RAKAN BLOG MASJID

01 November 2011

TUNTUTAN SOLAT BERJEMAAH !

Dan apabila engkau berada di tengah tengah mereka (sahabatmu), lalu engkau hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (solat) bersamamu.(An-Nisaa 102)Ayat itu menerangkan cara mengerjakan solat berjemaah di dalam keadaan perang. Jikalau di dalam keadaan perang atau darurat pun masih dijuga disuruh berjemaah, bererti dalam keadaan aman lebih digalakkan lagi.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawaNabi s.a.w. bersabda;Solat seseorang yang dikerjakannya secara berjemaah, dua puluh lima kali lebih baik daripada solat yang dikerjakannya di rumahnya atau pasarnya.Dan hadis dari Umar (hadis marfu')
Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27
darjat.Ijmak ulama sejak zaman dahulu sampai sekarang bahawa berjemaah
memang digalakkan.Solat berjemaah termasuk di antara yang dikhususkan
untuk umat Islam. Ia disyariatkan kerana padanya terkandung tanda kepatuhan, sabar, keberanian, susunan yang rapi atau kemas serta untuk menyatukan hati seluruh jemaah. Rasulullah s.a.w. sentiasa mengerjakan solat secara berjemaah, begitu juga para sahabat serta ulama-ulama sesudahnya.

Rasulullah s.a.w. memberi peringatan supaya jangan meninggalkannya tanpa uzur. Di antara hadis yang memberi peringatan ialah. Sesiapa yang mendengar panggilan azan tidak ada sesuatu uzur baginya untuk menyertai solat berjemaah itu maka tidakk diterima solat yang ia kerjakan sendirian itu.Ketika ditanya apa yang uzur dimaksudnya itu, Rasulullah s.a.w.

menjawab; Penyakit atau keadaan yang menakutkan.Dari Abu Hurairah r.a. katanya ada seorang lelaki buta mendatangi Rasulullah s.a.w. dan berkata; Bahawa tidak ada orang yang menuntunnyake masjid sambil menanya apakah dia dikecualikan daripada mengikuti solat berjemaah di masjid. Ternyata Rasulullah s.a.w. memberi keringanan keatasnya. Tetapi tatkala lelaki itu sudah berpaling, Rasulullah s.a.w. memanggilnya lagi sambil bertanya; Apakah ke rumahmu kedengaran azan? Lelaki itu menjawab 'ya'. Rasulullah berkata lagi; Kalau begitu penuhi panggilan itu.Riwayat dari Abu Hurairah
r.a. juga, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat lsyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu kebaikan yang ada padanya, mereka akan menghadirinya sekalipun dengan cara merangkak.Dan sesungguhnya aku bermaksud memerintahkan solat lalu ia pun didirikan.Kemudian aku menyuruh seseorang lalu ia solat bersama manusia. Setelah itu dia ikut denganku bersama orang-orang yang membawa kayu untuk menjumpai kaum yang tidak ikut mengerjakan solat, lalu kami bakar rumah mereka.Sebenarnya banyak lagi hadis yang berbentuk amaran selain ini. Hadis ini merupakan ancaman terhadap orang yang meninggalkan solat berjemaah. Sebab itu ada ulama yang berpendapat wajibnya solat
berjemaah. Ada yang mengatakan fardu ain, ada yang mengatakan fardu kifayah dan ada yang mengatakan syarat sah solat, ertinya tidak sah solat tanpa beIjemaah. Saya lebih condong kepada pendapat jumhuryang mengatakan solat ber jemaah hukumnya sunat, kerana masih mungkin menyatukan hadis-hadis yang bertentangan itu. Sedangkan menurut kaedah usul fiqh pun kalau masih memungkinkan menyatukan nas-nas yang bertentangan antara satu sama lain, hendaklah disatukan .

Dari zahir hadis yang seolah-olah Rasulullah s.a.w akan membakar orang-orang yang tidak menghadiri solat berjemaah, nampaknya solat berjemaah itu hukumnya wajib. Tetapi mungkin saja Rasulullah s.a.w memberi peringatan itu kepada orang-orang munafik yang tidak datang ke masjid (berjemaah), bahkan tidak mengerjakan solat secara bersendirian di rumahnya.
Posted by Surau Mawaddah Bandar Tasik Puteri

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."