kiri dan makruh memakainya pada kelingking kanan.

4. Para ulama Syafieyah mengatakan bahawa harus untuk dipakai cincin pada jari kelingking kanan atau kiri sekalipun. Tetapi pandangan yang masyhur ialah memakainya pada jari kelingking kanan kerana ianya merupakan tempat untuk berhias. Manakala memakai cincin pada jari manis adalah dibenarkan. Jari tengah, telunjuk dan ibu jari adalah dilarang bagi kaum lelaki untuk meletakkan cincin padanya. Ini kerana terdapat larangan daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam kepada Sayyiduna Ali radhiyallahu anhu untuk memakai cincin pada jari-jari tersebut.

5. Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa afdhal memakai cincin pada jari kelingking kiri. Mereka juga berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai cincin pada jari manis dan ibu jari. Manakala jari telunjuk dan jari tengah adalah dilarang untuk meletakkan cincin padanya kerana terdapat larangan yang jelas daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam.


KE ARAH MANAKAH BATU CINCIN DIPUSING?

1. Para ulama mengatakan bahawa dibenarkan untuk kita menzahirkan batu cincin ke atas. Namun yang lebih afdhalnya menurut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam adalah dengan memusingkan arah batu tersebut ke telapak tangan.

Semoga kita semua dapat mengambil manfaat dengan perbahasan ini bagi menghidupkan sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam.


RUJUKAN :
1. Mausu’ah al-Kuwaitiyah Jilid 11

2. Al-Hawi lil Fatawi oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuthi radhiyallahu anhu , jilid 1 mukasurat 75-76 cetakan Darul Kutub Ilmiyah tahun 1982

http://hayiwadalutaibar.blogspot.com/2011/10/memakai-cincin-mengikut-sunnah.html

22 October 2011

MOHON MAAF ! PERUBAHAN TARIKH KULIAH SYEIKH NURUDDIN



Jadual Kuliah Yang Baru ialah Pada 28/10, 29/10 dan 30/10 .
Oleh kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan maka Pihak Pengurusan Masiid AsSalam dan Pengurusan Kuliah Syeikh Nuruddin memohon maaf atas kelewatan notis perubahan tarikh jadual kuliah yang baru.

21 October 2011

10 PERMINTAAN IBLIS YANG WAJIB KITA KIKIS

10 Permintaan Iblis kepada Allah SWT

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."

20 October 2011

KELOMPOK TERPILIH !


Kelompok Terpilih

Zulkaedah kini muncul tak lama lagi Bulan Zulhijjah. Penerbangan haji pertama sudah berlepas. Musim haji sudah tiba. Di ofis ,jiran setaman dan sahabat atau sedara jauh dan dekat akan menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci, Alhamdulillah. Saya doakan Allah permudahkan segala urusan mereka. Saya juga mohon mereka doakan agar Allah permurahkan rezki dan permudahkan urusan untuk saya dan isteri dapat pula mengerjakan ibadah haji pada suatu masa nanti, insyaAllah. Khabarnya tahun ini seramai 28,000 jemaah haji dari Malaysia bakal menunaikan ibadah haji.

Sesungguhnya bakal-bakal haji ini adalah tergolong dalam kelompok manusia yang terpilih untuk mendapat undangan daripada Allah SWT bagi menjadi tetamu-Nya. Ramai yang tidak terpilih walaupun sudah bersedia dari segi fisikal dan harta-benda. Alangkah hebatnya jemputan ini. Sebuah perjalanan dan pengalaman bagi mengadap Allah SWT. Sudah tentulah persediaan ruhani dan jasmani yang mantap akan mengiringi.

Benarlah Islam ini agama yang syumul, lengkap segalanya. Ia bukan sekadar agama teori tetapi penuh praktikal. Bagi saya, Ibadah haji ini memberi peluang kepada seorang muslim untuk menjalani pengalaman praktikal:

Bermusafir meninggalkan rumahtangga, anak2, keluarga, harta-benda dan segalanya (sebagaimana bila kita mati semuanya akan kita tinggalkan).

Untuk anak2 kita melalui kehidupan tanpa ibubapa di sisi (sebagaimana bila kematian ibubapa atau orang tersayang).

Untuk berada di bumi ambiya, merasai sendiri suasana di tanahair Rasulullah dan membayangkan perjuangan dan kehidupannya.



Juga merasai sejarah ibadah haji itu sendiri yang bermula dizaman Nabi Ibrahim terutama ibadah sa'ie dan korban.

Merasai bahawa manusia ini semuanya sama, tiada perbezaan darjat atau pangkat. Hanya takwa kepada Allah.

Merasai suasana di Arafah seolahnya perhimpunan di Padang Mahsyar nanti bersama lautan manusia.

Merejam iblis dan syaitan dari kehidupan pada lontaran jamrah.

Untuk berkorban harta-benda dan kesenangan bagi menuju redha Allah.

Untuk berjaya dan bersabar melalui segala ujian di Tanah Suci demi mencapai redha Allah.

Beribadah di Masjidil Haram dan Masjid Nabi yang ganjarannya berlipat kali ganda dan menjalani pelbagai rukun haji yang penuh hikmah dan misteri demi penyucian diri dan hati patuh kepada syariat Allah.

Selamat menempuh perjalananan dan pengalaman agung ini kepada semua tetamu Allah sekelian. Doakan supaya umat Islam terpelihara daripada segala fitnah akhir zaman dan kebangkitan Islam akan berterusan sehingga mencapai kemuncak kemenangan.

APA MAKNA SUFI DAN SIAPA ?

Makna Ringkas Sufi

Sesetengah orang mengatakan: “Para sufi dinamakan demikian hanya kerana kemurnian (shafa) hati dan kebersihan tindakan mereka (athar).”

Bisyr ibn al-Harits mengatakan: “Sufi adalah orang yang hatinya tulus (shafa) terhadap Tuhan. Ulama lain menyatakan: “Sufi adalah orang yang tulus terhadap Tuhan dan mendapat rahmat tulus dari Tuhan. “

Sebahagian mereka telah mengatakan: “Mereka dinamakan sebagai para Sufi kerana pada baris pertama “shaf” di depan Tuhan, kerana besarnya keinginan mereka di hadapanNya”.

Sesetengah menyatakan: “Mereka dinamakan Sufi kerana sifat-sifat mereka menyamai sifat-sifat orang yang tinggal di serambi masjid (shuffah), yang hidup pada masa Nabi SAW “yang lain-lain lagi telah mengatakan: “Mereka dinamakan sufi hanya kerana kebiasaan mereka mengenakan baju dari bulu domba (shuf).

Nabi Muhamad SAW Contoh Utama

Tidak syak lagi Nabi Muhamad merupakan contoh unggul dalam membicarakan pemikiran sufi dan alamnya. Hidup Rasulullah yang penuh dengan penderitaan, pengorbanan demi menyampaikan risalah Islam ini menggambarkan ciri-ciri kesufian dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah.

Hampir semua kitab yang menulis tentang baginda menceritakan bagaimana keadaan rumahtangganya. Bukan sahaja tidak terdapat perabot-perabot yang mewah dan makanan yang enak malah alas tidurnya hanya berbekalkan tikar yang apabila tidur di atasnya, bekasnya terlekat di pipinya. Bukan sahaja sajian roti kering yang dibuat dari tepung kasar dengan segelas air minum, sebutir atau dua butir kurma yang sememangnya telah diketahui umum.

Hadis yang diriwayatkan Al-Bukhari menceritakan bahawa Saiditina Aisyah pada satu ketika mengadu kepada Urwah dengan katanya: “Lihatlah Urwah, kadang-kadang berhari-hari dapurku tidak bernyala..”

Ibnu Masud menerangkan bahawa beliau pernah masuk ke rumah Rasulullah dan didapatinya Nabi sedang berbaring di atas sepotong anyaman daun kurma yang membekas kepada pipinya. Dengan sedih Ibn Masud bertanya: “Ya Rasulullah apakah tidak baik aku mencari sebuah bantal untukmu?”. “Nabi menjawab: “Tidak ada hajatku untuk itu. Aku dan dunia adalah laksana seorang yang sedang bermusafir, berteduh sebentar di kala hari sangat terik di bawah naungan sepohon kayu yang rendang, kemudian berangkat dari situ ke arah tujuan lain yang kekal”.

Dalam sebuah riwayat lain bahawa pada suatu hari Nabi teringat dalam sembahyangnya, bahawa di rumahnya masih tersimpan satu pundi-pundi emas yang belum disampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya. Lalu diringkaskan sembahyangnya dan dengan tergesa-gesa baginda pergi membahagi-bahagi sedekah itu kerana baginda tidak ingin sepotong emas pun tinggal di rumahnya.

Terdapat juga dalam cerita bahawa pada suatu hari pernah diletakkan orang di depannya sekaligus tujuh puluh ribu dirham emas. Semua wang itu emas itu seketika itu juga dibahagi-bahagikan dan sebutir pun tidak ada yang tertinggal. Abdul Rahman bin ‘Auf menceritakan ketika Nabi Suci SAW wafat tidak ada yang tinggal padanya kecuali sepotong roti, sebilah pedang, seekor kaldai tunggangan dan sebidang tanah untuk anaknya Fatimah Az-zahra’.

Demikianlah keadaan pemimpin agung dunia ini yang menjadi contoh berzaman untuk membuka mata sahabat dan pengikutnya melihat, apa tujuan sebenar manusia itu hidup. Untuk membuka hati keluarga dan umatnya lebih luas daripada perutnya, daripada mulutnya, daripada mata, hidung dan telinganya, sehingga tubuh yang kasar itu dapat menerima percikan cahaya Ilahi yang lebih tinggi tentang wujud, sehingga dengan demikian dapatlah manusia merasai tujuan hidup yang sementara ini untuk menuju akhirat yang kekal abadi.

Rumahtangganya menjadi contoh, pakaiannya menjadi ikutan, makanannya menjadi teladan dan sabar serta toleransinya pun menjadi panduan.

Para sahabat

Golongan sahabat merupakan golongan sufi. Mereka bersama Rasulullah bangun berjuang menentang kekufuran dan kemunafikan. Mereka tidak segan menyatakan pendirian bersama Rasulullah. Merekalah petunjuk sepanjang zaman menerangi alam yang gelap, mewarnai kehidupan manusia menyusun susur atur masyarakat, menjiwai kemurnian yang luhur dan prinsip yang tegar.

Setelah zaman sahabat, munculnya zaman para tabien yang memunculkan ramai golongan yang mempunyai sifat dan personaliti anggun yang mencirikan kehidupan Rasulullah SAW.

Saidina Ali yang namanya begitu dominan dalam silsilah tareqat, bukan sahaja tokoh kezuhudan dan hikmah, malah beliau juga adalah negarawan ulung dan pemerintah dan syahid kerana keadilannya. Surat beliau kepada sahabatnya, Malik Asytar merupakan kod etika bertulis untuk panduan pemimpin negara. Dia adalah wujud yang merealisasikan ‘rahban fi al-lail wa fursan fi an-nahar”

Begitu juga Khalifah Umar Abdul Aziz yang menjadi pemerintah yang mengekalkan kezuhudan walaupun sekelilingnya penuh kekayaan dan kemewahan. Sehingga terdapat kisah yang memperakui bahawa pada waktu tersebut tidak ada seorang pun rakyatnya yang layak menerima zakat lantaran kekayaan dan kemewahan umat. Sungguhpun demikian, style dan cara hidup pemimpin Khalifah Umar Abdul Aziz tidak pernah disebut sebagai pemboros, pengaut kemewahan negara, tidak pernah dicatatkan tentang ketamakan harta, rasuah, penyelewengan wang rakyat, penyalahgunaan harta rakyat dan seumpamanya.


Masyarakat hari ini harus sedar bagaimana seorang sufi mampu berperanan dalam pembangunan dan perkembangan ummah kerana seseorang sufi yang sebenar adalah mereka yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan sebaik dan seikhlas mungkin.

Maka sufisme pada hari ini perlulah diungkapkan sebagai satu usaha untuk menuju redha Allah, cinta dan patuh kepada perintahNya dengan menempuh perjalanan Ilahiyyah seperti taubat, khauf wa raja’, zuhud, mahabbah, sabar dan sebagainya yang dengannya manusia akan lebih memakmurkan dunia ini menjadi ‘baldatun thaiyibatun wa rabbun ghafur’.


Sekian Wassalam...

18 October 2011

USTAZ RIDHUAN MOHAMAD NOR


Ustaz Riduan Mohamad Nor adalah antara penceramah yang kerap dipanggil berceramah ,memberi tazzkirah dan menjadi panel forum dan sebagainya di Masjid Assalam Bukit Sentosa.

Biodata

Ridhuan Mohamad Nor (B.A (Hons) UM. DIP. ED. UM. M.A UKM) berasal dari Besut, Terengganu. Dilahirkan pada 1 Jun 1971. Telah berumahtangga dan kini mempunyai enam orang cahaya mata (Muhammad Jundullah, Muhammad Saiful Islam, Fatin Najwa, Ummu Nusaibah, Muhammad Mujahid, Mujahidah).Mendirikan rumahtangga dengan Norleeza Abdullah (B.A (Hons) UM) pada tahun 1993 ketika sedang menuntut di Universiti Malaya.Beliau dan Norleeza adalah exco Kerohanian Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA).Riduan juga adalah exco Kerohanian Kolej Kediaman Pantai Puri UM . Beliau bergraduat daripada UM pada tahun 1995, pada tahun yang sama merupakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai, Setiausaha PAS Cawangan Flat UDA, juga sebagai Imam di surau An Nur, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Beliau telah menapak daripada Cawangan sehinggalah ke peringkat Dewan Pusat PAS Pusat, semua pergulatan sosial dan politik secara langsung ini akan dituangkan dalam karyanya ‘Memoir Pemuda”.Melalui wadah perjuangan Islam inilah beliau menghabiskan sebahagian besar umurnya, PAS sebagai Universiti kedua yang memberikan ilmu, mematangkan pengalaman, menajam tahap intelektual, merasai dihargai sebagai manusia, menghirup sejuta satu makna kehidupan dengan kepelbagaian latarbelakang ahli dan kepimpinannya.Melalui wadah Islam inilah Allah memberikan sejuta satu pengalaman berguna baik dengan sisi putih dan hitamnya, insan ini paling gugup dan bergemuruh didepan khalayak namun dengan pantas Allah menukarkan watak ini dengan keberaniaan apabila berdepan dengan audien apabila bergulat di medan jamaah.

Beliau adalah pengarang beberapa buah buku antaranya ‘Pertembungan Iman dan Kufur’, ‘Peperangan Rasulullah S.A.W’, ‘Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan’, ‘ Sejarah Pemalsuan Al-Quran’, ‘Ahzab Moden dan Masa Depan Islam’, ‘Penghinaan Terhadap Rasulullah: Implikasi Hukum’, ‘Islam Liberal dan Pluralisme Agama’ dan ‘Memperingati 100 Tahun Hasan Al-Banna’.”Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad”, “tajuk-Tajuk Utama Ramadhan’ (bersama dengan Nazri Chik), ‘Sejarah Dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden’, ‘Murtad: Implikasi Hukum Dan Fenomena, ‘Makkal Sakhti:Analisa Pilihanraya 2008, Pengaruh Ikhwanul Muslimin Terhadap PAS, ‘Duka Acheh Luka Kita’, ‘Catatan Pilu Tragedi Gempa Bumi Pakistan’.’Menggenggam Bara’ dan beberapa buah buku lagi termasuk yang belum diterbitkan seperti ‘Panduan Nuqaba’ Ceria’.

Beliau merupakan pengkuliah, penceramah, Motivator, menyampaikan kuliah-kuliah ilmu di surau-surau dan masjid-masjid di seluruh tanah air (Masjid KLCC, Masjid Tabung Haji, Masjid Ar Rahman, Masjid Ar rahimah, Masjid Saidina Ali dan ratusan masjid yang lain) dan di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta seperti di Jabatan Kerja Raya (JKR), Maybank, Petronas, Bank Pembangunan Industri, Pejabat Kastam Di Raja Malaysia, Malaysia Airlines System (MAS), Perodua, Pusrawi, Sapura Holding dan banyak lagi.
Beliau juga pernah diundang untuk menghadiri program-program pelajar Malaysia di luar negeri antaranya di Jordan, Mesir, Syria, Indonesia dan Jepun. Selain itu, beliau juga selalu diundang untuk menjadi ahli panel forum dan pembentang kertas kerja serta wacana ilmu berkenaan isu-isu agama, sosio-politik, budaya dan sebagainya.Menjadi Pengerusi Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD)

Beliau juga merupakan aktivis bantuan kemanusiaan tanpa sempadan dengan berwadahkan Muslim Care Malaysia , sebuah NGO yang menggalang kerja-kerja kemanusiaan di dalam dan luar negara. Pernah terlibat di Acheh, Jawa Barat, Cambodia, Jogjakarta, Pakistan, Kashmir dan khemah pelarian Palestin. Semua pengalaman misi kemanusiaan ini akan dituangkan dalam sebuah buku bertajuk ‘Peta Luka Umat Islam’ dan ‘catatan hidup”.

Riduan Mohamad Nor dijoloki dengan gelaran Ustaz We@ ustaz Wan (oleh anak-anak murid dan pengikut kuliah), Pok Wan (oleh anak-anak saudara, kaum keluarga), Duang (kawan-kawan rapat dan panggilan zaman remaja).
Hobi insan ini ialah membaca (sebuah buku satu hari paling minima), menulis( minima dua helai mukasurat satu hari), berkelana pusing dunia.Bercita-cita untuk meninggalkan dunia ini dengan lebih seratus buah buku pelbagai tajuk untuk ditatap oleh generasi selepas ini.Juga bercita-cita untuk mencetak ribuan kader-kader dakwah di negara ini melalui program pentarbiahan dan tajnid.Beliau menggilai tokoh pejuang seperti Hassan Al Banna, Sayyid Qutb, Said Hawwa, Pak Natsir, Maududi, Dr Burhanuddin.

Riduan juga meminati penulisan aliran kiri seperti Pramoedya Ananta Toer lewat karyanya ‘Keluarga gerila’, ‘anak bumi’, Boestaman dengan pelbagai koleksi buku,juga mencandui bahan-bahan penulisan dari tanah Seberang dengan pelbagai genre, buku-buku fikrah dan dakwah tulisan Ustaz Abu Ridho yang mencerahkan akal, novel-novel Islamik garapan Gola Gong, Mutmainnah, Habiburahman dan teman-teman dari Forum Lingkar Pena (FLP). Bersama beberapa penulis tempatan yang lain , Riduan sedang mengusahakan Jaringan penulis Islam Malaysia (JUNDI), wadah ini akan ditunggangi intuk memerkasakan dakwah dan harakah melalui medium penulisan.

Beliau telah berlanglang buana ke pelbagai kota di belahan dunia ini, Banda Acheh, Meulabuh, Blang Pidie, Brastagi, Batak Karo, Medan, Bandubg, Tasik Malaya, Cipanas, Pangandaran, Jogjakarta, Solo, Jakarta, Bogor, Puncak, (dan banyak Bandar-bandar lain di Indonesia), juga menyusup ke Pnong penh, Preai Riem, Chennang, (Cambodia), Fukuoka, Oita (Jepan), Irbid, Muktah ,Amman, (Jordan), Beirut (Kota Romantis yang melelahkan), Damascus, Nawar, (Syiria), Makkah, Madinah, Jeddah, (Saudi), Dubai, Brunei, Singapura yang sombong, Bangkok, Yala dan Wilayah Selatan yang bergolak rawan, Karachi, Islamabad, Rawalpindie, Balakot, (Pakistan- yang tegar dengan berantakan), Muzaffarabad (Kashmir yang bergolak),juga melintasi Asia Timur seperti Macau, Guang Dhong, Ghung Zhou (nama lamanya Canton yang sarat dengan sejarah), Bandaraya Hong Kong (yang tidak pernah tidur , mercutanda kapitalisme di Asia) dan banyak lagi tempat yang disinggahi untuk memperkaya koleksi hidup.

APAKAH IBU KEPADA ILMU ?

IBU KEPADA ILMU

kisah sepasang suami dan isteri :-
mereka merupakan pasangan muda yg baru melangsungkan perkahwinan dan telah melalui saat indah 'malam pertama'

pada keesokan harinya si suami berkata:

suami;wahai isteriku aku merasakan diriku jahil dalam agama,oleh itu aku mengambil keputusan utk menuntut ilmu..bagaimanakah pendapatmu?

isteri;wahai suami yg ku sayangi..aku menuruti sahaja apa yg kau putuskan,sekiranya itu boleh mengembirakan engkau, maka pergilah..aku disini akan setia menunggu mu.

selesai perbualan itu ,tanpa berlengah lagi, pergilah si suami ini berjalan mengembara untuk mencari ilmu..setelah lapan tahun lamanya menuntut ilmu,perasaan rindu terhadap isteri yg ditiggalkan mula dirasai,wajah bersihnya terbayang-bayang di mata tak dapat nak di tepis lagi.

lalu si suami merasakan sudah tiba masanya untuk dia pulang menemui isteri tercinta..
si suami mengumpul semua kitab-kitab yg dipelajarinya lalu diletakkan di dalam guni utk dipikulnya pulang ke rumah.
setelah separuh perjalanan utk sampai ke rumah,si suami ini bertemu dengan seorang tua,orang tua ini bertanya kepadanya;

orang tua;siapa kamu dan dari mana untuk ke mana?

suami:aku suami dalam perjalanan pulang dari menuntut ilmu untuk menemui isteriku.

orang tua;aku ingin beranyakan satu soalan,sekiranya engkau dpt menjawab maka pergilah engkau menemui isteri mu.

suami;insya'allah..aku akan cuba menjawabnya..sekiranya tidak dapat,aku tangguhkan dulu pada masa akan datang sehingga kita bertemu lagi,kalau boleh tau apakah soalannye?

orang tua;apakah ibu kepada ilmu?

si suami termenung,berfikir sejenak masih juga tidak mendapat jawapan,lalu dibuka semua kitab-kitab yang dipikul,namun masih juga tidak ketemu...dia berkata kepada orang tua,selama saya belajar,tidak pernah ada mengenai perkara ini,semua kitab-kitab yang saya pikul juga tidak menceritakan bab ini..sehingga aku merasakan diriku masih lagi jahil,lalu dia berpatah balik berjalan untuk menambah ilmu,sehigga lupa akan niatnya untuk menemui isterinya.

setelah hampir lima tahun menuntut ilmu,dia sekali lagi ingin pulang menemui isterinya,dalam perjalan dia bertemu dengan orang tua,lalu berkata;

orang tua;sudahkah kamu mempunyai jawapan kepada soalan ku dahulu.

suami;apa soalannya

orang tua;apakah ibu kepada ilmu.

si suami termenung lagi,mencari-cari jawapannya masih juga tidak mendapat jawapan,lalu dibuka semua kitab-kitab yang dipikul hampir dua guni itu,namun masih juga tidak ketemu...dia berkata kepada orang tua,selama saya belajar,tidak pernah ada mengenai perkara ini,semua kitab-kitab yang saya pikul juga tidak menceritakan bab ini..sehingga aku merasakan diriku masih lagi jahil.

orang tua;tak apalah sekiranya kamu tidak tau jawapannya,hulurkan tanganmu
orang tua itu menulis sesuatu di atas tapak tangan suami lalu menyuruhnya menggenggam dan berpesan..jangan kamu lihat apa yang ku tulis sehigga bertemu isterimu.

lalu berjalanlah si suami untuk menemui isteri yang dicintai....
setelah sampai menghampiri rumahnya,dia terdengar suara isterinya yang sedang bergurau senda degan seorang lelaki..

hatinya mula merasa panas,menyangka isterinya berlaku curang terhadapnya,lalu dia terus masuk dengan niat untuk memukul isterinya..
sedang dia mengangkat tangan untuk melepaskan kemarahannya..dia teringat akan pesanan orang tua..lalu membuka genggamannya...dengan serta merta kemarahannya mula reda..

si isteri yang sedar akan kepulangan suaminya,lalu datang menyambutnya dengan senyuman....lalu memperkenalkan lelaki yang berada ditepinya...inilah anak kita,hasil perkongsian malam pertama dulu..
dia lalu beristighfar..

MEMANG BENARLAH JAWAPAN ORANG TUA ITU BAHAWA IBU KEPADA ILMU ADALAH "SABAR"
Posted by sena-kun

16 October 2011

BACAAN AMIN DALAM SOLAT !

Maklumat ini ana dapat daripada buku 239 Kesalahan Di Dalam Solat karangan Abdullah Al-Qari Hj Salleh m/s 34

Al-Muhaddith Muhammad Ibn Madyan pernah menulis di dalam kitabnya;

Bacaan Amin terdapat empat (4) bentuk:

1. Aaaaaaamiin iaitu secara Mad (3 alif atau 6 harakat) dan takhfif (meringan tanpa tasydid). Inilah bacaan yang paling jelas dan masyhur.

2. Aaamiin iaitu secara qasar (pendek) sekadar 1 Alif atau 2 harakat dan takhfif.

3. Eemiin iaitu secara Imalah (Bunyi melencung)

4. Aaaaaaammiin iaitu secara Mad (3 Alif) dan tasydid mim

Dua bacaan yang pertama adalah masyhur. Menurut Imam Nawawi: Bacaan yang terpilih adalah yang pertama (rujuk Al-Adzkar)


Ada 4 perbezaan ucapan Aamiin iaitu:

1. Amin , Ø£َÙ…ِÙŠْÙ†ٌ (a: pendek, min: pendek),
ertinya ‘orang yang amanah atau terpercaya’.

2. Aamin, Ø£ٰÙ…ِÙ†ْ (a: panjang, min: pendek),
ertinya ‘berimanlah’ atau ‘berilah jaminan keamanan’.
Ketika shalat, kita tidak boleh membaca “Amin” dengan dua cara baca di atas.

3. Aamiin, آمِّÙŠْÙ†َ (a: panjang 5 harakat, mim: bertasydid, dan min: panjang),
ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.

Ada sebahagian ulama yang memperbolehkan membaca “Amin” dalam solat dengan bentuk bacaan semacam ini. Demikian keterangan Al-Wahidi. Imam An-Nawawi mengatakan, “Ini adalah pendapat yang sangat aneh. Kebanyakan ahli bahasa menganggapnya sebagai kesalahan pengucapan orang awam. Beberapa ulama mazhab kami (Mazhab Syafiee) mengatakan, ‘Siapa saja yang membaca ‘Amin’ dengan bentuk ini dalam solatnya maka solatnya batal.’” (At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, ms. 134)

4. Aamiin , Ø£ٰÙ…ِÙŠْÙ†َ (a: panjang 2 harakat kerana mengikuti mad badal, min: panjang 4–6 harakat kerana mengikutimad ‘aridh lis sukun, dan nun dibaca mati),
ertinya ‘kabulkanlah’. Inilah bacaan “Amin” yang benar.

Wallahualam.


Meng 'Amin' kan Bacaan al-Fatihah
Soalan:
Assalamulaikum wrt;
Jelaskan cara meng 'Amin' kan bacaan al-Fatihah di dalam sembahyang berjemaah mengikut sunnah?

Abu Ahmad Amin, Subang Jaya

Jawapan:
Selepas membaca Al Fatihah, kita disunatkan membaca amin yang bermakna "Perkenankanlah ya Allah...". Apabila kita solat berjemaah, maka makmum tidak boleh mendahului bacaan amin imam. Dalam hal ini Abu Hurairah meriwayatkan sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Dawud dan Daruquthni dengan sanad yang shahih sebagai berikut: "Adalah Rasulullah SAW apabila telah selesai membaca Ummul Quran (al-Fatihah) ditinggikan suaranya, lalu baginda membaca amin".

Adapun berkenaan dengan ucapan amin makmum dalam solat berjemaah, abu Hurairah meriwayatkan sebagai berikut: "Bersabda Nabi SAW: "Apabila imam membaca amin hendaklah engkau membaca amin, kerana sesungguhnya para malaikat membaca amin bersama dengan bacaan imam. Sesiapa yang bersamaan bacaan aminnya dengan ucapan amin para malaikat, sesungguhnya akan diampunkan (Allah) dosa-dosanya yang terdahulu". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

diceduk dari http://v12gether.blogspot.com/

ALHAMDULILLAH TIMBALAN NAZIR AKAN TUNAIKAN HAJI !


Kelihatan Kapten(B) Nazaruddin memberi sedikit ucapan semasa kenduri selamat ysng diadakan di rumah beliau.


Doa selamat dibawa oleh Ustaz Wan dan ahli kariah, jiran Kapten and ajk masjid.

14 October 2011

SOLAT SUNAT HORMAT MASJID BOLEH DIBUAT KAT SURAU?

Untuk pengetahuan anda semua, apabila kita sedang dalam perjalanan dan tiba-tiba rasa nak buang air kecil atau besar dan kita melepaskan hajat kita tu di surau atau masjid (memandangkan tiada public toilet atau R&R berhampiran), maka kita perlu menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid sebagai menghormati hak masjid. Tetapi, adakah boleh melakukan solat sunat tahiyyatul masjid atau solat sunat menghormati masjid (dilakukan sebelum kita duduk dalam masjid dan kita akan dapat pahala bila berada dalam masjid) apabila kita berada di surau?

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim menjelaskan seseorang yang memasuki masjid hendaklah menunaikan dua rakaat sunat Tahiyyatul Masjid walaupun imam sedang menyampaikan khutbah jumaat. Perkara ini telah menjadi sunnah kepada ummah Islam seluruhnya. Persoalannya adakah boleh bagi seseorang itu menunaikan solat tahiyyatul Masjid di surau?
Berdasarkan penjelasan hadis di atas tidak harus menunaikan solat tahiyyatul Masjid di surau, kerana syarat masjid yang diharuskan seseorang menunaikan solat tahiyyatul masjid ialah masjid yang boleh ditunaikan di dalamnya solat jumaat atau dengan lain perkataan masjid jamik.
Surau tidak ditunaikan di dalamnya solat jumaat kecuali surau yang diisytiharkan oleh pihak kerajaan sebagai masjid dan masyarakat awam boleh menunaikan solat jumaat di situ. Di kala itu barulah boleh ditunaikan solat tahiyyatul Masjid.

13 October 2011

TENGAH SOLAT SUNAT DIBOLEHKAN BATAL BILA DENGAR PANGGILAN IBU

Untuk renungan, semoga bermanafaat.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,”Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin.

Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian, Jam 6.30 petang Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, “Mana Mak?” Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.” Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bongsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak.

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya.

Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak.

Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum.

Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu.

Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak.

Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak.

Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik.

Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni." Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak.

Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat.

Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telefon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telefon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.

Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telefon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.

Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telefon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, "Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".

Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap.

Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" " Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian.

Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu.

Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang, hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa.

Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah .

Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya.

Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.

Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

BUDAYAKAN SALAM DAN BISMILLAH BILA MASUK RUMAH ADALAH IBADAH

Beri SALAM dan baca BISMILLAH bila masuk rumah.

Dari Jabir bin Abdillah ra, Rasulullah s.a.w.bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, "Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini." Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap hari ini." Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini." (HR Muslim)
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com

11 October 2011

HARI ARAFAH HARI ISTIMEWA, KENAPA ?


i Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.“.(Riwayat Ahmad)

- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.

Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

10 October 2011

TAHNIAH PADA SURAU YANG ADA BLOG !

Harap maklumkan mana-mana surau yang sudah ada blog atau laman web kepada assalambs@gmail.com atau tulis di shotmix blog masjid Assalam Bukit Sentosa.
Juga jika ada yang menggunakan facebook dan sebagainya.

1. Al-Hidayah - Kesumba
( http://www.kesumba-alhidayah.blogspot.com/ )
2. Al-Muttaqin - Anggerik 3
(http://mymuttaqinbs2.blogspot.com)
3. Hayatul Islam - Seroja BS2
(http://surauhayatulislam.blogspot.com)
4. Saidina Ali - Anggerik 5
(http://saidinaali.wordpress.com/)
5. Al-Khairiah - Adenium
(http://alkhairiahadenium.blogspot.com/)
6. Ar-Rahman - Kemboja BS3
(http://surau-ar-rahman.blogspot.com/)
7. Ros 2 - BS5
(http://surau-ros2.blogspot.com/)
8. As-Soodiqin - Jalan Kasturi
(http://assoodiqin.blogspot.com)
9. Al-Falah - MK Apt Anggerik
(http://suraualfalahtbr.blogspot.com/)
10.Surau Al-Faaizeen Prima Beruntung
(http://masjidpb.blogspot.com/)

UTHMAN BIN AFFAN ANTARA SAHABAT NABI TERBAIK !

Uthman bin Affan merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam mengenai cara bacaan Al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, [ kumpulan penulisan Al-Quran daripada Hafsa.] . Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar keseluruh pusat jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain.

Saiyyidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraish yang kaya di Makkah beberapa tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW. Dia ialah salah seorang daripada orang yang pertama sekali memeluk Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga berhijrah ke Habshah dan kemudian penghijrahan dari Makkah ke Madinah.

Saiyyidina Uthman menjadi khalifah selepas Saiyyidina Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran , sebahagian daripada Afrika Utara dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Adalah dikatakan bahawa Saiyyidina Uthman melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam . Enam tahun pertama pemerintahannya dianggap aman manakala enam tahun terakhir pula dianggap keadaan huru-hara . Beliau juga berjaya menghabiskan usaha pengumpulan al-Quran yang dimulakan oleh Saiyyidina Abu Bakar [ Khalifah pertama Islam ] . Hingga ke hari ini , kita gunakan Mushaf Uthmani.

Di zaman kebangkitan Islam dahulu terdapat beberapa sahabat yang terkenal kerana banyak mengorbankan harta-benda dan kekayaannya untuk membela Agama Allah. Salah seorang di antara mereka yang paling terkemuka sekali ialah Saiyyidina Uthman Bin Affan R.A. Selain daripada beliau ialah Saiyyidina Abu Bakar Al Siddiq, Abdul Rahman Bin Auf dan lain-lain lagi. Apatah lagi memang Saiyyidina Uthman R.A. baik sebelum memeluk Islam mahupun setelah Islam, merupakan satu-satunya tokoh saudagar dan peniaga yang paling berjaya sekali. Dialah sahabat Rasul yang banyak mengorbankan harta-bendanya bagi menegakkan perjuangan Islam.

Saiyyidina Uthman Bin Affan R.A. adalah Khalifah Islam yang ketiga sesudah Saiyyidina Umar Al Khattab R.A. Beliau telah memerintah Kerajaan Islam hampir sebelas tahun lamanya dan tahun Masihi 644 hingga 655 Masihi. Beliau memperoleh gelaran " Zun Nurain " yang ertinya yang memiliki dua cahaya. Sebabnya ialah kerana Rasulullah SAW. telah mengahwinkannya dengan dua orang puterinya iaitu yang pertama kali dengan Rugayyah dan sesudah wafatnya semasa Perang Badar, maka Rasulullah SAW. telah mengahwinkannya pula dengan Kalthum. Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah SAW. terhadap Saiyyidina Uthman R.A. Tatkala isterinya yang kedua itu pula meninggal , Rasulullah SAW. telah berkata kepadanya, " Jika ada anak perempuanku lagi hai Uthman, tentu engkau ku ambil sebagai menantu."

Sahabat besar ini termasuk orang-orang pertama yang masuk Islam. Beliau datangnya dan suku atau puak Quraisy yang paling keras sekali tentangannya terhadap agama Islam dan Rasulullah SAW, iaitu puak Umaiyah. Menurut catatan sejarah, Saiyyidina Uthman Bin Affan termasuk orang kelima diajak oleh Saiyyidina Abu Bakar Al Siddiq untuk memeluk Islam. Setelah memeluk Islam, Uthman R.A. termasuk orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah SAW. kerana kemuliaan dan kehalusan budi pekertinya . Memang sesungguhnya Saiyyidina Uthman Bin Affan R.A. terkenal sebagai seorang sahabat yang sangat tinggi budi perkertinya , sangat penyantun , lemah lembut lagi pemalu. Sebagai memperlihatkan kecintaan dan penghargaan Rasulullah SAW. kepadanya itulah maka beliau telah menjadi pilihan baginda untuk dikahwinkan dengan puteri-puterinya seorang demi seorang selepas meninggal seorang lepas satunya . Sebagai memuji keluhuran budi akhlaknya itulah Rasulullah SAW. pernah bersabda kepadanya, " Malaikat sangat malu kepadamu hai Uthman. " Memang Rasulullah SAW. biasanya tidak keberatan menerima kedatangan para sahabatnya dalam berpakaian yang biasa sahaja, tetapi apakala diketahui bahawa Saiyyidina Uthman R.A. akan datang mengunjunginya, maka baginda pun mengenakan pakaiannya yang sewajarnya sebagai menghormati sahabatnya yang disegani sendiri oleh para malaikat.

Dalam suatu riwayat lain adalah dikisahkan bahawa Rasulullah SAW. pernah bersabda, " Saya bermohon kepada Tuhanku supaya tidak ada seorangpun yang pernah menjadi menantuku atau menjadi mertuaku dimasukkan ke dalam neraka. " Hal yang demikian itu tercapai oleh Saiyidina Uthman R.A. kerana Rasulullah SAW. pernah bersabda, " Tiap-tiap Nabi mempunyai teman, dan Uthman adalah temanku di dalam syurga. "

Ketika suasana pergolakan di Mekah menjadi tegang dan meruncing disebabkan kaum musyrikin Quraisy melakukan tekanan yang hebat terhadap kaum Muslimin, Saiyyidina Uthman termasuk orang-orang yang turut melakukan hijrah ke Abyssinia. Saiyyidina Uthman R.A. berserta isterinya adalah termasuk rombongan yang menjalankan hijrah yang bersejarah itu. Beliau tidak pernah memikirkan kerugian perniagaannya yang ditinggalkannya itu kerana beliau sedar bahawa hijrah tersebut adalah termasuk dalam usaha untuk menegakkan agama Allah. Sekembalinya beliau dan Abyssinia, beliau pun tinggallah di kota Mekah buat sementara waktu. Kemudian beliau telah melakukan hijrah pula ke Madinah untuk menyusul Rasulullah SAW yang telah pun lebih dahulu berhijrah di kota tersebut.

Setelah berada di Madinah, Saiyyidina Uthman R.A. pun mulalah menjalankan usaha perniagaannya hingga beliau berjaya menjadi saudagar yang kaya. Namun demikian beliau tidak teragak-agak sedikitpun bagi mempergunakan seluruh kekayaan dan harta bendanya bagi menyahut seruan jihad bagi menegakkan kesucian Islam. Sebagai seorang sahabat besar, banyak sekali pengorbanan Saiyyidina Uthman Bin Affan terhadap Islam. Di zaman permulaan perjuangan Islam di Madinah, pernah kaum Muslimin menghadapi kekurangan air, lalu Saiyidina Uthman Bin Affan telah membeli sebuah kolam yang bernama Bir Ruma dari seorang Yahudi. Pada saat itulah Rasulullah SAW bersabda, " Barangsiapa yang antara kamu yang membeli sumur Ruma lalu dijadikannya wakaf bagi keperluan kaum Muslimin serta ia menimba air sumur tersebut maka orang yang berbuat demikian itu Allah akan menyediakan tempat minuman baginya dalam syurga. Begitu juga tatkala Masjid Madinah rnenjadi terasa sempit sebab semakin banyaknya orang yang bersolat di dalamnya , maka dengan spontan Saiyyidina Uthman membeli lima rumah yang sederet di samping masjid untuk dibina , kemudian dibangunkan tambahan ruang masjid agar menjadi lebih luas dan besar lagi

Selain daripada pengorbanan harta benda , Saiyyidina Uthman Bin Affan R.A. juga adalah sahabat yang paling banyak membantu Rasulullah SAW. dalam berbagai masalah. Beliau adalah salah seorang penulis wahyu dan juga pernah menjadi utusan Rasul untuk menemui kaum Quraisy pada tahun keenam Hijriah. Disebabkan besarnya pengorbanannya terhadap Islam maka tidaklah menghairankan kiranya beliau tergolong salah seorang yang paling diridhai oleh Rasulullah SAW. pada waktu wafat baginda.

Selain memiliki sifat pemalu, Saiyidina Uthman R.A. ialah seorang sahabat akrab Rasulullah SAW. yang masyhur dengan sifat waraknya, kuat beribadat dan amat taqwa kepada Allah, dia mengerjakan segala perintah Allah dan sekali-kali tidak melanggar larangan Allah. Pada tiap-tiap tahun beliau menunaikan ibadah Haji dan dalam sepanjang tahun pula beliau berpuasa setiap hari kecuali pada hari-hari yang ditegah berpuasa. Beliau sangat mengambil berat terhadap kaum keluarganya dan sangat bertimbangrasa dan kasih mesra kepada mereka. Beliaulah juga seorang sahabat yang sangat pemurah dan sangat takut akan kemurkaan Allah, bila beliau mendengar bacaan Qur'an darihal azab api neraka maka air matanya bercucuran keluar oleh rasa takutnya.

Khalifah Uthman Bin Affan R.A. telah dipilih sebagai Khalifah apabila wafatnya Saiyidina Umar Ibnul Khattab apakala beliau menyatakan kesanggupannya secara tegas kepada Abdul Rahman Bin Auf yang bertindak sebagai formatir. Beliau ialah seorang sahabat yang tua tatkala dilantik menjadli Khalifah iaitu ketika berumur 70 tahun. Beliau seorang yang bersifat lemah lembut, tidak gemar menggunakan kekerasan dalam menjalankan pemerintahannya , hal ini berbeza sekali dengan Saiyyidina Abu Bakar dan Saiyyidina Umar R.A. yang menjadi Khalifah sebelum daripadanya, mereka kedua-duanya mempunyai sifat tegas dalam menghadapi sesuatu masalah dalam zaman pemerintahannya. Pada masa zaman pemerintahannya, keadaan pemerintahan Islam dan semasa ke semasa mula menjadi bertambah luas dan mula menempuh satu zaman peralihan dan kehidupan asal orang-orang Arab menuju suatu kehidupan baharu dan pada zamannyalah bermulanya zaman kemewahan hidup yang timbul daripada hasil penaklukan negeri-negeri yang baharu.

Dalam zaman pemerintahannyalah orang-orang Islam mula merasa hidup mewah dan menerima kemakmuran. Mereka yang menghadiri majlis-majlis jamuan Khalifah Uthman pada zaman itu melihat perbezaan besar jika dibandingkan dengan jamuan yang diadakan pada zaman Khalifah Umar. Sebagai seorang Khalifah beliau merasa bahawa rakyatnya berhak menikmati hidup yang makmur itu , tetapi beliau tidak membenarkan kepada orang-orang Islam bersenang-senang dengan nikmat kemakmuran itu hingga melanggar hukum Allah. Pada zaman beliau ramai daripada para sahabat Rasul keluar meninggalkan bandar Madinah bermastautin di wilayah-wilayah yang baharu diperintah oleh pemerintah Islam. Pemergian mereka itu tidak dilarang oleh Saiyyidina Uthman . Jikalau pada zaman pemerintahan Khalifah Umar para sahabat tidak dihenarkan keluar dan bermastautin di negeri-negeri yang baharu diperintah oleh orang-orang Islam , tetapi pada zaman Khalifah Uthman R.A. tegahan itu dihapuskan. Saiyyidina Uthman tidak begitu mengambil berat terhadap gabenor-gabenor Islam yang memerintah di wilayah-wilayah Islam khususnya mengenai perjalanan mereka , untuk menjaga nama baik mereka dan untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yang mungkin menimbulkan fitnah . Berlainan dengan Saiyidina Umar R.A. yang sangat mengambil berat tentang kedudukan wakil-wakilnya yang memerintah.

Pada zaman pemerintahan Saiyidina Uthman Bin Affan inilah mulai timbulnya beberapa masalah yang belum pernah berlaku sebelumnya. Timbulnya peristiwa-peristiwa yang baharu itu bukanlah disebabkan oleh kecuaian Saiyyidina Uthman ataupun kerana beliau sengaja meringan-ringankan hukum , bahkan hukuman-hukuman yang sewajarnya tetap dikenakan ke atas siapa juga yang bersalah yang melanggar larangan Agama Islam . Tetapi bagaimanapun percubaan-percubaannya itu tidak menghasilkan hasil yang baik berlainan dengan apa yang dijalankan oleh Saiyyidina Umar Ibnul Khattab dalam masa pemerintahannya dan ini menyebabkan fitnah-fitnah makin banyak berlaku antara pihak pemerintah dengan orang ramai.

Satu perkara yang mungkin menjadi punca kelemahan pemerintahan Saiyidina Uthman ialah sifatnya yang mudah dipengaruhi oleh cakap-cakap orang lain terutama oleh kaum keluarganya sendiri . Mereka itu pernah mencampuri urusan pemerintahan terutama salah seorang keluarganya yang bernama Marwan Bin Hakkam. Perbuatannya yang membiarkan keluarganya campur tangan dalam pemerintahan serta perlantikannya ke atas ramai anggota keluarganya dalam pemerintahan itulah yang selalunya menimbulkan rasa tak puashati di kalangan penduduk Madinah khasnya dan rakyat Islam umumnya.

Selain daripada itu ada lagi beberapa perkara yang dilakukan oleh Saiyidina Uthman yang telah menimbulkan rasa tak puashati orang-orang Islam pada masa itu. Salah satu danpada perkara-perkara itu ialah keputusan membenarkan bapa saudaranya Al Hakam Bin Abi Al As dan beberapa orang keluarganya kembali semula ke Madinah, padahal Al Hakam telah dipenintah keluar dari Madinah kenana sikap penmusuhannya terhadap Rasulullah SAW. dan Saiyyidina Uthman telah merayu kepada Rasulullah pada masa hayatnya lagi meminta baginda membenarkan bapa saudaranya itu kembali tetapi Rasulullah SAW. tidak membenarkan permintaannya itu hingga pada zaman Saiyyidina Abu Bakar R.A. dan Saiyyidina Umar R.A. dia tidak dibenarkan juga kembali. Apabila Saiyyidina Uthman dilantik menjadi Khalifah bapa saudaranya itu dibenarkan kembali ke Madinah., bukan setakat itu sahaja namun apabila ia mati kuburnya dibina dengan indahnya dan anaknya yang bernama Al Hanith dilantik pula menjadi pegawai menjaga tempat-tempat perniagaan di Madinah. Sementara perlantikan Saiyyidina Uthman ke atas anaknya Al Hakam yang bernama Marwan menjadi sebagai menteri kepadanya itu dikecam hebat juga oleh orang-orang Islam. Beberapa orang sahabat yang terkemuka telah membantah perlantikan itu tetapi tidak dipedulikan oleh Saiyyidina Uthman. Mengenai pengkembalian bapa saudaranya ke Madinah , Saiyyidina Uthman memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa beliau telah memohon persetujuan Rasulullah SAW. dan itulah sebabnya beliau berani melakukan demikian.

Selain daripada itu orang-orang Islam merasa tak puas hati juga terhadap pemecatan yang dilakukan oleh Saiyyidina Uthman ke atas pegawai-pegawai yang dilantik pada zaman Saiyyidina Umar Ibnul Khattab dan digantikan dengan orang-orang baru dari kaum keluarganya. Perkara-perkara seperti yang tersebut itu berlakunya di Madinah pusat pemerintahan Islam pada masa itu. Sementara di lain-lain wilayah Islam tak sunyi juga daripada adanya golongan-golongan yang menaruh rasa curiga dan tak puas hati terhadap Saiyyidina Uthman R.A. Pemerintahan Saiyyidina Uthman itu mula menempuh satu percubaan yang besar iaitu dengan tumbuhnya punca fitnah di Madinah yang akhirnya menjalar ke seluruh wilayah-wilayah Islam yang lain. Tatkala itulah seorang musuh Islam bernama Abdullah Bin Saba, seorang Yahudi yang mengaku dirinya memeluk Islam telah membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Khalifah Uthman R.A. dengan tujuan untuk memecah-belahkan kaum Muslimin sesama sendiri.

Seorang sahabat yang terkenal bernama Abu Zar juga telah menentang hebat pemerintahan Saiyyidina Uthman R.A. dengan membuat cabaran ke atas Khalifah itu dan juga ke atas Muawiyah yang pada masa itu sebagai wakil Khalifah memerintah kota Damshik. Di negeri Syam Abu Zar telah termakan hasutan dan Abdullah Bin Saba lalu menentang Muawiyah kerana menurut pendapatnya pernah Mauwiyah mendakwa bahawa harta Baitulmal semuanya adalah kepunyaan Allah bukan kepunyaan onang-orang Islam seolah-olah dia bercadang tidak akan membahagikan harta baitulmal kepada orang ramai. Inilah hasutan yang dibuat oleh Abdullah Bin Saba kepada sahabat terkenal iaitu Abu Zar yang memang berjiwa militan dan keras itu. Memandangkan bahaya dan pengaruh Abu Zar itulah maka akhinnya Saiyidina Uthman Bin Affan mengambil tindakan untuk mengasingkan Abu Zar Al Ghifari dari orang ramai lalu dibuangnya ke satu tempat bernama Raudah. Di tempat pembuangannya itu beliau terus-menerus juga membuat kecaman ke atas Saiyyidina Uthman R.A. hingga akhin hayatnya beliau meninggal dunia pada tahun 31 Hijrah.

Sementara itu kegiatan-kegiatan yang dilakukan secara gigih oleh Abdullah Bin Saba untuk memecah-belahkan ummat Islam telah mendapat kejayaannya di Mesir, Kufah dan Basrah. Beliau telah benjaya mempengaruhi jiwa orang ramai dengan menyebarkan satu fahaman yang belum pernah dibawa oleh sesiapa sebelum itu bahawa kononnya Nabi Muhammad SAW. ada menetapkan seorang penggantinya iaitu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. Di Mesir Muhammad Bin Abu Bakar, iaitu anak Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq telah menyokong gerakan Abdullah Bin Saba itu kerana didorong oleh pertalian kerabat antaranya dengan Saiyyidina Ali R.A. iaitu sebagai anak tiri kepada Saiyyidina Ali Bin Abu Talib yang beristerikan balu Saiyyidina Abu Bakar R.A. iaitu Asma Binti Umais ibu Muhammad Bin Abu Bakar. Muhammad Bin Abu Bakar menentang keras pemerintahan Saiyyidina Uthman kerana sepucuk surat yang dihantar oleh Marwan Bin Hakkam dari Madinah kepada Abdullah Bin Saba, gabenor Mesir menyuruhnya membunuh Muhammad Bin Abu Bakar dan juga membunuh sekelian orang yang menyokong Muhammad sama ada dari golongan Muhajirin ataupun dari Ansar.

Kesudahannya golongan-golongan yang menentang Khalifah Uthman Bin Affan yang datangnya dan wilayah Mesir, Kufah dan Basrah itu membuat satu pakatan menuju Madinah untuk mengemukakan tuntutan-tuntutan mereka kepada Khalifah. Apakala mereka dapati tuntuntan-tuntutan mereka itu tidak dapat ditunaikan sepenuhnya oleh Khalifah maka mereka pun melakukan kepungan terhadap istana Khalifah Uthman Bin Affan. Setelah beberapa hari melakukan kepungan, mereka akhirnya merempuh masuk lalu membunuh Khalifah Uthman Bin Affan yang terkenal kerana sifat sabar dan santunnya itu. Ketua pemberontakan itu bernama AlGhiffari telah memukul Saiyyidina Uthman dan kemudiannya diiringi pula oleh tetakan dengan pedang dari seorang pemberontak lain, pukulan yang mana disanggah oleh isteri Saiyyidina Uthman bernama Naelah dan kena pada jari tangannya lalu putus. Akhinnya Saiyyidina Uthman mati terbunuh pada 35 Zulhijjah tahun 35 Hijrah dan akibat dan kewafatannya itu maka bermulalah babak-babak yang mendukacitakan dalam lembaran sejarah Islam.

Sumber maya :
http://man999.tripod.com/Uthman_Affan.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Uthman_bin_Affan

07 October 2011

BIODATA USTAZ DATO ISMAIL KAMUS


YANG BERHORMAT USTAZ DATO HAJI ISMAIL BIN HAJI KAMUS yang dikenali sebagai Ustaz Ismail Kamus amat terkenal dan beberapa kali menyampaikan ceramah di Masjid AsSalam tidak lama dulu. Kini amat sukar untuk menjemput beliau yang sudah banyak masjid dan surau menempah beliau sebagai penyampai kuliah secara tetap.

Yang Berhormat Dato Haji Ismail bin haji Kamus dilahirkan pada 2 Disember
1948 di kampung Batang Rening , Ulu Selangor, Malaysia.
Pendidikan Pendidikan awal secara resmi Yang Mulia Dato bermula di Sekolah
Arab Batang Kali dan berlangsung selama 6 tahun sebelum ke Ma’ahad
Hisyamuddin, Kelang dimana beliau berguru dengan seorang ulama tersohor,
Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori.

Beliau melanjutkan pelajaraan ke Kolej Islam Kelang dan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mendapat ijazah Sarjana Muda Syariah dengan
kepujian pada tahun 1976. Yang Mulia Dato juga pernah menuntut di Beaver
College Pennsylvenia, Amerika Syarikat.

Kerjaya

Yang Mulia Dato pernah menjadi guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai dakwah
selain bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan seperti di Jabatan Agama
Islam wilayah Persekutuan (JAWI), INTAN dan Pusat Islam. Jawatan akhir
beliau ialah sebagai Pakar Rujuk di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat
Islam sebelum bersara secara pilihan.

Beliau juga pernah menjadi ADUN Gombak Setia apabila memenangi dalam Pilihan
Raya di kawasan tersebut pada tahun 1999. Kini beliau merupakan seorang Perunding Motivasi dan pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di seluruh dunia seperti Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, negara-negara Timur Tengah dan lain-lain. Selain itu beliau juga menjadi pengasas dan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam.

Beliau juga sungguh aktif dan banyak menghasilkan buku-buku keagamaan dan perubatan.

06 October 2011

JADUAL KULIAH ASSALAM BULAN OKTOBER

Jadual Kuliah Ilmu Okt 2011

04 October 2011

MARI BANTU USTAZ MUHAMMAD !

Assalamualaikum w.b.t

kepada sahabat-sahabat jemaah parti islam semalaysia, rakan-rakan sekerja, sahabat-sahabat alumnia PUO (ii), rakan-rakan didalam FB samada kenal ataupun saya tidak mengenali atau kepada sesiapa sahaja yang menerima email ini saya bagi pihak keluarga ini memohon bantuan untuk menghebahkan tentang kehilangan adik bongsu kami yang telah hilang sejak 5hb september 2011.Besar kemungkinan adik saya dibawa lari oleh seorang lelaki bernama hamidi berumur 21 tahun.

Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak keluarga sejak dari kehilangan adik kami bermula 5sept 2011 yang lalu.bermula dari laporan polis, menjejaki dirumah kawan-kawannya, mencari sehingga ke seberang prai,penang.melakukan solat hajat dan bacaan yasin ,berjumpa dengan pelbagai pengamal rawatan islam dan telah memaklumkan berita kehilangan adik kami di TV3 & TV9. Saya juga telah berjumpa dengan pelbagai orang untuk memohon bantuan, otai-otai KL, brother-brother 2 yang baik sehinggalah yang pernah menyelesaikan kes ini.
sebagai seorang abang jauh disudut hati mempunyai persaaan kasih dan sayang kepada adik yang bongsu ini.Adik saya bukanlah jenis yang bersosial dan bermasalah.dia seorang yang rajin dan manja ( adik bongsu ) mungkin dia telah tertipu atau terpedaya dengan lelaki SETAN ini.

Walaupun apa tanggapan masyarakat yang perlu diselesaikan adalah mendapat adik kami yang hilang walau dalam keadaan apa sekalipun hidup ataupun mati.Sudah 3 minggu hilang tampa khabar berita.Pelbagai kemungkinan bermain didalam fikiran keluarga kami iaitu :-
1.adakah dia masih hidup atau mati
2.mungkin dia sedang dikurung didalam rumah/bilik/stor dsb
3.bagaimana dgn kesihatannya/pakaiannya/
4.adakah dia telah dijual atau digunakan untuk tujuan jahat
5.adakah dia telah mati ..dimana kuburnya?
6.atau adakah dia dalam keadaan selamat?

HANYA KEPADA ALLAH SWT KAMI BERSERAH!

Selepas berita tersebar didalam berita TV3& TV9 ..kami harap ada sedikit perkembangan positif terutamanya keluarga lelaki yang disyaki mengambil adik kami namun hampa ( saya difahamkan kedua ibubapanya telah tiada -tinggal adik beradik dia aje ).entahlah manusia nie ..asal usul keluargapun kami tidak tahu..

Oleh itu mohon kepada para sahabat-sahabat samada yang mengenali saya atau tidak tolonglah dengan pelbagai apa cara sekalipun (berdoa,forward email,nasihat,masukkan dalam FB ,solat hajat, qunut nazilah ) semoga ALLAH swt mengembalikan adik saya yang telah 3 minggu hilang.Semoga allah swt tetap akan membalas kebaikan yang ikhlas dari amal perbuatan sahabat yang saya amat-amat kasihi.

Hari ini pun saya insyallah bercadang untuk pergi ke pejabat harian metro untuk memasukkan berita kehilangan adik saya semoga allah memudahkan segala ujian yang berat ini.

Jazakallah khairon khasiro
Muhammad Bin Mustapha
019-3103454
Perumahan Widuri,
No 37 jalan 1B,
Bukit Beruntung
Rawang Selangor.